Followers

Monday, June 15, 2009

PAS : BARUA DAP DAN BARUA PKR - PRESIDEN SENDIRI DIANGGAP BONEKA UMNO

KENAPA SESETENGAH PEMIMPIN PAS TERLALU BARUA?

Ganas betul sesetengah pemimpin Pas "Bermain Politik". Taukeh sendiri sanggup ditibainya, asal sahaja tidak sebulu dengannya. Terlalu jelik dan berani sesama sendiri. Bila berhadapan dengan musuh yang terang-terangan menentang Islam terus diam menikus, macam tenggiling yang sengaja buat-buat mati. Pas walaupun parti kedua terbesar bangsa melayu di negara ini tidak boleh diharap apa-apa lagi. "Tidak ubah seperti harapkan pagar, pagar pula makan padi". Apa yang dapat kita saksikan sekarang lebih kepada gelagat-gelagat pemimpin-pemimpian Pas yang berkepertingan diri semata-mata. Sanggup mengadaikan maruah agama bersama DAP dan PKR tanpa mengambilkira ahli-ahli pas yang lain, asalkan kepertingan dan kuasa mereka terjamin itu sahaja. Mereka sanggup menjadi kuda tunggangan sekaligus mempamerkan kepada kita pas sekarang sebuah parti politik "Standad Kelas Parti Barua" sahaja sekarang, walaupun parti itu dahulunya disanjung dan mempunyai pengaruh yang kuat mengimbangi pembangkang lain di negara ini. Kerana faktor tertentu yang lebih kepada gila pada kuasa dunia Pas sanggup menjadi parti tunggangan kepada parti lemah yang lain iaitu DAP dan PKR.

DAP secara konsisten menyerang Pas sejak " dendangan politik hudud lagi ". Lorongan dan laluan mudah yang disediakan oleh Nik Aziz kepada kapir DAP itu maka lebih rancak lagi lah tentangan kapir itu keatas idea "Kerajaan Perpaduan" yang dicetuskan oleh Presiden Pas sendiri Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pengerusi DAP, Karpal Singh meminta Hj Hadi memohon maaf kepada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Nik Abdul Aziz kerana mencadangkan perbincangan isu kerajaan perpaduan dengan UMNO. Kecaman demi kecaman daripada sekutu pakatan pembangkang terutamanya dari DAP menyebabkan Pas 'tunduk' kepada parti itu dalam isu kerajaan perpaduaan. Nik Aziz yang pernah mendakwa sebagai Nakhoda Pas mempunyai hujah yang cukup untuk membidas idea penubuhan itu dan diminta semua mengikuti nasihatnya termasuklah Presiden Pas sendiri Hj Hadi.

Kenyataan kerasnya terhadap mereka yang menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan itu merupakan nasihat awal. Gelaran 'boneka UMNO' sudah diberikan oleh Nik Aziz kepada kalangan pemimpin Pas yang menyokong idea itu dan ini hanyalah merupakan kaedah pertama untuk menasihatkan golongan itu. "Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi..." Nik Aziz juga menambah kepada pihak yang berkeras menyokong cadangan itu sebagai tidak mendengar nasihat dan cuba membelakangkan kuasa beliau sebagai Mursyidul Am PAS.

Itu cara Nik Aziz, dan ini cara barua Nizar pula...Dengan tujuan menarik perhatian ramai berhubung perjuangannya untuk menuntut jawatan menteri besar Perak, yang dirampas BN dalam pertukaran kerajaan pada Februari lalu, laungan "bubar DUN " oleh Nizar itu disambut pula oleh anggota-anggota Pakatan Rakyat dalam dewan tersebut. Mereka juga didakwa " melanggaretika berpakaian" apabila mengenakan kain lilitan kepala berwarna hitam dengan tulisan putih "Bubar DUN" di ruang persidangan.

Antara lain yang dihalau keluar bersama Nizar, Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Dr Hatta Ramali (PAS-Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai).

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan berbuat demikian atas dakwaan "berkelakuan kasar". Mereka bertujuh juga turut digantung daripada menghadiri sidang dewan selama dua hari. Namun Nizar telah mendahului dengan memecah record MP barua pertama, dimana selepas sahaja menganggkat sumpah dihalau keluar oleh Yang Dipertua Dewan sekaligus mengalahkan Pengerusi dan MP DAP Karpal Singh. Tahniah kepada kebiadapan Nizar!!! anda berjaya menghancurkan hati kaum sebangsa dan seagama. Inilah salah seorang pemimpin yang berjaya dilahirkan oleh Pas yang kononya sebuah parti yang memperjuangkan Islam di negara ini.

Blogger Rantong said...

Salam ziarah. Blog yang bermaklumat dan menarik.

View Profile: Rantong™

June 15, 2009 10:56 PM

Delete



No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..