DOA HANCUR SESAMA ISLAM : ADIK KURANG WARAS ATAU KARPAL SUDAH BERJAYA MENG DAP FIKIRAN NIK AZIZ ?...



ISLAM terus menjadi mainan Pas. Parti itu semakin lama semakin tegar mempolitikkan agama demi matlamat mereka membantu DAP dan PKR ke Putrajaya. Semakin dikecam masyarakat, semakin galak Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pengikut-pengikutnya memanipulasikan agama.
Kali inI, Pas meminta doa  agar Allah  SWT menjahanamkan UMNO dan BN  sebagaimana Allah memusnahkan Firaun, Qarun,  Namrud serta Abu Lahab selepas solat hajat,  sempena muktamar parti itu di Stadium Sultan  Muhamad IV, Kota Bharu, beberapa hari lepas.
Doa yang diketuai Nik Razi Nik Mat, iaitu  adik kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul  Aziz Nik Mat turut mendakwa UMNO dan BN telah  bertindak zalim kepada agama Islam, rakyat serta  negeri Kelantan meskipun Malaysia diiktiraf  negara Islam paling maju dan komprehensif di  bawah pentadbiran kerajaan sekarang. Berikut adalah teks doa tersebut;

 Hasbunallah wa ni'mal wakil (diulang tujuh kali). Ya  Allah...Mudahkanlah perjalanan kami ke Putrajaya  (diulang empat kali)..kuburkanlah UMNO dan  Barisan Nasional (BN) (diulang tiga kali) dalam  Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 ini. Kezaliman  UMNO dan BN 50 tahun lebih kepada agama Mu,  hamba Mu dan kepada negeri kami ini.

Ya Allah...Engkau mengetahui tentang hal kami.  Kami berkumpul di tempat yang penuh berkat di  mana engkau mengetahui tentang hal kami. Kami  hamba-hamba Mu Ya Allah...Datang dari jauh dan  dekat, berkumpul di tempat yang berkat, di malam  yang berkat.

Ya Allah...Ampunilah dosa kami, dosa kedua ibu  bapa kami (diulang empat kali) melalui  perhimpunan munajat kami Ya Allah. Kami  hamba-hamba Mu Ya Allah. Sekiranya Kamu  mengampuni dosa-dosa kami Ya Allah. Kamu  Tuhan maha pengampun lagi maha kasih  sayang.

Ya Allah...Kuatkanlah iman kami, murahkanlah  rezeki kami, amankanlah rumah tangga, negeri  dan negara kami, cemerlangkanlah anak-anak  kami. Anak-anak kami adalah amanah daripada  Mu Ya Allah. Berilah mereka berjaya di dunia dan  akirat nanti, berilah mereka berjaya untuk  menolong sunah Nabi Muhammad S.A.W.

Ya Allah...hukumlah UMNO. Ya Allah...  Hukumkanlah UMNO dan BN. Ko! BN, Ko! BN, BN  Ko!, Ko! BN, BN Ko!, BN Ko!, BN Ko! dalam  PRU-13 ini Ya Allah. Mudah-mudahan dalam  perjalanan kami ke Putrjaya Ya Allah dengan begitu  sekali mudah dengan pertolongan Mu Ya Allah.

Kalaulah Kamu pernah tenggelamkan firaun di  dalam laut. Kamu telah izinkan bumi Mu telan  Qarun. Ya Allah...Kamu telah laknat Namrud dan  begitu juga Abu Lahab. Maka sungguh mudah  untuk Kamu bagi menjahanamkan UMNO dan BN  dalam PRU-13.

Tidak larat kami nak lihat anak-anak kami dalam  suasana yang tidak selamat di dalam dan luar  rumah dengan ragut, rogol, bunuh, bakar,  cincang manusia dan begitu juga dengan  bermacam-macam jenayah dan begitu juga  dengan bermacam-macam rasuah.

Ya Allah...Habislah negara kami ini dijual oleh  UMNO. Singapura dah habis Ya Allah, Pulau Batu  Putih dan Tanjung Pagar. Ya Allah...Hancurkan  UMNO tumbangkan BN

Rasulullah wa’alaa saidina muhammad wa’alaa  alihi wasabi hi wasalam walhamdullillah hirabil  aalamin. Allahhuakbar (diulang tiga kali).

Friday, October 26, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2012 DARI PAKMIE

  • Penulis mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dengan ingatan yang tulus iklas  kepada seluruh warga yang melayari blog Pakmie tidak kira dimana jua anda berada.

  • Dalam mencapai apa sahaja keinginan, sudah pasti disitu terdapatnya pengorbanan-korban masa, korban tenaga juga wang ringgit. Tanpa pergorbanan tanpa kejayaan...Pada semua maaf zahir dan batin dari Pakmie.blogspot.com.

Friday, September 14, 2012

BERSYUKUR PADA ALLAH TERIMA KASIH PADA KELUARGA DAN RAKAN2

JIKA ADA SALAH DAN SILAP MOHON KEMAAFAN DARI SEMUA...

Sudah lama penulis tidak berblog dan berfb sejak dari 26hb Ogos kerana penulis berada di wad CCU HUSM Kubang Kerian Kelantan kerana menerima rawatan disebabkan injap  jantung tersumbat. Alhamdulillah keadaan kesihatan penulis sudah beransur  baik setelah menerima rawatan 12 hari di USM tersebut dan kini penulis sudah dibenarkan berihat di rumah sehingga 18hb Sept. InsyaAllah pada 1 hb October 2012 penulis diminta hadir semula ke  HUSM   untuk angiogram.
Kepada rakan2 yang mengziarahi dan berdoa untuk kesihatan  penulis diucapkan berbanyak2 terima kasih. Doakan semuga penulis kembali sihat untuk meneruskan kehidupan dan dapat beribadat seperti sediakala, amin. Sekian terima kasih ..

Monday, September 10, 2012

USTAZ NASHA TIDAK DISINGKIR-MODAL CERAMAH PAS?...

Kalau dahulu sebelum bersama DAP dan PKR jarang sekali masalah dalaman pas boleh terlodeh keluar walaupun ianya benar2 terjadi. Kalau pun pas ada masalah tidaklah sekerap mana kita ketahui dan jarang2 berlaku. Semenjak pas bersama DAP dan PKR dalam PR, Pas sudah berubah corak. Pas sudah menjadi sebuah parti yang paling bermasalah di negara ini samada masalah dalamannya sendiri atau dengan parti dalam pakatan mereka.

Sehinggakan kata2 presiden pas  tidak sebebas sebagai berjawatan presiden orang lain yang manopolinya. Jawatan2 penting dalam Pas sudah ditukar kepada orang2 baru dan landasan perjuangannya juga diubah, dimana indentiti pas yang sebenar kita sendiri pun tidak pasti sekarang. Pejuang2 pas yang terdahulu sehingga sanggup terkorban kerana semata2 mahu mempertahankan indentiti pas menubuh negara islam akhirnya disia2kan oleh pemimpin pas pada hari ini. 

Teresa Kok, Ronnie Liu seakin berani  dengan angkuh membuat keputusan yang dengan terang-terang menentang Perkara 3 Perlembagaan Malaysia yang mengatakan bahawa Islam merupakan agama Persekutuan Malaysia. Sekiranya Teresa Kok hanya berani mempertikaikan agama Islam di penempatan yang majoritinya bukan Muslim, Ronnie Liu lagi hebat kerana berjaya memperlekehkan umat Islam di kawasan majoriti Muslim. Shah Alam contohnya yang menempatkan Masjid Negeri Selangor dan juga 70% penduduknya Islam pun dikacau bilaukan oleh Ronnie Liu. Hasil tangan Ronnie Liu dapat dilihat disetiap barisan lot rumah kedai di seluruh Shah Alam. Boleh dikatakan sekurang-kurangnya terdapat satu tempat penjualan arak dan satu pusat refleksologi di setiap lot bangunan rumah kedai di seluruh bandar Shah Alam. Jika tidak percaya datang lah sendiri  ke Shah Alam dan melihat dengat mata kepala sendiri situasi yang berlaku skrg. 

Jika disemak didalam daftar perniagaan MBSA, kesemua premis penjualan arak dan rumah urut ini diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan hanya selepas Ronnie Liu menjadi exco kerajaan tempatan. Ternyata terdapat banyak usaha untuk menjadikan negeri Selangor sebagai negeri sekular dan bukan negeri berkebajikan sepertimana yang dilaungkan oleh pas..

Penyebaran dakyah Kristianisasi dikalangan umat Islam pula tidak terkawal. Pada bulan Ramadhan yang lepas sebuah gereja di Damansara telah mengadakan operasi memurtadkan Muslimin. Sungguhpun ia telah dapat dihalang oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), namun pelbagai isu timbul dan JAIS pula dipersalahkan dalam hal melindungi akidah umat Islam di negeri Selangor. Sehingga ia menyebabkan pemecatan Dato Hassan Ali dari pas dan juga sebagai Exco Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Selangor. Hasilnya, gereja dan pusat-pusat pendakwahan agama yang lain selain Islam tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Banyak lagi kejadian yang melibatkan campurtangan DAP dalam hal-hal adat Melayu dan agama Islam. Perkara ini bukan hanya terjadi di Selangor, tetapi juga terjadi di negeri Pulau Pinang yang dikuasai oleh DAP. Penindasan terhadap umat Islam turut dirasai oleh oleh warga Muslimin Pulau Pinang. Baru-baru ini, dengan kurang ajar, Menteri Besar Pulau Pinang, Lim Guan Eng Laknatullah telah menaikkan replika botol arak di negeri yang digelar sebagai pulau mutiara itu. Tindakan ini menaikkan kemarahan Muslimin di negeri Pulau Pinang, namun begitu, kerana telah kehilangan kuasa, mereka tidak mampu untuk membuat apa-apa tentang penghinaan tersebut.

Sedarlah wahai umat Islam, pas sudah tidak releven lagi kepada umat islam sekarang. Cara pas mengundang kita orang islam  memungkinkan kita  perlu meminta kebenaran daripada orang kafir untuk beribadat dan menjalankan kehidupan sebagai seorang Muslimin di negara ini. Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang, kita akan memerlukan permit untuk bersolat jemaah memandangkan sekarang ini mereka sudah berani untuk mempertikaikan amal dan ibadat kita, memperkenalkan maksiat kepada masyarakat kita dan menghina adat dan budaya kita, apa akan jadi sekiranya mereka memegang tampuk pemerintahan di Putrajaya nanti?

Sudah tentu difikiran ustaz Nasha sekarang semakin hebat bagi memikirkan bagaimana untok menyelamatkan pas dari keganasan DAP dari dalam. Dalam fikiran Ustaz Nasha juga seperti Hassan Ali pasrah dengan apa2 hukuman yang mereka terima demi kebenaran dalam islam, yang ternyata setakat hari ini Ustaz Nasha dibebaskan sebaliknya kesalahan Hassan Ali sebelum ini dibuang ahli pas tanpa pembelaan. Cara keputusan dibuat dengan membebaskan Ustaz Nasha ramai pemimpim dalam PR menjadi sekak perut secara tiba2 terutama penasihat pakatan pembangkang Anwar dan pemimpim kesayangan Nik Aziz, Karpal Singh dgn memungkirkan alasan tidak memecat Ustaz Nasha kerana Pas tidak tunduk kepada DAP dan Anwar sdgkan dunia sudah tahu segala2nya pas skrg adalah boneka DAP dan PKR untok menjatuhkan Umno.

Tuesday, August 21, 2012

APA BEZA BERSARA TOK GURU DENGAN BERSARA PEMIMPIN ANUGERAH TUHAN?

APAKAH LAGI YANG NIK AZIZ MAHU KEJAR?...KENAPA PULA ANWAR MAHU TUNGGU LEPAS PILIHAN RAYA PRU13?...APA PUN KEDUA MEREKA INI WAJIB PERBETULKAN DAHULU KESILAPAN MEREKA TERLEBIH DAHULU SEBELUM BERSARA...
Salah seorang orang paling lama memegang jawatan dlm politik adalah Nik Aziz. Dulu sebelum Tun Mahadhir bersara memegang jawatan PM macam2 juga Nik Aziz mengata kepada PM seh
inggakan ada juga kedengaran Nik Aziz menyatakan jika Tun letak jawatan PM beliau sendiri pun akan turut sama  letak jawatan.Tapi Nik Aziz sehingga skrg sampai walaupun bertongkat berkerusi roda pun masih sayang jawatan MB sanggup keluar masuk wad seolahpemimpin dalam pas Kelantan tua2 belaka seperti beliau . Bukan sahaja tidak mahu letak jawatan yang anehnya alasan yang beliau berikan yang tidak masuk akal dan kini katanya pula mahu pegang jawatan sampai mati.  Rakyat tetap mengingati kesah ini tiga dah PM negara ini dizaman  Nik Aziz dan semua PM tersebut jahat2 berlaka katannya sehinggakan sanggup mendoakan PM DS Najib supaya pecah perut. Sekarang Allah SWT tunjuk kepada kita apa yg terjadi kepada pas semakin jelas bila pas memilih DAP yang jelas kafir tidak mahu kepada islam dijadikan partner nya untok menguatkan islam di negara ini sebaliknya Umno yang punyai kuasa dan didalamnya terdiri dripada orang islam dikafirkan pula oleh pas. Alasan tetap boleh diberi apa cara sekali pun tapi tongkat dan berkerusi roda juga yang seringkali masuk wad kerana sakit tua Nik Aziz tetap tidak boleh menipu dan sembunyikan dari rakyat.Allah membuka hati dua tokoh penting dalam Pas iaitu Hassan Ali dan Ustaz Nasha supaya menceritakan kebenaran apa yang berlaku dalam pas sekarang kalau semua yang Umno tegur kesilapan pas lakukan terhadap islam selama ini dituduh umno pula jahat dan tidak layak menegur pas waima berkaitan dengan islam sekalipun tapi kalau Karpal Singh sanggah tentang hudud tak sampai 24 jam u-turn tarik kenyataan...itulah politik pemimpin pas masakini yang sebenar2nya gila kuasa dan pangkat kejar harta dunia dengan pergunakan islam.

Apakah perkara yang sama juga berlaku kepada kenyataan mahu bersaa Anwar Ibrahim?... Anwar lebih muda dari Nik Aziz, Anwar juga orang penting dalam PR tanpa Anwar maka hancurlah PR...

Baca sini...

1) Dulu Anwar akan berlakon sakit pinggang dan sakit tengkuk. Gambar pembengkung pinggang dan leher menjadi modal simpati.

2) Idea simpati tersebut sudah lapuk dan telah dihidu oleh rakyat. Satu taktik mencari simpati Anwar adalah dengan menuduh orang lain berkonspirasi terhadapnya. Pun sudah lapuk kerana acap kali diulang dan diputar semula.

3) Strategi terbaru mencari simpati dan belas kasihan adalah dengan mengugut untuk bersara. Sebenarnya Anwar memang perlu terus bersara kerana kegagalan terbesar beliau sekarang adalah kegagalan menubuhkan pakatan pembangkang yang sah di Malaysia. Logo dan perlembagaan pun masih tiada.

4) Tunggu apa lagi baik berhenti sahaja kalau DAP sudah lebih berkuasa dari PAS dan PKR.

PAKMIE.BLOGSPOT.COM-SELAMAT HARI RAYA ADILFITRI UNTOK SEMUA JUGA MAAF ZAHIR BATIN

 KALAU MAHU IKUT ISLAM CARA BETUL SATUKAN PAS DENGAN UMNO!

Karpal Singh terus berkuasa tanpa sebarang tindakan diambil ke atas beliau atas keterbukaan membuat kenyataan tidak menghormati Perjuangan PAS. Jika pemimpin pas menegur atau mengkritik maka pemimpin pas tersebut akan dikecam oleh pemimpin pas sama sendiri. Seolah bagi Karpal kenyataan itu tidak memberi apa2 kesan terhadap hubungan Pakatan. Bukan sekali tindakan beliau, dari dulu lagi hingga sekarang malah semakin lama semakin lantang kini berkaitan dengan hukum hudud pula.Pas sekarang dalam apa masalah bersabit islam jika parti itu membuat silap tidak boleh menegurnya siapa menegur akan jadi seperti Hassan Ali dibuang ahli.Tangan2 ghaib telah menguasai parti pas, waima berkaitan dengan islam sekali pun DAP tetap akan dijadikan rujukan pas.
Pas juga selalu berdolak dalik dengan mengecam UMNO tatkala PAS sedang bersubahat dengan Parti yang semakin teriak lantang menghina islam. Walhal terlalu jauh bezanya jika hendak dibandingkan dengan pendirian UMNO yang terlebih dahulu mencapai kebersamaan menerusi rakan BN mengikhtiraf Islam di dalam Perlembagaan dan Perlaksanaan Enakmen2 Syariah di Negeri.

Terbaru kini Ustaz Nasha menjadi mangsa penipuan perjuangan PAS selepas Hassan Ali yang hanya berpaksikan kepentingan politik semata2. 

Jelas Hadi Awang kian tertekan bersabit dengan isu Ustaz Nasha. Mungkin Haji Hadi tahu suara beliau dalam pas sudah tawar atau lecah leweh sekadar diberi jawatan Pengerusi pas untok  senang menarik hidung sahaja. Musibah sangat besar kepada islam kesan dari kesilapan pas menyeret sama islam dalam mainan politiknya.


Wednesday, August 15, 2012

PRU 13:UMNO VS DAP

PARTI DOMINAN BN VS PARTI DOMINAN PAKATAN

Pas menolak mahu bersama umno kerana dituduhnya umno kafir, sebaliknya yang terangan kafir konsinten sejak lebih 50tahun dahulu lagi hingga sekarang menentang dasar2 islam di negara ini  DAP  dipilih sebagai partner kononnya mahu memperkuatkan islam di negera ini. Pas setelah bersama DAP semakin lantang dan sentiasa mencari jalan bagi menyalahkan Umno dalam soal melaksanakan hukum  hudud dengan tujuan bagi menutup kelemahan dan ketidaksetujuan  DAP tentang hukum tersebut jika PR dapat memerintah. Hukum ini seperti kita tahu setiasa didendang setiap kali menjelang pilihan raya sejak dari tahun 1990 hinggalah sekarang. Namum  pada hari ini tektik mainan hukum hudud pas untok menarik undi orang islam  agak lesu dan terbatas  tidak seperti sebelum ini. Ramai orang islam sudah mempertikaikan  benar atau tidak pas mahu melaksana hukum hudud tersebut. Kalau pas iklas benar2 iklas memperjuangkan hukum tersebut  kenapa pas memilih DAP tidak Umno?

Setelah keputusan pas bersama DAP  menampakkan kepada kita sirip pas sebenar, kemana halatuju pas dan apa kehendak dan cita2 pemimpin pas . Bila kita perhatikan kenyataan dari beberapa pemimpin besar pas sendiri yang cuba menegur pas dari dalam sebelum ini ada benaranya.  Tertapi pemimpin tersebut sudah dibuang dari pas sekarang. Kalau kita perhatikan terlalu besar kesalahan Hassan  Ali menegur pas berkaitan dengan islam, raja2 dan kasih kepada negara. Pas sebelum ini tidak pernah kita mendengar  menguhukum ahlinya sebaliknya  kes Hassan Ali dibuang tanpa pembelaan sebenar seolah ada kuasa lain yang memcampor urusan dalaman pas itu sendiri.

Baca pula disini...


Pas perlu menyatakan pendirian sebenar parti itu berhubung penolakan secara konsisten DAP dan  Pengerusinya, Karpal Singh terhadap cita-cita menubuhkan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud atau keluar segera daripada pakatan pembangkang.

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa berkata, perkara itu wajar diberi perhatian serius pucuk pimpinan Pas ekoran timbulnya keresahan di kalangan penyokong-penyokong di peringkat akar umbi selepas DAP dan Karpal berterusan menolak asas perjuangan Pas.

"Sebagai ahli parti, saya minta Pas nyatakan pendirian sebenar mereka berhubung isu ini. Ahli-ahli di peringkat akar umbi resah apabila melihat keadaan yang berlaku antara Pas dan DAP.

"Nampaknya DAP dan Karpal secara konsisten menolak penubuhan sebuah negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud. Sesuatu perlu dilakukan dan bagi saya Pas perlu keluar daripada pakatan pembangkang," katanya.

P/S- Sudah jelas  kepada kita melalui fakta haram umat islam di negara ini menyokong dan mengundi  DAP. Bagi pas jika mahu dan memilih bersama DAP ia akan tetap menerima padahnya dari Allah SWT. Perjuangan pas semata2 mahu kepada kuasa, pergunakan islam bukan untok menegakkan islam yang sebenar.

Friday, August 10, 2012

MELALUI FAKTA : UMAT ISLAM HARAM UNDI DAP

DAP tetap konsisten tidak mahu kepada penubuhan negara islam sejak 55 tahu lagi hinggalah sekarang. Itu juga antara sebab DAP terlalu membenci Umno sekaligus berusaha bersungguh2 sejak dulu lagi mahu majatuhkan Umno walhal dalam banyak perkara lain DAP menyanjungi UmnoBN berjaya mentadbir negara ini dengan baik. 

Kerjasama DAPdengan Pas dalam pakatan juga ramai dikalangan kita menjadi kompius. Benar ke iklas ke jujur ke DAP yang terangan tidak mahu kepada islam boleh bersama Pas yang mereka juga tahu menjadi musuh kuat mereka selain umno sebelum ini. Kita juga tahu bersepakat boleh terjadi dalam dua perkara kearah kebaikan dan kearah kejahatan. 

Baca sini...



KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Sekretariat Ulama Muda Malaysia bersetuju dengan saranan seorang tokoh agama di Tumpat, Kelantan, supaya umat Islam tidak menyokong DAP kerana mendakwa parti itu secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam.
Pengerusi jawatankuasa kerja sekretariat tersebut Fathul Bari Mat Jahaya berkata umat Islam perlu berfikir dan bermuhasabah sebelum membuat pilihan agar tidak memilih berlandaskan nafsu atau dendam yang membawa padah buruk.
“Apa yang saya dapat lihat, agenda DAP berbeza dengan MCA dan MIC kerana mereka ini digolongkan sebagai bukan kafir harbi yakni tidak membawa sebarang kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya,” katanya mengulas kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa’amah, semalam bahawa umat Islam tidak boleh menyokong DAP kerana ia haram serta berdosa.
Gesaan itu adalah ekoran pendirian parti PAS untuk terus bekerjasama dengan DAP sedangkan pengerusi DAP Karpal Singh berkeras supaya PAS  menggugurkan niat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.
Fathul Bari meminta rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam meneliti semula sejarah penubuhan parti PAS, UMNO dan DAP supaya dapat memahami pendekatan yang dibawa setiap parti.
“Allah telah mengurniakan akal serta fikiran, jadi kita perlu memanfaatkan kurniaan itu dan tidak mensia-siakannya,” katanya kepada Bernama hari ini.
Tambahnya umat Islam perlu mendidik golongan bukan Islam serta mendekatkan diri dengan mereka agar golongan ini menerima maklumat yang tepat mengenai dakwah Islam yang suci dan murni.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) Ismail Mina Ahmad berpendapat umat Islam dilarang sama sekali menyokong mana-mana parti atau pertubuhan yang menentang Islam serta pelaksanaan hukum Islam.
“Sesiapa yang menentang Islam serta pelaksanaan hukum Islam maka secara syarak, umat Islam dilarang menyokong golongan ini yang digolongkan sebagai kafir harbi.
“Mereka ini merupakan golongan yang boleh membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta umat Islam amnya,” katanya.
Ismail berkata penolakan ini bukan berlandaskan perasaan namun ia disebabkan penentangan parti tersebut serta bercanggah dengan kedudukan Islam yang dijamin oleh Perlembagaan yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi negara.
“Jangan cemari kesucian Islam semata-mata kepentingan politik, di mana tanggungjawab kita sebagai pembela agama yang dipertanggungjawab memartabat syiar Islam,” katanya. — Bernama


p/s  - Pada 28 Julai 2012 Karpal Singh telah membuat kenyataan rasmi bagi mewakili partinya dan menolak segala pandangan peribadi Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng berhubung isu hukum Hudud. Selama 55 tahun adakah kita mendengar secara berterus-terang MCA atau MIC menghina agama Islam dengan sebegini rupa?

Sunday, August 5, 2012

BACHOK-20RIBU RAKYAT MENYAMBUT KEDATANGAN PM DS NAJIB

DS NAJIB BERSAMA RAKYAT BERBUKA PUASA DI BACHOK LEBIH KURANG SERAMAI 2ORIBU HADIR - TAHNIAH ORE KLATE KATA TAK SEKA PADA JANGKA RAMAI SOGORTI RAKYAT HADIR TAHNIAH JUGA DS NAJIB LULUS PEMBINAAN  HOSPITAL BARU TAHUN DEPAN...

Friday, July 27, 2012

PRU 13 - UMNO LWN DAP

Di Bulan Ramadhan Ini Bertaubatlah Wahai Melayu Ahli DAP.



  1. keldai dap
Democratic Action Party (DAP) nampaknya sudah terlalu terdesak dalam usaha mereka untuk dilihat sebagai sebuah parti yang tidak rasis. Namun begitu bak kata pepatah melayu lama “bangkai gajah walau kalau ditutup dengan daun pisang akan tetap berbau busuk”. Pelbagai cara dilakukan oleh DAP untuk meneruskan usaha mereka supaya Malaysia akan menjadi sebuah negara rasis seperti Singapura.

Pada 14 Julai 2012 lalu telah diadakan satu program yang bertajuk “Pesta Lagu Jalanan” untuk menarik perhatian golongan remaja dan belia yang mempunyai bakat dalam seni muzik. Program ini dianjurkan oleh DAP Bukit Gasing dengan kerjasama DAP pusat. Program yang diadakan di Taman Rusa (Laman Majlis Perbandaran Petaling Jaya) ditujukan kepada anak-anak muda berbangsa Melayu.

Nampaknya ketua-ketua DAP telah sedar bahawa tanpa sokongan orang Melayu, cita-cita jahat mereka untuk menumbangkan Islam dan kedaulatan Raja-raja Melayu tidak akan kesampaian. Untuk menjayakan cita-cita mereka, anak-anak Melayu perlu mereka “tarbiah”kan untuk menyertai dan menyokong perjuangan haram DAP. Namun begitu, apa yang menyedihkan ialah keterlibatan sejumlah kecil orang Melayu dalam DAP seolah-olah melukut ditepi gantang. Tetapi kejayaan kerana dapat menarik Melayu yang sedikit ini dicanangkan oleh semua pembesar DAP untuk membuktikan bahawa mereka tidak rasis dan perjuangan mereka bersifat nasionalis.

Sungguhpun kehadiran pengunjung dari kalangan anak-anak Melayu pada majlis tersebut amatlah sedikit, realitinya tetap menghiris hati kerana ini membuktikan bahawa tetap wujudnya anak-anak Melayu yang lupa akan asal usul mereka sendiri. Lebih menyedihkan lagi apabila penulis mendapat tahu bahawa ketua penganjur untuk majlis DAP tersebut adalah seorang wanita Melayu yang beragama Islam. Untuk pengetahuan pembaca wanita muda berusia 25 tahun itu adalah seorang peguam yang pernah menuntut di Universiti Teknologi Mara.

Apakah anak-anak Melayu yang menyertai DAP ini sudah hilang harga diri sehingga sanggup menjual maruah agama, bangsa dan keturunan mereka, hanya untuk menyertai sebuah parti yang ingin menghancurkan apa yang saudara seagama dan sebangsa mereka telah bina selama ini. Tanpa memikirkan implikasi yang akan berlaku kepada masyarakat, anak-anak Melayu yang lupa diri ini terus menerus memberikan sokongan padu kepada sebuah organisasi yang membenci agama dan bangsa ibu bapa mereka.
Penulis dengan ikhlas berharap, sekiranya tulisan ini dibaca oleh orang-orang Melayu yang menyokong perjuangan jijik DAP agar dapatlah bertaubat dengan segera. Di bulan Ramadhan yang mulia ini diharap para penyokong DAP yang berbangsa Melayu dan beragama Islam dapat ber”muhasabah” dan mengenal erti dan realiti tentang kebaikan dan keburukan setiap perkara yang telah mereka lakukan. Tinggalkanlah perjuangan yang sia-sia itu kerana ia tidak mendatangkan faedah malah akan menghancurkan apa yang telah dibina selama ini.

DAP adalah satu puak yang membenci Islam dan Melayu sejak dari awal perpecahannya daripada People’s Action Party (PAP) Singapura. DAP tidak akan berhenti selagi Islam itu dipinggirkan dan kedaulatan Raja-raja Melayu dihapuskan. Jangan kita lupa apa yang telah terjadi pada tarikh berdara 13 May 1969 dimana slogan “SAPU MELAYU” dan “MATI MELAYU” dilaungkan oleh Lim Kit Siang. Jangan kita lupa bagaimana orang Melayu disembelih dan dibiarkan mati bergelimpangan dek kerana ketamakkan kuasa DAP. Dan yang paling penting, jangan kita lupa bahawa selagi Melayu masih berada di tampuk pemerintahan, Parti Rasis DAP tidak akan berehat sehinggalah orang-orang Melayu hanya menjadi hamba abdi mereka.

This post was submitted by Che_Yan.

Thursday, July 26, 2012

KAKI TANGAN AWAM JUGA PESARA DAPAT DUIT RAYA


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji minimum RM500 kepada penjawat awam.

Menteri Kewangan itu juga turut mengumumkan kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.
Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.


NAK TANYA... KENAPA KAKITANGAN AWAM YANG MENENTANG KERAJAAAN PALING SIBUK PASAL  DUIT RAYA?...

HIJAU BERUBAH WARNA DI PULAU MELAKA

SAHUT SERUAN NIK AZIZ TIDAK PERLU POSTER UNTUK KAMPEN PILIHANRAYA

PR pembangkang selalu mengitai dan mencari ruang bagi mengentam Umno. Banyak juga perkara yang tidak berlaku, Umno juga dipersalahkan. Tidak kurang juga perkara yang diada2kan semata2 untok melontar kesalahan itu kepada Umno. Seolah2 negara ini diperintah oleh PR bukannya Umno.

Ruang untok penyokong pas kearah ketaksuban kepada parti tersebut dibuka seluas2 oleh pemimpin pas bukti jelas seperti apa yang  berlaku hancurnya rumah tangga warga mas kerana perbezaan fahaman politik. Kenyataan seorang artis masuk pas kerana ingin bertaubat dan ingin kemabli kepada islam yang sebenar. 

Dalam pada itu juga pas bertubi2 dirundung masalah tambahan menjelang PRU yang anehnya bukan masalah itu ciptaan musuh politk tetapi dari kumpulan mereka sendiri dengan kata lain orang dalamnya sendiri. Bermula dari Kickdefella, Hassan Ali dan tidak kurang juga dari kalangan pemimpim mereka yang lain tapi masih berada didalam parti tersebut. Kenapa tamparan berupa cabaran begitu hebat di uji oleh Allah kepada Pas jika ia benar2 mengikut islam disaat umat islam di negara ini perlu kepada penyatuan?...

Corak dan tindak tanduk pas dari dulu lagi bukan untuk penyatuan Ummah banyak kesilapan yang pas seret islam untuk perkuatkan parti nya. Kesan dari kesilapan demi kesilapan menjadikan pas sebuah parti lara dan kita tidak boleh mengharap apa2 lagi dari pas sekaligus kita perlu mempastikan pemimpin tidak perlu lagi kita angkat memberi sokongan dalam pilihan raya akan datang. Jika kita menyokong pas bermakna kita memberi kuasa dan ruang kepada rakan sekutu kuat mereka DAP yang sudah jelas mendominasi PR yang bertanding 89 kerusi.

Rakyat sudah mulai sedar,dengan kebijaksanan kerajaan pada hari ini yang diketuai oleh DS Najib sebagai PM jelas  menambahkan lagi kesedaran pada rakyat. Fatwa2 yang pernah pas keluarkan sebelum ini pas sendiri sudah tidak terima pakai lagi. Umno tidak kafir lagi sekarang sebab pas juga bersama kafir bahkan lebih teruk lagi pas sanggup bersama kafir yang terangan2 tdiak mahu kepada islam.

ADDAKAH INI JUGA SALAH UMNO....?

Sila baca sini...

 KOTA BHARU, 19 Julai - Pulau Melaka kawasan kediaman Menteri Besaer Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mata dikejutkan setelah 160 orang penduduk menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Dato Seri Jamil Khir Bin Baharom sambil disaksikan oleh Ketua Bahagian UMNO Pangkalan Chepa, Datuk Dali Bin Husin ketika majlis perasmian Gelanggang Silat 1Malaysia yang diadakan pada 18 Julai 2012, jam 3.30 petang di Kampung Babong, Pulau Melaka. 
Majlis berkenaan dihadiri oleh 1,000 orang penduduk dan Jamil Khir turut memberi bantuan sebanyak RM 5,000 untuk pembangunan silat di Kampung Pulau Melaka serta empat buah khemah untuk penduduk. Rata-rata yang hadir dalam majlis ini terdiri daripada pengikut PAS. Majlis yang dianjurkan sendiri oleh penduduk Kampung Babong.
Pulau Melaka yang diketuai oleh Haji Muhammad Din bergotong-royong sesama mereka untuk memanggil Menteri bagi mendengar rintihan rakyat memandangkan wakil rakyat mereka gagal melaksanakan tugas dengan baik walaupun tinggal berdekatan dengan rumah kediaman Menteri Besar Kelantan.
Borang keahlian UMNO diserahkan oleh empat wakil yang mewakili kampung masing-masing antaranya wakil Kampung Pulau Melaka yang di wakili oleh Azlan Che Pa, Kampung Babong oleh Mohd Fadhil, Kampung Ujong Tanjung oleh Raja Ali dan Kampung Tok Ku oleh Azwa. Mereka ini dahulunya adalah pengikut kuat PAS sebelum ini.
Antara punca mereka memasuki UMNO adalah disebabkan oleh tindakan PAS Pangkalan Chepa yang diketuai oleh MB Nik Aziz dan Nik Amar telah mengabaikan kebajikan penduduk di kawasan kampung Pulau Melaka itu sendiri yang menjadi tempat kediaman MB Kelantan. Malah menurut mereka kepimpinan Nik Aziz tidak mengendahkan kebajikan rakyat dan terus membiarkan rakyat hidup dalam kemiskinan walaupun tinggal hanya beberapa meter dari rumah Nik Aziz.
Nik Aziz juga dikatakan lebih mengutamakan rakyat dari luar kawasan termasuk dari negeri lain untuk berjumpa dan mendengar masalah berbanding dari rakyat di kawasan sendiri. Malah Nik Aziz juga sanggup memberi bantuan kewangan kepada peserta BERSIH 3.0 daripada bantuan kepada rakyat miskin di kawasan berkenaan. Ini menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat dan menyebabkan penduduk bertindak memasuki UMNO sebagai manifestasi ketidakpuasan hati rakyat.
Sebaliknya penduduk lebih yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri yang dilihat ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam membantu rakyat tanpa mengira latar belakang kaum mahupun politik. Kesungguhan PM dalam membantu rakyat telah memikat hati mereka untuk memasuki UMNO dan bersama-sama ingin membantu menjayakan transformasi PM dalam memperkasakan agama, bangsa dan negara.
Salah seorang daripada wakil dari Kampung Pulau Melaka, Azlan Che Pa menyatakan mereka mahu melihat kemajuan dan perubahan di kampung mereka disamping ingin melihat kehidupan rakyat berubah setanding dengan rakyat di negeri lain.
Beliau juga mengharapkan rakyat di seluruh Kelantan bersama-sama berubah untuk kemajuan diri kerana selama 22 tahun PAS memerintah Kelantan mereka masih gagal memajukan rakyat. Tempoh masa yang terlalu lama telah diberikan kepada PAS dan kini sudah tiba masanya untuk rakyat Kelantan membuat perubahan.

Menurut beliau lagi kalau penduduk di Kampung Pulau Melaka sendiri sudah tidak mempercayai kepimpinan PAS apatah lagi penduduk di kawasan lain turut diminta menolak PAS. Beliau yang ditemui tidak mahu berceritakan tentang keburukan Nik Aziz kerana tidak mahu mengaibkan Nik Aziz namun hakikat sebenar yang rakyat perlu ketahui adalah Nik Aziz dan Nik Amar gagal menjalankan tugas dengan baik dan kesannya telah dirasai oleh penduduk Kampung Pulau Melaka sendiri.

Monday, July 16, 2012

USTAZ NASHA MENTERI TUGAS-TUGAS KHAS?

  • Tidak berapa lama lagi, jika kata-kata TPM boleh dijadikan kayu pengukur, maka rakyat Malaysia akan memilih kerajaan baru dalam PRU13 nanti. Isunya bila? Dalam hal ini, adalah menjadi hak pregroratif Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen seterusnya membolehkan PRU13 dijalankan di negara kita. Kuasa kembali kepada rakyat.



  • Tun Dr. Mahathir mula menceburkan diri secara aktif dalam politik ketika berumur 39 tahun, pada tahun 1969. Hari ini (16 Julai 2012) adalah hari di mana beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-4.



  1. Sejarah membuktikan, UMNO dan PAS tidak akan menang semua kerusi yang ditandinginya. Begitu juga DAP, MCA dan Gerakan. Tetapi PBS mungkin boleh menang semua kerusi yang ditandinginya di kawasan Parlimen, bukan di kawasan negeri.



  1. Jika begitu, apakah jalan penyelesaiannya. Seorang AJK UMNO bertanya kepada saya, jika dia tidak dicalonkan, bolehkah dia menjadi Calon Bebas? Persoalan ini mesti dikaitkan juga dengan, kehadiran Thamrin Tun Ghafar Baba kononnya mewakili UMNO di Himpunan Oren pada Sabtu lalu, juga tarik tali DSP Lajim di Beoufort.



  • Dahulu, YB Datuk Shahrir Samad menang dengan bergaya di Johor Bahru walaupun beliau calon Bebas. Begitu juga Datuk John Ghani menang di Sabah walaupun menggunakan lambang Bebas. Mereka semua ini berjiwa UMNO, tetapi menggunakan prinsip mereka untuk berdepan UMNO. Begitulah juga Tun Dr. Mahathir pada tahun 2009 dahulu, keluar dari UMNO kerana Tun Dr Mahathir berkata tidak sanggup lagi melihat kerosakan yang berlaku kepada negara. Saya percaya, walaupun berada di luar UMNO, jiwa Tun masih bersama UMNO. 



  • Bukan UMNO sahaja, malahan parti PAS tidak sanggup lagi untuk memecat YB Datuk Nasharudin Mat Isa, mantan Timbalan Presiden PAS yang semakin UMNO dari UMNO, sekarang ini. Jika orang kampung yang tidak pernah bertemu YB Datuk Nasharudin Mat Isa di Parlimen, nescaya mereka akan melihat YB Nasha sebagai YB UMNO. Dalam kes YB Nasha bolehkah anda katakan dia mempunyai dua jiwa, satu jiwa DS Najib dan satu lagi jiwa DS Hadi Awang.



  1. Maka itu, menghukum Dato' Dr Hassan Ali, Ustaz Hassan Basri dan lain-lain yang simpati dengan mereka merupakan satu kesilapan besar PAS yang sudah menjadi sejarah. Sebab itulah YB Nasha mereka tidak mampu dan tidak sanggup untuk singkirkan. 


Di dalam kerajaan DS Najib, kedudukan YB Nasha sudah selamat dan boleh hidup jika dalam PRU13 dia tak dicalonkan.



  • Dengan kedudukan sekarang, jika anda berkesempatan berbisik dengan DS Najib, mampukah anda memberi keyakinan kepada DS Najib untuk melantik YB Nasha sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas. Jika hari ini, YB Nasha diberi tanggungjawab yang lebih besar itu, saya berani katakan 70% pengundi atas pagar yang pro-Islamik akan mengundi BN. Dan 50% penyokong PAS akan beralih arah, bukan ahli PAS - saya kata pengundi PAS dalam PRU13. 



  • Inilah touch point yang tidak disampaikan kepada PM. Saya berkali-kali telah menyatakan bahawa DS Najib hendak menjadi Perdana Menteri yang terbaik kepada rakyat Malaysia pada zamannya. PM pasti memikirkannya.



  • Inilah juga Transformasi Politik yang terlalu besar. Saya diberitahu oleh seseorang, katanya, DS Najib berkata idea saya terlalu tinggi. Jika berjumpa DS Najib saya akan minta pengesahan. Dua hari lepas, semasa isteri saya membaca buku terbaru saya di sebelah, katanya idea saya terlalu tinggi. Saya tidak tahu apakah pula komen Tun Dr. Mahathir sekarang ini. Barangkali beliau sedang membaca dummy buku terbaru saya itu. 
Saya, hanya berserah kepada Allah SWT. 

jentayuabaka





Saturday, July 14, 2012

HAJI HADI SENYUM KES CERAI BINI...NIK AZIZ PULA BUAT-BUAT LUPA...

Bagi golongan yg telah lama berpolitik iaitu sekitar tahun 1980’an dulu, selepas Hadi Awang mengeluarkan amanatnya yang terkenal, maka ramailah suami isteri yang bercerai berai kerana perbezaan fahaman politik. Ada isteri yang sokong PAS, suaminya sokong UMNO dan ada juga yang sebaliknya, jodoh mereka berakhir dengan penceraian.

1.     Solat dua imam bukanlah satu perkara yang asing di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Kubur ada juga dibuat berasingan UMNO dgn Pas, sanak saudara berpecah.

2.  Haiwan sembelihan orang yang menyokong UMNO juga diharamkan oleh PAS untuk dijamah penyokong mereka. Payah jugalah tuan rumah nak buat kenduri-kendara ketika itu…

3.    Budaya mengkafirkan orang UMNO pada ketika itu kononnya UMNO bersama kafir MCA dan MIC dalam BN. Makan gaji dan terima duit dari UMNO/kerajaan haram ramai juga yang terpengaruh dan berhenti kerja dan tak kurang juga sekarang golongan ini merepat sana sini tdk terbela sdgkan pemimpin mereka kaya raya hdp mewah yang konon katanya pd rakyat  harta dunia tidak boleh dibawa mati/masuk kubur.
 
Lebih menyayat hati, ada anak-anak yang tidak mengaku ibubapa sendiri sebagai ayah dan ibu kandung sendiri kerana ibubapa mereka itu menyokong UMNO.

4.     Kerajaan UMNO dituduh zalim jika  terkorban menentang UMNO makanya difatwa mati syahid, itulah penyebab utama menjurus kepada peristiwa memali yang mengorbankan 11 nyawa ketika itu.

Bagitulah pepecahan umat Islam ketika itu, hasil dari amanat seorang individu yang kini bergelar Presiden PAS. 

Penceraian Yahya dan Che Hasnah sdh tentu ada hubungkaitmya juga adalah salah satu kes contoh kpd anak2 muda masakini bagi membuktikan bahawa amanat dahulu dan ianya masih kukuh dipegang oleh sesetengah orang-orang PAS.

 Prinsip barangsiapa yang tidak menyokong parti pas akan dianggap sebagai tidak lengkap keIslaman dan  tidak mengamalkan ajaran Islam sebenar ternyata banyak melemahkan umat islam di negara ini.. Mungkin kerana itu  jugalah nasib malang yang  menimpa si isteri warga mas yang bernama Che Hasnah yang dicerai dek suami yang merupakan penyokong pas.

Itu  dulu, kerja2 pas bersendirian dalam mendapatkan pengaruh politik sehingga jatuhnya Kelantan dan Trengganu dibawah BN kepada tadbiran Pas.Skrg Pas tidak kesorangan lagi, pas sdh ada sahabat DAP dan PKR dlm pakatan mereka untok menjatuhkan UMNO. Kalau dulu pas lebih kepada kerja2 ceramah sana sini bagi tujuan menggelirukan rakyat yang beragama islam utk mencari pengaruh tapi skrg setelah bersama DAP dan PKR pas perhebatkan lagi kerja2 itu dan skrg gadai islam kpd bkn islam pun pas sudah sanggup. Ludah2 mereka yang tidak naik kelangit dijilat kembali dan ludah2 mereka yang naik kelangit kini bertaburan satu persatu sdh jatuh kemuka sendiri. Ternyata dan amat jelas kini pas bkn perjuang islam dan bangsa setelah pas memilih bersama DAP dan PKR sekaligus menolak perpaduan sesama islam UMNO. 

Pas dalam Pakatan tidak seperti UMNO dalam BN. Pas diperuntukan oleh DAP hanya bertanding 66 kerusi sahaja dalam PRU13, PKR 67 dan DAP yang dominan menguasai 89 kerusi. Jika plan DAP berjaya makanya Pas dan melayu PKR kena bertanggongjawab keseluruhannya termasuk jika anak cucu cicit dimasa hadapan kencing diatas kubur datok nenek akhibat dari lemahnya islam dan merepatnya bangsa dan melayu ditanah air sendiri.

Saturday, May 26, 2012

JUARA KLU KLEK-DIA KATA...DIA JAWAB LEPAS TU DIA REKA-REKALAH CERITA

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akur dengan pendirian Pas Pusat yang memutuskan tidak akan bermuzakarah dengan Umno.

Sehubungan itu, Nik Abdul Aziz berkata, beliau menarik balik hasrat untuk bermuzakarah kerana wujud terlalu banyak pandangan yang bercanggah.

"Tak usah, tak usah, kita berjemaah ni kena turut tok imam," kata beliau selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini.

Pada 16 Mei lalu, Nik Abdul Aziz berkata, Pas sentiasa  bersikap pintu terbuka untuk bermuzakarah dengan sesiapa sahaja termasuk Umno.

Malah katanya, beliau bersetuju jika ia muzakarah dengan Umno dalam masa terdekat untuk menyelesaikan pelbagai isu, namun bergantung kepada parti berkenaan untuk merealisasikan hasrat tersebut.

“Muzakarah adalah fitrah manusia untuk menyelesaikan sesuatu perkara dan saya sendiri mengamalkan sejak dulu lagi, saya bersetuju jika ia diadakan dengan (dengan Umno),” katanya.

Dua hari lalu, Nik Abdul Aziz berkata, beliau tetap mahu mengadakan muzakarah dengan Umno meskipun tidak mendapat persetujuan ahli jawatankuasa tertinggi parti termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pertemuan itu penting  bagi menentukan hala tuju dan matlamat perjuangannya untuk menegakkan syiar Islam.

“Ini keputusan saya dan tidak ada kena-mengena dengan orang lain, jadi saya tak kisah walau ada yang tidak bersetuju. Kita mesti letak syarat bagi menjelaskan maksud sebenar kita mengadakan muzakarah,” katanya.

Dua hari sebelum itu, Abdul Hadi mengumumkan bahawa tidak akan ada muzakarah dengan Umno dalam masa terdekat kecuali dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

Sinar

Sunday, May 13, 2012

BERSIH 3.0 - KENAPA NIK AZIZ BERLAWANAN DENGAN MAJLIS FATWA?

Nik Aziz bukan setakat menyokong huimpunan Bersih 3.0 tetapi beliau juga menyediakan duit poket sendiri untok perbelanjaan kepada peserta yang hadir ke himpunan tersebut. Beberapa jam sahaja selepas himpunan tersebut  diadakan  beliau telah membuat kenyataan sedemikian dengan megahnya dan bila diadu soalan kepada beberapa peserta yang hadir dari tajaan Nik Aziz tersebut ia mengatakan kedatangannya mengikut Nik Aziz adalah kerana wajib.

Baca sini...

HATI-HATI PERTIKAI PANDANGAN MAJLIS FATWA-MUFTI

PEKAN 13 Mei – Tindakan mempertikaikan fatwa mengharamkan rusuhan jalanan seperti Bersih 3.0 dilihat seperti menidakkan sumber hukum termasuk ayat al-Quran yang menjadi rujukan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, keputusan berkenaan dibuat setelah perbincangan menyeluruh para ulama dalam jawatankuasa tersebut berdasarkan sumber hukum yang mengharamkan perbuatan menghuru-harakan negara.

“Fatwa yang diberikan dibuat kajian terlebih dahulu kemudian dibincangkan di kalangan ulama yang dilantik termasuk pakar universiti dengan merujuk ayat-ayat al-Quran dan hadis. Kalau kita menidakkan keputusan ini bererti kita menidakkan al-Quran, hadis dan syariat itu sendiri.

“Seolah-olah kita cuba untuk meragukan umat tentang pandangan ulama iaitu mufti dalam kes ini. Makna sekarang orang tak percaya kepada mufti dan mereka yang sebarkan keraguan kepada mufti itu akhirnya akan menyebabkan orang tak akan hormat pada agama,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Friday, May 11, 2012

TUNGGAK PAKATAN RAKYAT ADALAH DAP



DAP anggap PAS tiada hak cakap bagi pihak pakatan pembangkang isu hudud
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang tidak berhak bercakap bagi pihak pakatan pembangkang dengan menyatakan pembangkang akan melaksanakan hukum hudud jika memerintah negara.
Pengerusi DAP, Karpal Singh juga berkata, Hadi memang selalu berdolak-dalik dengan membuat kenyataan retorik tanpa sebarang justifikasi.
Saya berharap Hadi berhenti daripada membuat kenyataan yang akan menjejaskan prospek pakatan untuk membentuk kerajaan dan memenangi lebih daripada lima negeri yang dimenangi pada pilihan raya lalu. - Karpal Singh, Pengerusi DAP
“Adalah dikesali, Hadi kebelakangan ini membuat kenyataan yang kemudian ditarik balik. Baru-baru ini, beliau berkata Perlembagaan Persekutuan akan dipinda untuk menggantikan Islam sebagai agama rasmi dengan Addin, walaupun Perlembagaan secara khusus memasukkan Islam sebagai agama rasmi.

“Kemudian beliau menyatakan tidak membuat cadangan sedemikian. Saya berharap Hadi berhenti daripada membuat kenyataan yang akan menjejaskan prospek pakatan untuk membentuk kerajaan dan memenangi lebih daripada lima negeri yang dimenangi pada pilihan raya lalu,” katanya dalam kenyataan akhbar, semalam.

Karpal juga mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa hukum hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Akhbar semalam melaporkan Hadi sebagai berkata jika pakatan pembangkang memerintah negara, hukum hudud hanya akan dilaksanakan apabila masalah pengangguran dan kemiskinan diselesaikan, serta penetapan gaji minimum dilaksanakan.
Beliau juga mendakwa ia sudah dibincangkan dengan DAP dan PAS tetap akan melaksanakannya walaupun tidak dipersetujui oleh sekutunya itu.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika diminta mengulas, berkata Karpal tidak perlu campur tangan dan bimbang kerana undang-undang hudud tidak membabitkan bukan Islam.

Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang tidak bersetuju dengan kenyataan Hadi mengenai masalah pengangguran dan kemiskinan di Malaysia.

Beliau berkata, masalah pengangguran dan kemiskinan tidak ada kaitan untuk menangguhkan hukum hudud kerana rakyat tidak menghadapi kebuluran sehingga menyebabkan mereka terpaksa mencuri untuk hidup kerana sumber rezeki amat luas di Malaysia.

Katanya, kebanyakan kes mencuri di Malaysia berlaku atas keinginan pelaku untuk hidup mewah dan mengikut nafsu, manakala kebanyakan masalah pengangguran berpunca daripada sikap malas berusaha dan memilih kerja.

“Tidak ada halangan untuk PAS melaksanakan hukum hudud. Dalam soal ini, tidak perlu berdolak-dalih, seolah-olah sengaja hendak meraih undi,” katanya.

Seorang lagi pengamal undang-undang syariah, Mohamad Isa Abd Ralip, menyifatkan kenyataan Hadi tidak berasas sama sekali kerana Malaysia negara yang makmur sehingga dijadikan lubuk emas oleh ramai pendatang asing. 
Berita Harian 













Monday, May 7, 2012

HIMPUNAN BERSIH 3.0 ARAB SAUDI - KERANA NILA SETITIK RUSAK SUSU SEBELANGGA


Rakyat Malaysia akan menghadapi kesulitan dan tiada lagi layanan istimewa yang bakal diterima selepas ini apabila mahu ke Mekah atau Madinah! Ia berikutan dengan tindakan segelintir rakyat negara ini yang telah berjaya memalukan dan mencalar imej Malaysia di Arab Saudi baru-baru ini!

Pihak berkuasa Arab Saudi telah melancarkan gerakan mengesan sekumpulan rakyat Malaysia yang menganjurkan perhimpunan Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah pada 28 April lalu.

Menurut sumber yang rapat dengan kerajaan negara itu, agensi risikan Arab Saudi juga sedang memburu dua pemimpin politik pembangkang Malaysia kerana disyaki menjadi dalang perhimpunan berkenaan yang diadakan di Restoran D’ Saji, Hotel As-Safwah berhampiran Masjidilharam.

‘‘Peserta perhimpunan tersebut dikehendaki pihak berkuasa di sana kerana mereka dipercayai menyampaikan ucapan dengan tujuan menghasut rakyat Arab Saudi menyertai gelombang ‘Arab Spring’ dan bangkit menentang pemerintah.

‘‘Segala tindak-tanduk ahli-ahli kumpulan yang memakai baju berwarna kuning sambil memegang kain rentang menyokong Bersih 3.0 diketahui pihak berkuasa Arab Saudi menerusi rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi perhimpunan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.


Sementara itu, Penasihat dan Koordinator Kerajaan Negeri Terengganu untuk penerbangan terus dari Terengganu ke Mekah dan Madinah, Abu Backer Sidek, memberitahu, beliau yang berada di Mekah pada 28 April lalu sempat menyaksikan gelagat memalukan peserta perhimpunan Bersih 3.0 terbabit.

Beliau yang juga seorang peguam berkata, mereka dilihat berhimpun selama sejam bagi menyatakan sokongan terhadap perhimpunan Bersih 3.0 selepas menunaikan solat zuhur.

Menurutnya, perbuatan mereka itu boleh menjejaskan hubungan diplomatik dan kerjasama yang telah sekian lama terjalin erat antara Malaysia dan Arab Saudi.

‘‘Saya diberitahu kerajaan Arab Saudi mungkin akan memperketatkan prosedur kemasukan jemaah haji dan umrah dari Malaysia susulan insiden tersebut.

‘‘Sekiranya perkara itu berlaku, pihak berkuasa Arab Saudi akan menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh terhadap jemaah kita termasuk menyelongkar bagasi yang dibawa," ujarnya.

Tambah beliau, kesan-kesan negatif lain yang mungkin berlaku termasuk kesukaran untuk menambah kuota jemaah haji, pelajar-pelajar Malaysia sukar mendapat tajaan daripada kerajaan Arab Saudi dan peluang rakyat Malaysia untuk bekerja di negara berkenaan tertutup.

‘‘Sikap peserta perhimpunan Bersih 3.0 di Masjidilharam itu bukan sahaja memalukan nama negara malah menunjukkan mereka tidak menghormati undang-undang Arab Saudi yang melarang mana-mana pihak berhimpun tanpa kebenaran pihak berkuasa," katanya.

Sebuah akhbar baru-baru ini melaporkan pihak berkuasa Arab Saudi sedang menjalankan siasatan terhadap penganjuran Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah oleh aktivis-aktivis perhimpunan haram tersebut pada 28 April lalu.

Perkara itu didedahkan sebuah laman blog iaitu sel13.com yang mendakwa agensi risikan Arab Saudi telah mendapat maklumat penglibatan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa yang ‘berkiblatkan’ Yahudi dalam penganjuran Bersih 3.0 di lokasi berkenaan.

Dalam pada itu, difahamkan Kedutaan Arab Saudi di Malaysia sedang mengumpulkan maklumat berhubung rakyat Malaysia yang terlibat dalam perhimpunan haram yang diadakan di Mekah dan Madinah tersebut.

Suara Politik Tamisari.

Thursday, May 3, 2012

KALAU PUN TIDAK MAHU KEPADA UMNO TAPI JANGAN PULA SAMPAI RUSAKKAN ISLAM

Sejauhmana politik boleh menghalalkan cara, tiada siapa yang boleh memberi jawaban yang tepat. Tetapi kalau dalam urusan agama bila kita buat silap atau menyeleweng dari landasan islam sebenar, ramai orang islam lain dapat menilainya.Al-Quraan, Hadis dan Sunnah Nabi sudah memperjelaskan dan memberi tunjuk ajar  kepada kita mengikut islam sebenar2nya. Tidak kira dari golongan mana dan siapa orang itu jika ia menyeleweng dari islam maka "nerakalah tempatnya".

Orang islam dalam negara kita pada hari ini seolah jika tersilap menyokong sesebuah parti politik(Umno-Pas) boleh  menentukan samada kita masuk syurga atau neraka.Orang islam di negara ini seakan terperangkap dan ada batasan lain lagi bukan sahaja mengikut ajaran islam yang sebenar. Amalan islam kita baik, kita pun sudah ikut cara kehendak islam sebenar tetapi kita tersilap pilih parti tidak lagi menjamin kita masuk syurga janji Allah, besar dan hebatnya pengaruh politik di negara ini. Kita masih ingat Pas pernah mengkafirkan Umno dan Umno tidak pernah mengkafirkan Pas.

Jika sudah kita kenalpasti kesilapan sesaorang pemimpin politik tersebut dalam membuat kenyataan yang bercanggah dengan islam tetapi disebabkan keterampilan fizikalnya lebih islam berserban berjubah orang lain sekadar songkok maka kita rasa kita lebih islam sedangkan hati kita sendiri hitam legam disaluti dosa2 kianat dengki dan segala hak syaitan suka ada pada hati kita tapi dunia pada hari ini golongan inilah diangkat dan di junjung sebaliknya golongan yang mempertahankan kebenaran sebenar dicaci dan dihina-Wallahhu'Allam.

Wednesday, May 2, 2012

Demonstrasi halal untuk guling kerajaan


NIK Abdul Aziz Nik Mat menyampaikan anugerah kepada salah seorang pelajar kepada majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan 2011 di PUTIK, Pengkalan Chepa Kota Bharu, semalam.
KOTA BHARU 1 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan demonstrasi merupakan cara moden yang halal dilakukan, selain pilihan raya untuk menggulingkan sesebuah kerajaan yang mungkar.
Justeru, beliau menegaskan demonstrasi Bersih 3.0 adalah wajib dan akan menyokong penuh jika ia diadakan lagi pada masa akan datang serta sanggup menyediakan sumber kewangan kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertainya.
Beliau turut mendakwa tidak sedikit pun rasa bersalah ketika memberikan wang kepada peserta Bersih 3.0 meskipun demonstrasi itu yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini yang kononnya aman akhirnya bertukar menjadi rusuhan ganas.

Utusan Online
...

Friday, April 6, 2012

ADAKAH INI JUGA SALAH UMNO?


Penyakit lama kalau tidak diubat dengan baik sudah tentu lama kelamaan penyakit itu akan datang lag. Lebih teruk lagi jika seseorang itu mengidap penyakit kencing manis. Mengikut doktor bahagian anggota tertentu akan turut dipotong bagi menggelak jangkitan kebahagian anggota lain dan kalau dibiarkan ianya menjadi lebih parah. Penyakit lama Azmin datang lagi kalau sebelum ini Azmin diam membisu tanpa kenyataan bagi menjawab pertuduhan terhadapnya. Sekarang penyakit ini datang lagi dan setakat hari ini Azmin belum menjawab dengan jelas pertuduhan keatasnya dan kali ini ianya menjadi lebih parah dari sebelumnya. Penyakit Azmin ini telah merebak dan menusuk masuk bahagian dalaman PKR sendiri. PKR bukan sahaja berdepan dengan Umno untuk menghadapi pilihan raya.

Rakyat negara ini tahu Timb Presiden PKR tersebut kian tersepit dengan tuduhan itu nak jawab pun salah tak jawab pun salah. Bukan sahaja Azmin sahaja yang dihinggapi dengan penyakit ini ianya juga turut terpalut kepada Anwar. Rakyat Malaysia mengharapkan jawapan yang jelas dari Azmin setiap tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

Semuga dari jawaban Azmin diharap boleh mendedahkan kepada kita siapa Anwar dan siapa Shamsidar Taharin(isteri Azmin) ?

Dari dakwaan diberi saham bernilai berjuta-juta ringgi pada dekad 90-an, sehinggalah kepada hubungan terlarang antara Anwar dan Shamsidar yang dikatakan bakal menjadi punca kejatuhan karier Anwar sebagai ahli politik.

Baca lagi...


KUALA LUMPUR 5 April - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang terpalit dengan pelbagai dakwaan termasuk kisah kontroversi isterinya, Shamsidar Taharin bakal berdepan gelombang penolakan yang lebih besar daripada pemimpin akar umbi PKR selepas ini.

Beberapa bekas pemimpin parti tersebut juga percaya tempias gelombang penolakan berkenaan akan turut melanda Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Ketua Umum PKR itu sendiri berdepan dengan pelbagai masalah moral yang sehingga kini gagal dijawab secara konkrit.

Bagaimanapun, bekas peguam Anwar yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, beliau yakin Azmin tidak akan menjawab segala desakan daripada pemimpin akar umbi PKR, sebaliknya pihak yang mempersoal perkara itu bakal dipecat.

"Sebenarnya gelombang penolakan terhadap Azmin ini sudah lama berlaku sebab itu kita lihat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Zaid Ibrahim bertindak menentang beliau pada pemilihan PKR yang lalu. Zaid berbuat demikian kerana beliau mendapat sokongan dan mereka yang menyokong adalah akar umbi.

Utusan online

Friday, March 30, 2012

SOKONG PAS : UNTOK BUBAR ATAU MENANG PILIHAN RAYA?

PAS MELAHIRKAN PERJUANG MELAYU UNTOK DAP...

Pas sebuah parti terbesar selepas Umno yang mewakili orang melayu di negara ini. Pas yang sebelum ini kononnya bertindak sebagai sebuah gerakan yang diharapkan untuk memperjuangkan Islam bagi mengimbangi Umno ternyata tidak boleh diharapkan lagi. Pas sekarang lebih kepada pengkianat kepada agama,bangsa dan negaranya sendiri yang semakin jelas sejak bermula gabungannya bersama DAP dan PKR.


Pas mengkianati sokongan yang diberikan oleh rakyat dalam PRU12 menyebabkan parti tersebut ada sedikit kuasa. Disebabkan pemimpin atasan mereka yang terlalu ego yang sepatutnya bergabung bersama Umno bagi memperbetulkan Umno dari dalam sebaliknya memilih bersama DAP dan PKR. Dari tindakannya itu mengambarkan pas sedia membantu bagi merealisasikan impian DAP sekian lama untok memerintah negara ini. Allah SWT baru mencuba bagi sedikit kuasa untok kita kenali sikap sebenar pemimpin2 pas tersebut.


Bagimana perangcangan halus sehingga landasan perjuangan pas pun boleh ditukar kepada negara berkebajikan, bagaimana pas beri kerjasama dalam menangani isu murtad(antara penyebab Hassan Ali , disingkir dan Zulkifli Nordin dikecam hebat) bagaimana pas berdolak dalih dalam isu membenarkan penggunaaan kalimah Allah kepada bukan islam(sampai dalam gereja pun Khalid Samad sanggup masuk bersabit dengan isu ini) , bagimana pas berdepan dengan isu moral dan sokongan Anwar terhadap keselamatan Israel(Mat Sabu tetap memberi sokongan katanya itu masalah pribadi Anwar-liwat) kata dua Nik Aziz terhadap Anwar tdk kemana sekadar sendiwara biasa politik Nik Aziz sahaja yang akhirnya Haji Hadi menutup isu ini dengan mengatakan tidak salah berkerjasama dengan yahudi atas urusan perniagaan. Orang Umno yang memberi undi kepada pas semasa PRU12 sudah tentu akan mengajar pas bagimana kedudukan parti pas selepas PRU13 nanti. Mereka tidak lagi menyokong memberi undi sebaliknya menyokong pembubaran Pas itu sendiri.


PAS patut diundurkan daripada menjadi parti politik dan aktivisnya wajib memberi tumpuan bagi memperbetulkan kembali pada isu keagamaan secara telus. Nik Aziz dan geng2nya kena perbetulkan dahulu akidah umat islam di negara ini yang terseleweng dari islam sebenar kesan dari menyalahgunaan agama untok mendapat pengaruh. Setelah perkara ini dilakukan, diharap seluruh umat islam di negara ini mengampuni dosa2 mereka dan berserahlah kepada Allah maha kuasa untok menentukannya diakhirat kelak selepas itu barulah mereka semua boleh bertindak meletak jawatan beramai2 dalam politik pas dan juga kerajaan.

Seandainya mereka tidak bertindak sedemikian nama2 pemimpin tersebut akan tercatit dalam buku sejarah bagi rujukan anak2 sekolah akan datang bagaimana cara musnahnya islam dan bangsa melayu ditanah air sendiri ekoran dari kerakusan mahu kepada kuasa dunia dan dendam yang akhirnya agama, bangsa dan negara sendiri yang hancur!-Wallahu'Allam.

Tuesday, March 13, 2012

BUKAN SETAKAT ORANG BERUK PUN TERKEJUT!

Terkejut Beruk – Ramainya Pemimpin PAKATAN Nak Letak Jawatan...!!!



Asalam to all,
Pengorbanan yang Dato Shahrizat Jalil lakukan ini tidak mungkin mampu dilakukan mana mana Pemimpin Pembangkang.
Umum mengetahui bahawa Shahrizat Jalil tidak terlibat dalam NFCorp walaupun suaminya Pemilik kepada NFCorp, walaubagaimana pun PAKATAN tidak tidur siang dan malam kerana terlalu sibuk memainkan isu NFC ini.
Akhirnya Shahrizat terpalit juga dengan Taik Lembu kepunyaan suaminya. Diucapkan Terima kasih dan Syabas kepada Dato Sharizat Jalil kerana memikirkan akan jangka masa panjang dan kepentingan PRU13 (mungkin juga)
.
Dato Sharizat hanya seorang perempuan tetapi telah bersikap Berani dengan mengishtihar kan Perletakan Jawatannya. Sekiranya kita melihat akan kes kes yang dihadapi oleh Pimpinan PAKATAN baik isu melibatkan Fulus atau isu "Panjat Bini Orang"... ternyata Pemimpin PAKATAN lebih penakut dan lebih Bacul...cuba kita kira, berapai ramaikah Pemimpin PAKATAN telah meletak Jawatan ekoran masalah Moral atau lain lain kes sehingga ada sebahagian dari mereka telah diheret ke Mahkamah....
Kita sudah menyaksikan sendiri apa yang terjadi bila sesuatu isu melibatkan Pemimpin PAKATAN
1. Anwar telah meliwat Sukma, Mior, Azizan, Ismail Harun, Ahmad Hairani, Saiful Bukhari dan mungkin ramai lagi namun beliau tak pernah merasa aib malah masih cuba menegakkan Benang Basah walaupun Spermanya dijumpai dalam rectum Saiful

Walaupun terlepas dari Hukuman Liwat umumnya telah mengetahui betapa rendahnya Moral dan akhlak Anwar Ibrahim





2. Anwar Ibrahim juga kantoi bila video lucahnya melakukan hubungan seks dengan Pelacur China didedahkan oleh Dato Eskay dan rakan rakannya, dan Masih tak tahu Malu dan mengekalkan kerusinya sebagai Ketua Pembangkang.
Seluruh Dunia melihat Hubungan Seksnya bersama Pelacur China

3. Elizabeth Wong begitu juga, masih lagi dikekalkan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor walaupun beliau diketahui umum bersekedudukan dengan Kekasih Melayu yang telah beristeri iaitu Helmi dan telah mendedahkan photo photo Bogelnya.
Dipertahan kan oleh jemaah PAKATAN

4. Ustaz Badrulamin hanya diberi cuti sebulan dan masih dikekalkan sebagai Ahli MPT PKR dan Penerangan Kerajaan Selangor walaupun ditangkap Khalwat dengan isteri orang pada jam 3 pagi di Swiss Garden Hotel Kuantan, Pahang
Sesi Kaunseling Bini Orang jam 3 pagi dibilik Hotel

5. Nik Aziz masih mempertahankan Mat Sabu bermati matian walaupun Mat Sabu telah ditangkap Khalwat dibilik No 121 Hotel Perdana, Kota Bharu Kelantan juga bersama Isteri Orang malahan Kawan Sindiri, dan hari ini Mat Sabu pula diangkat sebagai Timbalan Presiden PAS.
Juga Khalwat bersama isteri orang dibilik Hotel

Dan hari ini menjadi Timbalan Presiden PAS


6. PAS meletak semula Saiful Bukhari sebagai ADUN Selising walaupun sebelum ini Saiful pernah ditangkap dalam bilik VVIP 1 Gerabak Keretapi KTM bersama isteri orang, yang menangkap Saiful dan Pasangannya ialah Pembantu Nik Aziz sendiri, Saiful dan pasangan ditangkap dalam keadaan hanya memakai seluar dalam dan isteri orang tersebut hanya memakai Tuala Merah.
Semuanya melibatkan Bini Orang


7. Nik Aziz kantoi kerana nak pergi menunaikan Haji dengan hasil duit suapan Abroad Technologies Sdn.Bhd bernilai RM 650,000 setelah meluluskan hamper 3000 Hektar Konsesi Balak dan Konsesi Pemasangan Billboard kepada Abroad Tech malahan tanpa segan silu mengakui beliau dah 20 tahun ke Mekah tanpa menggunakan 5 sen pun duit sendiri.
Zuhud di Hotel 5 Bintang

Zuhud d Kafeteria


8. Begitu juga dengan isu Ir Arif Fahmi, menantu Nik Aziz dilantik oleh beliau sebagai CEO PMBK sehingga rugi berjuta juta ringgit dan Nik Aziz tak pernah merasa bersalah terhadap Rakyat.
Sungguh Baik Hati rakyat Kelantan 


Begitu lah angkuh, bongkak, tak tahu malu dan lahabnya Pemimpin pemimpin PAKATAN
Bermacam tomahan, cacian serta fithnah yang dilemparkan oleh PAKATAN terhadap Pemimpin pemimpin UMNO dan sedikit sebanyak ianya menyebabkan UMNO tercalar serta terpaksa mengambil tindakan keatas Ahli yang Terlibat mahu pun Pucuk Pimpinan samada secara langsung atau secara tak langsung (sendiri fikir la Bhai)
Sekali lagi Pewaris Wasiat bagitau....memang Bacul lah puak puak PAKATAN ni...paling kuat pun bagi CUTI jer pada siapa yang telah KANTOI buat taik....macam kes Ostat Setan Badrulamin, Eli Kangkang dan ramai lagi koooot...!!!
Eh, dulu bukan semua bising suh Tun M bersarakan...? cakap dah tua laa...terlalu lama laaa...sampaikan ada Blog Mahafiraun dan Mahazalim...Hahahaaaa...
Si Tua Sesat Nik Aziz bila pulak nak bersara...??? jalan pun dah kena papah...tak kan nak jadi MB sampai masuk kubur kot...!!! berat mung niii Pok Nik...!!!

Pssst : Apasal pemimpin PAKATAN ni banyak kes lucah aaaaa....??? memeng dia orang kuat main keer...??? Haahahahahahaaaa


Pewaris Waksiat