Followers

Saturday, April 2, 2011

VIDEO SEX - RAKYAT CINTAKAN KEBENARAN SEMAKIN LEGA


PEMIMPIN YANG HAPRAK DAN GILAKAN KUASA SEMAKIN GELISAH
Pelik bin ajaib sejak tersebarnya berita Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengesahkan video seks yang didakwa libatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tulen pada tengahari Jumaat, laman twitter para pemimpin PAS dan DAP langsung tidak sentuh atau ulas mengenainya.

Ini berbeza sekali dengan suasana sejurus pendedahan Datuk Trio mengenainya dibuat Isnin 21 Mac lalu.Mereka meletop-letop twit melemparkan berbagai tuduhan terhadap kerajaan dan UMNO termasuk konspirasi segala macam.

Datuk Mahfuz Omar dan Dr Lolo Ghazali antara yang paling galak membelasah isu ini menerusi twitter hampir setiap hari …kini tak berbunyi langsung mengenainya begitu juga twit Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng.

Kenapa agaknya tiba-tiba masing-masing macam tekan brek saja? Apakah semua mereka sudah langkah setapak ke belakang untuk merangka strategi baru untuk menentang pengumuman Ketua Polis Negara ?

Atau mungkin bos-bos PAS dan DAP ‘baru tersedar’ skandal peribadi Anwar yang menjadi buah mulut satu negara sekarang akan turut heret parti mereka ke dalam longkang.

Sesiapa saja yang ada otak tahu sangat berikutan pengesahan ketulenan video itu situasinya hanya tunggu masa saja sebelum pelbagai pekong ‘aktiviti peribadi’ Ketua Umum PKR itu akan terbongkar satu per satu.

Ini kerana individu utama yang bertindak mendedahkan video seks ini – Datuk Shazrly Eskay Abdullah – secara terbuka mendakwa dirinya sudah lama jadi ‘ tukang atur’ aktiviti-aktiviti itu untuk Anwar.

Bukan saja di Kuala Lumpur malah dakwanya di Thailand pun ada.

Setakat ini majoriti dari beberapa orang yang sudah menyaksikan video itu yakin penuh pelakon utamanya ialah Anwar.

Pendedahan ini juga akan membuatkan ramai orang dapat mengagak apa kesudahannya kes liwat Saiful Bukhari Azlan yang sedang dibicarakan.Rasa curiga timbul kerana Amwar liat sangat nak bagi sampel DNA.

Aktivitinya dalam video seks itu juga sudah tentu akan membuka mata balik kepada pelbagai dakwaan kegiatan seumpama itu yang pernah didakwa oleh seorang lagi bekas ‘ tukang atur’ Anwar semasa memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dulu yakni Datuk S Nalakarupan.

Bekas rakan tenis Anwar itu membuat dakwaan serius yang melibatkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan isterinya Shamsidar Taharin.

Tolak sebelah DAP yang bukan parti Melayu…ramai para pemerhati politik menilai PAS kini sudah terbelit simpul mati kerana melulu cuba membela Anwar tanpa mengambil sikap rasional dan mahu usul periksa terlebih dahulu.

Dalam kegairahan itu ia juga menjadi peneraju utama majlis solat hajat dan doa untuk kebenaran yang diadakan di Stadium Tertutup Malawati,Shah Alam pada malam 28 Mac.

Lidah rasmi PAS ,Harakah dalam edisi terkini dengan penuh konfiden menjerit PADAH MENANTI UMNO.

Sebaliknya kini ada yang sudah ketawa kerana merasa padah itu sebenarnya sedang menghala ke PAS.

PAS merasa kehadiran beribu-ribu orang di majlis itu sebagai petanda gelombang kebangkitan rakyat sudah bermula.

Antara SMS yang rancak berlegar selepas pengesahan ketulenan video seks itu oleh Ismail berbunyi : solat hajat PAS sudahpun tunjuk kebenaran.

Tindak tanduk PAS ini dikatakan memberi impak negatif tentang wajah sebenar parti PAS yang sentiasa dakwa dirinya parti Islam.

Buktinya dalam kes ini ia begitu gelojoh gilakan undi politik untuk ke Putrajaya hingga lupa pada hakikat apa itu kebenaran.

Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Haji Hadi Awang dan berjela-jela lagi barisan pimpinannya yang alim ulamak tidak langsung mengambil inisiatif untuk menyiasat atau menunggu hasil siasatan polis sebelum mengambil satu pendirian tentang kes video seks ini.

Mereka terpedaya dengan lakonan warak pijak semut tak mati Anwar dan taksub dengan cogankata segalanya konspirasi…konspirasi…konspirasi.

Situasinya sungguh memualkan kerana pada ketika Anwar sedap melepaskan nafsu sekarahnya membelasah pelacur China,PAS menjadi bentang tukang sorak yang mengagung dan mempertahankannya.
Dalam ertikata lain ia mempertahankan kemungkaran seorang pemimpin sekutunya.

Ramai yang menunggu untuk melihat rentak PAS dalam menutup malu bila satu persatu pekong Anwar terdedah kepada umum kelak.

Usaha sesetengah pemimpin pembangkang yang kehabisan modal cuba mengalihkan isu dengan mendesak Datuk Trio ditahan kerana menayangkan video itu tidak mungkin dapat meluputkan fokus utama rakyat negara dalam mencari kebenaran tentang video seks ini.

Tanya siapa saja.Apakah mereka peduli soal nak dakwa Eskay, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim kerana menayangkan video seks itu ?

Jawapan yang semua mereka ingin tahu sangat ialah benar atau tidak lelaki yang berzina dengan pelacur China itu Anwar bin Ibrahim.

Apapun para pemimpin PAS kenalah bersedia dari sekarang cari lobang cacing untuk sorok muka.-2/4/2011

Agendadaily

2 comments:

sesenang sesuka said...

YA ALLAH KAU BUKALAH PINTU HATI PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS AGAR KELUAR DARI PAKATAN RAKYAT. kERANA DENGAN PAKATAN INI TELAH MEMBUAT PAS TELAH TERPESONG JAUH DARI PERJUANGAN ASALNYA.

BIARLAH PAS KEMBALI SENDIRI SAPERTI BIASA ATAU KAU GABUNGKAN LAH PULA PAS DENGAN UMNO DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. AMIN

homestay said...

Arwah ustaz aku pernah berkata,jika apa yang berlaku ke atas DSAI dulu konspirasi Mahathir, maka Mahathir akan menerima balasan dari Allah dengan balasan yang amat dasyat kerana konspirasi itu tersangat zalim. Namun jika benar DSAI melakukannya, beliau akan menerima balasan dari Allah dengan balasan yang setimpal kerana perbuatannya yang sangat-sangat menjijikkan. DSAI tidak akan menjadi PM kerana negara Malaysia adalah negara yang diberkati Allah. Negara ini tidak sekali-kali akan jatuh ke tangan pemimpin yang akan membawa kerosakan.... InsyaAllah

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..