Followers

Saturday, November 28, 2009

BICARA RAYA HAJI : ROYALTI MINYAK DAN TIADA MAAF BAGIMU - NIK AZIZ

NIK AZIZ POLITIKKAN KEGAGALANNYA KE MEKKAH

Pada Hari raya korban tahun ini dihiasi dengan perbualan tajuk politik. Rata-rata segenap pelusuk negeri diKelantan tidak ketinggalan juga dikedai2 kopi kedengaran suara2 perbualan terutamanya tentang krisis PMBK dan pas Kelantan. Pembatalan hasrat Nik Aziz ke Mekkah yang ada kaitan dengan menantunya dan penulis blog kicdefella. Perbalahan diantara menantu Nik Aziz dengan penulis blog itu juga dikatakan ada sangkut paut dengan Hussam Musa.

Mengikut sumber yang boleh dipercayai ketika Nik Aziz membaca khutbah hari raya pagi semalam beliau banyak menyentuh soal politik dan keengganan DS Najib meluluskan wang royalti minyak kepada Kelantan. Selesai solat sunat hati raya ketika Nik Aziz ditanya oleh wartawan beliau marah2 kepada DS Najib dan meminta Allah memberi pembalasan diatas keengganan DS Najib meluluskan wang royalti minyak itu. Khutbah hari raya dibaca mengikut rentak dan keinginan Nik Aziz, sesuatu perkara yang sudah melampaui batasan.

Pemimpin pas Kelantan terus menghadapi tekanan dan desakan dari penyokong dan ahlinya. Sengketa perlatikan menantunya yang tidak sepatutnya berlaku telah dilakukkan oleh Nik Aziz .Banyak teguran diperingkat awalnya dari tindakan itu tetapi Nik Aziz tetap berdegil dan mempertahankan. Tetapi setelah terlibat dengan tuduhan SPRM diatas peyelewengan penggunaan kuasa oleh menantunya sebagai CEO di perbadanan itu yang berlarutan sehingga melibatkan pembatalan Nik Aziz menunaikan fardu haji hasil daripada wang sponser kontakter yang ada kepentingan dengan Perbadanan itu. Nik Aziz tidak akan memaafkan kepada orang yang mengaggalkan niatnya untok ke Mekkah itu. Siapakah gerangan yang Nik Aziz maksudkan? seperti yang kita sedia maklum pendedahan kepincangan di PMBK kepada umum adalah oleh orang dalam yang wala' kepada Nik Aziz sndiri. Nik Aziz cuba mengelirukan orang ramai diatas kegaggalannya keMekkah dan cuba mengalihkan pandangan seolah2 Quarisy Malaysia yang dimaksudkan itu adalah orang Umno. Sepatutnya Nik Aziz kena bersyukurkepada Allah kerana ada orang yang menyedarkan beliau dari menggunakan duit rasuah mengerjakan fardu Haji tersebut.

Cukuplah Nik Aziz setiap tuturkata kamu sebenarnya sudah banyak terlajak, tambahan sejek akhir2 ini. Kamu sudah tua, apa kata kamu kepada Tun Mahadhir suatu ketika dahulu kini sudah terjawab segala2nya. Kamu yang gila kuasa sebenarnya, kamu yang kroni sebenarnya, kamu yang suka memecah umat islam di negara ini yang sebenar2nya. Tok Guru pondok Genting pun sudah mula bersuara tentang keegoan diri kamu dan kamu yang sebenar mempergunakan islam untok merealisasikan cita2 kamu.
Pentadbiran Nik Aziz sebagai MB sudah lama tewas apa sudah jadi dengan Majlis Perbandaran Kota Bharu semua orang tahu. Pemimpin dikalangan kamu terlalu haprak sehinggakan kebajikan perkerja diabaikan sibuk mengumpul kekayaan yang kamu kata kepada rakyat tidak bawa keakhirat itu. Rakyat dibelenggu kemiskinan pemimpin kamu abai, duit ehsan kamu tidak mahu sebaliknya duit royalti kamu mahu sebab untok memperkayakan lagi pemimpin kamu bukannya rakyat. Kesepaduan ummah yang kamu laung2kan ternyata satu pembohongan besar sebab Kerjasama kaum2 melayu dan islam bersama Umno kamu gagalkan, dikalangan kamulah penjahat sebenar diabab ke21.

Letaklah jawatan wahai Nik Aziz tidak payah klu klek lagi...siapa penganti kamu itu tidak penting sebab diri kamu sendiri lebih teruk dari penganti kamu sebenarnya. Kita orang islam, agama itu teratas sekali jangan penting sangat politik sehinggakan kamu sudah tua pun masih mahu memegang jawatan walaupun dikalangan islam berpecahan kesan dari kedegilan kamu itu. Lagi lama memegang jawatan sebagai MB lagi parah islam berpecah di negara ini. Islam bukan hak milik pas, islam hak milik semua manusia. Pas musnah bukan bermakna islam hancur. Pas juga satu badan politik seperti
Umno juga seperti parti2 lain yang ada di negara ini. Pemimpin2 pas yang ada bersama Nik Aziz sepatutnya menyahut seruan Nik Abduh, ayahnya sudah tua dan letih. Biarlah dia habiskan sisa2 hidupnya berbahagia bersama anakcucu. Pemimpin pas sendiri yang mahu menghancurkan Pas kalau masih memerlukan Nik Aziz memegang jawatan MB. Sedangkan Umno yang selalu diburuk sangkakan oleh Nik Aziz sehingga menuduh Umno mengamalkan ajaran sesat pun tidak pernah berniat mahu menghancurkan parti sesama islam dan melayu itu(pas).

Thursday, November 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

ADA ORANG TIDAK PERCAYA HUSSAM MUSA TIDAK MAHU JAWATAN MB KELANTAN!

Cuaca hati pemimpin politik pas di Kelantan seiring dengan banjir yang mulai surut. Kebesaran kuasa Allah SWT, dua tiga hari lepas langit setiasa gelap seolah2 hujan akan berterusan dan sudah tentu dikawasan yang mudah dinaiki air akan bertambah2. Krisis kepimpinan pas Kerjaaan Nik Aziz di Kelantan pun mulai reda dan surut seumpama surutnya banjir tersebut. Kalau dua, tiga minggu lepas pas Kelantan dilanda krisis terburuk yang tidak pernah berlaku
dalam sejarah pas sebelum ini iaitu isu dalaman PMBK diantara menantu dan tok mertua.

Kalau anggota tubuh kita sakit, orang sekeliling kita akan cemas, risau, sedih, dan bermacam-macam lagi yang bermain di kotak fikiran kita. Apatah lagi empunya diri yang sedang dilanda sakit. Bermacam-macam nasihat yang diberi memujuk kita untuk berjumpa doktor, hanya semata-mata mahu memastikan kita sihat sepenuhnya. Lain pula jika kita sakit dalam politik, kita akan dicaci dicemuh tidak ada lagi yang baik2 atas diri kita. Kunjung mengunjung semakin berkurangan, tidak ada orang yang memberi semangat lagi sebaliknya mahu menghancurkan lagi sisa2 semangat yang ada itu adalah, dan sudah tentu kita akan hadapi kesorangan! begitulah apa yang berlaku kepada diri Nik Aziz sekarang. Pemimpin2 pas yang lain mengambil sikap menyepi diri seolah2 mereka tidak terlibat. Sehinggakan Setiausaha persuruhjaya pas Kelantan dalam kenyataannya sanggup mengatakan masalah itu pribadi Nik Aziz sendiri. Inilah cara perjuangan islam pas.

Nik Abduh berkata ayahndanya sudah tua dan sudah tentu keletihan menghadapi situasi sekarang tambahan lagi hadapi kesorangan, sindiran ini tidak mempunya erti apa2 kalau faham pun buat tak faham sahaja. Berlainan pula jika anyahndanya meletak jawatan sudah tentu akan ada suara2 sumbang yang cuba memujuk supaya tidak bertindak demikian. Awal2 lagi Nik Abduh memperingati orang2 berkenaaan jika bertindak sedemikian merekalah orang2 yang bodoh.

Isu perlantikan menantu sebagai CEO PMBK sudah pun selesai, kemelut PMBK mulai reda. Isu pengganti Nik Aziz jika beliau letak jawatan pun sudah mulai ada sedikit keredaan disebabkan "ketidakinginan" Hussam Musa menjadi MB jika pun ia dicalonkan. Dalam kenyataan Nik Aziz pengganti beliau adalah mengikut hairaki senioriti dalam jawatan dan parti. Makanya seluruh umat umat islam di negara ini termasok pas atau Umno dapat menyambut hari raya dengan hati yang tenang. Semperna hari raya pada tahun ini bolehlah kita sama2 kunjung mengunjung untuk memohon maaf diatas kesilapan yang lalu. Mohon maaf diatas kesilapan yang lepas2 untuk ditambah pula dengan kesilapan yang baru- sudah menjadi perkara biasa dalam politik!

Pakmie juga tidak ketinggalan pada semua muslimin dan muslimat,semoga semua diberikan-NYA keberkatan, kerahmatan, keampunan dan kebahagiaan pada hari yang mulia ini.Renung dan hayati semangat disebalik hari perayaan ini agar ia memberi sinar dan dorongan untuk kita sama2 terus berkorban apa saja demi agama,bangsa dan negara.Selamat Hari Raya Aidil Adha dari warga Pakmie.blogpot.com kepada semua sahabat jauh dan dekat tidak lupa juga kepada rakan2 yang selalu mengunjugi blog ini. Panglima Perangcyber merangkap Yang diPertua BPN dan seluruh rakan2 seperjuangan Selamat Hari Raya juga dari Pakmie.

Wednesday, November 25, 2009

NIK AZIZ ORANG YANG SESAT - TOK GURU AYAH LAH


"Bagi saya, beliau (Nik Aziz) bukan lagi Mursyidul Am tapi Mudalilul Am (Penyesat Umum). Beliau orang yang sesat, itu hakikatnya,” - Tok Guru Ayah Hj. Lah, Pengasas Pondok Geting, AMT Persatuan Pondok Kelantan.

Bagai nak "terangkat" serban Nik Aziz! Gegendang telinganya berdesing kuat bagai "ditempeleng laju-laju". "Teguran" itu benar-benar menggugat aqidah, perjuangan dan imej peribadinya sebagai "Mursyidul Am PAS" dan Menteri Besar. Kalaulah benar Nik Aziz ini bermaruah, pastinya dia bermuhasabah diri dan sekaligus meletak semua jawatan secara total, lantas mengasingkan diri dari dunia "glamour" politik. "Pencen" terus..!!! Nik Aziz sering secara sinis "memprotes" Hadi dan meminta agar Presiden PAS itu menerima "teguran"nya. Namun kali ini Nik Aziz sendiri ditegur Tok Guru Ayah Hj. Lah. Marilah sama-sama kita lihat sama ada Nik Aziz "cakap serupa bikin" atau sama saja retoriknya dengan "mata lebam pandai berkata-kata"!

Selama ini, ramai yang mengata dan mengutuk tindakan dan kenyataan Nik Aziz. Ramai yang memprotes "fatwa-fatwa" yang dicipta mengikut akal logiknya sendiri. Ramai yang menyatakan bahawa Nik Aziz sudah "nyanyuk" dan "meroyan" yang bukan-bukan. Malah, ramai juga yang mendakwa bahawa Nik Aziz ini "sesat" dan "menyesatkan". Bukan sedikit hamburan "teguran" dan "amarah" yang Nik Aziz terima, namun Nik Aziz hanya buat tak peduli memandangkan semua pendapat itu lahir dari "orang biasa". Kalau ada pemimpin UMNO atau BN sekali pun yang menyerang kenyataannya, Nik Aziz dengan selambanya akan "memutar belitkan lidahnya". Sekali sekala, mempamerkan "lidah bercabang"nya kepada umum.

Kali ini Nik Aziz di"tegur" oleh Tok Guru Pondok yang "tulen". Tok Guru Abdullah Sa'amah bukan calang-calang Tok Guru Pondok. Tok Guru Ayah Hj. Lah adalah pengasas kepada Pondok Geting yang masyhur dan beliau juga merupakan salah seorang Ahli Majilis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan. Tok Guru Ayah Hj. Lah juga adalah seorang yang begitu khusus kehidupannya terhadap pengamalan agama Islam secara mutlak dan prinsip itu diperlihara dari faktor ke"dunia"an, apatah lagi politik. Agama adalah agama, dan politik adalah politik.

Namun, mengapa Ayah Hj. Lah mengambil risiko untuk "menegur" Nik Aziz, Menteri Besarnya sendiri? Mungkin Ayah Hj. Lah sudah "muak" dan tidak dapat menahan sabar melihat "kesesatan demi kesesatan Nik Aziz. Berpaksikan parti politik, Nik Aziz sanggup memperalatkan Islam dan memecah belahkan perpaduan umat Islam yang majoritinya dianuti oleh bangsa Melayu. Malah sampai ketikanya, Nik Aziz sanggup memanipulasikan sifat Allah dan ayat Al-Quran mengikut tafsirannya sendiri demi mendaulatkan survival politiknya sendiri! Sampai hati Nik Aziz mempermainkan kalimah Allah dan menyifatkan Rabbul Jalil itu dengan sifat-sifat yang keji!

Tidak dapat dinafikan bahawa selepas ini, maka mungkin sekali mereka-mereka yang taksub kepada si polan yang bernama Nik Aziz Nik Mat ini akan "mengamuk", membuat perarakan demonstrasi jalanan, menghina, mengutuk, mengugut, mengejek dan membuat memorandum protes terhadap Ayah Hj. Lah. Malah mungkin juga Ayah Hj. Lah terpaksa berjaga-jaga tentang keselamatan dirinya dan pondok yang diasaskannya itu. Manalah tahu ada dikalangan "pelampau-pelampau" Nik Aziz ini yang sanggup bertindak membakar Pondok Geting itu. Tak mengapalah. Kita serahkan kepada Allah sahaja, selain dari berdoa dan berwaspada dari sebarang kejadian buruk ke atas Ayah Hj. Lah. Saya bimbang, kalau-kalau ada yang sanggup berbaring ditengah jalan di Pondok Geting itu sambil memegang bendera "gambar Nik Aziz"!

Saya tidaklah mahu terus menerus menghentam Nik Aziz. Ayah Hj. Lah, seorang Tok Guru yang diiktiraf sudah meluahkan pendapatnya. Saya sejak dulu bersetuju dengan pendapat yang sedemikian. Seandainya Nik Aziz ini tidak termakan "pujuk rayu" Anwar dan "Erdogan", sudah pasti PAS sudah lama bertaut bersama-sama payungan BN. Anda semua fikirkanlah sendiri. Ayah Hj. Lah mempunyai asas yang kukuh tentang muamalah dan ilmu agamanya tinggi telah mengeluarkan hukumnya. "Nik Aziz sesat". "Sesat" sebagaimana "Ayah Pin"? Tak tahulah saya. Namun, sesungguhnya Allah sentiasa membuka pintu untuk hambaNya yang ingin kembali ke pangkuan jalan yang benar.

Mykmu.net

PMBK : TAK KAN MENANTU SEORANG YANG LETAK JAWATAN?

NIK AZIZ TIDAK BERTANGGONGJAWAB DIATAS KESILAPAN YANG TIDAK SEPATUT BELIAU LAKUKAN - SEPATUTNYA NIK AZIZ DAHULU LETAK JAWATAN BARU MENANTU!
Siapa tidak kenal Nik Aziz yg memegang jawatan MB Kelantan sudah lebih 19 tahun.? Di sisi penyokong pas beliau seorang ulama, walaupun dirinya sendiri yang melantiknya. itu tidak penting yang penting adalah pembawakan diri itu hendaklah betul setanding dengan status ulama tersebut. Apabila kita bergelar 'Ulama' hendaklah menjadi ulama pada semua orang bukan terbatas kepada kumpalan tertentu sahaja. Nik Aziz adalah ulama politik yang dilantiknya sendiri dan bukan ulama yang sebenar dalam Islam.

Benarkah kerana pimpinan pusat bersuara mengarahkan menantunya meletak jawatan CEO PMBK maka Nik Aziz menurutinya? Pada kita yang mengenali Nik Aziz keputusan itu dilihat sesuatu yang berat dan bercanggah dengan kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini terhadap menantunya itu. Sebelum ini ramai yang mempertikaikan termasuk di kalangan pemimpin PAS sendiri bahawa tindakan itu(melantik menantu) berbau kronisme, namun sudah lbeberapa kali Nik Aziz mepertahankannya dengan mengatakan menantunya itu layak dan agak berlebih-lebihan memujinya kerana menantunya berkelulusan (Ir). Nik Aziz guna pelbagai hujah termasuk menyamakan tindakannya dengan beberapa tindakan baginda Rasulullah yang turut melantik ahli keluarga Baginda memegang jawatan. Sekarang dengan senang pula Nik Aziz mengarahkan supaya menantunya meletak jawatan . Ini sudah tentu berlawanan dengan pendiriannya sebelum ini. Apakah arahan Nik Aziz itu menandakan dia sudah lupa kepada apa yang diucapkan sebelum ini , atau menantunya itu benar2 bermasalah? sedangkan dalam pindaan Akta SPRM jelas menyatakan peruntukan bahawa menantu atau anggota keluarga tidak boleh dilantik.

Tidak semudah itu Nik Aziz menerima nasihat dari pemimpin "dua tiga kerat" pas pusat yang pernah beliau sendiri istiharkan sebagai pemimpin yang membawa masalah kepada PAS dan pernah Nik Aziz mendesak supaya EGM diadakan bagi menyinkir golongan ini. Tapi pada hari ini dengan senang pula Nik Aziz mendengarnya? alasan demi jemaah... kenapa pula Kerjasama Umno-pas demi perpaduan Ummah Nik Aziz tolak? dan sanggup tuduh dan 'cop 'macam2 ibarat "sampah dalam pas" kepada ustaz Nasharudddin kononnya kerana menyokong kearah usaha itu?

Kalau kita ambil kira dari segi politik tidaklah menghairankan sangat dari apa yang berlaku, tetapi kalau kita mengambil kira dari segi perjuangan islam lebih2 lagi perjuangan seorang yang bergelar ulama ianya terlalu sukar untok kita terima. Adakah kerana kata dua dari Husam? demi mahu melindungi Husam maka terpaksalah membuat keputusan sedemikian.Sebelum ini Nik Aziz begitu hebat mengecam kronisme dan neopotism di zaman mantan PM Tun Mahadhir yang juga digelar "Mahafiraun"tetapi kini terkena batang hidungnya sendiri dan lebih parah ia melibatkan menantunya sendiri. Nik Aziz pernah membuat kata dua kepada pemimpin dan ahli pas Kelantan ketika beliau berdepan dengan masalah kepimpinan MB Datok Asri Haji Muda dikala itu, adakah sejarah itu sekarang terjadi pada diri beliau sendiri.


Kemelut yang berlaku hari ini tidak pernah berlaku dalam pemerintahan pas sebelum ini yang sudah pun lebih 19tahun memerintah Kelantan. Keputusan supaya menantu melepas jawatan tidak memberi peyelesaian sebenar. Nik Aziz juga semestinya turut sama melepas jawatan MB kerana ekoran dari keputusannya sendiri sepatutnya ia kena bertanggongjawab sepenuhnya. Beberapa pemimpin kanan pas yang lain juga seharusnya melepaskan jawatan masing2 jika benar2 mahu menunjukkan keikhlasan mereka dalam perjuangan....

Sunday, November 22, 2009

KRISIS DALAMAN PAS KELANTAN MEMALUKAN UMAT ISLAM

PAS KELANTAN TERIMA PEMBALASAN?

Kalau kita kata politik itu sama, penyokong fanatik pas kata tidak. Pas berjuang mengikut islam, pas adalah islam dan islam itu pas. Islam adalah addin, suci bersih dan sudah lengkap. Kalau pas itu islam, krisis yang parah berlaku dalam pas sekarang adakah itu krisis islam? Kalau pas itu mengamalkan islam yang sebenar sudah tentu krisis yang dialami oleh pas sekarang tidak berlaku. Tindakan pas menggunakan agama dalam berpolitik boleh menjatuhkan maruah agama yang suci itu. Krisis yang berlaku dalam pas sekarang memalukan umat islam pada keseluruhannya.

Sekarang Pakmie baru setuju kalau ada orang kata pas itu tidak sama dengan Umno. Tidak sama dari segi buruk dan baiknya, dan sudah ternyata kini keburukkan pas lebih teruk dari Umno. Seburuk2 Umno pun mereka tidak mempermainkan islam, sebaliknya Umno walaupun keserlahannya agak sederhana tetapi Umno berjaya meletakan islam teratas sekali dalam semua hal dan keadaan. Umno juga telah berjaya mengangkat mertabat dan melahirkan ramai ilmuan islam hasil dari penubuhan pusat2 pengajian tinggi islam dalam dan luar negara. Sebaliknya pas pula setakat hari ini hanya pandai berkokok sahaja pagi dan petang, yang nampak pas lakukan mereka sanggup menghina ilmuan2 islam termasuk mufti2 yang tidak menguntong dan sehaluan dengan parti mereka.

Pas Kelantan tidak campor tangan masalah diPMBK , itu adalah masalah peribadi Nik Aziz. Apa kata Setiusaha Badan Perhubungan pas negeri Zaki Ibrahim itu tidak lagi mengembalikan pas kepada asalnya. Kini pekong pas yang didedahkan oleh penulis blog Kicdefella yang merupakan "orang dalam" pas sendiri dan rakan karib exco kanan Hussam Musa sudah tentu ada kebenarannya. Isu berkaitan menantu Nik Aziz dan isu tajaan menunai haji ke tanah suci.

Polemik yang berlaku dalam pas Kelantan kali ini tidak mudah ditutup, pada awalnya Nik Aziz bersetuju dengan siasatan SPRM keatas menantunya Ariffahmi dan kini mendesak supaya melepaskan jawatan CEO di Perbadanan itu. Sebaliknya Nik Aziz sendiri menimbulkan kontraversi umun dengan menarik balik tajaan RM65,000 untok menunai fardu haji yang disumbangkan oleh kontraktor yang ada kepentingan dengan PMBK.

Segala tindakan Nik Aziz dan menantunya itu ternyata makan diri sendiri. Krisis semakin memuncak selepas exco kanan Hussam Musa dijemput kerumah Menteri Besar itu untok memberi perjelasan dari apa yang berlaku kepada keluarga mereka. Hussam mendakwa dirinya dijadikan konspirasi dan pelbagai spekulasi yang dikaitkan dengannya. Ada sumber mengatakan politik cantas mencantas yang melanda pas Kelantan cukup parah. Ada juga sumber mengatakan Hussam akan keluar dari pas sekaligus meletak semua jawatan dalam parti itu.

Kejadian yang melanda, mengingatkan kita kembali kepada doa Nik Aziz suatu ketika dahulu kononya marah kepada kerajaan pusat kerana tidak memberi kepada Kelantan duit royalti minyak supaya Allah menurunkan bala. Apa pun senario yang berlaku boleh mengajar kempimpinan pas supaya tidak mudahmembuat kenyataan negetif kepada pihak lain walaupun memiliki perbezaan pandangan.

Krisis yang berlaku dalam pas Kelantan terlalu sukar untok dipulih dengan sepenuhnya, sikap kepuraaan2 dalam menyelesaikan isu dan tidak iklas dalam kepimpinan mereka lebih menyukarkan lagi. Petanda pepecahan dalam pas mula kelihatan setelah kegagalan pas menerima perpaduan sesama islam dan melayu yang dicetuskan melalui unity goverment suatu ketika dahulu. Semuga apa yang berlaku dihari ini boleh menyedarkan Nik Aziz dan kumpulannya supaya berfikir dahulu sejenak sebelum membuat kenyataan yang bukan2 terhadap Umno- itu pun kalau nak sedar, entah2 krisis yang melanda pas Kelantan ini juga dilontarkan kerana jahat Umno.

P/S : Siapa yang dimaksudkan Quarisy Malaysia oleh Nik Aziz itu? bagi Pakmie, pas lebih layak di beri gelaran itu sesuai dengan rasuah jika Umno dan derma jika pas! kita tunggu akan keluar macam2 cerita tentang Quarisy Kelantan jika benar Hussam Musa letak jawatan...Nik Aziz pun pandai bagi cuti juga, bukan Khalid Ibrahim sahaja pandai bagi cuti kepada Elizebert Wong dalam isu kes bogel suatu masa dahulu.

Ulasan...
Blogger hanizam said...

pok mie...

begitulah kalau agama diseret sama dalam kancah politik...bila dah kantoi, semua kata BN punya angkara...masa masuk poket sendiri, tak mau libatkan BN lak...

pasti penyokong PAS yang taksub tidak mahu mengaku kelemahan PAS sendiri...masih mengatakan PAS itu parti bersih...bersih dari segalanya...padahal, lebih teruk dari BN..


pok mie, ketika ini, Markas PAS di Kg.Jawa, Klang sedang adakan Ceramah ISU PANAS...pasti isu tentang Nik Ajis dan Xavier laknat bagi ucapan dalam dewan utama solat akan jadi topik utama ceramah...selain tu isu-isu yang sedang melanda PAS turut jadi bahan ceramah...kena kencing lagilah sape yang dengar ceramah tu...

aku ingat tak jadi ceramah tu, rupanya lambat...mungkin tunggu sambutan orang ramai kot...markas tu tak jauh pun dari rumah aku...malam ni sayup-sayup dengar...mungkin sound system tak berapa power kot...mungkin tiupan angin menyebabkan sayup-sayup kedengaran....

penceramahnya YB Kuala Selangor, YB Kote Raja...satu lagi yang best, YDP PAS Kota Raja turut ambil pot kencingkan orang ramai malam ni...mesti dia kata Xavier memang boleh masuk dewan utama solat...silap-silap dia akan kata lepas ni Xavier boleh bagi ucapan atas mimbar lak...kah..kah..kah..

November 22, 2009 11:48 PM

Delete
Blogger Panglima Perang Cyber said...

dulu hingga kini Islam dimalukan oleh parti bernamakan Islam ini.

politik dicampur agama beginilah jadinya.

November 22, 2009 10:38 PM



Saturday, November 21, 2009

PARTI GABUNGAN PAKATAN HADAPI MASALAH BESAR

DUA MB MENUNGGU REBAH - NIK AZIZ DI KELANTAN DAN KHALID DI SELANGOR

Sejak akhir2 ini keceriaan dalam kegairahan pas memerintah Kelantan selama lebih 19tahun akhirnya bertukar menjadi suram,senyum dalam tangisan. Parti pas sebuah parti yang bijaksakna dalam menyembunyikan kesilapan mereka kini tidak bijak lagi dan terpaksa akur dengan pendedahan Syed Azidi yang merupakan "orang kuat" pemimpin kanan parti itu. Ekorannya masalah dalaman yang berlaku di PMBK tidak dapat disembunyikan lagi. Syed Azidi seorang perkerja di PMBK bermasalah dengan menantu Nik Aziz Abdul Ariffahmi yang merupakan CEO di Perbadanan itu. Pertengkaran yang membuka pelbagai pekong dalam pentabiran negeri Serambi Mekah selama ini. Pentabiran PAS yang sebelum ini seolah2 nampak semacam segalanya ‘cukup cantik dan berseri' berteraskan Islam ternyata indah khabar dari rupa.

Pendedahan Kontrovesi bermula dari tajaan ahli perniagaan yang dapat ‘macam-macam’ dari kerajaan negeri ternyata cukup berat sehingga menyebabkan pembatalan Nik Aziz ke Mekkah pada 17 november yang baru lepas. Menantunya juga turut dikait dengan penajaan itu.

Sebelum ini sudah timbul ketidakpuashatian banyak pihak diatas perlantikan menantunya itu tetapi Nik Aziz tetap mempertahankan keputusanya. Sebagai ‘spiritual leader’ yang diagungkan, pemimpin dan ahli PAS terpaksa menelan apa sahaja Nik Aziz kata. “Pemberontakan” Syed Azidi menerusi laman blognya yang mendakwa wujud tingkah laku penyalahgunaan kuasa Arifffahmi sukar lagi untuk disimpan dibawah karpet hijau pas.

Manakala di Selangor pula sibuk dengan keinginan Anwar Ibrahim mahu menjadi penasihat ekonomi kepada negeri itu. Kumpulan Azmin Ali tidakpuas hati terhadap kumpulan Khalid Ibrahim. Azmin mendakwa segala projek oleh pemaju2 di Selangor semuanya masok kekantung Khalid. Pentadbiran Khalid yang hanya membuat keputusan penting dengan Ronnie Liu dan Teresa Kok menyebabkan sebarang "proposal" oleh Amin dan pimpinan lain PKR diketepikan oleh Khalid begitu sahaja.Akibatnya Azmin bukan sahaja menghadapi masalah dengan ketua-ketua Bahagian PKR malah hubungan beliau dengan pemimpin Pas Selangor juga menjadi semakin sulit dan genting. Khalid hanya pentingkan rakan-rakannya yang pernah bersama dalam Duthrie dahulu. Ronnie Liu dan Teresa Kok pula menjaga kepentingan peniaga Cina terutamanya kumpulan underworld atau kongsi gelap. Yang kenyang adalah Khalid yang dijaga oleh pengerusi I Berhad, pemaju I-City Shah Alam. Khalid juga sekarang dikatakan sedang "kow-tim" dengan pengerusi Talam, Thy Ah Chye. Sebab itu beliau menimbulkan isu hutang Talam dan enggan menandatangani pemindahan title dari pemaju kepada pembeli.

Lihat sahaja nanti hutang gagal di kutip, Talam akan mendapat lagi projek pembangunan di Selangor atas alasan kononnya untuk membantu syarikat yang tenat pulih dan akhirnya boleh bayar hutang. Kalau kita lihat bagaimana projek perlombongan pasir yang begitu agresif di selangor ini tetapi hasil yang diterima jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan zaman pemerintahan BN lalu. Kemana hasil pasir pergi kalau bukan kepada adik Tan Sri Khalid yang mengawal segala urusan pasir Kumpulan Semesta Berhad. 10 dapat 1 masuk kerajaan negeri 9
masuk poket Khalid. Sebab itu Azmin Ali mengamuk. Kerajaan negeri tak dapat duit pasir, dia pun tak dapat, parti keadilan jauh sekali. Akhirnya yang dapat ialah Penyamun yang ada hutang RM 66 juta dengan bank Islam.

Jadi buat apa penyamun lantik penyangak jadi penasihat? Mana ada penyamun mahu lantik penyangak jadi penasihat... Kesimpulannya kalau tidak kerana "jambu", Anwar tidak akan melantik dirinya sendiri sebagai penasihat ekonomi Selangor sebab Anwar sendiri pun bukan reti pasal ekonomi seperti mana kata mantan PM Tun Mahathir dalam blognya.

P/S : Nampaknya pentadbiran berkonsepkan "wak bagi dan wak pilih"di kedua2 negeri Selangor dan Kelantan menunggu hukuman dari rakyat dalam PRU13 nanti...

KETAKSUBAN DALAM POLITIK PAS

MELEMAHKAN ISLAM DAN MELAYU

TIDAKKAH melayu itu kebanyakannya penganut islam di negara ini? Pemimpin melayu dikalangan parti pas ada yang mempertikaikan kesungguhan Umno dalam menaikan mertabat kaum melayu di negara ini. Mereka2 dari golongan ini lah yang sering mempertikaikan dasar Umno tidak mengikut islam yang sebenar. Golongan ini jugalah yang suka menggeluarkan kenyataan untok menggelirukan orang ramai. Besar sangatkah dosa bila menyebut melayu dan tidak menyebut islam? Tidakah melayu di negara ini boleh dikatakan semuanya islam? Islam buka pada bibir sahaja dan bukankah islam itu untok dilaksanakan dan bukan untok diperbahaskan? dosa dengan niat menggelirukan orang ramai itu rasanya lebih besar dari dosa memperkasakan melayu. Kita bercakap dalam kontak negara ini, bukannya negara2 lain. Bukan kita bercakap melayu di benua Europah dan Amerika Latin!. Bukankah keseluruhan orang melayu di negara ini pada dasarnya beragama islam? Kitakan semua tahu islam itu tidak terhadkan kepada sesuatu bangsa, islam itu untok semua manusia. Ini pun dikelirukan juga!

Kita diberikan oleh Allah SWT sedikit kelebihan berilmu berbanding dengan orang lain dan kita menggunakan ilmu itu untok kepertingan diri atau kumpulan kita dengan cara menggelirukan, tidakkah kita didahulukan oleh Allah SWT akan dihumban ke api neraka?. Di negara kita juga terdedah kepada ketaksuban, apa2 sahaja diterima bulat2 sedangkan dalam islam itu sendiri sudah jelas kita dituntut mengikut al-quraan dan hadis sebagai panduan.

Bila sahaja kita berdepan dengan kehendak dan keinginan kita menjadi lupa. Apabila ada orang cuba memperbetul dengan tujuan baik mahu memperjelaskan sesuatu yang benar kita tidak boleh menerima, sebaliknya kita pula menghukum orang itu dengan macam2 hukuman dan kata2. Kalau fikiran kita masih berfungsi dengan baik dan tidak gila sepatutnya kita jangan mudah terpengaruh sehingga ketahap ketaksuban, sepatutnya kita kembalikan kepada fikiran kita yang normal fikir baik dengan fikiran terbuka. Sikap kesederhanaan dalam setiap hal adalah dituntut dalam islam.

Bagi orang yang berkepentingan ia memang suka jika ada orang taksub kepadanya. Dapat menjaga kepentingan mereka, seperti apa yang berlaku dalam politik pas hari ini. Pas berjaya melahirkan ramai golongan seperti ini, sehinggakan apa yang dikatakan oleh pemimpin mereka semuanya betul. Ketaksuban kepada Nik Aziz sehingga melihat gambar dan tidur bersama gambar beliau sudah mendapat ganjaran besar dari Allah SWT. Mereka sudah lupa Nik Aziz adalah ahli politik. Dalam politik penuh dengan tipu muslihat, kalau tiada tipu menipu itu bukan politik namanya. Jangan samakan dengan mana2 parti politik itu dengan islam.

Islam berada ditempat tertinggi sekali. Umno sekian lama memperjuangkan untok kekuatan islam, sebaliknya pas menggunakan islam untok mencapai kehendak mereka. Kesanya apabila pemimpin pas melakukan kesilapan ia tidak boleh ditegur lagi sebab mengikut penyokong fanatik mereka tindakan itu adalah betul dan mengikut islam yang sebenar. Inilah kebenaran dan sudah pun berlaku dalam pas sekian lama. Pemimpin2 parti itu sentiasa mencipta menggunakan agama bagi menggelirukan orang ramai bagi mendapat pengaruh. Ketika menjelang pilihan raya suatu ketika dahulu di Kelantan kenapa pas membawa isu mengkapirkan Umno semata2 bergabung dengan MCA dan MIC dalam BN? kenapa dalam PRU12 pas tidak membawa isu yang sama? sebabnya pas ketika itu sudah bersama DAP. Islamkah cara pas itu? begitu juga sunyinya dendangan irama hukum hudud. Pas berpura-puraan, pas tidak iklas buktinya mengguna pakai hukum agama mengikut kesesuaian masa dan untok mencapai keberuntongan kepada politik mereka sahaja.


Kelebihan pas mencipta perpepsi, provokasi dan manipulasi sesuatu isu menyebabkan kesanya sedikit sebanyak terhakisnya sokongan rakyat kepada Umno. Masalah2 dalaman parti pas tidak kurang juga hebatnya, tetapi sukar didengari diluaran parti itu kalau tidak masakan wujud beberapa kumpulan. Kumpulan erdogan sedang megatur tapak untok mengusai pas yang berterajukan Anwar Ibrahim. Kalau benar apa pemimpin pas buat semuanya betul kenapa ada perebutan kuasa dalam parti itu? kenapa kalau Umno tegur dianggap salah dan mengkianati ulama sedangkan sesama pemimpin mereka bertengkar saling tuduh menuduh macam2 tidak pula mengkianati Ulama atau Tok Guru? apa Nik Aziz kata kepada kumpulan Haji Hadi...Nik Abduh pun pernah mengatakan ramai dikalangan pemimpin pas "Ulama mee celup" berpura2 tunjuk alim tetapi hati busuk.

Pas dalam pakatan tidak sama dengan Umno dalam BN. Pas sanggup mempertahankan DAP walaupun DAP menghina islam. Pas semata2 mahukan pengaruh DAP sanggup gadaikan prinsip
yang diperjuangkannya selama ini. Nizar mantan MB Perak bersama DAP sanggup bersidang dibawah pokok, tidakkah itu gila kepada kuasa?

Dalam islam itu sendiri pentingkan kepada kebahagiaan rumah tangga, kejiranan dan kesepaduan masyarakat. Pas menolak awal2 lagi kesepakatan kaum melayu dan islam di negara ini. Pas lebih rela melihat melayu dan islam terus berpecah demi mengejar cita2 gila kepada kuasa mereka, sejahat2 pemimpin pas adalah yang menentang kerjasama itu dan sebaik2 pemimpin Umno adalah yang bersetuju tentang kerjasama itu.

Friday, November 20, 2009

BENARKAH UMNO ITU JAHAT DAN PAS ITU BAIK?

NILAI-NILAI MURNI DALAM UMNO DIBURUKKAN OLEH PAS
Sudah sekian lama Pas memburukkan Umno. Melalui propaganda yang buruk yang sengaja dicipta untok menjatuh dan merendah kreadibiliti pemimpin, supaya rakyat merasa jijik mendekati Umno. Sebaliknya Pas pula terlalu bijak menutup kelemahan sendiri dengan melontarkan keburukan kepada orang lain. Sikap mempamerkan keterampilan diri "berkopiah dan berjubah 24jam" yang kononya bercirikan orang baik2 dan beriman. Apa yang tidak baik disisi islam semuanya dimajukan kepada Umno. Nilai2 yang baik dan murni dalam islam semuanya milik Pas. Seolah2 Pas itu tidak ada salah, yang diturunkan dari langit suci dan bersih "Islam itu pas dan pas itu Islam". Walhal dikalangan pemimpin mereka juga bergelombang dengan dosa2.

Berapa dosa jangan ditanya, parti ultra kaitsu semestinya menghalalkan cara, yang buruk dibaikkan dan yang salah itu orang lain. Kalau tidak ada silap itu bukan manusia namanya. Bagi pas amalan puak2 mereka semuanya betul. Asalkan ianya dikeluarkan oleh mulut pemimpin mereka semuanya betul, tidak boleh ditegur kalau ditegur dikatakan pula menghina islam dan kapir.

Semuanya ada dalam sejarah dan sejarah tidak boleh ditipu. Kalau dahulu Umno itu kapir kerana kaum bukan islam dalam BN. Kini apa berlaku kepada Pas bersama Pakatan? bersama DAP yang sudah terang tidak mahu kepada islam. Ayat2 seperti ini tidak terdengar lagi sekarang. Umno dikatakan juga tidak mengikut ajaran islam sebenar gara2 membenarkan wanita menjadi wakil rakyat dan membenarkan menyertai musabaqah al-quraan. Sekarang dalam pas sendiri berapa ramai diwakili oleh wakil rakyat wanita. Kalau disenaraikan satu persatu kemungkaran pas sejak dari dahulu hinggalah sekarang tidak terlarat kita. Suatu masa dahulu di Kelantan wanita tidak dibenarkan berkerja tambah2 lagi waktu malam. Kesannya kilang yang sudah ada pun "gulong tikai" kerana kekurangan perkerja apatah lagi untok menarik pelabur baru. Bus-bus di Kelantan tidak dibenarkan beroperasi jika tidak mengasingkan golongan lelaki dan wanita. Di Mekkah ketika umat islam menunaikan fardhu haji, Kerajaan Arab Saudi pun tidak dapat mengasingkan kedua2 golongan ini ketika menaiki kenderaan apatah lagi hanya di Serambi sahaja.Semuanya adalah retorik dan gimik politik pas semata2 untok mengabur mata rakyat kononnya parti pas itu parti islam.

Dahulu kata kepada Umno parti kronisme, selalu memfitnah Tun Mahadhir dimuka hadapan akhbar harakah, muktakhir ini pula Nik Aziz mendakwa amalan kronisme dibenarkan dalam Islam selagi pihak yang terbabit mempunyai kelayakan bagi menjawat jawatan penting dan tinggi dalam sesebuah organisasi atau syarikat . Nik Aziz mendakwa amalan berkenaan tidak salah kerana pelantikan Khulafa' Rashidin iaitu khalifah empat selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W secara dasarnya adalah amalan kronisme. Sebab apa Nik Aziz "U-turn"? tidak lain dan tidak bukan kerana mahu menghalalkan perlantikan menantunya diPMBK. Nik Aziz Menteri Besar dan menantu pula sebagai CEO di Perbadanan itu.

Sejahat2 Umno pun tidak seteruk pas. Umno tidak sesekali membenarkan agama lain mempersendakan islam. Pada 27 Mac 2008, Khalid Samad (Ahli Parlimen PAS Shah Alam) ketika berucap di Gereja Divine Mercy, Roman Katolik menyatakan bahawa masyarakat Kristian tidak perlu takut dan gentar untuk menggunakan terjemahan 'Allah' untuk merujuk kepada perkataan 'God' dalam Kristian dan ajarannya. Khalid juga berpendapat bahawa kalimah 'Allah' hanyalah terjemahan kepada perkataan 'God'. Pada 27 Disember 2007, dalam satu majlis sambutan hari Krismas di Klang, Irene Fernandez (Bekas Timbalan Ketua Wanita PKR) mempersoalkan kenapa 'Allah' tidak boleh digunakan dalam akhbar Herald Tribune edisi Bahasa Inggeris. Khalid bersetuju dengan gesaan Irene. Tuntutan ke-9 Interfaith Commission berbunyi "Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya". Khalid mempercepatkan misi IFC di Selangor.

Selepas 19 hari menang sebagai Ahli Parlimen, Khalid Samad sudah masuk ke gereja untuk beri ceramah. Apakah Khalid sudah lama diberikan tauliah untuk berceramah di gereja? Pada 18 Oktober 2009, kononnya seramai 650 orang ahli kariah masjid di Shah Alam membantah tindakan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) tidak memberi tauliah kepada Khalid Samad untuk mengajar di masjid. Apakah Xavier Jayakumar ada tauliah untuk berceramah di masjid? Xavier dan Teresa Kok sudah masuk masjid. Lepas ini apakah giliran itu pergi pada Ronnie Liu dan Elizabeth Wong pula? Sudah jelas kepada kita perjuangan pas sudah tersasar jauh dari landasan islam yang sebenar.

Thursday, November 19, 2009

CEO PMBK : ADAKAH GARA-GARA MENANTU MAKA BERAKHIRNYA POLITIK BAPAK MERTUA?

KALAU DAH LAYAK BUAT APA DESAK MENANTU LETAK JAWATAN?

Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini tegas mempertahankan perlantikan menantunya sendiri, Abdul Ariffahmi Bin Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dikatakan sudah mengarahkannya melepaskan jawatan itu.

Keputusan itu dikatakan dibuat Menteri Besar Kelantan itu Selasa setelah menilai segala fakta dan hujah yang dibentangkan dihadapannya oleh semua pihak termasuk Pimpinan PAS Pusat dan negeri, pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri dan juga pegawai-pegawai tinggi agensi-agensi kerajaan.

Bekas Pegawai Perhubungan Korporat PMBK, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang dipecat dari jawatannya oleh Ariffahmi Selasa minggu lalu dalam tulisan terbaru di laman blognya berkata Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan memberitahu wakil media, Nik Aziz akan membuat pengumuman besar dalam masa terdekat.

Menurutnya Ariffahmi bagaimanapun menolak arahan Nik Aziz itu dan Rabui berlepas ke Kuala Lumpur atas sebab-sebab yang tidak diketahui oleh sesiapa.

Katanya Ariffahmi telah menghubungi Pengurus di PMBK pada sebelah petang dan minta maklumkan kepada semua kakitangan bahawa dia tidak diminta berundur.

Wednesday, November 18, 2009

PERJUANGAN PAS TIDAK UNTOK ISLAM SEBENAR

PARTI YANG MENTAKSUBKAN RAKYAT

Beretikah perjuangan, kalau perjuangan kita itu hanya sia-sia. Apa ada kepada "kopiah dan serban" kalau keterampilan diri menjahilkan kita. Tuturkata dan tingkahlaku yang baik hanya ketika untok mendapat sesuatu tujuan. Bentuk fizikal tidak melambangkan keimanan sebenar yang penting adalah niat hati. Berceramah agama itu baik dan dituntut oleh islam tetapi kalau diselang seli dengan kenyataan-kenyataan yang agak dangkal, fitnah dan berniat jahat itu sudah lain jadinya. Kejadian2 seumpama ini banyak berlaku di Kelantan. Tajok ceramah agama isinya dipolitikkan. Nama-nama seperti Nik Aziz, Husam Musa, Hatta Ramli dan lain-lain lagi merupakan antara yang gedebe ketika berceramah.

Tidak ada perbezaan antara pas dengan Umno, "minyak benzen dengan petrol" ianya sama sahaja. Yang membezakannya adalah sifat pemimpin itu sendiri dan perlembagaan parti yang diwakilinya. Umno lebih jelas perlembagaannya berbanding dengan pas, berkaitan dengan islam dan bangsa. Pendekatan pas yang terlebih islam dari Umno membuatkan islam di negara kini kian bercerlaru sehinggakan parti itu sanggup membelakangkan bangsanya sendiri.

Ada juga dikalangan pemimpin Umno yang berada dalam parti itu tetapi semata2 mengambil peluang menggumpul kekayaan. Golongan ini juga tidak begitu pentingkan perjuangan sebaliknya banyak memberi masalah kepada Umno dan Kerajaan. Begitu juga pas tidak semua pemimpin nya rakus kepada kuasa, ada juga dikalangan pemimpin mereka yang baik bukan hanya sekadar untok menggumpul harta semata2. Sebab itulah ada kedengaran ura2 yang mahukan Unity goverment(UG) Umno-Pas suatu ketika dahulu, tetapi hasrat ini ditentang dan digagalkan oleh pemimpin2 pas yang berkepertingan dan rakus kepada kuasa. Golongan yang bersifat khawarij dan golongan yang berkepentingan inilah sebenarnya yang merusakkan islam dan bangsa melayu di negara ini.

ANWAR SEBAGAI PENASIHAT EKONOMI SELANGOR

1. Saya ucap taniah kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana berjaya menganugerahkan Dato Seri Anwar Ibrahim dengan jawatan penasihat ekonomi dengan bayaran hanya RM1 setahun.

2. Mungkin kepimpinan Kerajaan Selangor tidak tahu akan prestasi Dato Seri Anwar sebagai Menteri Kewangan Kerajaan Pusat diwaktu krisis kewangan melanda Malaysia.

3. Dia begitu taksub dengan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF - International Monetary Fund) dan Bank Dunia sehingga menerima bulat-bulat nasihat Michel Camdessus (pengarah urusan IMF) dan James Wolfensohn (presiden Bank Dunia dan sahabat karibnya) supaya negara ini mengurangkan perbelanjaan Kerajaan untuk mencapai surplus, menaikkan faedah pinjaman bank dengan tinggi supaya peniaga kekeringan modal dan tidak dapat berniaga, memendekkan masa untuk membayar hutang bank daripada enam bulan kepada tiga bulan untuk menjadikan yang berhutang muflis dan bank dibeban dengan hutang tak berbayar (non-performing loans), supaya bank tidak dapat berfungsi dan memerlukan suntikan modal dan bermacam lagi tindakan yang melemahkan dan memburukkan lagi ekonomi negara ini supaya terpaksa mendapat bantuan IMF dan Bank Dunia dengan syarat ekonomi Malaysia diserahkan kepada institusi-institusi ini.

Che det

Sunday, November 15, 2009

RASUAH PBMK : SEMUT HITAM BERJALAN DIWAKTU MALAM YANG GELAP

ULAMA PAS DAN MENANTU DISIASAT SPRM

Sikap suka mengata, hari ini terkena batang hidung sendiri. Ulama pas itu bersama menantunya akan disiasat oleh SPRM. Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kelantan mendesak SPRM supaya siasat dilakukan dengan segera. Memorandum desakan itu diserahkan kepada penolong pengarah SPRM Kelantan pagi tadi di Wisma Persekutuan.

Dua hari lepas Nik Abdul Aziz mengumumkan yang beliau membatalkan hasrat untuk menunaikan haji tahun ini berikutan berita penajaannya ke tanah suci Mekah itu diperbesar-besarkan oleh media.

Anuar yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kelantan itu turut meminta supaya SPRM menyiasat pelantikan menantu Nik Abdul Aziz, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Pemuda Umno Kelantan merasa wujud keraguan yang munasabah dalam pelantikan itu.

Sebaliknya Haji Hadi menyifatkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terlalu cepat bertindak jika melibatkan pemimpin pas berbanding dengan pemimpin UmnoBN. Tetapi Hadi tidak pula membuat komen tentang kes liwat Anwar-Saiful sehingga sampai ke hari ini masih belum lagi bermula pembicaraan.

Saturday, November 14, 2009

BAI'AH : HADI SUMBAT GOL SENDIRI DIMASA KECEDERAAN

Akhirnya Hadi tersepit diantara parti dan agama. Hendak mengaku pun susah tak nak mengaku pun susah. Dimasa kecederaan Hadi terpaksa menyumbat gol sendiri. Jawatan Presiden pas yang disandang oleh Hadi takubah seperti larian button dalam acara berganti-ganti. Dalam isu bai'ah khasnya, Khalid Samad seolah2 memegang jawatan presiden parti, setiausaha pas Selangor pula menjadi Setiausaha agong dan manakala Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd. Salleh pula seolah2 sebagai naib presiden pas. Mereka2 ini diantara mengakui sumpah bai'ah, dan mengesahkan ia memang wujud dalam parti pas sudah sekian lama. Pada awalnya Hadi sendiri pun sudah mengakui,Hussam Musa pun mengakui disebabkan sumpah bai'ahlah pada tahun 2004 negeri Kelantan dapat di kuasai oleh pas. Parti pas hanya menang dengan majoriti satu kerusi sahaja tetapi dapat mentadbir kerana tiada lompat melompat. Nik Aziz pula mengatakan isu bai'ah tidak timbul di Kelantan.

Kalau dalam pasukan(pas) sendiri pun sudah masing2 ada cara dan keputusan sendiri bagaimana untok pas melunaskan janji2nya kepada rakyat untok berdepan dengan pakatan rakyat khasnya DAP tentang pemerintahan mengikut islam? sudah tentu tidak boleh, hanya merupakan retorik pemimpin mereka semata2 untok mengaburi mata rakyat sahaja. Mana mungkin satu2 pasukan boleh menang kalau kita tidak bersatu kearah semangat dan tujuan yang sama. Kalau satu pasukan tidak betul2 bersepakat biasa yang kita dengar akan ada kejadian menyumbat gol sendiri(Bola sepak) seperti apa yang berlaku kepada Presiden pas sekarang.

Pas sekarang bukan sekadar tewas dalam menyakinkan rakyat sahaja, pemimpin pas sekarang sudah tewas dengan ketamakan diri masing2. Pentadbiran pas bercelaru dan berbeza2 mengikut negeri masing2. Di Selangor, Kedah dan Kelantan semuanya berbeza. Perpecahan dalaman pas dalam soal isu babi dan arak sudah cukup berat bagi rakyat. Pas berpecah bukan berdepan dengan Umno tetapi berpecah peselisihan pendapat dikalangan pemimpin mereka. Cakap sahaja lebih tentang islam tindakan tak ada. Cakap sahaja tentang penyatuan ummah, perpaduan islam dan melayu tak nak (unity goverment). Bagi Umno, pas tidak musuh sebenar parti itu. Musuh sebenar Umno adalah parti yang tidak mahu melihat islam dan melayu di negara ini kuat dan bersatu iaitu DAP.

Apa yang kita risaukan sekarang adalah pengundi2 melayu menjelang PRU13 nanti. Sikap kecewa dikalangan orang2 melayu dalam pas dan Umno sudah tentu menguntongkan DAP. Kepimpinan negara masa itu, kalau pun diperintah oleh BN(Umno)tetapi peratusan pembangkang sudah tentu dikuasai oleh bangsa lain dan ini amat membimbangkan. Sudah sekian lama rakyat dalam negara kita hidup dalam aman damai, negara kita walaupun terdiri dari berbagai kaum UmnoBN berjaya menyatukannya. Konsep 1Malaysia yang DS najib lancarkan sudah bertepatan dengan masanya.

Baca kenyataan ini


Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 Nov. – Pucuk pimpinan Pas mahu amalan bai’ah talak tiga yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dihentikan serta-merta kerana ia bukan arahan parti selain boleh menjatuhkan martabat kaum wanita.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, sejak Pas menyertai pilihan raya beberapa dekad lalu, parti tersebut tidak pernah ada bai’ah seumpama itu melainkan bai’ah rasmi yang dibaca bagi memastikan calon wakil rakyat tidak mengkhianati parti.

Beliau berkata, bai’ah rasmi itu hanya menyebut mengenai laknat Allah terhadap mereka yang khianat terhadap perjuangan parti dan langsung tidak menyatakan selain daripada itu.

“Jawatankuasa Pas Pusat tidak pernah bersetuju dan merestui bai’ah yang seperti ini dan selama ini pun kita menganggap bakal calon wakil rakyat kita menggunakan bai’ah rasmi yang disediakan.

“Atas sebab ini juga Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang minta saya lakukan siasatan supaya isu yang telah mengundang persepsi negatif rakyat terhadap Pas ini dapat diselesaikan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bagi menjelaskan isu bai’ah talak tiga di ibu pejabat Agung Pas di sini hari ini.


P/S : Nampaknya dari kenyataan ini bolehlah geng "dua tiga kerat" tu lompat parti ya?

Ulasan...

Blogger eXception said...
He he he Hj Hadi x tau nak kata apa, so terpaksa di pas kat orang lain... Mgkin Nik Aziz kata perkara ni x bercanggah dgn Islam... Islam PAS je lah... Dlm Al-Quran pun x sebut bai'ah sampai bertalak...


eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

November 14, 2009 4:25 PM

Delete
Blogger PaKMie said...

Salam kwn2...

Inilah situasi jika kita mengguna agama dlm politik.

Dalam politik kita tahulah penuh dgn tipu muslihat amat bahaya jika seorg pemimpin itu menggunakan agama utk mendpt pengaruh sebab mereka sdri terdedah dgn tipu muslihat.

Islam itu addin suci bersih, indah. Disebabkan pas menggunakan islam dalam berpolitik maka "PAS YG SILAP MENAMPAKKAN SEOLAH2 ISLAM ITU TURUT LEMAH"

Sdh sampai masanya kita hancurkan pemimpin2 pas yg rakus kpd kuasa.

Salam perjuangan utk eXceptin dan kwn2...

November 14, 2009

Blogger YANG GAMBI said...

Salam Pakmie, macam tu lah, bila dah puas mengelecek, puas membelit, puas mengelentong, akhirnya dia terpandang pintul gol, apa lagi dia rembatlah....... rupa-rupanya pintu gol sendiri.... kah...kah...kah

November 14, 2009 10:55 PM

Delete
Blogger lagenda said...

Salam Ziarah.....

Isu Bai'ah salahkan media kerana membesar-besarkan isu ini .Tapi puak-puak mereka juga yang dok mengaku tentang isu ini bukan orang lain.Cakap tak serupa bikin betoilah puak-puak PAS ni ye.Macam mana la nak perintah Malaysia macam ni.


November 15, 2009 11:38 AM

Delete
Delete

SERAMBI MEKKAH : ULAMA PAS BATAL HASRAT KE TANAH SUCI


Ada dikalangan penyokong Nik Aziz masih lagi mahu mempertahankan hasrat penangguhan Nik Aziz ke Mekkah 17hb ini. Katanya ini adalah perangkap untok memusnahkan karier politik Nik Aziz. Nampaknya MB Kelantan ini tidak cukup ilmu lagilah walaupun lebih 19tahun memegang jawatan MB masih lagi tidak kenal apa itu "perangkap". Biasanya perangkap ini dipasang untok mengena orang yang selalu menggulagi melakukannya. Adakah sponser ke Tanah Suci itu perangkap? tidak salah kita pergi ke Mekkah ada orang yang sponser, itu rezeki namanya. Apa persoalannya disini duit sumbangan orang yang ada kepertingan dengan kita. Sanggup keluar beratus ribu menaja kita sendangkan beliau ada kepertingan dengan kita, itu pun perangkap ke?

Sebab itu kita kena ambil kira juga tentang kebaikan orang lain, kalau Nik Aziz tu orang Umno sudah tentu puak2 pas bersorak2 bertepuk tangan Nik Aziz pergi ke Mekkah pun guna duit rasuah begitulah jahilnya pemimpin Umno, yang biasa celupar hal2 begini adalah Nik aziz sendirilah. Memukul dulang paku serpih mengata orang dialah yang lebih, hari ini Allah tidak makbulkan permintaannya ke tanah suci patut jadi iktibar dan pengajaran jangan main salah orang, salah terbentang sebesar gajah pada diri sendiri tidak nampak.

Orang2 yang Nik Aziz sayangi itulah perusak Nik Aziz sendiri, mereka2 inilah yang melalaikan Nik Aziz. Sehingga Nik Aziz sudah senja masih lagi diguna2 macam orang muda disuruh berlari2, kesian Nik Aziz silap2 haribulan pergi dari arena politik dengan cemuhan dari rakyat. Allah maha kuasa masih sayangkan umatnya, dikalangan pembodek itu ada juga yang iklas mahu melihat Nik Aziz pergi meninggalkan politik dengan baik dan disanjungi rakyat sebab itulah dari segi positifnya Allah SWT tidak mengkabulkan permintaan Nik Aziz ke Mekkah menggunakan sumbangan dari orang yang berkepentingan dengan Kerajaan Negeri. Anda cuba bayangkan jika Nik Aziz dicekup SPRM? seorang yang disanjung pejuang islam, Musyidul Am, Menteri Besar , Ulama dan tua lagi di tangkap SPRM, sudah tentu seluruh umat islam akan terasa malu bukan setakat puak2 pas sahaja.

Sepatutnya kumpulan yang pro Nik Aziz terhutang budi kepada mereka2 yang menyedarkan Nik Aziz dari ulikan tidur dari mereka2 yang berkepentingan itu. Jangan mudah menuduh sesaorang walaupun kita rasa kebenarannya ada kepada kita. Kita semua kena ingat tidak semua yang kita pernah anggap jahat itu semuanya jahat ada juga dikalangan yang pernah kita anggap jahat dan kapir itu terlebih baik dari kita, tengok apa yang sudah jadi sekarang, satu persatu Allah SWT mengaibkan kita dikalangan kita sendiri kalau tidak masakan perkara2 dalam seluar atau dalam selimut kita ada orang tahu? Sesungguhnya janji2 Allah itu benar...kita manusia adalah sama sahaja, salah dan silap ada dimana2 terimalah hakikat ini jangan menuduh orang bukan2 dengan meletakkan diri dan kumpulan kita sahaja yang betul. Allah SWT terlalu benci kepada manusia yang bersifat ego dan bangga diri.

Siapa yang tidak mahu kepada peyatuan melayu dan Islam, siapa yang mengagalkan UG? cuba perhatikan satu persatu apa terjadi kepada pakatan rakyat (Khasnya pas) selepas keputusan pas menutup buku dengan Umno tentang perpaduan itu?Sebelum ini dalam blog ini ada menulis tentang satu etikel " Pas akan turut rebah jika UG Umno-Pas digagalkan" Bukankah kesepaduan sesama manusia itu dituntut oleh Islam? inikan pula sesama islam dan melayu. Kerajaan dibawah pimpinan DS Najib beberapa kali membuka ruang demi perpaduan islam dan melayu tetapi dilontarkan perkara yang tidak sepatutnya pula kepada Kerajaan.

Baca kenyataan ini...

KOTA BHARU 10 Nov. - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui ada pihak membiayai perbelanjaannya untuk menunaikan ibadah haji dan beranggapan ia tidak salah selagi tidak melanggar peraturan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, beliau menerima terlalu banyak tawaran daripada pelbagai pihak yang sanggup menanggung perbelanjaannya untuk menunaikan ibadah tersebut.

"Orang hendak bawa saya ke Mekah kenapa saya tolak, saya pergi Mekah jarang saya belanja sendiri, semua orang berebut (bayar). Selipar saya pun orang ambil, dia kata bukan curi tetapi nak ambil berkat.

"Jadi orang hendak pergi Mekah, bertahun-tahun saya diminta oleh orang tertentu hendak pergi Mekah bersama," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tawaran yang diberikan kepadanya bersama isteri untuk menunaikan haji pada 17 November ini.

Ditanya alasan individu terbabit mahu menajanya, Nik Abdul Aziz berkata: "Rasuah macam mana, kalau hendak kata itu rasuah saya tolak. Mana tahu (alasan pembiayaan itu) tanya dialah. Tahun depan kalau ada lagi saya pergi lagi."

Mengulas siasatan SPRM ke atas menantunya, Ir. Mohd. Ariff Fahmi Abdul Rahman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), katanya, terpulang kepada pihak berkuasa tersebut untuk menjalankan tugas mereka.

Malah katanya, beliau juga bersedia pada bila-bila masa untuk disiasat oleh suruhanjaya tersebut berhubung dakwaan penyelewengan yang berlaku dalam perbadanan yang dipengerusikannya itu.

Katanya, pelantikan Mohd. Ariff Fahmi sebagai CEO dilakukan mengikut proses biasa dan menantunya itu berkelayakan untuk menerajui perbadanan tersebut.

"Tidak ada apa luar biasa (tentang pelantikan Mohd. Ariff Fahmi), saya sendiri lantik jawatankuasa lembaga penasihat PMBK, kalau saya tidak lantik tidak ada apa-apa, benda ini berlaku baru saja, sejak saya duduk sini, sebelum saya jadi Menteri Besar tidak ada jawatan ini.

"Saya lantik dia kerana beliau jurutera ada kebolehan dan saya beri kepercayaan kerana saya kenal anak dan menantu saya, mana boleh Menteri Besar lantik orang yang tidak tentu untuk jawatan ini," katanya.

Ulasan...

Blogger YANG GAMBI said...

Salam bro, begitulah jadinya kalau terlalu takbur dengan ilmu dan menggunakannya untuk kepentingan diri..... akhirnya dia tertipu dengan ilmunya sendiri.....

November 14, 2009 11:34 AM

Delete

Friday, November 13, 2009

PAS KELANTAN : RIBUT DIPENGHUJUNG SENJA NIK AZIZ


Isu ba'iah telah menonggeng dan membogelkan parti pas. Asalnya dicipta untok menggelak dari wakil rakyat mereka lompat parti tetapi kini memakan diri sendiri. Kepercayaan rakyat terhadap parti itu kini semakin terhakis. Imej parti itu tercemar gara-gara pemimpin suka main tarik tali untok mempastikan kebenarannya. Namun orang ramai sudah ada bukti yang kukuh dan jelas dari vedio2 dan pengakuan2 mereka yang turut terlibat membuatkan pemimpin tertinggi parti itu masing2 berdiam diri seketika untok mencari fomula melontarkan kepada pihak lain supaya pas kelihatan bersih dan tidak tercemar.

Dalam kehangatan isu tersebut, kini pas kelantan pula dilanda isu panas.Isu rasuah yang berlaku di Pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan isu tajaan untuk mengerjakan ibadah haji Nik Aziz merungcingkan lagi permasalahan dalam parti itu dengan pendedahan demi pendedahan yang timbul. Mungkin juga ini petanda pembalasan dari Allah SWT sebab suatu masa dahulu Nik Aziz sendiri telah pun berdoa supaya bala diturunkan gara2 keenganan kerajaan pusat gagal memberi wang royalti minyak kepada Kelantan, hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahui.

Kekecohan PMBK bermula apabila Nik Aziz yang juga merupakan pengerusi telah melantik menantunya sendiri, Ir Abdul Ariffahmi Abd Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO) di perbadanan tersebut. Semasa Tun Mahadhir menjadi PM tidak kurang juga hebatnya kata2 Nik Aziz kepada mantan PM tersebut kroni itu dan kroni ini, tetapi sekarang apa yang berlaku kepada Nik Aziz lebih teruk lagi kerana melibatkan anak menantu.

Rasa tidak puas hati didalam Perbadanan tersebut telah menjadi buah mulut ramai. Nik Aziz tetap mempertahankan perlantikan menantunya dengan alasan bahawa menantunya itu merupakan seorang yang beliau yakini dan percayai. Nik Aziz juga menegaskan bahawa tidak ada apa yang salah dengan melantik menantu memegang jawatan tertentu sama seperti Nabi Muhammad dahulu pernah melantik menantunya memegang beberapa jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan Islam di Madinah. Tindakan dan penjelasan dari Nik Aziz ini bagaimanapun tidak dapat diterima oleh segelintir para pegawainya yang menyifatkan menantu Nik Aziz ini sebagai seorang yang sombong, angkuh dan sering "menjual" nama Nik Aziz didalam setiap keputusan yang dibuat semasa mesyuarat PMBK.

Pada awal November lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat Ariffahmi kerana disyaki terlibat didalam rasuah dan salah guna kuasa. Para pegawai SPRM juga telah merampas beberapa dokumen kewangan PMBK termasuk menyoalsiasat pengurus kewangan serta beberapa eksekutif di perbadanan itu.

Ibarat "cacing kepanasan" ekoran penyiasatan SPRM itu, bermulalah episod tuduh menuduh serta wujud dua kumpulan di dalam PMBK. Satu yang menyokong kepimpinan baru menantu Nik Aziz dan juga satu lagi yang menentangnya. Akhirnya, Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella yang juga merupakan orang kuat kepada Husam Musa telah dipecat dari Perbadanan tersebut.

Kickdefella yang merupakan Pegawai Perhubungan Korporat PMBK telah dituduh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salah laku pengurusan di PMBK dan juga didakwa telah berkonspirasi dengan Barisan Nasional (BN) dan menggunakan blognya untuk menimbulkan kekecohan didalam PMBK.

Tindakan memecat Kickdefella adalah satu tindakan yang dilihat dibuat untuk menyingkirkan pengaruh individu-individu politik tertentu didalam pentadbiran Nik Aziz. Syed Azidi atau Kickdefella ini adalah merupakan kenalan rapat Husam Musa dan banyak artikel yang dihasilkan di blognya bertujuan mempertahankan Husam didalam setiap isu dan blognya juga seringkali dilihat menghentam "musuh" Husam.

Kickdefella juga pernah disaman 10 juta oleh Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa, ekoran dari artikel didalam blognya yang mengatakan Nasharudin telah melobi projek perumahan dan juga pembalakan di Kelantan. Ramai yang mengetahui bahawa Nasharudin telah "berseteru" dengan Husam berikutan perebutan jawatan Timbalan Presiden Pas. Usaha pembersihan pengaruh individu politik tertentu didalam kerajaan negeri Kelantan terutamanya yang banyak mempengaruhi Nik Aziz khususnya telah lama berjalan. Anak Nik Aziz sendiri, Nik Abduh juga pernah menyatakan kerisauan dengan pengaruh "pembantu-pembantu bodoh" di samping Nik Aziz didalam artikelnya yang bertajuk "Kerja-kerja bodoh didalam Pas" di blognya pada April lalu.

Justeru itu, apakah tindakan menyingkirkan Syed Azidi ataupun Kickdefella ini dari PMBK adalah merupakan kesinambungan usaha melenyapkan pengaruh individu tertentu dari Nik Aziz? Dan pada ketika ini orang yang paling rapat sekali dengan Nik Aziz adalah Husam Musa yang juga dilihat banyak mempengaruhi setiap keputusan MB Kelantan itu. Dan kebetulan pula Kickdefella adalah "orang suruhan" Husam. Mungkin pembersihan pengaruh "pembantu bodoh" dikeliling ayahndanya yang pernah ditegaskan oleh Nik Abduh dahulu telahpun bermula sekarang.

Apakah ini juga bermakna kem ulamak didalam Pas yang pro Hadi telah melancarkan "serangan balas" terhadap kelompok ERDOGAN yang diterajui oleh Husam? Andaikata ini merupakan "tumbukan sulung" dari kem ulamak pro Hadi terhadap team erdogan, ia nyata sudah cukup untuk membuatkan Husam dan tok gurunya Anwar tersembam menyembah bumi.

Dan dengan ugutan untuk mendedahkan segala salah laku didalam PMBK oleh Kickdefella, banjir yang semakin reda di negeri Kelantan bakal pula disusuli ribut politik yang bakal melanda. Keributan yang selama ini diwar-warkan sebagai hanya didalam cawan telah bertukar menjadi tsunami politik yang dilihat dapat menenggelamkan politik Pas di negeri Kelantan.

Ketua Pembangkang DUN Kelantan Datuk Alwi Che Mat ketika mengulas isu Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ditaja untuk mengerjakan ibadah haji. Namun isu berkenaan yang dikritik hebat oleh banyak pihak kerana menyifatkan pembiayaan tersebut kemungkinan mempunyai unsur rasuah dikatakan ia hanya sumbangan oleh Nik Aziz sendiri. Alwi mempersoalkan kenyataan Nik Aziz yang menyifatkan pembiayaan itu adalah sumbangan dan bukannya satu bentuk rasuah kerana pihak yang membiayai jelas mempunyai kepentingan dengan projek kerajaan negeri Kelantan. Menyokong dakwaannya itu, Alwi mendakwa, pembiayaan untuk Nik Aziz mengerjakan haji itu dibuat oleh seorang ahli perniagaan yang bernama Nordin Awang yang merupakan pemilik syarikat Abroad Technologies Sdn Bhd. “Syarikat itu diberikan hak eksklusif untuk memasang papan iklan di seluruh negeri Kelantan.

Antara iklan itu ialah iklan Membina Generasi Al Quran yang memaparkan gambar Nik Aziz dan cucunya, anak kepada Arif Fahmi (menantu Nik Aziz),” katanya. Sehubungan itu beliau mempersoalkan, tidakkah pihak yang membiayai perbelanjaan haji tersebut mempunyai kepentingan terhadap projek yang dikendalikan oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui oleh menantu Nik Aziz sendiri .Tidakkah ini ada unsur-unsur yang boleh dipersoalkan,” tambahnya. Jelasnya, berdasarkan maklumat yang diperolehi, pembiayaan haji yang melebih RM400,000 tersebut yang dibuat melalui TH Travel melibatkan Nik Aziz dan isteri, Arif Fahmi dan isteri, Setiausaha Sulit Nik Aziz dan Nordin serta isterinya. Berdasarkan maklumat yang diperolehi pembiayaan haji Nik Aziz dan keluarganya itu bagi setiap orang ialah sebanyak RM65,000. “Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah pun pergi haji tahun ini tapi pekej beliau hanya RM23,000 sahaja berbanding mereka RM65,000,” tambahnya.

Alwi juga hairan kenapa setelah isu tersebut ‘meletup’ kenapa kini ada usaha untuk mengalihkan perhatian dengan cuba mengaitkan UMNO dan Barisan Nasional (BN). “Kini mereka cuba mengalihkan perhatian apabila mula menyebarkan cerita kononnya isu pembiayaan haji ini didalangi oleh UMNO dan BN. Apakah mereka ingin mengatakan bahawa menantu Nik Aziz adalah dalang UMNO dan BN,” soalnya. Alwi juga mendakwa, syarikat Abroad Technologies Sdn Bhd milik Nordin kini telah dijual kepada seorang tauke Cina.

Selain itu, Alwi turut mendedahkan pembinaan sebuah sekolah agama dibiayai oleh sebuah syarikat yang telah mendapat kontrak daripada kerajaan negeri. “Sebuah syarikat bernama Sensa Timur telah diberi kontrak membina bazar Tok Guru di Kota Bharu. Syarikat ini juga telah menderma untuk membina sebuah sekolah agama berhampiran rumah Nik Aziz yang diberi nama Darul Anwar,” ujar beliau. Berdasarkan pendedahan ini, ada yang menyatakan mungkin ada kebenaran apa yang didedahkan oleh kickdefella dalam blognya http://kickdefella.wordpress.com

Ulasan...

Blogger Anak Lenggong said...

BERITA TERKINI PAGI TADI DIDALAM KULIAH JUMAAT NIK AJIS TELAH MEMBATALKAN PEMERGIANNYA KE TANAH SUCI TAPI....PERSAOLANNYA ADALAH..BILA PAS BUAT DIHALALKAN TETAPI BILA ORANG LAIN MELAKUKAN PERKARA YANG SAMA AKAN DIKUTUK SEHINGGA SANGGUP MENDEDAHKAN KEBURUKAN ORANG TU SAMPAI KELUAR NEGARA......SEKIRANYA DAH TAU PEMIMPIN BUAT PERKARA SEBEGITU..KENAPA DIIKUT JUGA......SO TAKDE BEZANYA DIANTARA PEMIMPIN BN ATAUPUN PAS....PI..MAI..PI..MAI CAMTU JUGAK RUPANYA..PANTANG DIOFFER PELAHAP JUGAK...INGATKAN SUCI SANGAT...TU LAA ORANG KATA KALAU NAK MENGUTUK ORANG LAIN TU KENA PERHATIKAN KEPADA DIRI SENDIRI SAMA JANGAN SAMPAI LUDAH TU JATUH KEMUKA SENDIRI....JANGAN MARAH A'AA NANTI JATUH TALAK 3 PULAK..KAH KAH KAH...

November 13, 2009 4:37 PM

Delete
Blogger Panglima Perang Cyber said...

memang karier Nik Aziz aka Pas sudah di ambang senja sekarang.

kesudahannya Anwar berjaya menjahanamkan PAS dan menjadikan PKR semakin kuat.

Tidak mustahil juga ramai orang melayu akan menolak mengundi pru 13nanti jika senario ini berterusan.

ia amat bahaya...

November 13, 2009 8:53 PM

Delete
Blogger PaKMie said...

Salam kwn2...

Pentadbiran Nik Aziz selaku MB 19th berjaya ats dua perkara dan akan di kenang oleh generasi akan dtg pertama memundurkan Kelantan sekaligus melahirkan idealogi2 yg rusak dan fanatik dikalangan islam dan melayu dan kedua memberi ruang kpd Kapir harbi DAP menganggu gugat kehormonian islam dgn menuduh islam cara Umno tdk betul islam cara Nik Aziz sahaja yg betul... Melayu yg fanatik dan cetek ilmu tanpa usulperiksa terima pendapat DAP ini. Tdkkah masalah dlm islam DAP yg membuat keputusan? Inilah cara Nik Aziz semata2 mendpt pengaruh politik


Hari ini Allah menerima permohonan bala nya kpd sesiapa yg menentang islam(Umno) kerana keengganan Kerajaan pusat memberi wang royalti kpd Kelantan. Tetapi syg sekali bala itu terkena diatas kepala beliau sdri, sampai membatalkan hasratnya menunai fadhu haji ke MEkkah...memalukan sekali! seorg Ulama membatalkan hasratnya. Kalau kita benar buat apa takut? Tetapi pencacai2 dan penyokong fanatik Nik Aziz siap mengatakan kerja2 ini adalah perangkap utk menjatuhkan NIk Aziz dlm politik sekaligus jawatan MB dpt dikuasai oleh org lain, siapa org itu? tkkan org Umno pula hehe....Parti Pembangkang buatlah salah sebyk mana dan sejelasmana pun tetap mereka tdk bersalah. Bkn setakat tdk bersalah, lagi hebat nya kesalahannya itu dilontar pula kpd org lain yg tdk tahu menahu inilah kelebihan puak2 jahat pas ini.


Jika Anwar bersalah diputuskan oleh Mahkamah liwat dgn Saiful sekalipun keputusan itu hanya diterimapakai oleh Manusia yg open maided sahaja yg fanatik dan jahat tetap menyebelahi Anwar dan mengatakan Anwar yg betul dan keputusan itu kopirasi Kerajaan yg takut kpd Anwar sahaja....Dlm semua kes setakat hari ini mcm itulah, sumpah baiah sdh terang2 dgn bukti video dan youtube boleh lagi Mustapa Ali koner baring kononya Khalid Samad sahaja yg salah membuat kenyataan, Ayo yoo....Pas bermain politik 24jam sampai hasrat nak pi mekkah pun batal ...

Tq juga kpd Pg5 dan anak Lenggong...salam perjuangan utk semua!

November 14, 2009 8:18 AM

Delete

Thursday, November 12, 2009

RASUAH PMBK : ORANG KUAT "ANAK EMAS" NIK AZIZ VS MENANTU NIK AZIZ

BAKAL TSUNAMI POLITIK PAS KELANTAN?

Syed Azidi Syed Abdul Aziz@ Kickdefella (tengah) kelihatan ada bersama Exco kanan kerajaan negeri Kelantan Datuk Husam (kiri) semasa beliau datang ke bangunan Parlimen pagi Isnin lalu.Sebab itu ramai yang terkejut bila meletup kisah dia dipecat serta merta sebagai Pegawai Perhubungan Korporat Pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Kalangan bloggers tempatan semua tahu dia adalah orang kanan Husam dan banyak juga posting dalam laman blognya http://kickdefella.wordpress.com adalah mengenai aktiviti tokoh PAS itu.

Malah penghijrahan Syed Azidi balik berkerja di negeri asalnya Kelantan dari Kuala Lumpur dikatakan atas usaha Husam.

Apa yang menarik perhatian dalam isu Syed Azidi ialah dia dipecat oleh CEO PMBK Mohd Ariffahmi Abd Rahman (kanan) iaitu menantu kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Ini dikatakan gara-gara wujud dakwaan dia bocor maklumat ekoran siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) keatas PMBK.

Ia agak mengejutkan kerana semua orang tahu Husam ialah ‘ anak emas’ Nik Aziz.

Sebaliknya dalam isu siasatan SPRM,Menteri Besar Kelantan itu nampak macam backing menantu beliau.

Jika tidak macam mana beliau selaku Pengerusi PMBK boleh bagi lampu hijau keatas tindakan menantunya memecat Syed Azidi.

Apapun Nik Aziz telahpun menyatakan SPRM bebas menyiasat PMBK.

Namun beliau lebih banyak menyalahkan beberapa blogger yang dakwanya cuba membangkitkan tuduhan terhadap menantunya.

Makanya ramai juga yang keliru tentang congak politik dalam isu ini dan tertunggu-tunggu apa Husam nak kata tentang fiasco yang dihadapi oleh orang kanannya itu.Syed Azizi telah menafikan samasekali dia pembocor maklumat pasal PMBK dan telah bersumpah depan Nik Aziz semasa pertemuan mereka Selasa.

Syed Azidi yang sebelumnya menetap di Kuala Lumpur berkerja dengan PMBK secara kontrak mulai 2007.

PMBK yang terletak di bawah bidang kuasa menteri besar terlibat dalam pelbagai aktiviti eknomi seperti infrastruktur, hartanah, utiliti, takaful, bioteknologi dan pendidikan.

Syed Azidi mengakui sudah berdepan masalah dengan Mohd Ariffahmi pada hari pertama dia masuk kerja lagi.

Dalam posting di laman blognya pada 11 November dia menulis:
Saya telah menulis lama dahulu di blog ini bahawa saya menipu diri saya jika saya mengatakan saya gembira di Kelantan. Masalah saya d bermula dari hari pertama saya menjejakkan kaki di Perbadanan Menteri Besar Kelantan lagi. Perkara pertama yang dimaklumkan kepada saya oleh pengurusan PMBK pada pagi pertama saya di situ ialah usaha-usaha sedang dijalankan supaya saya mendapat ruang kerja di luar bangunan PMBK supaya saya tidak diganggu oleh menantu Tuan Guru. Pada bulan March 2008, selepas pilihanraya umum, COO PMBK meminta saya mengosongkan pejabat saya di PMBK untuk memberi ruang bilik pejabat itu kepada seorang pegawai baru. Setahun kemudian, saya tidak lagi dijemput menyertai mesyuarat pengurusan PMBK. Pada 14 Oktober 2009, saya telah diusir daripada bangunan PMBK oleh 2 pegawai PMBK yang bertindak diatas arahan CEO, ketika saya menghadiri sessi dialog di situ. Bila pihak media menanyakan samada saya sedia mendedahkan penyelewengan di dalam PMBK, jawapan saya ialah, “sekiranya pihak berkuasa memanggil saya, seperti penjawat jawatan awam, bekas penjawat jawatan awam dan juga warga negara Malaysia yang lain, adalah menjadi tanggungjawab memberi kerjasama.” Saya juga berkata adalah satu amalan yang tidak sihat bila pihak perbadanan seolah mengambil langkah yang menekan kakitangan bila ada laporan SPRM dibuat (jika ada dan jika benar dibuat oleh kakitangan).

Namun apa yang turut ditunggu-tunggu sekarang ialah susulan pengakuannya kepada wartawan di Kota Bharu Rabu hendak mendedahkan apa yang didakwanya apa yang sebenarnya telah berlaku di PMBK khususnya tentang kepincangan kewangan serta penyalahgunaan kuasa. “Ada banyak perkara yang tidak sepatutnya berlaku di sini telah pun berlaku dan semua ini terpaksa disenyapkan hanya kerana beliau adalah menantu kepada Menteri Besar,” katanya.

“Sebenarnya isu-isu PMBK ini bukan lagi satu rahsia tetapi dah jadi rahsia terbuka. Hanya tidak ada siapa yang lakukan sesuatu mengenainya,”tambahnya.

Dia mendakwa dalam genggamannya kini terdapat minit mesyuarat yang disifatkannya sebagai sensitif, dokumen kewangan dan lain-lain dokumen yang boleh disabitkan dengan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa di PMBK. Maklumat-maklumat itu katanya diperolehi daripada pihak-pihak luar yang pernah berurusan dengan PMBK.

Setakat ini Mohd Ariffahmi mengambil sikap cool saja terhadap isu Syed Azidi. "Saya tak lakukan apa-apa kesalahan,”katanya. Menurutnya beliau telah berikan kerjasama yang sepenuhnya kepada SPRM dalam siasatan mereka.

Beliau menjelaskan bahawa perkhidmatan Syed Azidi telah 'ditamatkan' dan bukannya diberhentikan. "Syed Azidi telah menandatangani kontrak selama tiga tahun dan perkhidmatannya telah ditamatkan kerana prestasinya tidak mencapai piawaian perbadanan. "Tapi kami masih memberikan beliau RM20,000 sebagai pampasan, semua ini telah dilakukan dengan kelulusan jabatan undang-undang," katanya.

Pegawai SPRM telah pergi ke pejabat PMBK pada 5 November lalu dan merampas beberapa dokumen kewangan PMBK termasuk menyoalsiasat pengurus kewangan perbadanan itu manakala 9 November telah menyoal Mohd Ariffahmi.

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..