Followers

Sunday, November 22, 2009

KRISIS DALAMAN PAS KELANTAN MEMALUKAN UMAT ISLAM

PAS KELANTAN TERIMA PEMBALASAN?

Kalau kita kata politik itu sama, penyokong fanatik pas kata tidak. Pas berjuang mengikut islam, pas adalah islam dan islam itu pas. Islam adalah addin, suci bersih dan sudah lengkap. Kalau pas itu islam, krisis yang parah berlaku dalam pas sekarang adakah itu krisis islam? Kalau pas itu mengamalkan islam yang sebenar sudah tentu krisis yang dialami oleh pas sekarang tidak berlaku. Tindakan pas menggunakan agama dalam berpolitik boleh menjatuhkan maruah agama yang suci itu. Krisis yang berlaku dalam pas sekarang memalukan umat islam pada keseluruhannya.

Sekarang Pakmie baru setuju kalau ada orang kata pas itu tidak sama dengan Umno. Tidak sama dari segi buruk dan baiknya, dan sudah ternyata kini keburukkan pas lebih teruk dari Umno. Seburuk2 Umno pun mereka tidak mempermainkan islam, sebaliknya Umno walaupun keserlahannya agak sederhana tetapi Umno berjaya meletakan islam teratas sekali dalam semua hal dan keadaan. Umno juga telah berjaya mengangkat mertabat dan melahirkan ramai ilmuan islam hasil dari penubuhan pusat2 pengajian tinggi islam dalam dan luar negara. Sebaliknya pas pula setakat hari ini hanya pandai berkokok sahaja pagi dan petang, yang nampak pas lakukan mereka sanggup menghina ilmuan2 islam termasuk mufti2 yang tidak menguntong dan sehaluan dengan parti mereka.

Pas Kelantan tidak campor tangan masalah diPMBK , itu adalah masalah peribadi Nik Aziz. Apa kata Setiusaha Badan Perhubungan pas negeri Zaki Ibrahim itu tidak lagi mengembalikan pas kepada asalnya. Kini pekong pas yang didedahkan oleh penulis blog Kicdefella yang merupakan "orang dalam" pas sendiri dan rakan karib exco kanan Hussam Musa sudah tentu ada kebenarannya. Isu berkaitan menantu Nik Aziz dan isu tajaan menunai haji ke tanah suci.

Polemik yang berlaku dalam pas Kelantan kali ini tidak mudah ditutup, pada awalnya Nik Aziz bersetuju dengan siasatan SPRM keatas menantunya Ariffahmi dan kini mendesak supaya melepaskan jawatan CEO di Perbadanan itu. Sebaliknya Nik Aziz sendiri menimbulkan kontraversi umun dengan menarik balik tajaan RM65,000 untok menunai fardu haji yang disumbangkan oleh kontraktor yang ada kepentingan dengan PMBK.

Segala tindakan Nik Aziz dan menantunya itu ternyata makan diri sendiri. Krisis semakin memuncak selepas exco kanan Hussam Musa dijemput kerumah Menteri Besar itu untok memberi perjelasan dari apa yang berlaku kepada keluarga mereka. Hussam mendakwa dirinya dijadikan konspirasi dan pelbagai spekulasi yang dikaitkan dengannya. Ada sumber mengatakan politik cantas mencantas yang melanda pas Kelantan cukup parah. Ada juga sumber mengatakan Hussam akan keluar dari pas sekaligus meletak semua jawatan dalam parti itu.

Kejadian yang melanda, mengingatkan kita kembali kepada doa Nik Aziz suatu ketika dahulu kononya marah kepada kerajaan pusat kerana tidak memberi kepada Kelantan duit royalti minyak supaya Allah menurunkan bala. Apa pun senario yang berlaku boleh mengajar kempimpinan pas supaya tidak mudahmembuat kenyataan negetif kepada pihak lain walaupun memiliki perbezaan pandangan.

Krisis yang berlaku dalam pas Kelantan terlalu sukar untok dipulih dengan sepenuhnya, sikap kepuraaan2 dalam menyelesaikan isu dan tidak iklas dalam kepimpinan mereka lebih menyukarkan lagi. Petanda pepecahan dalam pas mula kelihatan setelah kegagalan pas menerima perpaduan sesama islam dan melayu yang dicetuskan melalui unity goverment suatu ketika dahulu. Semuga apa yang berlaku dihari ini boleh menyedarkan Nik Aziz dan kumpulannya supaya berfikir dahulu sejenak sebelum membuat kenyataan yang bukan2 terhadap Umno- itu pun kalau nak sedar, entah2 krisis yang melanda pas Kelantan ini juga dilontarkan kerana jahat Umno.

P/S : Siapa yang dimaksudkan Quarisy Malaysia oleh Nik Aziz itu? bagi Pakmie, pas lebih layak di beri gelaran itu sesuai dengan rasuah jika Umno dan derma jika pas! kita tunggu akan keluar macam2 cerita tentang Quarisy Kelantan jika benar Hussam Musa letak jawatan...Nik Aziz pun pandai bagi cuti juga, bukan Khalid Ibrahim sahaja pandai bagi cuti kepada Elizebert Wong dalam isu kes bogel suatu masa dahulu.

Ulasan...
Blogger hanizam said...

pok mie...

begitulah kalau agama diseret sama dalam kancah politik...bila dah kantoi, semua kata BN punya angkara...masa masuk poket sendiri, tak mau libatkan BN lak...

pasti penyokong PAS yang taksub tidak mahu mengaku kelemahan PAS sendiri...masih mengatakan PAS itu parti bersih...bersih dari segalanya...padahal, lebih teruk dari BN..


pok mie, ketika ini, Markas PAS di Kg.Jawa, Klang sedang adakan Ceramah ISU PANAS...pasti isu tentang Nik Ajis dan Xavier laknat bagi ucapan dalam dewan utama solat akan jadi topik utama ceramah...selain tu isu-isu yang sedang melanda PAS turut jadi bahan ceramah...kena kencing lagilah sape yang dengar ceramah tu...

aku ingat tak jadi ceramah tu, rupanya lambat...mungkin tunggu sambutan orang ramai kot...markas tu tak jauh pun dari rumah aku...malam ni sayup-sayup dengar...mungkin sound system tak berapa power kot...mungkin tiupan angin menyebabkan sayup-sayup kedengaran....

penceramahnya YB Kuala Selangor, YB Kote Raja...satu lagi yang best, YDP PAS Kota Raja turut ambil pot kencingkan orang ramai malam ni...mesti dia kata Xavier memang boleh masuk dewan utama solat...silap-silap dia akan kata lepas ni Xavier boleh bagi ucapan atas mimbar lak...kah..kah..kah..

November 22, 2009 11:48 PM

Delete
Blogger Panglima Perang Cyber said...

dulu hingga kini Islam dimalukan oleh parti bernamakan Islam ini.

politik dicampur agama beginilah jadinya.

November 22, 2009 10:38 PM



2 comments:

Panglima Perang Cyber said...

dulu hingga kini Islam dimalukan oleh parti bernamakan Islam ini.

politik dicampur agama beginilah jadinya.

hanizam said...

pok mie...

begitulah kalau agama diseret sama dalam kancah politik...bila dah kantoi, semua kata BN punya angkara...masa masuk poket sendiri, tak mau libatkan BN lak...

pasti penyokong PAS yang taksub tidak mahu mengaku kelemahan PAS sendiri...masih mengatakan PAS itu parti bersih...bersih dari segalanya...padahal, lebih teruk dari BN..


pok mie, ketika ini, Markas PAS di Kg.Jawa, Klang sedang adakan Ceramah ISU PANAS...pasti isu tentang Nik Ajis dan Xavier laknat bagi ucapan dalam dewan utama solat akan jadi topik utama ceramah...selain tu isu-isu yang sedang melanda PAS turut jadi bahan ceramah...kena kencing lagilah sape yang dengar ceramah tu...

aku ingat tak jadi ceramah tu, rupanya lambat...mungkin tunggu sambutan orang ramai kot...markas tu tak jauh pun dari rumah aku...malam ni sayup-sayup dengar...mungkin sound system tak berapa power kot...mungkin tiupan angin menyebabkan sayup-sayup kedengaran....

penceramahnya YB Kuala Selangor, YB Kote Raja...satu lagi yang best, YDP PAS Kota Raja turut ambil pot kencingkan orang ramai malam ni...mesti dia kata Xavier memang boleh masuk dewan utama solat...silap-silap dia akan kata lepas ni Xavier boleh bagi ucapan atas mimbar lak...kah..kah..kah..

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..