Followers

Sunday, March 22, 2009

NIK AZIZ SESAT DALAM POLITIK MELAYU?

HEBAT SANGATKAH NIK AZIZ SEHINGGA TIDAK MAHU MELIHAT ISLAM DAN BANGSA SEDIRI BERSATU DI NEGARA INI?. SEPERTI YANG KITA TAHU HARI INI PAS TIDAK BOLEH LAGI MENGAKU SEBAGAI PARTI YANG ISLAMIK, PARTI YANG NAK MENEGAKKAN NEGARA ISLAM, ATAU PARTI YANG NAK MENEGAKKAN HUKUM ISLAM di Bumi Malaysia. Pada hari ini SIAPA dalam PAS BERANI BERCAKAP DALAM PARLIMEN ATAU DEWAN UNDANGAN NEGERI, nak tubuhkan Negara Islam? Siapakah dalam PAS berani bercakap hendak melaksanakan Hukum Hudud dalam Parlimen? Cuba minta sesiapa di dalam PAS membentangkan CITA-CITA NEGARA ISLAM dan PELAKSANAAN HUKUM HUDUD di Parlimen. Ada berani? Kata pejuang Islam? Pejuang Islamkah atau Pejuang nak Glamour? Hari ini PAS ada Ahli Bukan Muslim dan mereka sudah menuntut supaya kumpulan mereka diiktiraf sebaris dengan Pemuda, Muslimah, Dewan Ulama PAS. Maknanya mereka juga mahu mejadi Pembuat Dasar parti! Inilah Agenda Yahudi Timur yang PAS tak nampak. Hari ini PAS dalam Pakatan Rakyat seperti Diikat tangannya, Disumbat Mulutnya, hanya boleh mengangguk-angguk sahaja apa yang DAP dan PKR putuskan. Geng Husam Erdogan yang selalu bersetuju dengan DAP dan PKR. Perhatikanlah, bagaimana mereka berjaya mendesak perletakkan jawatan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, semua akibat desakan DAP dan PKR Selangor yang lebih kuat berbanding Datuk Hassan Ali yang takut nak tegur MB Guthrie dan Kumpulan Teresa Kok/Ronnie Liu dalam Kerajaan Selangor. Paling jauh pun tindakan berani Datuk Hassan Ali ialah menyendirikan dirinya jauh-jauh dari MB Guthrie. Itulah kemampuan PAS sekarang ini. Diberitahu oleh beberapa rakan di Kota Bharu, Tuan Guru Nik Aziz bukan lagi Penasihat PAS...

Kesimpulannya mudah, PAS SUDAH TIDAK RELEVAN SEBAGAI PARTI ISLAM dan menuju kearah pembentukan PARTI AGAMA-AGAMA SEMALAYSIA (PAS) yang diolah oleh ANWAR, DAP melalui Husam Musa dan beberapa team Erdogan. Kerana ANWAR tahu jika apa-apa yang berlaku kepada PAS (selepas Nik Aziz dikhatamkan), Anwar melalui PKR akan mempunyai sokongan dikiri dan kanan. Kiri, DAP dan Kanan, PAS bagi menguasai pemerintahan MALAYSIA untuk menjayakan cita-citanya menjadi PM. Lambat-laun PAS akan tewas juga dengan percaturan mereka walaupun sekuat mana Nik Aziz mempertahankannya dan bakal pengantinya. Anwar sedang menunggu dengan senyuman dengan apa yang berlaku kepada PAS hari ini untuk keuntungan politik masa depannya dan PKR. Wallahuallam.

Petikan dari: Suara Politik Taminsari.

1. PENULIS percaya Hj. Hadi bukan Presiden PAS pertama sanggup digantung keahlian PAS jika Nakhoda PAS & team Erdogans sanggup melakukannya ke atas Hj Hadi, kerana allahyarham Datuk Asri dahulu pernah digantung keahliannya.

2. Ajakan Hj Hadi yang disokong ulama lama & Pemuda PAS tidak lain untuk perpaduan umat Islam dan orang Melayu di tanah air ini. Mereka sedar bersama DAP & PKR, perjuangan parti tidak ke mana. Membangun Bersama Islam, Negara Islam, Hudud dsbnya sangat mudah diimplimentasikan di dalam BN berbanding dalam PR. Malah Tun Dr Mahathir sendiri sudah mengisyhtiharkan Malaysia sebagai Negara Islam sebelum beliau berundur...pengisiannya ya silakanlah isikan dengan ajaran Islam.

Jika TV tidak Islamik , Islamikkanlah dia, jika dasar pelajaran tidak Islamik, berilah idea dsbnya. Tiada masalah rasanya, jika Husam boleh menasihati CEO kerajaan Kelantan bawa snooker dan pelakon seksi ke Kota Bharu, tak kanlah yang lain tidak boleh pula...bukan begitu.

3. Harus diingat DAP adalah Tonggak PR, dan DAPlah parti yang tidak akan bersetuju dengan Negara Islam & Hudud. Jika MP UMNO/PAS bersatu dan majoriti, maka tidak sukar dasar PAS itu dilaksanakan dalam pentadbiran kerajaan.

3. Jika DAP/MCA/Gerakan dan lain-lain parti Cina boleh bersatu jika kepentingan Ekonomi, Pendidikan, Kebudayaan & Persatuan( Politik ) mereka diganggugugat , kenapa PAS & UMNO tidak boleh. Perkara ini sudah beberapa kali diluahkan oleh Hj Hadi.

4. Perhatikanlah kecelaruan terbaru di P.Pinang. Timbalan Ketua Menteri 1 dikatakan bercuti. Yang memohon cuti dia pula Pemimpin Defacto PKR, Ketua Menteri P.Pinang meluluskan cuti TKM atas arahan Pemimpin Defacto. Bolehkah cuti seseorang dipohon dan diarah oleh orang lain kepada ketua jabatannya?.Bukan satu rahsia lagi betapa TKM 1 P.Pinang telah ditarikkuasanya di dalam parti, portfolionya ditarik, dahulunya pegawai-pegawainya ditukar, pernah diberi amaran kerana tidak turun padang, lawatannya ke London menjadi isu, seminggu ini menghilang tanpa khabar (dikatakan dicutikan oleh Pemimpin Defacto ). Must be something wrong

5. Maka perbezaan-perbezaan di antara ahli UMNO & PAS dapatlah diperbaiki, kerana agamanya tidak pun berbeza. Yang berbeza hanyalah fahaman politik, caranya, pemikirannya... Hassan Al-Banna sudah tentu berbeza dengan Salehudin Al-Ayubi, Jabatan Usuludin Universiti Al-Azhar sudah tentu berbeza dengan Jabatan Usuludin UIA, Allahyarham Datuk Asri Muda pastilah berbeza dengan Allahyarham Ustaz Fadhil Nor, Muslimah PAS 1960an/1970an sudah tentu berbeza dengan Muslimah PAS 1980an/1990an/2000an.

Jentayuabaka.

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..