Followers

Wednesday, April 27, 2011

VIDEO SEX-JANGAN BAGI RAKYAT TERTUNGGU SIAPA 'LELAKI Y'

Polis tidak teragak-agak untuk mendedahkan “si pelaku” dalam video seks yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada umum sekiranya perlu, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar dipetik media hari ini.


“Siasatan masih lagi dijalankan. Apa jua perkara yang kita perlu dedahkan kepada umum kita akan dedahkan, yang mana perkara yang tak perlu kita dedahkan kita tak perlu dedahkan,” kata beliau dipetik Bernama Online.

“Bagi pihak kami (polis) siasat dahulu, apabila sampai masanya polis akan beritahu siapa pelakunya dan kita masih siasat kes ini di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah),” katanya selepas Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan Siasatan Jenayah dari seluruh negara di sini pada hari Selasa.

Ditanya mengenai sebab Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes berkenaan, Khalid menegaskan bahawa ia merupakan prosedur biasa dalam melengkapkan kertas siasatan sesuatu kes.

“Kita dah siapkan kertas siasatan itu, sudah tentu kita akan hantar kertas siasatan kepada pejabat Peguam Negara. Sekiranya dia (Peguam Negara) melihat terdapat perkara-perkara yang belum jelas pada kertas siasatan itu ia akan dipulang semula kepada kita.

“Dengan ini kita akur dengan apa jua arahan yang diberikan pada kita. Ini proses biasa dan kemungkinan kita akan serahkan semula kertas siasatan kepada Peguam Negara minggu ini,” katanya.

Pada 21 Mac lepas, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan yang dikenali sebagai “Datuk T” di Carcosa Seri Negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan.


The Malaysian Insider





Ulasan...


Jangan salahkan rakyat yang terkeliru...seluruh Rakyat Malaysia ingin mengetahui siapa pelakunya. Sebelum ini Pihak Polis menyatakan Rakaman Video Seks tersebut adalah tulen. Sudah pasti kebenaran akan menjelma kepada kita dan siapa pelaku Video Seks tersebut akan kita ketahui nanti.


Lebih2 lagi kepada rakyat yang sentiasa berjuang untok melihat dan menegakkan kebenaran di negara ini walaupun mempunyai fahaman politik berbeza. Moral pemimpin adalah penting, rakyat tidak mengizinkan pemimpin jenis ini meneraju negara. Ini bukan soal politik ini soal kerendahan moral.


Dalam banyak kes Nik Aziz selalu mengangkat dan menjulang Anwar bahawa Anwar tidak terlibat yang terlibat adalah kejahatan Umno/kerajaan, itu merupakan bola tanggong pembangkang kepada Umno/kerajaan jika benar lelaki Y dan kebenaran kes liwat dipehak Saiful. Rakyat mengikuti perkembangan ini dan rakyat yang cintakan kebenaran akan menilai sendiri dalam membuat keputusan semasa PRU13 nanti.

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..