Followers

Saturday, November 21, 2009

PARTI GABUNGAN PAKATAN HADAPI MASALAH BESAR

DUA MB MENUNGGU REBAH - NIK AZIZ DI KELANTAN DAN KHALID DI SELANGOR

Sejak akhir2 ini keceriaan dalam kegairahan pas memerintah Kelantan selama lebih 19tahun akhirnya bertukar menjadi suram,senyum dalam tangisan. Parti pas sebuah parti yang bijaksakna dalam menyembunyikan kesilapan mereka kini tidak bijak lagi dan terpaksa akur dengan pendedahan Syed Azidi yang merupakan "orang kuat" pemimpin kanan parti itu. Ekorannya masalah dalaman yang berlaku di PMBK tidak dapat disembunyikan lagi. Syed Azidi seorang perkerja di PMBK bermasalah dengan menantu Nik Aziz Abdul Ariffahmi yang merupakan CEO di Perbadanan itu. Pertengkaran yang membuka pelbagai pekong dalam pentabiran negeri Serambi Mekah selama ini. Pentabiran PAS yang sebelum ini seolah2 nampak semacam segalanya ‘cukup cantik dan berseri' berteraskan Islam ternyata indah khabar dari rupa.

Pendedahan Kontrovesi bermula dari tajaan ahli perniagaan yang dapat ‘macam-macam’ dari kerajaan negeri ternyata cukup berat sehingga menyebabkan pembatalan Nik Aziz ke Mekkah pada 17 november yang baru lepas. Menantunya juga turut dikait dengan penajaan itu.

Sebelum ini sudah timbul ketidakpuashatian banyak pihak diatas perlantikan menantunya itu tetapi Nik Aziz tetap mempertahankan keputusanya. Sebagai ‘spiritual leader’ yang diagungkan, pemimpin dan ahli PAS terpaksa menelan apa sahaja Nik Aziz kata. “Pemberontakan” Syed Azidi menerusi laman blognya yang mendakwa wujud tingkah laku penyalahgunaan kuasa Arifffahmi sukar lagi untuk disimpan dibawah karpet hijau pas.

Manakala di Selangor pula sibuk dengan keinginan Anwar Ibrahim mahu menjadi penasihat ekonomi kepada negeri itu. Kumpulan Azmin Ali tidakpuas hati terhadap kumpulan Khalid Ibrahim. Azmin mendakwa segala projek oleh pemaju2 di Selangor semuanya masok kekantung Khalid. Pentadbiran Khalid yang hanya membuat keputusan penting dengan Ronnie Liu dan Teresa Kok menyebabkan sebarang "proposal" oleh Amin dan pimpinan lain PKR diketepikan oleh Khalid begitu sahaja.Akibatnya Azmin bukan sahaja menghadapi masalah dengan ketua-ketua Bahagian PKR malah hubungan beliau dengan pemimpin Pas Selangor juga menjadi semakin sulit dan genting. Khalid hanya pentingkan rakan-rakannya yang pernah bersama dalam Duthrie dahulu. Ronnie Liu dan Teresa Kok pula menjaga kepentingan peniaga Cina terutamanya kumpulan underworld atau kongsi gelap. Yang kenyang adalah Khalid yang dijaga oleh pengerusi I Berhad, pemaju I-City Shah Alam. Khalid juga sekarang dikatakan sedang "kow-tim" dengan pengerusi Talam, Thy Ah Chye. Sebab itu beliau menimbulkan isu hutang Talam dan enggan menandatangani pemindahan title dari pemaju kepada pembeli.

Lihat sahaja nanti hutang gagal di kutip, Talam akan mendapat lagi projek pembangunan di Selangor atas alasan kononnya untuk membantu syarikat yang tenat pulih dan akhirnya boleh bayar hutang. Kalau kita lihat bagaimana projek perlombongan pasir yang begitu agresif di selangor ini tetapi hasil yang diterima jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan zaman pemerintahan BN lalu. Kemana hasil pasir pergi kalau bukan kepada adik Tan Sri Khalid yang mengawal segala urusan pasir Kumpulan Semesta Berhad. 10 dapat 1 masuk kerajaan negeri 9
masuk poket Khalid. Sebab itu Azmin Ali mengamuk. Kerajaan negeri tak dapat duit pasir, dia pun tak dapat, parti keadilan jauh sekali. Akhirnya yang dapat ialah Penyamun yang ada hutang RM 66 juta dengan bank Islam.

Jadi buat apa penyamun lantik penyangak jadi penasihat? Mana ada penyamun mahu lantik penyangak jadi penasihat... Kesimpulannya kalau tidak kerana "jambu", Anwar tidak akan melantik dirinya sendiri sebagai penasihat ekonomi Selangor sebab Anwar sendiri pun bukan reti pasal ekonomi seperti mana kata mantan PM Tun Mahathir dalam blognya.

P/S : Nampaknya pentadbiran berkonsepkan "wak bagi dan wak pilih"di kedua2 negeri Selangor dan Kelantan menunggu hukuman dari rakyat dalam PRU13 nanti...

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..