Tuesday, September 29, 2009

DATUK IBRAHIM ALI PEMIMPIN PEMANGKIN NEGARA


KUALA LUMPUR 28 Sept. - Khidmat wakil rakyat seperti Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali amat diperlukan memandangkan beliau mampu menyuarakan pandangan dan kritikan secara neutral kepada kerajaan mahupun pembangkang.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sebagai Ahli Parlimen Bebas, tidak salah jika Ibrahim mengambil berat terhadap apa yang tidak kena di kedua-dua belah pihak.

"Saya rasa kita perlu ada seseorang seperti itu yang neutral dan prihatin dengan isu-isu berkaitan kerajaan dan pembangkang serta boleh mengkritik sesiapa saja," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Pentadbiran Korporat 2009 di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai perang mulut yang timbul di antara Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini mendesak Ahli Parlimen Pasir Mas itu meletakkan jawatannya kerana dikatakan tidak lagi mendapat 'restu' rakyat.

Semalam, Ibrahim membalas gesaan Nik Aziz itu dengan mengemukakan 10 hujah kenapa Mursyidul Am Pas itu pula yang sepatutnya mengosongkan kerusi Menteri Besar Kelantan yang disandang sejak 1990.

Dr. Mahathir berkata, Ibrahim menganggap dirinya wakil rakyat Bebas walaupun beliau pernah bertanding di bawah tiket Pas pada pilihan raya umum lalu.

"Jadi sebagai wakil rakyat Bebas, dia hanya menjalankan tugasnya dan menonjolkan diri dengan memberi apa-apa komen bukan saja mengenai kesalahan satu pihak tetapi semua," katanya.

Mengenai desakan Ibrahim supaya Nik Abdul Aziz mengosongkan jawatan Menteri Besar Kelantan, Dr. Mahathir berkata:"Dia (Nik Aziz) sudah lama. Saya sendiripun letak jawatan sebab saya rasa orang sudah bosan dengan saya.

"Masalah apabila berada di kerusi yang selesa adalah kita tak mahu bangun bila sudah duduk," katanya.

Utusan on-line

Monday, September 28, 2009

RAJA LOMPAT VS RAJA CELUPAR


DEMI KEBAIKAN RAKYAT DAN ISLAM CARA IBRAHIM ALI BERBEZA DENGAN CARA NIK AZIZ

Apa kenyataan pun kita boleh lakukan asal kita tidak bisu dan kita tidak takut kepada dosa-dosanya. Allah telah mengatakan dalam al-quraan, kerana mulut majoritinya kita masok neraka. Ciri-ciri orang beriman ia amat menjagai setiap kata-katanya, kalau pun dia bercakap dia akan bercakap perkara-perkara yang benar sahaja dan jauh sekali bagi niatnya untok menyakit hati sesama islam.

Datok Ibrahim Ali terkenal dengan suka melompat sana sini, parti itu dan parti ini. Tetapi lain pula dengan Nik Aziz tidak suka melompat tetapi menyanjung tinggi jika ada pemimpin parti lain yang melompat kepartinya dan Allah menyediakan syurga kepada mereka-mereka yang menyokong dan melompat kepada Pas diakhirat nanti.

Bibit-bibit kesayangan Nik Aziz kepada Ibrahim Ali tercetus semasa PRU11. Dimasa itu Kerajaan Pas Kelantan adalah masalah perhubungan dengan istana Kelantan, Ibrahim Ali lah yang memain peranan bagi memulihkan keadaan tersebut kebetulan Ibrahim Ali juga pengerusi MTR Kelantan.

Jasa-jasa Ibrahim Ali kepada Pas dimasa itu amat besar sekali. Gelombang pengundi semasa PRU 11 tersebut ternyata lebih memihak kepada BN disebabkan masalah dalaman pas sendiri masalah dengan pehak istana dan perubahan pucuk pimpinan negara Tun Mahathir kepada Pak Lah, tetapi diatas kebijaksanaan Ibrahim Ali masa itu pas masih lagi mampu memerintah Kelantan walaupun dengan dengan majoriti tipis 1 kerusi. Kalau Nik Aziz menggeluarkan kenyataan menghina duit dan sembahayang Ibrahim Ali tidak diredhai oleh Allah SWT kerana bertanding atas tiket pas dan menang seterusnya mengkritik pas dijatuh hukum sedemikian oleh Nik Aziz, apakah Ibrahim Ali tidak boleh menjatuh hukum kepada Nik Aziz? Disini menampakkan kepada kita keiklasan itu ada pada Ibrahim Ali kerana Ibrahim Ali mengkritik Pas atas semangat sesama islam,sebangsa dan senegara lain dengan Nik Aziz suka membangkitkan isu2 lama dan terus mengait dengan agama dan menjatuh hukum sesuka hati. Itu belum diambilkira lagi lebih 100,000 penderitaan anak-anak muda Kelantan yang terpaksa berhijrah kenegeri lain untok mencari perkerjaan.

Kalau pun tidak kena Ibrahim Ali itu adalah kerana mengkritik untok kebaikan, ia tidak menghina sesama islam. Tetapi bagi penyokong-penyokong panatik pas yang menyokong tindakan Nik Aziz sedemikian kepada Ibrahim Ali adalah atas dasar topeng disebalik keugamaan menghina sesama islam.

Dulu-dulu apa kata Nik Aziz kepada Tun Mahathir, takkan semudah itu kita lupa semasa Tun menjadi PM? Kalau sekarang Nik Abdul Aziz berkata faktor tua bukan menjadi penghalang seseorang daripada menjadi pemimpin politik. "Tua apa salahnya, kalau muda pun hanya sampah apa guna?" tapi kenapa dulu Nik Aziz berkata kepada Tun macam-macam?

Di Kelantan kita tak payah bincang soal pembangunan. Kalau kita terpengaruh dengan kata-kata Nik Aziz seolah-olah kerana pembangunanlah yang pas buatlah rakyat kelantan menyokong parti itu dari tahun 1990 sampai sekarang. Banyak perubahan dari segi pembangunan telah dilaksanakan di Kelantan, termasuk di daerah-daerah terpencil seperti Gua Musang, Tanah Merah dan Jeli. Kita hendaklah berfikir dengan waras dalam soal ini. Sekarang baru Nik Aziz sebut soal pembangunan, kalau dahulu Nik Aziz kata buat apa kepada pembangunan semuanya itu untok dunia semata-mata tidak boleh dibawa mati. Dan kalau benar rakyat Kelantan mahukan kepada pembangunan sudah tentu Umno tidak akan kalah begitu teruk di Kelantan. Kekalahan Umno di Kelantan kepada Pas adalah kerana penyelewengan ajaran islam dikalangan pemimpin pas untok tujuan politik itu paling tepat.

'Perang mulut' antara Datuk Ibrahim Ali dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengulangi desakan supaya Ahli Parlimen Pasir Mas itu meletakkan jawatannya semakin memuncak.

Hari ini, Ibrahim yang bertanding sebagai calon Bebas dengan 'meminjam' logo Pas pada pilihan raya umum lalu menggariskan 10 hujah kenapa Nik Abdul Aziz mesti mengosongkan kerusi Menteri Besar Kelantan yang disandangnya sejak 1990.

Berikut adalah 10 hujah yang dikemukakan oleh Ibrahim:

n Nik Abdul Aziz sudah terlalu lama bergelar wakil rakyat dan Menteri Besar. Beliau adalah 'barang lama' manakala naluri manusia pula sentiasa berkehendakkan sesuatu yang baru.

n Beliau sudah nyanyuk kerana bercakap tanpa usul periksa apabila menerima maklumat selain melupakan jasa Ibrahim yang bekerjasama sewaktu kerajaan Pas Kelantan berada pada kedudukan getir.

n Kerap uzur sedangkan kesihatan yang baik adalah syarat utama untuk menjadi ahli politik.

n Tidak menumpukan kepada tugasnya sebagai Menteri Besar kerana asyik berceramah selain diperalat oleh beberapa individu dalam Pas Kelantan.

n Tidak cekap mentadbir dan jauh sekali mempunyai idea dan kreativiti yang amat diperlukan dalam era dunia tanpa sempadan.

n Menjadi alat kepada DAP walaupun parti itu secara terang-terangan menentang pelaksanaan negara Islam yang menjadi cita-cita Pas.

n Menjadi alat kepada pakatan pembangkang untuk menghalalkan agenda memecahkan perpaduan umat Islam dan bangsa Melayu selain mempergunakan Islam untuk kepentingan politik.

n Ramai pemimpin Pas Kelantan dan pusat mahu beliau meletak jawatan cuma mereka tidak berani bersuara.

n Mempunyai sikap riak dan takbur kerana menganggap hanya beliau sahaja yang betul dari segi Islam sehingga sanggup menghukum bahawa ibadah orang yang tidak sehaluan dengannya tidak diterima Tuhan.

n Gagal mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat Kelantan walaupun mempunyai kekuatan modal insan yang rajin bekerja selain kaya dengan hasil bumi, budaya mahupun kepelbagaian makanan.

Sewaktu dihubungi Utusan Malaysia, Ibrahim menjelaskan tindakan beliau itu tidak bermotifkan dendam peribadi sambil mengakui beliau juga mempunyai kelemahan.

"Walaupun pahit saya kena bercakap sebab orang lain tak berani, saya tahu perkara ini akan menyebabkan saya 'dibelasah' dalam blog tapi saya menerimanya dengan senang hati.

"Saya tiada masalah peribadi dengan Nik Aziz, beliau nak kecam saya, hukum saya masuk neraka pun saya tak kecil hati tetapi saya kena tegur untuk kebaikan agama bangsa dan negara," katanya.

Semalam, Nik Abdul Aziz mengulangi desakan supaya Ibrahim meletak jawatan jika mahu amal solehnya diterima Allah kerana rezeki yang diperoleh melalui jawatan tersebut adalah 'tidak betul'.

Desakan itu dibuat ekoran tindak tanduk politiknya yang semakin bertentangan dengan hala tuju Pas.

P/S : Pemimpim-pemimpin pas yang lain juga seharusnya memuji tindakan Ibrahim Ali bersuara memberi candangan supaya Nik Aziz berundur dari memegang jawatan dalam Pas. Ibrahim Ali membuka jalan laluan kepada pemimpin pas yang lain Kesimpulannya Ibrahim Ali lebih berjiwa islam, lebih menyayangi bangsa dan lebih menyayangi negara berbanding Nik Aziz bahkan suaranya di Parlimen boleh mengalahkan pemimpin-pemimpin Umno sendiri.Dalam situasi sekarang islam dan melayu perlu kepada pembelaan, bagi Pakmie Ibrahim Ali perlu dipuji seorang pemimpin politik yang harus disanjung tinggi. Kalau Nik Aziz, Karpal dan Anwar tidak suka kepada pemimpin seperti Ibrahim Ali itu menunjukkan Ibrahim Ali salah seorang pemimpin melayu yang boleh dianggap berani mempertahankan agama dan bangsanya sendiri di negara ini. Manakala pemimpin-pemimpin pas yang lain suka mengambil sikap berdiam diri tunggu dan lihat. Mereka hanya menjaga kuasa politik diatas penderitaan rakyat Kelantan. Kalau kita tengok cara Nik Aziz memilih calon bertanding semasa PRK Manik Urai tempoh hari sudah jelas kepada kita bahawa Nik Aziz tidak mahu kepada pemimpin pelapis yang berpendidikan, supaya ia terus mengekalkan kedudukannya sebagai MB. Wakil-wakil rakyat yang lain hanya mampu angguk-angguk dan geling-geling sahaja tidak tahu apa-apa buat kerja asalkan pandai ber ceramah politik. inilah cara Nik Aziz berpolitik untok mengekalkan kuasanya.



Friday, September 25, 2009

LAKONAN PERTAMA PRK PERMATANG PASIR LAKONAN KEDUA PRK BAGAN PINANG DAN LAKONAN KETIGA DR HASAN ALI MENJADI MB SELANGOR


AIR MATA DUYONG - Tajok hangat dipawagam Persuruhjaya pas merangkap exco Selangor, Dr Hasan Ali. Umat islam baru sahaja merayakan Aidilfitri, lakonan kedua yang persamaan skrip dengan isu penjualan arak di kawasan majoriti Muslim di Shah Alam kini dilayar perak pakatan rakyat Selangor. Lakonan pertama, Dr Hasan Ali berjaya menambat hati umat islam khasnya di Selangor dalam menangani isu penjualan arak. Isu arak merupakan salah satu janji pas menjelang PRU12 tempohari. Dr Hasan Ali terpaksa berpura-pura bergaduh dengan YB Ronnie Liu. Macam filem Hindustan, dihujung cerita mereka akhirnya ketawa ria berpelukan. Hasil dari lakonan pertama telah menojolkan kepada umum bahawa kebisaan dan kehebatan Anwar menjadi orang tengah dalam menangani krisis arak antara DAP dan Pas. Sendiwara ini pertamanya untok memberi mesej kepada rakyat bahawa Anwar mampu menangani apa-apa sahaja permasalah dalam pakatan rakyat dan yang kedua bagi menunjukkan bahawa kerajaan pakatan rakyat (pas) telah berjaya menjalankan pendekatan islamnya dengan baik di Selangor tidak seperti UmnoBN sebelum ini.

Hari ini Dr Hassan Ali berlakon lagi untuk filem keduanya, iaitu mengkritik perjalanan SELCAT.Di hujung filem ini kita akan lihat dengan siapa pula Dr Hasan Ali akan berpelukan. dan siapa hero yang bakal ditunjolkan. Adakah pelukan kali ini akan memberi erti untok Dr Hasan Ali kejawatan MB, sama-samalah kita saksikan nanti.

Lakonan pertama menjelang PRK DUN Permatang Pasir dan lakonan kedua menjelang PRK DUN Bagan Pinang. Pakatan Rakyat dari dahulu lagi sampailah sekarang hidup dengan belakon dalam mengekalkan kuasanya. Bagi Dr Hasan Ali tidak mengapalah digadai sikit prinsip perjuangan, tidak mengapalah mengalah kepada DAP, biarlah prinsip Islam yang diperjuangkan PAS digadaikan sedikit, biarlah arak terus dijual kepada Muslim di Selangor, biarlah yang penting aku tetap jadi Timbalan Menteri Besar tidak kiralah islam dan bangsa aku sendiri menderita. Silap-silap haribulan jika lakonan aku ini box ofice dipasaran aku dapat jadi Menteri Besar!

Menurut Tun Mahathir, Dr Hasan Ali membalas jasa-jasa Kerajaan yang menanggong hampir sejuta kos pembelajaran akhirnya dibalas dengan menentang Kerajaan.

Merujuk kepada Laporan akhbar Pas Selangor mereka akan kaji kedudukan dalam pakatan pembangkang Pas Selangor sedia mengkaji secara terperinci cadangan mana-mana wakil rakyat yang mahu parti itu melihat semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang di negeri ini. Setiausaha Badan Perhubungannya, Mohd. Khairuddin Othman berkata, pihaknya akan mengadakan satu menyuarat tergempar dalam masa terdekat ini untuk membincangkan perkara tersebut.

Kita tunggu dan lihat penamat lakonan kedua ini sama ada lebih baik atau tidak daripada lakonan pertama. Pemimpin seperti ini tidak layak diterima menyertai Umno. Walaupun sesaorang itu buta, ia masih lagi mampu mendengar! Jika sesaorang itu buta dan tuli sekali pun, ia juga masih mampu meraba. Kini Pas bukan setakat pengkianat kepada sesama islam dalam Umno, pemimpin pas juga pengkianat kepada penyokong dan pengikutnya sendiri...

Thursday, September 24, 2009

SELCAT : PERSURUHJAYA PAS MERANGKAP EXCO PAKATAN RAKYAT SELANGOR MENERIMA CADANGAN KHIR TOYO

ADAKAH DR HASAN ALI SUDAH BOSAN DENGAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR DAN AKAN MENYERTAI UMNO? DR HASAN ALI SENADA DENGAN KHIR TOYO

Siasatan awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) tidak harus dibuat secara tertutup, kata seorang pemimpin DAP sebagai menjawab desakan PAS Selangor hari ini.

Wakil rakyat Petaling Jaya Utara, Tony Pua juga menuduh exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali, juga pesuruhjaya PAS negeri, sebagai seorang yang "hipokrit" dan "mahu berlagak wira" kerana mengkritik Selcat secara terbuka.

Beliau, yang juga ketua publisiti DAP, berkata saranan PAS itu bukan sahaja bertentangan dengan asas kewujudan jawatankuasa khas DUN Selangor itu tetapi juga semangat kerajaan Pakatan Rakyat yang mengutamakan "kebertanggungjawaban dan ketelusan."

"Jika pegawai-pegawai daerah atau kakitangan awam tidak melakukan apa-apa kesalahan atau melanggar undang-undang, tiada apa-apa untuk berasa malu," katanya hari ini.

Pua berkata siasatan Selcat yang pertama pada Mac lalu – berhubung dana Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) – berjaya membongkar skandal tersebut.

"Siasatan awam Selcat setakat ini mendedahkan penyelewengan dan salah laku oleh pelbagai pihak termasuk bekas ADUN BN yang bersubahat dengan pegawai-pegawai daerah," katanya.

Dr Hasan baru-baru ini menggesa Selcat membuat rombakan susulan pendengaran keduanya berhubung pengagihan dana kerajaan kepada DUN oleh pentadbiran BN dan Pakatan Rakyat sekarang. [Baca juga: PAS mahu siasatan Selcat tertutup]

Menulis di blog peribadinya, Pua turut menyelar saranan Dr Hasan yang mengkritik pentadbiran Pakatan Rakyat tanpa merujuk majlis mesyuarat kerajaan negeri dan juga urusetia gabungan pembangkang itu.

Tambahnya, Dr Hasan tidak membantah apabila idea untuk menyiasat peruntukan kawasan DUN ditimbulkan dalam mesyuarat peringkat sekretariat Pakatan negeri.

"Dan sekarang beliau mahu berlagak sebagai 'wira' yang memperjuangkan hak pegawai-pegawai daerah yang diaibkan itu," katanya di tonypua.blogspot.com.

Seruan Dr Hasan supaya siasatan berkenaan dikendalikan oleh "tokoh bebas" juga tidak masuk akal.

"DUN Selangor sendiri telah dipilih oleh rakyat untuk memastikan kerajaan yang cekap, bertanggungjawab dan telus, dan tanggungjawab tersebut tidak boleh dilepaskan oleh dewan berkenaan," kata Pua lagi.
Malaysiakini

Sunday, September 20, 2009

PEMBELAAN KAUM INDIA DAN DEMI KEKUATAN BN SAMY VELLU DIMINTA BERUNDUR DALAM JAWATAN MIC


Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu terus menerima tekanan apabila diminta meletak jawatan oleh beberapa pemimpin parti itu yang melihat beliau bukan lagi 'jaguh' bagi kaum India di negara ini.

Naib Presiden MIC, Datuk S.K Devamany berkata, Samy Vellu perlu meletak jawatan kerana beliau menjadi liabiliti kepada MIC dan juga Barisan Nasional (BN) selepas hilang kepercayaan daripada sebahagian besar masyarakat India.

"Samy Vellu patut meletak jawatan bukan sebab beliau terlalu lama menjadi Presiden, tetapi memandangkan beliau kini menjadi liabiliti kepada parti setelah rakyat melihatnya bukan lagi 'jaguh' bagi kaum India," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengatakan Samy Vellu akan menjadi liabiliti kepada BN pada pilihan raya umum akan datang disebabkan kepimpinannya gagal.

Dr. Mahathir bimbang sokongan rakyat terhadap BN akan merosot dan parti itu akan menjadi mangsa kerana Samy Vellu masih lagi memimpin MIC.

Sementara itu, bekas Naib Presiden MIC, Datuk V.K.K Teagarajan menyokong kenyataan Dr. Mahathir yang mahu Samy Vellu meletak jawatan dalam MIC.

"Samy Vellu telah membuat MIC dan kaum India di negara ini hancur. Jadi, sudah sampai masanya beliau meletak jawatan dan keluar dari BN," ujarnya.

Saturday, September 19, 2009

SALAM 1MALAYSIA DAN SELAMAT HARI RAYA


AIDILFITRI DISAMBUT ESOK - MAAF ZAHIR DAN BATIN

Selepas sebulan berpuasa, umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari esok.

Pengumuman tarikh itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia itu, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah menerusi Radio dan Televisyen Malaysia sebentar tadi.

ALLAH HU AKBAR, ALLAH HU AKBAR, ALLAH HU AKBAR
WALILLAH HIL HAMD...

Friday, September 18, 2009

'IDiLFiTRi

To All Bloggers and my dear friends..

HAPPY 'IDiFITRI TO ALL OF YOU.
May Allah Bless us in our everyday life..

funscrape.com

Thursday, September 17, 2009

Pakmie.blogspot.com : SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua sahabat-sahabat dan pengunjung blog Pakmie. Terima kasih tidak terhingga juga kepada sahabat-sahabat on-line yang tidak jemu-jemu memberi pandangan dan kritikan membina terutama dalam blog ini. Kepada sahabat-sahabat yang sentiasa mengunjungi dan melayari blog ini juga Pakmie tidak ketinggalan mengucapkan jutaan terima kasih, tanpa anda semua siapa lah Pakmie seorang insan kerdil yang serba kekurangan yang cuba berusaha mencari kebenaran.

Alhamdulillah kita telah memasuki fasa terakhir Ramadan, fasa yang Allah SWT janjikan pelepasan api neraka kepada mereka yang beriman. Selepas itu kita akan menyambut hari raya Aidilfitri. Malam esok merupakan malam terakhir sunat terawih dan selepas itu kita akan menyambut hari kemenangan. Dipagi yang mulia yang merupakan hari kemenangan bagi umat islam menyambut Hari Raya Aidilfitri marilah kita bersama-sama ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Dihari yang mulia ini Rasulullah memperingati kepada kita dua perkara yang amat penting pertamanya mengeratkan silaturahim dan kedua bersedekah.

Di kesempatan ini Pakmie dan rakan-rakan memohon kemaafan dari pemimpin-pemimpin parti politik khasnya Umno Bahagian Ketereh, rakan-rakan forex on-line, NGO, sahabat-sahabat, para pengunjung, rakan Kelab Chedet, rakan pertubuhan Pribumi Perkasa, Kelab KJ dan follower sekalian tidak kira dimana dan dari negara mana anda berada samada jauh dan dekat, maaf zahir dan batin di atas kesalahan dan kekurangan yang mungkin berlaku dalam penulisan maya ini. Namun, Pakmie amat bersyukur kerana kita masih ada masa dan ruang lagi untok kita sama-sama berbicara dan bertukar-tukar pendapat bagi memerdekakan minda kita kearah yang lebih global.

Kepada Yang DiPertua Blog Pembina Negara - Panglima Perangcyber dan para exconya, tidak ketinggalan Pakmie mengucapkan Selamat Hari Raya Aidul Fitri dan teruskan perjuangan demia agama, bangsa dan negara kita. Kepada semua sahabat-sahabat yang pulang ke kampung, jika memandu berhati-hati. Akhir, Salam Aidilfitri dari Pakmie sekeluarga dan rakan-rakan di Kota Bharu, maaf zahir dan batin.


KENAPA ANWAR MENGELAK PERBICARAAN KES LIWATNYA?


Masih ada orang yang taksub kepada Anwar biarpun banyak bukti dan fakta di depan mata. Mengapa Anwar begitu bersungguh-sungguh mahu mengelakkan perbicaraan mengenai kes liwatnya? - cuba renong dengan mata hati, kenapa?

Jika pada 1998 Anwar mengadakan demontrasi jalanan bagi menutup kes liwatnya, kali ini beliau mahu mengharamkan semua pendakwaraya kanan daripada mengendalikan kesnya. Mengapa Anwar begitu takut? Khabarnya kali ini bukti dan fakta lebih jelas memandangkan kes baru berlaku apabila dilaporkan dan beliau pula tiada lagi kuasa untuk mengarahkan pihak tertentu menutup jejak-jejak laknatnya.

Dalam permohonan yang difailkan pada 11 Ogos lalu, Anwar memohon kebenaran semakan kehakiman untuk mendapatkan perintah perisytiharan agar keseluruhan pasukan pendakwa raya dilucutkan kelayakan mereka daripada mengendalikan pendakwaan atau rayuan kes liwat tersebut.

Anwar menamakan Peguam Cara Negara I, Datuk Idrus Harun; Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden; dan Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Shamsul Sulaiman serta Noorin Badaruddin, responden pertama hingga ketujuh.

Mengapa Anwar mahu menyingkirkan keseluruhan pasukan Pendakwaan jika bukan untuk melewat-lewatkan perbicaraan kesnya?

Anwar juga tidak berminat dengan keadilan sebab itu beliau turut membantah kesnya dipindahkan ke mahkamah tinggi dari mahkamah sesyen. Ini satu lagi taktik Anwar untuk melengah-lengahkan kes sedangakan semua orang tahu untuk kes seperti yang beliau hadapai, mahkamah Sesyen lazimnya hanya untuk sebutan kes sebelum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Anwar akan menggunakan apa sahaja saluran untuk mengangguhkan kesnya sehingga pilihan raya akan datang. Beliau berharap Pakatan akan menang pilihan raya akan datang bagi membolehkan beliau menyalahguna kuasa sekali lagi bagi menutup kesnya.

Anwarisme

Wednesday, September 16, 2009

SEJARAH 16 SEPTEMBER DICEMARI DENGAN PEMBOHONGAN ANWAR MENJADI PERDANA MENTERI

Nasib baik kewarasan masih ada, kalau tidak seluruh rakyat Malaysia ditipu oleh Anwar. Dalam pada itu ada juga dikalangan pemimpin pembangkang yang bangan mempercayai dan mempertahankan kesahihan perkara ini akan berlaku. Hari ini16 september tercatit dua sejarah negara pertama tertubuhnya negara Malaysia dan kedua kerja pembohongan Anwar tahap cipan menjadi menjadi tarikh keramat penabalan Anwar menjadi Perdana Menteri ke 6 negara ini. Tarikh penubuhan Malaysia ini dicemari oleh Anwar sebagai tarikh jatuhnya kerajaan BN pimpinan Pak Lah dan tertabalnya Anwar sebagai simbol homosex menjadi PM di negara ini.

Tarikh 16 september iaitu tahun lepas adalah hari dan saat menunggu akan berlakunya satu peristiwa yang amat bersejarah bagi negara, kerana dihari inilah Anwar menyatakan bahawa PR akan mengambilalih pemerintahan dalam negara ini, kononnya beliau sudah berjaya membawa lebih 30 orang wakil rakyat BN berpaling tadah menyokong mereka. Angkoh dan sombongnya dikalangan penyokong beliau dikala itu tidak boleh digambarkan perumpamaan seperti kera mendapat bunga, habis semua disanggah tidak kira siapa asal sahaja mempertikaikan perkara tersebut.

Pembohongan yang menjijik dan memalukan dan kerja paling gila ini kini sudah setahun berlalu namun ianya tetap menjadi ingatan kepada rakyat negara ini sampai bila-bila. Pemimpin pembangkang masa itu, khasnya kumpulan erdogan didalam Pas yang diketuai oleh Hussam Musa dan Nik Aziz benar2 yakin perkara ini akan berlaku. Mustafa Ali yang membuat kenyataan tidak mungkin ianya berlaku ditentang habis-habisan dan dikeji seolah-olah macam orang mabuk tuak oleh kumpulan yang bergelar erdogan ini. Cita-cita kumpulan erdogan ini sebenarnya mahu membarisi kempimpinan negara jika Anwar berjaya menjadi PM. Sebenarnya angan2 ini lah yang membuatkan mat jenin terpaksa mengalah iaitu Haji Hadi.

Anwar tidak boleh jadi PM"
"Jangan jadikan Anwar sebagai PM"
"Dia (Anwar) tak layak (jadi PM)"Anwar hanya layak menjadi PM Israel...

Dr. M menilai terlalu lama.. Dia tahu siapa Anwar.

Pemimpin2 PR yang menyokong September 16 semua menyanggah kenyataan Tun Mahathir tersebut.

Sekarang makin terserlah pembohongan dan kejahatan Anwar kepada kaum melayu di negara ini. Anwar dan Nik Aziz bersetuju memberi ruang dan bersepakat mengalu-alukan orang-orang melayu menyertai parti DAP yang terangan menentang dasar-dasar kepertingan melayu dan islam di negara ini. Anugerah utama negara "ketogeri pengkianat dan pembohongan" sudah tentu menjadi milik Anwar jika ianya dipertandingkan. Ketogeri mulut celupar jatuh kepada Nik Aziz.


Tuesday, September 15, 2009

N31 BAGAN PINANG : 11 OKTOBER KEMUNGKINAN TIGA PENJURU

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang ditetapkan pada 3 Oktober depan manakala pengundian pula ditetapkan pada 11 Oktober 2009. Hadi mendesak SPR agar undi pos yang berjumlah 4,604 dituntut agar mengundi pada hari yang sama dengan pengundi berdaftar kerana mendakwa wujudnya penipuan dalam prosses undian cara pos.. Semasa mengumumkan tarikh penamaan dan pengundian DUN Bagan Pinang, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof yang diajukan persoalan berkenaan menegaskan, pengundi pos yang berdaftar tetap akan melaksanakan tanggungjawab mereka seperti mana amalan biasa. Ini bermakna SPR tetap akan meneruskan sistem undi pos dan tidak akan mengubah sistem itu seperti yang dituntut oleh Presiden tersebut.

PAS negeri telah menyenarai pendek tiga nama untuk diputuskan di peringkat pusat - pesuruhjayanya Zulkefly Mohamad Omar, yang dipertua Ramli Ismail dan bekas ketua Dewan Ulama PAS negeri Kassim Tahir. Ada juga kedengaran bebas akan bertanding dikawasan tersebut, Shahrudin Abdul Hamid AJK PKR Kota Lukut hari ini tampil menawarkan diri sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang 3 Oktober ini. Kehadirannya ini, jika menjadi kenyataan, akan menyaksikan pertembungan sekurang-kurangnya tiga penjuru bersama PAS dan BN. Manakala calon BN setakat hari ini nama yang dihantar kepada Presiden parti DS Najib adalah Tan Sri Isa samad yang merupakan calon tunggal dan favorite kawasan itu. Beliau merupakan bekas ketua bahagian Teluk Kemang dan juga mantan Menteri Besar Negeri Sembilan.Seramai 8,577 atau 62.77 peratus pengundi terdiri daripada kaum Melayu, 2,834 atau 20.74 peratus pengundi India, 1,498 atau 10.96 peratus pengundi Cina dan 755 atau 5.54 peratus terdiri daripada lain-lain bangsa. Daripada pecahan itu, 7,912 pengundi terdiri daripada golongan lelaki manakala bakinya, 5,752 pengundi ialah pengundi wanita.

Seramai 1,498 pengundi cina terletak dibahu Presiden MCA dan bagaimana presiden MIC Samy vellu memenangi hati dan mengatur strategi bagi menambat hati sejumlah 2,834 pengundi kaum india tersebut. Sudah tentu parti2 komponen memain peranan penting bagi mempastikan kerusi Bagan Pinang kekal menjadi hak milik BN.

Monday, September 14, 2009

NEGARAWAN TUN MAHATHIR DI KECAM PERWAKILAN PERHIMPUNAN AGUNG MIC

Kecaman perwakilan terhadap mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada perhimpunan agung MIC semalam adalah melampau, amat biadab dan keterlaluan.

Dr Mahathir telah dikritik para perwakilan MIC pada perhimpunan itu kerana dikatakan mencampuri urusan dalaman MIC serta menjatuhkan maruah presiden parti itu Datuk Seri Samy Vellu.

"Pergerakan Pemuda Umno juga berpandangan bahawa tindak-tanduk sebegini tidak membantu mengalihkan pandangan masyarakat kepada kedudukan MIC yang sebenarnya," kata Razali, yang juga timbalan menteri belia dan sukan.

Menurutnya, rasa hormat perlu diraih dan bukan boleh diminta-minta. "Mereka kena cari jalan menonjolkan perancangan dan kerja yang baik, bukan dengan menyalahkan orang lain apatah lagi menghina pemimpin besar negara," katanya

Pandangan yang iklas dari Tun semata2 untok memulihkan kepercayaan kaum India terhadap kempimpinan MIC. Mengikut record pilihan raya 12 pemimpin MIC yang mewakili BN tewas 6 daripada 9 yang diperuntukkan termasok Samy Velly sendiri. Kekalahan yang terpaksa di terima oleh BN ini telah menyedarkan kepada parti komponen lain dalam BN bahawa kepimpinan Samy Velly yang sudah lama dan tua, telah mencapai 30 tahun sejak tahun 1982 lagi sudah tidak releven diperingkat akar umbi kaum India di negara ini.

Daripada apa yang terjadi semasa sidang perwakilan MIC tersebut melambangkan kepada kita bertapa ampuhnya kepimpinan MIC bersama BN selama ini. Sifat bermuka-muka ini lah menyebabkan BN menanggong kekalahan teruk dalam pilihan raya lepas. Kepimpinan MIC seharusnya bertanggongjawab dan mengambil sesuatu tindakan yang sewajarnya diatas apa yang terjadi.

Ulasan...
Anonymous Anonymous said...

Kuang ajar punya koling. Naik tocang kau yooo....

September 14, 2009 6:04 PM

Anonymous lebai said...

Nak tahu siapa sebenarnya sami vellu. baca kat http://paklebai.blogspot.com

September 14, 2009 6:37 PM

Blogger Darulehsan said...

haaa kan dah kena. saman je perwakilan mic tu Tun.

September 14, 2009 8:25 PM

Sunday, September 13, 2009

RAMADHAN : REBUTLAH PELUANG LAILATUL-QADAR MALAM SERIBU BULAN SEPULOH MALAM TERAKHIR


Rebutlah Lailatul-Qadar, malam seribu bulan yang dijanjikan. Di dalam bulan Ramadhan terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu malam sebagaimana firman-Nya:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. ”
(al-Qadr 97:1-3)

Allah dah berikan peluang merebut malam seribu bulan ini kepada kita hanya dalam bulan Ramadhan, jadi jangan kita sia-sia kan peluang ini. Marilah kita memperbanyakkan ibadah dan bermunajat kepada Allah SWT dengan sungguh-sungguh pada bulan Ramadhan ini.

Antara amalan-amalan yang perlu kita utamakan ialah ;

Menjaga solat berjemaah bagi lelaki di masjid, dan bagi wanita pula banyakkan menghadiri majlis ilmu.Menghadiri solat tarawih khasnya bagi lelaki dan tiada larangan bagi kehadiran wanita (di masjid) jika mereka ingin melakukan solat dan kepada mereka terdapat ganjaran.Memelihara solat malam (qiamullail) dan tahajjud setelah pertengahan malam bagi lelaki dan wanita yang berkemampuan di dalam rumah.Beriktikaf untuk beberapa malam di bulan Ramadhan di masjid bagi lelaki tanpa menyebabkan gangguan di dalam kewajipan seharian khususnya bagi mereka yang mencari rezeki.Memelihara pembacaan Al-Quran dan menggunakannya sebagai zikir harian. Pembacaan Al-Quran sekurang-kurangnya hendaklah setiap hari sehinggalah tamat keseluruhannya.Memperbanyakkan sedekah dan mengeluarkan zakat kepada orang-orang fakir, miskin, orang yang memerlukan, mereka yang berjihad di jalan Allah dan sumbangan kepada projek yang baik bagi kegunaan orang Islam seperti pembaikan masjid, pusat rawatan orang-orang tua, sekolah-sekolah dan lain-lainnya.Merapatkan silaturahim dan memperbanyakkan ziarah di dalam bulan Ramadhan.Dilarang melakukan kejahatan dan keburukan terhadap orang Islam secara umum dan jiran-jiran secara khusus.

Pesan Rasulullah SAW: “Seorang muslim ialah orang yang selamat lidah dan tangannya terhadap muslim yang lain.”SELAMAT BERPUASA! AMPUN MAAF ZAHIR BATHIN, FIDDUNYA WAL AKHIRAH ATAS SEGALA SALAH SILAP dari rakan blogger www.Pakmie.blogspot.com.

Saturday, September 12, 2009

TUN MAHATHIR : TEGURAN DAN PANDANGAN DEMI KEKUATAN BN

PANDANGAN UNTOK KEKUATAN MIC DAN KAUM INDIA DI NEGARA INI

Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat kenyataan beliau sebelum ini mengenai kelemahan Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu tidak ada kena mengena dengan pemilihan parti itu.Tun hanya memberi pandangan umum bahawa MIC tidak akan dapat dipulihkan selagi ia diterajui oleh Samy.

Dr. Mahathir berkata, sebelum pilihan raya umum Mac tahun lalu lagi beliau sudah menyatakan dalam temu ramah bersama sebuah stesen televisyen bahawa MIC akan tewas selagi dikuasai Samy dan perkara itu menjadi kenyataan. sekarang ini tidak ramai yang menyokong dan mereka beri alasan yang sama iaitu mereka bosan dengan Samy yang mahu kuasai MIC sampai siapapun tidak boleh ambil alih daripada dia.

Dalam kenyataan itu, Dr. Mahathir berkata, kaum India tidak wajar menyokong Samy dan harus memilih pemimpin yang berkaliber seperti Datuk S. Subramaniam.

Satu ketika dahulu Samy pernah membuat kenyataan mengatakan Tun tidak menolong kaum India di negara ini dalam sebuah akhbar, tetapi kemudiannya menghubungi beliau di Syria untuk membuat penafian kononnya laporan itu tidak benar.

"Tetapi bila saya balik ke sini, akhbar itu tunjuk rakaman yang membuktikan memang benar dia kata saya tidak bantu orang India.

"Itu memang tidak benarlah, saya tolong semua kaum, bukan orang Melayu saja," katanya.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir turut menafikan bahawa Subramaniam yang merupakan calon Timbalan Presiden dan seteru politik Samy cuba mendapatkan sokongan beliau untuk menang pemilihan.

Utusan on-line.

Friday, September 11, 2009

KSN : SEGELINTIR SAHAJA KAKITANGAN AWAM TERLIBAT DENGAN PENGARUH POLITIK KETIKA MENJALANKAN TUGAS


Hazlan Zakaria
Sep 11, 09
11:16am

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Sidek Hassan mengakui bahawa terdapat elemen-elemen dalam perkhidmatan awam yang terpengaruh dengan politik ketika menjalankan tugas mereka.

"Saya tidak menafikannya," kata Sidek ketika menjawab soalan Malaysiakini dalam wawancara di pejabatnya di Putrajaya selasa lalu.Namun begitu, beliau berkata, sebahagian besar kakitangan kerajaan sentiasa menjalankan tugas mereka dengan sebaik mungkin.

Beliau juga memuji pertubuhan media yang melaporkan tentang masalah dalam perkhidmatan awam dan menggalakkan mereka untuk terus berbuat demikian.

Bagaimanapun, katanya, penghargaan juga harus diberikan kepada mereka yang layak menerimanya.

Beliau juga berharap media alternatif turut menghargai sumbangan majoriti kakitangan awam yang telah menjalankan tugas mereka dengan baik.

Dalam wawancara tersebut, Sidek turut menjawab soalan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan awam, terutama mengenai soal kecekapan dan masalah rasuah.

Ulasan...
Blogger The Hobbit Frodo said...

selamat berpuasa & berhari raya bro pakmie!!!!


Kakitangan awam keje betul2. bagi contoh baixx, jgn lalokkk jer1


kuikuikui

September 11, 2009 3:45 PM

Anonymous Ir. MIM NUSANTARA said...

Kekadang tu,saya rasa ada pegawai2 kerajaan yang dah merasa fed-up dengan mengetahui betapa "orang2 tertentu"yg mendapat kontrak atau konsesi hanya dengan "link-up" yg baik dengan pemimpin2 tertentu dlm Kementrian2 Kerajaan,lebih2 lagi dari kalangan orang2 politik tertentu...itu sebab sikap mereka mcm menyampah..!!apabila menyedari
dan mengetahui "rahsia2 tertentu"
Jangan salahkan mereka2 ini kerana bersikap dan berpendirian begitu..!!

September 11, 2009 4:01 PM

Blogger DR 1221 said...

penyampai maklumat kpd KSN bingai ataupun kenyataan untuk melenakan boss

September 11, 2009 5:00 PM


Anonymous Anonymous said...

KSN tgk kat mana tuuu....cuba la duduk dgn diaorg kat kantin....emmm sumpah seranah semua keluar kat k'jaan. buang aje mereka tuuu......

September 11, 2009 9:30 PM

Delete
Blogger PaKMie said...

Salam kwn2 dn slmt berpuasa pd yg muslim...

Terlalu subjectif kenyatan KSN, statistik bila agaknya. Mungkin juga data dari Serawak dan Sabah. Pkmie menyokong pdgan kwn2 diatas isu ini. Kalau kita tgk di negeri2 yg diperintah oleh pmbgkan khasnya Kelantan. Perkara ini terlalu ketara bahkan yg menyokong kerajaan pusat golongan minoriti dibeberapa jbtan Kerajaan di kelantan.Perkara ini sdh sekian lama, cuma perkara ini tdk diberi lapuran dgn jelas oleh pihak2 tertentu sahaja.

Mungkin statistik yg diberikan kpd KSN sebelum PRU 2004 itu pun dibeberapa negeri spt di Johor dan Pahang sahaja.

Penjawat awam skrg ini bukan setakat mengundi pembngkang semasa pilihan raya sahaja, tetapi golongan ini juga sanggup cuti berminggu2 semata2 mahu menyertai demotrasi jlnan yg diadakan oleh Pbgkang, penglibatan diri dalam gerakan Pemangsuhan ISA, PPSM dan lebih teruk lagi sanggup menjadi penulis blog anti kerajaan Pusat dan sanggup menjadi "penyokong tegar" parti pembangkang!

Golongan ini jugalah yg sentiasa mencari salah kerajaan, yg sentiasa tdk puashati dgn kerajaan, termasuk juga yg manipulasi kenaikan minyak dan yg terbaru habuan rm500 yg diberika oleh kerajaan kpd golongan sokongan utk persiapan hari raya dan pesekolahan anak2 hujung tahun nanti kononnya terlalu sedikit(Agaknya kalau Anwar menjadi PM mungkin 6kali gaji kot)

Dari segi peluang naik pangakat pula biasa nya golongan ini lah yg mendahului daripada golongan penyokong kerajaan pusat yg lain. Mereka sanggup menjaja ahli umno dan jawatan yg dipegang kononya merekalah penyokong kuat kerajaan pusat ( Kebetulan Ketua Jbtan pn tdk tahu menilai kelicikan pegawai ini)

Apa pun maklumat yg diberikan kpd KSN spt diatas itu, setakat hari ini tidak ada benarnya. Bahkan pemantauan perkembagan perkara ini dijabatan, pun tdk dilakukan. Mungkin statitistik yg diberikan atau maklumat yang diberikan dari sumber yg tdk tepat atau pun dari gunting dlm lipatan atau lebih jelas lagi dari musang yg berbulu ayam.

Kerajaan pusat juga melalui ketua2 jabatan seharusnya memantau kakitangannya yg cuba mengagalkan usaha kerajaan diperingkat perlaksanaan dijabatan2 masing2. Jika perkara ini dibiarkan berlarutan sebaikmana dasar kerajaan sekali pun diperingkat rakyat grass root(akar umbi) tidak mencapai menafaatnya dan sdh tentu perkara ini jika tidak ditangani dgn baik dan telus utk menggembalikan kenyakinan rakyat kpd kerajaan khasnya UmnoBN sdh tentu amat sukar dan kesanya spt yg telah diterjemahkan oleh rakyat semasa PRU12 dan PRK yg lepas2. Jgn ianya dibiarkan berlarutan, slmtkan negara dari diperintah oleh pengkianat bangsa dalam PRU13 nanti.

Asalamualaikum dan salam perjuangan demi agama,bangsa dan negara.

Iklas... Terima kaseh kerana memberi respon diatas tajuk PENJAWAT AWAM VS KETUA JABATAN/MAJIKAN dalam beberapa actikel dlm blog Pakmie.blogspot.com yg lepas2.

September 11, 2009 10:04 PM

Delete

Thursday, September 10, 2009

TIADA SEBAB ORANG MELAYU TIDAK MENGUNDI BN DI PRK BAGAN PINANG

SEDARLAH KAUM LAIN SUDAH LAMA BERSATU!

Lim Kit Siang tidak yakin kerjasama DAP dan Pas dalam Pakatan pembangkang akan kekal. Jangkaan Lim Kit Siang pakatan itu akan berpecah usaha2 untok mencari jalan memperkukuh kerjasama itu amat sukar.

Stiausaha agong Pas Mustafa Ali juga tidak menafikan bentuk pakatan yang wujud ketika ini longgar dalam konteks ia tidak didaftarkan, namun beliau berkata terlalu awal bagi Lim melontarkan kenyataan seperti itu.

"Tak apalah, saya boleh berbeza dengan Kit Siang tentang perkara ini kerana saya rasa yang perlu kita buat ialah perkukuhkan bukan menjangka ia akan berpecah. Kita hadapi dulu, apa yang akan berlaku kemudian itu soal lain.>>Dugun betulll...

Mustafa mengulas mengenai kenyataan pemimpin veteran Kit Siang yang bimbang dengan masa depan pakatan pembangkang berikutan beberapa perkembangan yang berlaku khususnya di negeri-negeri yang diperintah pembangkang.

Ulasan Pkmie

Kalau pemimpin tertinggi DAP sendiri tidak yakin pakatannya dengan Pas, apa lagi PEMIMPIN PAS MAHU? ayuh! apa lagi kita mahu tunggu... Perkara ini sudah diperjelaskan oleh BN diawal2 sebelum pilihan raya ke 12 lagi. Pakatan DAP hanya semata2 untuk menghadapi pilihan raya masa itu sahaja tetapi secara kebetulan kerusi DUN dibeberapa negeri yang diwakili oleh DAP, Pas dan Keadilan mencukupi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan. Kesepakatan yang terjalin semata2 hanya mahu menjatuhkan kerajaan BN sahaja. Ketiga2 parti tersebut ternyata mempunyai agenda tersendiri yang jelas tidak mempercayai antara satu sama lain. Cuma yang sama adalah dendam kepada Umno semata2. Tetapi dalam soal ini siapa yang bodoh? Kita hamba rakyat marhean seharusnya sedar perkara ini walaupun pemimpin pas tetap berdegil, tetapi percayalah hati kecil mereka tetap tahu pas sekarang tidak seperti pas dahulu. Pas sekarang sudah menjadi tunggagan DAP!

Kita menjangkakan paling lama pun mereka dapat mentadbir negeri2 dibawah kuasaan mereka tidak lebih daripada setahun. Ternyata apa yang terjadi kepada negeri Perak sekarang sudah milik BN, akibat ketidakpercayaan 3 ADUN mereka kepada MB Nizar dan mengistiharkan diri keluar masuk bebas.

Apa yang jelas kalau negeri2 dibawah pembangkang tersebut jika DAP dan PKR melebihi Pas terlalu ketara masalah pentadbirannya. Bangsa melayu kian tersisih, agama sering dipermainkan oleh DAP sebaliknya pas setakat hari ini terpaksa mengikut rentak tarian DAP. Pas sekarang tidak seperti pas sebelumnya. Pas sanggup mengadaikan islam dan bangsanya sendiri bersama pakatan pembangkang. Pemimpin pas terpaksa mendiamkan diri walaupun DAP mempertikaikan dasar2 islam di negara ini. Apa sudah jadi dengan negeri Selangor begitulah yang akan terjadi jika pembangkang dapat memerintah negara ini. Kalau melayu asyik bertengkar negara kita akhirnya dikuasai oleh DAP dan dikala itu sudah tentu tidak kira melayu Pas atau Umno akan tersisih ditanah air sendiri. Jauh sekali untok kedengaran pembahagian syurga dan neraka Nik Aziz seperti yang belaku sekarang. Unity Goverment masa itu sudah menjadi lipatan sejarah orang melayu. Unity Goverment masa itu bukan hak milik melayu Umno-Pas lagi, ia sudah menjadi hak milik kaum lain. Bagi orang melayu nasi sudah menjadi bubur... semuanya sudah terlewat!. Hanya kedengaran melayu merintih disana sini . Apa yang berlaku di Singapura sekarang, begitulah yang akan berlaku di negara kita ketika itu!

Wednesday, September 9, 2009

TERNYATA NIK AZIZ TIDAK BERSYUKUR DIATAS USAHA-USAHA MURNI KERAJAAN SELAMA INI


NIK AZIZ SEKALI LAGI MEMBELAKANGI PM DALAM USAHA PERPADUAN MELAYU/ISLAM DI NEGARA INI


Bila bercakap sahaja tentang batang tubuh Nik Aziz yang tidak elok, sudah tentu penyokong fanatik Nik Aziz merasa sesuatu tidak senang hati. Tiada siapa mahu bercakap pasal Nik Aziz sebenarnya, kalau tidak berkaitan dengan islam dan melayu di negara ini. Siapalah Nik Aziz pada kita, hanya manusia biasa seperti kita semua. PM sendiri pun sudah tentu tidak pandang siapa Nik Aziz sebenarnya kalau tidak bersabit dengan kenyataannya yang jauh terpesong islam dalam Umno.

Pangkat MB Kelantan dan memegang jawatan Musyidul am Pas melalui pengaruh politik, menyebabkan Nik Aziz dikelilingi oleh penyakong2 fanatik. Maka terasa hebat sehingga lupa kepada diri sendiri. Kita selalu kedengaran kenyataan2 sumbang dari mulut Nik Aziz berkaitan dengan islam dan bangsa melayu, apabila beliau bercakap sahaja maka Umnolah yang disalahinya. Seolah Nik Aziz sudah merasa semua kata2nya betul dan benar belaka. Perkara ini jika kita sama2 berdiam diri dan tidak mahu perbetulkan boleh memecahbelah umat islam di negara ini.

Benar juga ada juga sesetengah orang kata kalau ingin berbincang dan bercakap tentang islam yang sebenar2nya jangan bincang dengan Nik Aziz, dan jika kita mahu bincang pasal kekuatan bangsa melayu jangan libatkan dengan Anwar Ibrahim. Sebab mereka2 ini lebih pentingkan pengaruh politik daripada islam dan melayu itu sendiri. Sejauhmana kebenaran kata-kata ini hanya Allah SWT dan empunya diri sahaja yang tahu. Bagi Nik Aziz , islam yang sebenar yang dizinkan oleh Allah SWT untok membolehkan sesaorang itu memasuki syurga adalah islam pembawaan pas. Kalau dahulu Nik Aziz menyuruh ustaz Nasharuddin senang2 masok Umno kerana menyokong usaha Unity goverment idea Haji Hadi. Kenapa Nik Aziz begitu marah kepada Timbalan Presiden Pas itu sedangkan yang dianggap salah oleh Nik Aziz itu adalah usaha baik ustaz Nasharuddin mahu melihat islam/melayu di negara ini bersatu.

Kedengaran pula selepas itu kenyataan Nik Aziz menyamakan Umno dengan ajaran sesat ayah pin. Penyokong2 Umno tidak dapat masok syurga, kerana kononnya mengamalkan islam palsu. Sudah tentu jika Ustaz Nasharuddin menyahut seruan Nik Aziz menyertai Umno, nama ustaz Nasharuddin juga tidak akan tercatit di pintu syurga ciptaan Nik Aziz itu.

Nik Aziz sanggup menerima tomohan dan cacian daripada orang ramai semata2 mahu menegakkan kuasa politik. Kebenaran dalam menegakkan sesuatu hukum islam dipersendakan semata2 mahukan pengaruh politik. Nik Aziz berani menggeluarkan Kenyataan2 songsang tentang islam sehingga mempertikaikan kesahihan majlis fatwa dan mufti2. ketika menggeluarkan kenyataan itu seolah2 orang lain semua salah dan jahat kita sahaja yang cerdik dan betul. Bila sahaja bercakap tentang islam terus dikaitkan dengan politik.

Perlawaan DS Najib mahu islam/melayu itu diletak dibawah satu panji terus ditolak dengan angkuh sekali. Nik Aziz sekali lagi menegaskan pintu rundingan di antara Pas dan UMNO mengenai masa depan Islam dan ummah di negara ini sudah tertutup rapat, sudah lama berlalu dan tidak perlu dibangkitkan lagi kerana ianya sudah tidak ada lagi apa-apa perkara yang hendak dirundingkan. Sebaliknya pihaknya hanya bersedia mengadakan rundingan jika berkaitan dengan isu pemberian royalti minyak kepada kerajaan Pas Kelantan.

Bagi Nik Aziz tidak ada ruang lagi untok pas bersatu dengan Umno walaupun untok kekuatan agama dan bangsanya sendiri. DS Najib cuba membangkitkan sekali lagi isu ini supaya menyedarkan kita semua bertapa pentingnya perpaduan ketika ini. DS Najib sekali lagi meletakkan kepertingan islam/melayu itu diatas sekali. DS Najib mahu melihat islam/melayu bersatu lebih2 lagi dalam keadaan sekarang islam/melayu di negara ini kian berpecah.

Kita tahu bahawa Islam itu sediri sudah mengajar kita supaya melakukan kebaikan dan bersatu apatah lagi antara kita sesama islam. Nik Aziz mencaci orang2 islam Umno dalam masa yang sama menyanjung sikap dan tindakan DAP. Nik Aziz lebih sanggup bergabung dengan DAP daripada bersatu dengan Umno. Sedangkan kita tahu DAP itu sendiri sudah terang-terangan menentang dasar pemerintahan islam di negara ini sekian lama.

Berita terkini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pemberian khas kewangan RM500 untuk 860,000 penjawat awam kumpulan sokongan.
Bayaran itu akan dibuat dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala bakinya pada bulan Disember.
"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dalam kumpulan ini terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan juga persediaan persekolahan pada hujung tahun ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Najib berkata implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran itu adalah sebanyak RM430 juta. BERNAMA

Ulasan...

Blogger YANG GAMBI said...

Salam, biarkan dia, Nik Aziz kan manusia maksom, dia bule buat apa saje.....

September 9, 2009 10:50 PM

Delete
Blogger kembara putih said...

Kalau atas perpaduan Melayu/Islam, bagilah royalti petroleum kpd kerajaan Kelantan.

Kesan daripada krisis Anwar-Mahathir, baca di sini;

http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/2009/09/nizar-apakah-rakyat-malaysia-tahu.html

September 9, 2009 11:41 PM

Delete
Blogger mine said...

x nak komen la...
bukan nik ajis nak baca atau dengar pendap dan pendapatan kita..
dia cuma dengar suara malaikat kot..
biarkan biarkan........

September 10, 2009 11:48 AM



KERANA KITA TERLALU BERLEMBUT AKHIRNYA KITA JADI "PONDAN"


DAPATKAH BN MENGEKALKAN KUASA DI BAGAN PINANG?

Menjelang sahaja pilihanraya maka kedengaranlah suara2 sumbang membangkitkan isu2 untok menambat hati rakyat. Tidak ketinggalan juga dengan sengaja membangkitkan isu2 sensitif bersabit dengan agama dan kaum. Masing2 bertindak menegak kebenaran dan bertanggong jawab kehormonian dan ketelusan dalam pentadbiran kerajaan.

Bila sahaja menjelang pilihan raya tidak kira PRK atau PRU membuatkan parti yang bertanding tidak senang duduk. Kelemahan dan kesalahan yang telah dilakukan sebelum nya dilindungi supaya ianya tidak diketahui oleh pengundi sebaliknya perkara2 yang baik sahaja diketengahkan untok ke pengetahuan umum.

Pemimpin2 yang mewakili parti akan bertidak mengikut kepakaran masing2 bagi menambat hati rakyat atau pengundi. Bagi pemimpin pas pendekatan utama parti itu adalah agama islam. Gendang islam dipalu mengikut irama pas, walaupun songsang tetap juga disanjung itulah islam yang sebenar yang dibawa oleh pas. Paling malang sekali orang yang tahu dan berilmu tentang islam memainkan peranan utama mengambil bahagian paluan songsang ini. Nik Aziz seorang yang bergelar Tok Guru dalam pas membuat kenyataan islam yang dibawa oleh Umno adalah palsu dihari penamaan calon di Permatang Pasir tempuh hari.

Walaupun majlis fatwa kebangsaan telah menjatuhkan hukuman kepada kenyataan Nik Aziz itu tetapi kerajaan tidak bertindak apa-apa. Nik Aziz sehingga hari ini pun masih mempertahankan bahawa kenyataannya itu ternyata benar. Maknanya bagi Nik Aziz dan penyokongnya menganggap Umno lah yang memesongkan akidah umat islam di negara ini. Umno memperjuangkan memerdekakan negara ini daripada British sekaligus meletakkan islam ditempat yang tertinggi di negara ini dalam pentadbiranya di nilai sebegitu rupa oleh Nik Aziz supaya pas dapat memenangi pilihan raya.

Kepimpinan kerajaan Pusat terlalu berlembut tambahan jika bersabit dengan sesama islam dan melayu di negara ini. Keadaan sedikit berbeza jika bersabit dengan kaum lain dan agama lain selain dari islam. Apa yang sudah terjadi di Perak, penghinaan keatas sultan tidak dapat dilupakan oleh rakyat di negara ini. Bagaimana persidangan DUN dijalankan tanpa kebenaran sultan. Pada awalnya dilakukan dibawah pokok dan pada hari ini persidangan kedua di laku pula di hotel dan ini ibarat mencoteng arang kesultanan melayu sendiri.

Bagi kerajaan kesalahan yang dilakukkan oleh Nizar dan kuncu2nya di Perak tidak lah sebesar mana jika dibandingkan hukuman yang diberikan keatas perarakan kepala lembu tempuh hari. Kerajaan terpaksa akur dengan desakan pembangkang walaupun kerajaan tahu tujuan perarakan kepala itu sebenarnya. Penduduk sekyen 23 terlalu marah dan gambaran sebenar ditunjukan semasa perarakan tersebut. Bagi mereka perarakan kepala lembu itu mengambarkan pemimpin yang berkuasa meluluskan pembinaan kuil dikawasan majoriti melayu itu terlampau bodoh dan tidak menggunakkan akal fikiran seperti lembu. Sebaliknya perkara ini di spin dengan baik oleh pembangkang menghina kaum hindu dan Umno menjadi dalang nya.

Maka berkatalah peguam negara dan kemeterian dalam negeri bahawa sesiapa yang terlibat dalam perarakan kepala lembu tersebut akan dihadapkan ke Mahkamah. Sikap terlalu berlembut kerajaan akhirnya memakan diri sendiri, tidak bertindak salah bertindak pun salah. PRK Bagan Pinang akan menjadi pertempuran hebat pembangkang menyalahkan Umno dalam isu ini. Raja putarbelit Anwar sudah tentu boleh mulai tersenyum lebar menjelang ceramah2 hebatnya di Bagan Pinang nanti dengan menuduh Umno tidak berjiwa islam dengan menghukum orang2 islam yang mahu menyekat dan menghalang pembinaan kuil dikawasan majoriti penduduk islam.

Khalid Samad bersama MB Khalid dan Roziah dikecam hebat oleh penduduk dengan kata2 kesat semasa perjumpaan tempuh hari. Ini sudah jelas kepada kita semua bahawa segala tindakan berkaitan dengan perarakan kepala lembu itu tidak ada kena mengena dengan menghasut antara kaum cuma untok melambangkan kebodohan kerajaan dibawah pakatan pembangkang sahaja. Sepatutnya isu besar sebegini diperbincangkan dengan baik sebelum ianya diputuskan oleh kerajaan negeri Selangor dengan membenar ianya dibina dikawasan itu. Pada hari ini seolah2 penduduk seksyen 23 yang menyertai perarakan itu yang bersalah. Bersalah kerana menghalang pembinaan kuil itu dan bersalah kerana membawa kepala lembu semasa perarakan itu, maka pada hari ini seramai 12 telah dihadapkan ke mahkamah dibawah akta menghasut dan perhimpunan haram yang diwakili oleh peguam masing2, dibebas dengan ikat jamin rm4,000 seorang.

Ulasan...
Blogger AMNOBODO said...

ayoh..hukum Ghani Patail dan Menteri Dalam Negeri dengan melucutkan jawatan mereka kerana membuat keputusan salah dan menyebelahi pembangkang...ada braNi?..hahahaha....bodoh betoi...sanggup kata orang2 UMNO sendiri lembut dan jadi pondan.....bodo yaamat

September 9, 2009 1:34 PM

Delete
Blogger PaKMie said...

Salam semua dan slmt berpuasa...

AMNObodoo..

Perjuangan Pkmie hanya tertumpu kpd islam, bangsa dan negara bkn kerana pemimpin tertentu dan juga semangat Pkmie utk melihat islam,melayu kuat ditanah air sendiri bkn kerana dipaksa atau terpaksa. Semangat Pkmie tdk lain dan tdk bkn melalui keinsafan dan kesedaran dri sdri demi masa depan anak2 kita. Pemimpin sdh tentunya boleh dtg dn pergi...agama, bangsa dan negara tdk boleh diperjudikan sedemikian, ia tetap kekal...kalau pincang, maka pincanglah segalanya...

Yg salah tetap salah...Pkmie tdk berfanatik dlm mainan politik...kami syg Umno lebih dri segalanya sebab ia merupakan wadah perjuangan utk islam, bangsa dan negara yg sdh sekian lama di negara ini. Kami perbetulkan Umno dri dalam, kami berusaha memberi pandangan utk kebaikan Umno pada keseluruhan. Kami tdk hipokrik dlm berpolitik. Sikap oputunis spt sesetengah pemimpin dlm UmnoBN, mrhkan nyamok kelambu dibakar -tak ada pada dri kami dari dahulu sampailah skrg penglibatan dan perjuangan Pkmie hanya pada yg satu iaitu UMNO...Slmt Berjuang!

September 9, 2009 2:41 PM


Blogger YANG GAMBI said...

Salam, kawan setuju dengan komen PakMie, bahawa kita bersama UMNO untuk bangsa, agama Islam dan negara, yang salah tetap salah. Bukan jadi seperti sesetengah umat yang mengaku perjuangkan Islam, tetapi bacul bila Islam diperhinakan malah bersungguh-sungguh mengkafirkan orang Islam lain......

September 9, 2009 3:20 PM

Delete

KAKITANGAN AWAM VS KETUA JABATAN/MAJIKAN

KETUA JABATAN PESEKUTUAN PERLU BIJAK MENGURUS PERPEPSI KAKITANGAN BAWAHAN


Kegagalan KETUA JABATAN menguruskan persepsi diperingkat jabatan dengan baik dan berkesan keatas KAKITANGAN BAWAHAN menjadi punca UTAMA kakitangan awam memberi sokongan kepada pembangkang dalam siri pilihan raya di negara ini.

Setakat pihak kerajaan perihatin mahu membela nasib kakitangan awam yang diumumkan oleh PM DS Najib semasa majlis berbuka puasa di Kuala Krai tidak memadai dan sudah tentu tidak cukup untok kakitangan kerajaan memberi sokongan penuh kepada dasar2 yang telah ditentukan oleh kerajaan. Apa yang penting sekali dari ucapan DS Najib itu adalah peranan Ketua2 jabatan juga seharusnya penting bagi memantau dasar2 kerajaan itu telah dilaksana atau pun tidak dijabatan masing2 oleh pegawai bawahannya. Semua pihak harus menerima hakikat bahawa dalam konteks pelaksanaan tersebut bahawa persepsi negetif telah menjadi senjata utama bagi mengagalkan perlaksanaan itu, sekaligus boleh memberi kesan kepada rakyat dan ia sememangnya terbukti sangat berkesan.

Sehubungan itu, sudah tentu ia menguntungkan parti pembangkang. Ketua2 jabatan dan kakitangan bawahannya perlu mengubah persepsi negatif yang cuba ditimbulkan atau diambil kesempatan oleh segelintir pegawai2 tersebut supaya dasar2 kerajaan tidak terbantut dan dapat dinikmati oleh rakyat seluruhnya diperingkat akar umbi.

Pegawai2 tersebut rajin mencipta persepsi negetif sehinggakan mereka berjaya menambat hati majikan masing2. Pegawai bawahan yang baik dan berwawasan menjadi mangsa keadaan mainan pegawai2 atasan yang rakus dan bijak mengurus perpepsi negetif tersebut. Kesan daripada ketidakpuashatian inilah yang terbawa2 semasa pilihan raya dan seterusnya menguntongkan kepada parti pembangkang.

Mahu tidak mahu Ketua Jabatan seharusnya peka dan sealiran dengan kehendak pimpinan pusat. Ketua jabatan atau majikan perlu hadapi apa jua persepsi yang sengaja ditimbulkan oleh pegawai2 tersebut dengan cekap dan telus. UMNO dan BN perlu cepat bertindak memantau balik dasar2 yang telah disediakan oleh kerajaan keatas jabatan tersebut adakah ianya benar2 menepati kehendak kerajaan atau sebaliknya.

Mengikut analisis disebabkan kecuaian kegagalan mengatsi isu ini, ramai kakitangan awam di negara ini yang menyokong pembangkang. Kebanyakannya diantara mereka tidak memahami dengan jelas dasar2 kerajaan ketika menjalankan tugas. Tetapi yang peliknya kebanyakan dari golongan seperti ini diberi tempat dan layanan yang istimewa di Jabatan2 masing2. Peluang2 kenaikan pangkat biasanya dipenuhi oleh golongan seperti ini kerana disebabkan kegagalan majikan mengurus perpepsi di peringkat jabatan masing2. Sepatutnya perkara ini diurus dengan baik kerana orang yang paling hampir dengan masyarakat adalah pegawai2 kerajaan. Sebaliknya golongan ini lebih suka mencari salah kerajaan daripada menjalankan kerja dan dasar2 yang telah ditentukan. Perkara2 seperti ini telah menular dan seharusnya ditangani seberapa segera selain ianya memberi impak yang negetif kepada kerajaan dan rakyat, ianya juga boleh dijustifikasikan sebagai duri dalam daging kepada kerajaan dan tidak mustahil setiap kali pilihan raya golongan inilah yang bangkit mencipta isu2 provokasi dan seterusnya memonupulasikan isu2 tersebut bagi menentang kerajaan pusat. Kerajaan harus sedar, pada hari ini golongan yang menyokong kerajaan pusat adalah manoriti di jabatan masing-masing dimanakah silapnya?

Kegagalan mengurus perpepsi juga boleh menghalang konsep -1 malaysia...rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan....JIKA SEMUA PERKARA INI DIAMBIL BERAT OLEH KERAJAAN DS NAJIB PADA HARI INI, INSYAALLAH UMNO (BN) AKAN TERUS BERJAYA.

Ulasan...
Blogger CCZ said...

Pak Mie, mungkin melalui mata dan keadaan di negeri Pak Mie memerlukan Ketua Jabatan yang peka mengurus kakitangan awam. Bukan semua PTD-ptd ini bijak-bijak malah hampir ke semuanya hanya mementingkan ke sah an pangkat dan mengutamakan pencapaian di atas kertas. Mana ada yang betul-betul berjiwa ingin membantu Kerajaan dalam menarik sokongan dan menukar pandangan kakitangannya untuk beralih dan setia kepada Kerajaan. Kegagalan utama adalah mentaliti dan kelemahan sistem jajah dan tadbir hanya untuk jangka masa yang begitu singkat. Dalam 50 mungkin 1 yang betul-betul bijak dan memenuhi kriteria yang Pak Mie sebutkan. Jika mereka peka, mereka tidak akan membelakangi kakitangan yang sama-sama menyokong Kerajaan. Sejarah di banyak jabatan menyaksikan kerosakan reputasi Kerajaan adalah ketua-ketua jabatan itu sendiri. Mana yang lebih penting? Pangkat atau menyokong seseorang yang menduduki kerusi menteri yang boleh bertukar ganti? Lihatlah artikel saya yang bertajuk Kerajaan menternak pemusnah.

September 9, 2009 3:57 AM

Delete
Blogger DR 1221 said...

fenomena kritikal inilah yg sedang berlaku di Kelantan

September 9, 2009 5:27 AM

Delete