Followers

Saturday, October 10, 2009

BAGAN PINANG : SIKAP SEBENAR PEMBANGKANG

Menyerang peribadi, menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan mengatakan bahawa mereka sahaja yang baik dan betul sudah jadi modal tetap parti pembangkang setiap kali pilihan raya. Parti pembangkang memang bijak dalam hal ini kerana BN lebih banyak bersikap bertahan untuk menunjukkan BN adalah parti yang baik dan mengikut undang-undang. Kebelakangan ini, sikap bertahan BN menyebabkan pembangkang semakin berani ibarat ‘sudah pijak kepala’ dengan mendedahkan soal peribadi calon serta pemimpin negara dan parti.

Semuanya gara-gara mereka mahu menang bagi mencapaii tujuan menawan negeri ataupun kerajaan Pusat hingga kadangkala matlamat menghalalkan cara. Hakikat ini diakui calon BN, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad calon BN yang akan menentang calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, esok.

“Kita memang ada kekurangan dari segi menyerang, asyik bertahan. Bagi saya, kalau kita kena serang, kita kena lawan balik,”

Katanya, BN mahupun UMNO tidak boleh berdiam apabila kerajaan, pemimpin mahupun parti kena serang bertubi-tubi oleh pembangkang. “Kadangkala saya lupa saya adalah calon. Saya pula beria-ia sangat bercakap ketika kempen di Bagan Pinang,” jelas mantan Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun itu.

Baginya, pembangkang sengaja menyerang peribadi kerana mereka tiada dasar kerajaan yang hendak ditonjolkan termasuk dilakukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas serangan terhadap kes politik wang oleh pembangkang sebaik sahaja namanya disahkan calon BN Bagan Pinang, Mohd Isa menjelaskan, pembangkang cuba berhipokrik dalam perkara ini.

Zaman Anwar pun ada rasuah. Semua orang tahu, dia terbabit rasuah masa pemilihan UMNO. Apabila beliau keluar UMNO, beliau cuba menonjolkan diri sebagai seorang yang maksum, tidak bersalah, bersih daripada rasuah,” tegas beliau.

Sebab itu katanya, “Kita kena jelaskan. Bercakap pasal Anwar, beliaupun bukan ada modal baru, cakap berulang-ulang perkara sama, jadi kita jangan jemu memberi jawapan menangkis seranganya itu,”.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang itu, beliau akan serang balik, jika pembangkang menyerangnya ketika kempen pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Ditanya, kemungkinan pembangkang turut memainkan isu kononnya beliau ada perempuan simpanan, Mohd Isa menjawab, “ Itulah kerja parti pembangkang, menuduh macam-macam setiap kali pilihan raya,”.

Malah katanya, gambar beliau menimang cucunya juga dikatakan beliau menimbang anaknya hasil hubungan sulit dengan wanita.

Mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa beliau sudah menjalani hukuman kerana kesalahan kod etika pemilihan dan wajar diberikan peluang sebagai calon, Mohd Isa mengakui itulah pemilihannya.

“ Kita tidak boleh menghukum sesaorang dua kali. Pembangkang tak mahu terima. Orang UMNO sendiri dan orang ramai, tiada masalah. Saya bukan melakukan jenayah, saya bukan di penjarakan,”

“Cuma kesalahan langgar kod etika parti. Kesalahan saya itu, bukan kesalahan lebih besar seperti Anwar sehingga kena penjara,” jelasnya.

Beliau berharap dengan penjelasan Presiden UMNO itu, pengundi-pengundi akan faham suasana sebenar dan memberi sokongan kepadanya untuk menjadi wakil rakyat.

Mohd Isa mengakui beliau tidak bermimpi perkara ini akan berlaku dan dipilih sebagai calon selepas dikenakan tindakan disiplin serta tewas pemilihan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti baru-baru ini.

“Namun, saya tidak kata politik saya berakhir. Saya masih Ketua UMNO Bahagian. Saya masih aktif menyertai mana-mana kempen pilihan raya. Bagi saya, karier jatuh nombor dua, parti yang utama,”.

“UMNO parti terbaik, Saya masih yakin perkara ini berbanding PAS mahupun Keadilan (PKR). Kalau nak ikut rasa kecewa, dihukum, mungkin banyak galak cari pilihan...bagi saya mana ada pilihan selain UMNO,” ujarnya.

Baginya, pemimpin PAS dengan pendirian yang tidak konsisten, PKR parti yang caca merba dan beliau tidak dapat menyakinkan diri bahawa UMNO lebih buruk daripada parti pembangkang.

“Saya bercakap cara rasional perasaan saya masa kena tindakan dulu. Saya terpikir, tindakan itu tidak adil kepada saya tetapi setelah fikir betul-betul, saya rasa kalau saya tinggalkan parti, itu merugikan saya kerana tiada parti lain sebaik UMNO,” tegas beliau.

Masalah, kata beliau adalah pesepsi orang luar yang fikir macam-macam terhadap beliau sedangkan dirinya tiada masalah dengan pemimpin mahpun ahli di Bahagian Teluk Kemang.

Bercakap soal undi pos yang jadi modal utama pembangkang di Bagan Pinang, Mohd Isa percaya, PAS ataupun pembangkang memang sentiasa mencari sebab atau ‘kambing hitam’ sesuatu pihak termasuk Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana percaya mereka akan kalah.

“Sebelum ini mereka heboh dengan undi hantu. Ini akan berlarutan sampai bila-bila. Bila mereka rasa tidak dapat keuntungan, mereka akan timbulkan macam-macam masalah. Kalau memihak pada mereka, mereka kata SPR telus. Ini stail mereka untuk harap simpati selain cuba timbulkan keraguan dengan mengatakan itu ini salah,” jelas beliau.

Pada akhir interbiu itu, Mohd Isa yakin mengekalkan kerusi BN di Bagan Pinang walaupun diasak bertubi-tubi oleh parti lawan.

Beliau juga sudah bersedia berdepan serangan terakhir Anwar pada penghujung kempen sebelum hari pengundian pada 11 Oktober kerana tahun Anwar akan terus mendendangkan cerita-ceritaq lama.

“Itu modal dan cerita lama beliau. Itulah pembohongan..pembongak besar kata orang Negeri Sembilan,” katanya.

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..