Followers

Monday, January 31, 2011

DUN TENANG MILIK BN


MOHD AZAHAR YB BN-MAJORITI 1,215 LEBIH TINGGI DARI PRU 2008


10.00 MALAM- Barisan Nasional telah berjaya mempertahankan kerusi DUN Tenang dengan majoriti 3,707 undi. Calon BN Mohd Azahar Ibrahim dapat 6,699 undi manakala calon PAS ,Normala Sudirman 2,992.Majoriti BN pada pilihanraya umum Mac 2008 ialah 2,492 undi. Majoriti kali ini 1,215 lebih tinggi.


Sementara itu menjawab soalan dalam sidang akhbar selepas pengumuman keputusan itu,Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin menganggap keputusan pilihanraya kecil ini menunjukkan ada perubahan dalam undi kaum Cina. Katanya ini kerana semasa pilihanraya umum ke 12 pada Mac 2008 BN kalah di tiga peti undi namum dalam pilihanraya kecil ini cuma satu sahaja yakni Bandar Labis Tengah. Beliau menilai keputusan dijangka lebih baik jika peratus yang keluar mengundi lebih.


Menurut Muhyiddin, pengundi Cina seperti kaum lain mulai prihatin dan faham usaha dibuat oleh pemimpin BN untuk kesejahteraan rakyat. Masalah banjir dan hujan lebat sepanjang proses pengundian telah menjejaskan sikit peratus yang keluar mengundi. Jumlah rasmi yang keluar mengundi cuma 66.7 peratus saja iaitu 9,833 dari jumlah keseluruhan pengundi di DUN Tenang seramai 14,753. Pada PRU kr 12 lalu jumlah pengundi yang keluar mengundi ialah 73.52 peratus. Apapun Muhyiddin berkata keputusan pilihanraya kecil ini menandakan Johor kekal kubu kuat BN dan Johor menolak PAS. Katanya, PAS tiada dalam hati orang Johor dan di Tenang buktikan sokongan terhadap parti itu merosot.

Mengenai kegagalan mencapai sasaran majoriti 5,000 seperti dikatakan sebeloum ini, Muhyiddin berkata, itu adalah strategi supaya jentera bekerja kuat bagi memastikan kemenangan pilihanraya kecil Tenang.

Tuesday, January 25, 2011

BETULKAH SELEPAS PRU12 ORANG BUKAN ISLAM SEMAKIN BERANI?


APA YANG BEST...TIDAK KAH ITU BANGSAT?
SINGAPURA: Bekas Perdana Menteri Singapura menuduh negara jiran, Malaysia dan Indonesia berusaha cuba menjatuhkan republik itu.

Menurut Lee Kuan Yew, kedua-dua negara jiran itu tidak senang dengan kemajuan pelabuhan Singapura dan berusaha untuk menggagalkannya.


Beliau turut menggesa masyarakat Islam tempatan bersikap ‘lebih longgar dalam mengamalkan suruhan agama mereka,’ bagi membantu proses integrasi dan pembangunan negara.

Majoriti penduduk Singapura keturunan China dengan golongan Melayu yang beragama Islam dan kaum India menjadi penduduk minoriti.


“Saya berpendapat kami mencapai kemajuan dengan baik sehingga muncul kebangkitan Islam dan jika anda bertanya pendapat saya, masyarakat lain dapat berintegrasi dengan mudah - persahabatan, kahwin campur dan sebagainya,” katanya yang kini menjadi penasihat anaknya yang juga Perdana Menteri republik itu, Lee Hsien Loong.

“Saya berpendapat, masyarakat Islam secara sosialnya tidak mencetuskan masalah.

“Tetapi mereka berbeza dan terpisah,” kata Kuan Yew sambil menggesa penganut agama itu bersikap lebih longgar dalam melaksanakan ajaran Islam.

Ketika melancarkan buku berkenaan Jumaat lalu Lee memberi amaran kepada rakyat Singapura agar tidak bersikap ambil mudah kerana republik itu masih menjalani proses pembangunan.

Dengan menyifatkan Singapura dalam buku itu sebagai ‘bangunan 80 tingkat di atas tanah paya,’ Lee berkata, negara itu mesti berjuang untuk mengatasi sikap bermusuhan dengan negara jiran yang majoriti penduduknya beragama Islam.

“Kita mempunyai jiran yang baik? Sedarlah. Terdapat usaha untuk menjatuhkan kita kerana kita adalah pengacau.” katanya dengan mendakwa Malaysia dan Indonesia berusaha untuk menggagalkan bisnes pelabuhan yang amat penting bagi republik itu. - AFP

Wednesday, January 19, 2011

PRK TENANG : ADO LAWAN GURU



Penolong Pegawai Daerah Rengit,Mohd Azhar Ibrahim....calon BN.

Namanya tidak masuk langsung dalam senarai yang hangat menjadi bahan spekulasi untuk dipilih sebagai calon Barisan Nasional kawasan Tenang di Labis.Tan Sri Muhyiddin mengumumkan ADO Rengit yang juga anak kepada bekas Ketua UMNO Bahagian Labis,Datuk Ibrahim Daud yakni Mohd Azhar Ibrahim,39 sebagai calon.Pengumuman dibuat dalam majlis dekat pejabat UMNO Bahagian Labis. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 22 Januari sebagai tarikh penamaan calon. Manakala PRK diadakan pada 30 Januari 2011.

Ahad lalu, PAS mengumumkan Ketua Dewan Muslimat Labis, Normala Sudirman, dipilih sebagai calon pakatan pembangkang.

Friday, January 14, 2011

AZAN - MCA MOHON PERLAHANKAN DAP POHON HENTIKAN...


SIAPA YANG LEBIH CELAKA?

Kalau kita masih ingat, Nik Aziz pernah berkata orang bukan islam tak salah mempertikaikan tentang islam sebab mereka tidak tahu tentang islam.

Terkini ialah isu peguam MCA meminta azan di Lembah Pantai diperlahankan. Bukan main Pas menempelak Umno yang kononnya lemah, gagal dan memalukan. Begitu cepat Pas memberi respon.

Bagaimamapun Pas menjadi bisu apabila Teresa Kok membuat bantahan agar azan tidak dilaunglkan di Kinrara.

Kini Ronie Liu mengarahkan pula PBT Selasngor menarik balik arahan menyekat orang Islam daripada bekerja di premis menjual arak seperti kelab malam, bar dan sebagainya. Arahan ini dikeluarkan oleh Ronie kerana presis arah dan hiburan kekurangan tenaga kerja.

Sejauhmana bersatunya orang islam juga melayu untok menangani isu ini, setakat hari ini masih buntu walhal dalam islam itu sendiri sudah jelas penyatuan sesama islam itu dituntut dan garispanduan sudah ada dalam al-quraan. Kerana politik semuanya jadi kucar kacir... bagaimana lagi untok kita menghormati mereka-mereka ini? Selain dari rusaknya islam kerana keterampilan mereka-mereka ini, cara pemakaian mereka sentiasa berserban dan berjubah juga boleh menyebabkan orang terpedaya kononnya merekalah pejuang islam sebenar.

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..