Followers

Thursday, October 1, 2009

CERDIKKAH CADANGAN KETUA AMK P.PINANG?

ADAKAH CADANGAN YB YUSMADI DITUJUKAN KEPADA ANWAR ATAU KARPAL?

Penyokong Pakatan Rakyat berkata " Apa salahnya kita cuba tukar kerajaan sekarang kepada Kerajaan baru Pakatan Rakyat..." kata-kata ini selalu kita dengar yang diucapkan oleh orang melayu yang menyokong pakatan rakyat. Nasib baik kita orang melayu tidak semua bodoh dan bacul di negara ini. Umno menjadi tunggak kekuatan BN, tidak kah Umno itu dikuasai oleh kaum melayu yang beragama islam? kenapa jadi bodoh sangat kita sanggup menukar kerajaan yang kita sudah berkuasa. Kita mengharapkan Pakatan Rakyat memerintah negara ini, yang secara jelas dikuasai oleh DAP. PKR ditubuh kerana dendam Anwar, pakatan Pas bersama DAP pula kerana mabuk kepada kuasa. Yang untung semuanya adalah DAP.

Kita sudah ada dalil, kita dapat tengok dengan mata kepala sendiri apa yang Allah SWT telah tunjukkan kepada kita semua keatas lima negeri dibawah pemerintahan Pakatan rakyat. Kita tengok selangor sekarang, usahkan Khalid Ibrahim nak fikir masalah rakyat di Selangor masalah para exco dan wakil rakyatnya pun Khalid tidak terfikir. Setelah lebih setahun selangor dibawah pakatan rakyat lepas satu-satu perkara timbul. Begitulah kedaannya negara ini jika diterajui oleh Pakatan rakyat.

Jika ada pun pas dalam pakatan rakyat hanya sebagai pelengkap pemerintahan DAP sahaja, suara pas ibarat anjing menyalak bukit. Seperti apa yang berlaku kepada Dr Hasan Ali di Selagor, yang mampu berpelukan kemesraan umpama cerita Hindustan sekadar melaris surat kabar dan mempopular Hasan Ali sahaja. Akhirnya Melayu menjadi hanyut mainan pemimpin seperti Hasan Ali yang bertopengkan islam tetapi islam terus dihina oleh orang kapir. Melayu tetap ketinggalan dan islam semakin lemah. Pemimpin-pemimpin pas menggunakan islam menjadi senjata mereka bagi menambat hati oarang-oarang melayu. Lihat sahaja di Kelantan, Nik Aziz telolong kesana kemari mempertahankan pembangunan yang hebat dizaman pemerintahannya selama lebih 18 tahun sedangkan Kerajaan Negeri tidak menyediakan pembangunan untok memwujudkan peluang-peluang perkerjaan. Kalau dahulu Nik Aziz mencabar Karpal supaya datang ke Kelantan melihat sendiri pembangunan yang Nik Aziz laksanakan yang terbaru Nik Aziz mempelawa Tun Mahadhir supaya datang sendiri ke Kelantan melihat pembangunan yang Nik Aziz laksanakan. Ternyata Nik Aziz tetap dengan cara keegoannya, tidak mahu menerima hakikat sebenar atau pun tahap pemikiran Nik Aziz tidak sempat memikir apa yang dimaksudkan oleh TUn Mahadhir itu. Pemikiran semacam inikah yang akan memerintah negara bersama kapir DAP?

Bagaimana dengan Pulau Pinang dibawah Pemerintahan DAP? begitulah acuannya jika Pakatan Rakyat dapat berkuasa di negara ini nanti.

Sila baca petikan ini

Mr Karpal King murka akibat salakan Ketua AMK P.Pinang YB Yusmadi mahukan pengiliran Ketua Menteri sehingga mahukan penjelasan dari isteri haramnya Drama Queen. Mana mungkin Parti Sosialis seperti DAP mahu berikan jawatan keramat sewenang wenangnya,berpuluh tahun mengidam tiba tiba mahu di gilirkan pula. MANA BOLEH! Penang Parti Sosialis yang punya,ada faham ka?

Seperti kita sedia maklum,Drama Queen penuh dengan tipu daya dan sifat sesumpah semulajadinya,pelbagai skrip akan dimainkan mengikut masa dan situasi agar secukup rasa. Karpal King sudah masak dengan lakonan Drama Queen,barangkali Drama Queen sendiri yang arahkan Yusmadi agar mengeluarkan arahan,mana mungkin Yusmadi berani melainkan dapat arahan boss tersayangnya sendiri.

Selepas ini Drama Queen akan memainkan skrip kononnya dia begitu toleren dengan DAP dan menunjukkan kepada pengundi cina Pulau Pinang itu Drama Queen manyak baik dari Umno ,sebab itu UMNO ada koyak gambar menteri punya orang,malah akan membuat teguran atau amaran kepada Yusmadi kerana mengugat keharmonian rumahtangga sumbang mahram pakatan haram. Skrip di pertontonkan kepada rakyat,kononnya Drama Queen sanggup membelakangkan kehendak bangsa sendiri dan menunjukkan PKR kononnya sama rata depan belakang sama saja dan sanggup berkorban demi rumahtangga agar tidak tergugat.

Beginilah skrip skrip yang mudah di baca oleh mereka yang celik, senang cerita PKR cuba berlagak hero kononnya memperjuangkan hak orang melayu,walhal mereka telah mengadai segala yang ada.Kononnya merekalah yang berani memperjuangkan soal hak bangsa melayu,pada masa yang sama memperjuangkan sama rata yang secara halusnya melayu dibangsatkan.

Jika benar Yusmadi mahukan hak orang melayu terjaga,cuba anda menyalak soal CMI yang jelas merampas tanah wakaf dan ditukarkan menjadi tanah komersial(Chief minister inc.) barang kali DAPSY bukan saja menuduh rasis malah akan menuduh Yusmadi mengugat kenteteraman awam dan ekstremis.

Ada berani ka Yusmadi? barangkali standart lawyer balik pulau yang sorang ni hanya layak menjadi assistant drama queen sahaja.

Akhir kata,setakat itu sajalah suara orang melayu, sebelah sini dan sebelah sana ,kalau bersuara bab hak melayu,comfirm dituduh rasis.Apa melayu boleh buat? Dok diam diam sajalah,sebab Azmin Ali kata lebih baik duduk dibawah pemerintahan Cina daripada UMNO.

Pisau.net

Sila baca pula kenyataan ini...

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini mahu Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak membenarkan pemimpin peringkat akar umbi tidak membuat kenyataan yang menjejaskan parti Pakatan seperti isu penggiliran Ketua Menteri Pulau Pinang.

Karpal mendesak Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan keadaan sama ada Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang, Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff mempunyai mandat untuk mengeluarkan kenyataan politik.

"DAP menggesa Anwar untuk memastikan pemimpin peringkat akar umbi PKR tidak mengeluarkan kenyataan politik seumpamanya pada masa hadapan," kata Karpal kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Jalan Duta berhubung kenyataan Mohd. Yusmadi, yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau bahawa satu formula perlu dilaksanakan bagi membolehkan pemimpin daripada semua kaum dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Mohd.Yusmadi turut dilapor sebagai berkata, formula baru itu diperlukan bagi menggantikan formula Barisan Nasional bagi pentadbiran Pulau Pinang yang menyaksikan jawatan Ketua Menteri diberikan kepada kaum Cina dan jawatan Timbalan Ketua Menteri dipegang kaum Melayu.

Karpal menjelaskan, bahawa DAP mempunyai jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang terbanyak dan parti itu mempunyai hak untuk melantik siapa sebagai Ketua Menteri di negeri itu. - BERNAMA

P/S : Hendak tukar pemerintah jangan anggap sesenang seperti tukar pakaian. Kain baju boleh ditukar bila-bila masa asal sahaja kita ada duit. Kalau tidak sesuai esok kita beli lain. Dasar-dasar pemerintahan islam yang tersedia dalam pelembagaan negara pun DAP tidak terima inikan pula yang baru diangan-angankan oleh pas. Pesetujuan dalam pakatan rakyat tentang islam pun tidak tercatit, bagaimana pas mahu membentuk pemerintahan islam? Pas sebut sahaja hudud, DAP sudah nak tendang pas . Apa yang DAP benar tentang islam pas hanya sekadar berceramah untok menarik sokongan pengundi kaum melayu sahaja. Pas mengadaikan islam dan kaum melayu di negara ini bagi mendapatkan kuasa bersama pemimpin-pemimpin DAP dan PKR sahaja.

Kepada pengundi DUN Bagan Pinang buatlah keputusan terbaik jangan gadaikan maruah islam dan melayu bersama pemimpin-pemimpin Pas. Cadangan YB Yusmadi itu mebayangkan kepada kita bahawa begitulah keadaan kita pemimpin melayu di negara ini suatu masa nanti jika kita terus bersekokong dengan DAP. Bagaimana jawaban Anwar dengan kenyataan Karpal? Sudah tentu jawaban Anwar tidak tahu menahu dengan kenyatan Yusmadi itu dan terus berdolak dalih dalam isu seperti ini. Anwar tetap akan terus sampai bila-bila mengikut rentak kemahuan DAP dan terus berlakon dengan pas. . Yang lain-lain, Lu fikirlah sendiri...

1 comment:

Rizkyzone said...

pertamax...
nice info sob

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..