Followers

Sunday, November 28, 2010

DUN SELISING PARLIMEN PASIR PUTEH KELANTAN 103 ANGGOTA PAS MENYERTAI UMNO

BERTINDAK KERANA BERJUANG DALAM PAS TIDAK MEMBERI KEBAIKAN KEPADA ISLAM

Seramai 103 bekas anggota PAS, termasuk pemimpin dan ketua cawangan bagi kawasan DUN Selising dalam Parlimen Pasir Puteh, bertindak menyertai Umno Cawangan Kampung Wakaf Bunut hari ini.

Mereka termasuk Ketua Penerangan Khas DUN berkenaan, Nordin Daud, 48, dan Ketua Cawangan Pas Kampung Wakaf Bunut, Mohd Soleh Mat Hasaan.

"Saya sedar perjuangan PAS selama ini hanya sia-sia, tidak memberi kebaikan kepada Islam," kata Nordin kepada pemberita selepas menyerahkan borang keanggotaan kepada ketua Umno bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman.

Turut hadir di majlis itu ialah timbalan ketua Umno bahagian Pasir Puteh, Rujhan Salleh dan Ketua Pergerakan Wanita, Karimah Mohd Noor dan lebih 100 penduduk kampung berkenaan.
Nordin yang mula menyertai PAS selepas tamat perkhidmatan dalam angkatan tentera pada 1990 dan keluar parti pada 2008 berkata parti itu cuma menggunakan Islam bagi kepentingan peribadi.

Nordin yang juga bekas setiausaha PAS cawangan kampung berkenaan berkata beliau mendapati banyak berlaku penyelewengan dalam parti itu selepas diberi peluang memerintah Kelantan lebih 20 tahun lepas.

PejuangMaya

Friday, November 26, 2010

AYAT-AYAT CINTA NIK AZIZ

KALAU UMNO LAHIR PEMIMPIN BAPA PEMBANGUNAN...PAS DAN PKR PULA LAHIR PEMIMPIN BAPA...?

Umno adalah tunjang kekuatan BN, diwakili oleh orang-orang melayu sejak dari dahulu hinggalah sekarang. Malaysia sebuah negara yang terdiri dari lebih 127 kaum yang ada dapat hidup dengan aman berbanding dengan negara-negara jiran yang lain. Bukan senang untok negara mencapai ketahap tersebut, rancangan yang baik untok faedah rakyat juga ditentang ditambah lagi dasar-dasar politik pembangkang yang tidak mahu melihat kejayaan-kejayaan yang dilaksanakan oleh pehak kerajaan BN dengan cara mencari jalan menabur fitnah dan menggelirukan rakyat bagi tujuan mencari pengaruh politik mereka.

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dukacita dengan keadaan masyarakat di negara ini yang masih bersikap curiga-mencurigai di antara satu kaum dengan yang lain walaupun sudah 53 tahun merdeka.

Menurutnya, pendekatan yang dibuat Kerajaan Pusat terbukti gagal merapatkan jurang antara kaum di negara ini, walaupun banyak menghabiskan masa dan wang mengadakan pelbagai program.

“Saya, sebagai ketua kerajaan (Kelantan) terfikir macam mana nak merapatkan bangsa di negara ini yang dicurigai pihak tertentu.

Sinar Harian Edisi Timor

Ulasan...


Bila masa Nik Aziz berusaha kearah peyatuan kaum? sesama bangsa dan agama pun Nik Aziz tidak suka kepada penyatuan bahkan beliau sendiri tidak berbangga pun menjadi orang melayu. Kenyataan Nik Aziz diatas tidak melambang langsung beliau seorang MB. Siapa yang menuduh sesama islam sebagai kafir? siapa yang menolak perpaduan sesama islam di negara ini? Bukankah perpaduan kaum yang lain yang ada bergantung kepada sejauhmana perpaduan melayu itu sendiri? Kenyataan seperti itu hanya layak diperkatakan oleh mat-mat rempit yang low class sahaja yang bercakap tetapi tidak tahu apa2 yang beliau perkatakan.

Kalau Anwar menolak DEB kerana mahu kepada pengaruh politik kaum Cina dan India manakala kenyataan Nik Aziz tersebut hanya sekadar untok memburuk-buruk kerajaan BN yang ditunjangi oleh Umno semata-mata. Sepanjang tempoh 53 tahun Umno telah berjaya melahirkan ramai pemimpin negara. Tengku Ab Rahman Bapa Kemerdekaan, Tun Ab Razak Bapa Pembangunan, Tun Hussien Onn Bapa Perpaduan, Tun Mahadhir Bapa Pemodenan,Tun Abdullah Badawi Bapa Pembaharuan dan DS Najib Bapa 1 Malaysia.

P/s : Baik Nik Aziz tumpukan masalah air di Kelantan sahaja. Nik Aziz kena faham masalah ketiadaan air bersih juga boleh menjurus kepada perpecahan kaum, sesama islam juga turut berpecah kerana masalah ketiadaan air untok mengerjakan ibadat.

Tuesday, November 23, 2010

PEMIMPIN YANG KOTOR

MENJADI PEMIMPIN DENGAN CARA TIPU DAYA...

Anwar ternyata kalut, masalah Sungai Buloh, masalah Putera Jaya, masalah PKR, masalah dalam Pakatan dan sebagainya. Orang yang menjadi harapan pula seorang demi seorang meninggalkan beliau. Ada juga kenalan yang lama dan rapat yang meninggalkan beliau sekarang pula menjadi penyambut tetamu jika ditakdirkan kunjungan beliau sekali lagi ke Sg Buloh. Satu langkah bijak jika Anwar ke Sg Buloh sedikit sebanyak meringankan bebanan fikiran Anwar yang diluar - Anwar boleh tumpu hukuman dalam penjara sahaja. Anwar terus tersepit - diluar pun berat didalam pun berat. Depan belakang sama sahaja...Kita sebagai rakyat marhean jangan sesekali mengheret masalah pemimpin semacam ini kedalam fikiran kita, keluarga kita,masyarakat kita, agama kita dan seterusnya kepada negara kita Malaysia.

Baca lagi...

Sehari dua ini heboh wujud rakaman Anwar memaki hamun PAS dan DAP seperti mana yang dibangkitkan oleh bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim.Beliau mencabar Aminah Abdullah Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, agar mendedahkan rakaman tersebut.Pisau sendiri pernah membaca transkrip rakaman tersebut seperti mana yang turut didedahkan oleh rakan blogger medan info.Berikut adalah butiran mengenai rakaman yang dimaksudkan oleh Zamil Ibrahim.

Rakaman VCD pendek, memakan masa lima minit dua puluh saat [5;20;00]. Ianya berlaku jam 4.35 petang bertempat di Yayasan Aman, Penanti, Bukit Mertajam pada 8 Januari 2008, sewaktu berlangsungnya Mesyuarat Pembahagian Kerusi Barisan Alternatif [waktu itu belum menang besar, Pembangkang belum lagi menggunakan nama Pakatan Rakyat].Dalam rakaman VCD ini, Anwar Ibrahim telah menghentam, mengutuk pemimpin dan konsep parti PAS dan DAP didepan pemimpin PKR. Begitu emosinya Anwar melabelkan DAP dan PAS sebagai TAMAK,,! BODOH…! SOMBONG…!

Tindakan Anwar ini amat memeranjatkan ramai pemimpin PKR ketika itu kerana sebaik sahaja pemimpin DAP dan PAS hadir, Anwar terus berubah nada dan kata katanya semakin lemah lembut, terserlah “mainan wayang” serta lakonan Penasihat PKR itu…“ Tempat pekan [bahasa utara maksudnya bandar] pun PAS sakan nak kacau..? tempat cantek semua depa nak ambek, tempat bodoh bagi kat kita..? depa saja yang cerdik..! dah dua kali kita bodoh, tak kan nak bodoh lagi kot..? “ [maksudnya dah 2 pilihanraya 1999 & 2004 PAS pilih kawasan yang elok] begitulah kata kata Anwar dalam loghat utara..“ yang hangpa semua dok takut dengan PAS & DAP pasai apa..? Haa..! yang hangpa dok buat kerja serupa mintak sedekah pasai apa..?? Pi bincang laa..” tinggi suara Anwar ketika memarahi pemimpin PKR .“ Rakyat tengok kita yang sebenarnya kuat, bukan depa..!! Isu nasional semua kita, bukannya depa..!! “ tekan Anwar lagi.“ Penang pun dah kalut kita nak kena bincang, DAP Sarawak pun dok kata depa kuat..” demikianlah diantara kata kata Anwar menempelak rakan rakannya dari DAP dan PAS sambil mengajar pemimpin PKR tidak menghormati mereka.Terdapat beberapa lagi kata kata dan "body gesture & facial expression Anwar" dalam VCD tersebut membuktikan beliau tidak pernah jujur mahu bekerjasama dengan DAP & PAS, hanya sekadar mahu memperkudakan mereka untuk mencapai cita cita politikya sahaja..Menurut pemilik VCD ini, kelakuan dan tingkah laku Anwar terus bertukar sebaik sahaja pemimpin pemimpin PAS muncul untuk mesyuarat tersebut.

Memang bercabang sungguh lidah si Anwar ni, pandainya dia bermuka-muka!Menurut sumber, beberapa orang saksi sanggup tampil ke depan untuk mengesahkan kejadian tersebut. Ada dari kalangan mereka masih memegang jawatan didalam PKR.Adakah khawarij PAS akan mengekalkan status sebagai tunggangan pakatan selepas rakaman tersebut didedahkan?Adakah PAS akan mintak cerai talak tiga selepas mendengar maki hamun Anwar?

Thursday, November 18, 2010

NEGERI SAHAJA MEMBANGUN BERSAMA ISLAM TETAPI BERAYA TANPA AIR BERSIH...

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM" - BERAYA TANPA AIR BERSIH

POLITIK KEPERTINGAN DIRI MENGABAIKAN RAKYAT...

Amat menyedihkan bagi sesetengah tempat di Kelantan menyambut perayaan dengan ketiadaan air bersih. Perkara ini bukan baru lagi bahkan sering berlaku dan bertambah buruk terutama ketika menghadapi musim perayaan. Menjelang beberapa hari musim perayaan Hari Raya Kurban pada tahun ini di beberapa kawasan di Jajahan Pasir Puteh mengalami ketiadaan air yang serious . Perkara yang sama juga berlaku bila menjelang perayaan Hari Raya Puasa yang lepas. Kerajaan Pas Kelantan gagal menyelesaikan masalah tersebut biarpun diberi peluang mentadbir Kelantan sudah lebih selama 20 tahun.

Masalah rakyat tetap terabai, Kerajaan Negeri lebih pentingkan politik dan kuasa sana sini dari mengatasi masalah air rakyat walaupun ia merupakan satu keperluan asas dan utama penduduk. Masalah air Kelantan ini sudah terlalu lama, pemimpin dan exco dan MB Nik Aziz ternyata gagal dan ternyata tidak sehaluan dengan moto "Kelantan tempat persinggahan fakir miskin dan sebuah negeri membangun bersama islam"

Sebelum ini Kerajaan Persekutuan telah pun menyediakan dan memberikan peruntukan kepada kerajaan negeri sebanyak RM 600 juta dalam usaha menaik taraf bekalan di negeri Kelantan kepada rakyat Kelantan.

Tuesday, November 16, 2010

Cara sembelih kambing

PAKMIE MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1431 H 2010 - KEPADA SEMUA MAAF ZAHIR BATIN


Melaksanakan Ibadah Korban Di Bawah Bimbingan Rasulullah

1 – Definisi Dan Hukumnya:

Al-Udhiyah: Adalah haiwan ternakan yang disembelih pada hari ‘Idul Adha dan hari-hari TasyriQ dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah Subahanahu wa Ta’ala. Haiwan ternakan yang dibolehkan untuk korban adalah unta, lembu, kambing, atau biri-biri. (Abu Malik Kamal, Ensikolopedi Fiqh Wanita, jil. 2, m/s. 115. Rujuk juga: ash-Shan’ani, Subulus Salam, jil. 3, m/s. 566)

Hukum Berkorban:

Menurut Ibnu Taimiyah:

“Tidak wajib menyembelih korban, melainkan hanya bagi mereka yang mampu.” (Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 23/162-164)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu dia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda:

“Sesiapa yang memiliki keluasan (rezeki) namun dia tidak berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami.” (Hadis Riwayat Ahmad (1/321))

Manakala sebahagian ulama menyatakannya sebagai sunnah sahaja.

Namun, menurut pendapat yang lebih kuat dan tepat (rajih) hukumnya adalah wajib bagi setiap orang Islam yang berdaya (mampu) untuk berkorban. (Ali Hasan al-Halabi, Meneladani Rasulullah Dalam Berhari Raya, m/s. 86)

2 - Waktu Menyembelih Haiwan Korban:

Hari yang disyari’atkan untuk menyembelih haiwan korban adalah pada 10, 11, 12, dan 13 Dzulhijjah. Imam asy-Syafie rahimahullah berkata:

“Waktu menyembelih haiwan korban adalah ketika imam telah selesai solat Aidiladha… Apabila hari-hari Mina telah berlalu (tarikh 11, 12 dan 13 Dzulhijjah), tidak boleh lagi menyembelih korban.” (Imam asy-Syafi’i, Mukhtasar Kitab al-Umm fi al-Fiqh, edisi terjemahan bertajuk Ringkasan Kitab al-Umm, Peringkas dan peneliti Hussain Abdul Hamid Abu Nashir Nail, Pustaka Azzam, Jakarta (2004), jil. 1, m/s. 737)

“Sesiapa yang menyembelih sebelum dia solat (Aidiladha), dia hendaklah mengulanginya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, hadis no. 5561)

“Seluruh hari TasyriQ merupakan waktu untuk penyembelihan (korban).” (Hadis Riwayat Ahmad (4/8). Disahihkan oleh Syu’aib al-Arnauth. Manakala Syaikh Ali Hasan al-Halabi menghasankannya)

Lihat juga perbahasan lainnya berkenaan masa untuk menyembelih di dalam Subulus Salam, susunan imam ash-Shan’ani.

3 – Ciri-ciri Haiwan:

Jenis haiwan: Haiwan ternakan yang berupa Unta, Lembu, Kambing, Kibas, atau biri-biri. (Bidayatul Mujtahid, jil. 2, m/s. 559. Dinukil dari Abu Malik Kamal, Shahih Fiqh Sunnah, jil. 3, m/s. 362)

Had umur: Berdasarkan hadis yang umum, harus mencapai usia Musinnah dan Jadza’ah, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya): “Janganlah kamu menyembelih (haiwan ternak) kecuali setelah mencapai usia musinnah (usia yang cukup bagi unta, lembu, dan kambing). Namun apabila mengalami kesukaran, maka sembelihlah binatang yang telah mencapai usia jadza’ah (usia yang cukup/6 bulan) dari domba (kibas).” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1963)

Oleh kerana tidak ada ketentuan syar’i berkenaan batasan usia, maka terjadilah perbezaan pendapat di kalangan ulama. Akan tetapi pendapat yang paling banyak dipilih dari kalangan mereka (ulama) adalah sebagaimana berikut: Unta 5 tahun (atau lebih), lembu 2 tahun (atau lebih), kambing 1 tahun (tidak kurang darinya), dan kibas (domba) 6 bulan. (Pendapat ini dipilih oleh Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah di dalam kitabnya asy-Syarhul Mumti’, jil. 7, m/s. 460)

Binatang Yang Tidak Boleh Berkorban Dengannya: Yang jelas butanya, Yang jelas sakitnya, jelas cacatnya (tidak boleh berjalan betul), yang tidak bersumsum (yang teramat kurusnya/tidak berlemak), dan yang putus telinganya.

Dari al-Barra’ bin Azib radhiyallahu ‘anhu, katanya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam berdiri di tengah-tengah kami dan bersabda, “Empat haiwan yang tidak boleh dijadikan korban adalah: Yang jelas butanya, yang jelas sakitnya, jelas cacatnya (tidak boleh berjalan betul), dan yang tidak bersumsum (yang teramat kurusnya/tidak berlemak)”.” (Hadis Riwayat Ahmad, dan beliau menghasankannya. Hadis Riwayat at-Tirmidzi, dengan katanya hasan sahih. Rujuk: Imam ash-Shan’ani, Subulus Salam, jil. 3, m/s. 577. Juga disahihkan oleh al-Albani, Shahih Sunan Abi Daud, 2802)

Dari Ali radhiyallahu ‘anhu, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam memerintahkan kami supaya memeriksa mata dan telinganya...” (Hadis Riwayat an-Nasa’i, 7/217)

Bagi Setiap Korban Adalah Bagi dirinya Dan Keluarganya: Diriwayatkan dari Abu Ayyub al-anshari, beliau berkata: “Pada zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam, seseorang berkorban seekor kambing untuk dirinya dan keluarganya. Mereka memakan dan memberi makan orang lain, kemudian manusia berbangga sehingga seperti yang engkau lihat.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no. 1541. Menurut al-Albani, hadis ini Shahih. Lihat juga Imam Malik, al-Muwaththa’, 387 dan Imam ash-Shan’ani, Subulus Salam, jil. 3, m/s. 584)

Menurut Imam ash-Shan’ani: “Seekor kambing boleh untuk satu orang lelaki dan keluarganya sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam. (Imam ash-Shan’ani, Subulus Salam, jil. 3, 584)

Setiap Unta Untuk Sepuluh Orang: Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, “Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam menyebutkan satu unta untuk sepuluh orang.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5543) Juga dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata, “Ketika kami bersama Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam dalam musafir, lalu tibalah hari raya korban, kemudian kami bersepakat untuk membeli seekor unta untuk sepuluh orang dan seekor lembu untuk tujuh orang.” (Hadis Riwayat al-Tirmidzi, no. 907. Menurut al-Albani, hadis ini Shahih)

Manakala sebahagian pendapat yang lain dan lebih masyhur (serta ijma’) adalah seekor unta untuk tujuh orang. Wallahu a’lam.

Setiap Seekor Lembu Untuk Tujuh (bahagian) Orang: “... dan seekor lembu untuk tujuh orang.” (Hadis Riwayat al-Tirmidzi, no. 907. Menurut al-Albani, hadis ini Shahih)

Tidak disyaratkan bahawa tujuh orang yang berkorban dengan satu unta atau lembu adalah orang-orang yang berada dalam satu rumah (atau keluarga). Kerana, para sahabat pun ketika mereka berkorban bersama adalah orang-orang yang berasal dari pelbagai kabilah. (Abu Malik Kamal, Ensiklopedi Fiqh Wanita, jil. 2, m/s. 118)

4 – Penyembelihan Haiwan:

Disunnahkan Untuk Menyembelih Di Musholla: Daripada Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: “Dahulu menjadi kebiasaan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam menyembelih haiwan korban di musholla iaitu kawasan lapang tempat menunaikan solat ‘Ied al-Adha.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5552)

Ini adalah sebagaimana yang telah kita fahami dan ketahui (melaui riwayat-riwayat yang sahih) bahawa solat di Masjid Nabawi adalah lebih baik daripada 1000 kali solat di masjid selainnya (kecuali Masjidil Haram). Namun ternyata walaupun dengan keutamaan sebesar ini, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam tetap memerintahkan para sahabat untuk mendirikan solat Hari Raya di musholla.

Ibnu Qudamah rahimahullah menjelaskan: “Mengerjakan solat Hari Raya di musholla (kawasan lapang) adalah sunnah, kerana dahulu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam keluar ke tanah lapang dan meninggalkan masjidnya (iaitu Masjid Nabawi). Begitulah juga para khulafa’ al-Rasyidin. Dan ini merupakan kesepakatan kaum muslimim. Mereka telah sepakat di setiap zaman dan tempat untuk keluar ke tanah lapang ketika melaksanakan solat Hari Raya.” (Ibnu Qudamah, al-Mughni, jil. 3, ms. 260)

Afdhal Menyembelih Dengan Tangan Sendiri: Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau menjelaskan bahawa, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam pernah memerintahkan dibawa kepadanya seekor kambing kibas bertanduk, yang kaki, perut, dan sekitar matanya berwarna hitam. Maka dibawakanlah haiwan tersebut kepada beliau. Beliau minta dibawakan pisau yang diasah dengan batu. Beliau pun mengambil pisau dan kambing tersebut, lalu membaringkannya dan menyembelihnya dengan berkata (berdoa), “Bismillah, Ya Allah, terimalah (korban ini) dari Muhammad, keluarganya, dan umatnya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1966)

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, katanya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam berkorban dengan dua ekor kambing kibas bertanduk. Beliau mengucapkan “Bismillah” dan bertakbir (بِسْمَ اللهِ وَاللهُ أَكْبَر), lalu beliau meletakkan kaki beliau di atas dahi binatang tersebut. Beliau menyembelihnya dengan tangan beliau sendiri. (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5558)

Disunnahkan supaya Membaringkan Haiwan Korban (Bagi Kambing): “... Beliau pun mengambil pisau dan kambing tersebut, lalu membaringkannya dan menyembelihnya dengan berkata (berdoa), “Bismillah, Ya Allah, terimalah (korban ini) dari Muhammad, keluarganya, dan umatnya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1966)

Berdasarkan hadis ini, menurut Imam ash-Shan’ani:

Hadis ini menjelaskan posisi kambing korban yang direbahkan, sehingga tidak disembelih dalam keadaan berdiri atau duduk. Kerana keadaan tersebut lebih mudah baginya (di mana dengan tangan kanan memegang pisau dan tangan kiri memegang kepala). Dan ini adalah ijma’ (kesepakatan) para ulama. Caranya adalah dengan merebahkan haiwan di atas lambung kirinya.

Disunnahkan juga berdoa supaya diterimanya haiwan sembelihan (ibadah korban yang dilakukan). (ash-Shan’ani, Subulus Salam, jil. 3, m/s. 569)

Menyembelih Dengan Pisau Yang Tajam: Ketika Nabi hendak menyembelih, beliau meminta ‘Aisyah mengambil pisau dan mengasahnya terlebih dahulu. (Rujuk Hadis Riwayat Muslim, no. 1966)

Boleh Mewakilkan Dalam Menyembelih & Menguruskan Haiwan Korban: Dari ‘Ali radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam memerintahkanku untuk menyembelih untanya, dan membahagi-bahagikan kulitnya serta peralatan yang biasa diletakkan di punggung unta.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 1717)

Mengucapkan Bismillah dan Bertakbir: “... Beliau mengucapkan “Bismillah” dan bertakbir (بِسْمَ اللهِ وَاللهُ أَكْبَر), lalu beliau meletakkan kaki beliau di atas dahi binatang tersebut. Beliau menyembelihnya dengan tangan beliau sendiri. (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5558)

5 - Daging Korban Untuk Dimakan, Disedekahkan, Dihadiahkan, dan boleh juga Disimpan:

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Supaya mereka menyaksikan pelbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara (miskin) dan fakir.” (Surah al-Hajj, 22: 28)

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda: “Makanlah, berikanlah (sedekahkanlah) kepada orang lain, dan simpanlah.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1974)

Dari Ali radhiyallahu ‘anhu, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam memerintahkan kepadaku supaya menguruskan korbannya, dan membahagi-bahagikan daging, kulit, dan pakaiannya kepada orang-orang miskin. Dan aku tidak dibenarkan memberi apa pun dari korban tersebut kepada penyembelihnya” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 1716)

Tidak Menjadikan Daging Korban Sebagai Upah Dan Bahan Jual-Beli: Dari ‘Ali radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam memerintahkanku untuk menyembelih untanya, dan membahagi-bahagikan kulitnya serta peralatan yang biasa diletakkan di punggung unta. Beliau juga memerintahkanku supaya tidak memberikan daging tersebut kepada tukang sembelih (atau yang mengurus). Akan tetapi kami memberikan upah kepadanya dengan wang kami sendiri.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 1717) “...Dan aku tidak dibenarkan memberi apa pun dari korban tersebut kepada penyembelihnya” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 1716)

Menurut Ibnu Rusyd, “Ulama bersepakat bahawa menjual daging korban adalah dilarang. Mereka berselisih pendapat dalam masalah kulit dan rambut yang boleh dimanfaatkan. Majoriti ulama menyatakan bahawa perkara tersebut tidak dibolehkan (untuk dujual beli). (ash-Shan’ani, Subulus Salam, jil. 3, m/s. 582)

6 – Tidak Memotong Kuku Dan Rambut Bagi Yang Hendak Berkorban:

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda: “Jika telah masuk sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah dan ada di antara kamu semua yang ingin berkorban, maka janganlah memotong rambut dan kukunya walau sedikit.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1977)

Menurut Imam al-Nawawi rahimahullah:

”Yang dimaksudkan dengan larangan memotong kuku dan rambut adalah larangan menghilangkan kuku dengan memotong, mencabut atau dengan cara lain (secara sengaja). Termasuk juga larangan menghilangkan rambut sama ada dengan mencukur, memendek, mencabut, membakar, menggunakan sesuatu untuk menghilangkan rambut dan apa juga cara sama ada pada bulu ketiak, misai, bulu ari-ari, rambut atau bulu-bulu lain di bahagain anggota badan yang lain.” (Imam an-Nawawi, Syarh Muslim, jil. 13, m/s. 138-139)

Manakala sekiranya dia melakukan perkara tersebut (memotong kuku atau rambut), Ibnu Qudamah rahimahullah menjelaskan:

“Sesiapa yang melanggar larangan ini (mengunting rambut dan memotong kuku pent.), hendaklah dia memohon keampunan dari Allah dan tidak ada fidyah baginya, sama ada disengajakan atau pun terlupa”. (Ibnu Qudamah, al-Mughni, jil. 11, m/s. 96)



“تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ”
“Semoga Amalan Kami & Anda Diterima”

Monday, November 15, 2010

ZAID KELUAR PKR...

TINDAKAN ZAID JAWABAN KEPADA KEMUNGKARAN ANWAR DAN NIK AZIZ

Nasib baik PKR tiada sumpah bai'ah seperti Pas kalau tidak parah Zaid dibuli oleh Nik Aziz dan gengnya. Namun Zaid sekarang bukan sahaja dikecam oleh geng Anwar dalam PKR Zaid juga tidak akan lepas dari kecaman geng Nik Aziz dalam Pas dan geng Karpal dalam DAP.Amat malang lagi jika Nik Aziz memberi ulasan terhadap tindakan Zaid keluar dari PKR tersebut. Seperti kita tahu apa Nik Aziz akan kata jika tidak menyokong pakatan mereka. Nik Aziz menuduh ahli Umno sebagai kafir apa pula Nik Aziz akan kata terhadap Zaid dengan tindakan tersebut? Kita juga tahu ketika PRK Hulu Selangor lepas Nik Aziz memberi sokongan kepada Zaid habis-habisan bila blogger pro kerajaan membuka pekong Zaid. Nik Aziz juga tidak mengindahkan larangan Sultan Selangor dalam penggunaan masjid dengan tujuan politik di Selangor. Anwar dan Azmin kata Zaid pengkianat kita dengar pula apa kata Nurul, Kak Wan, Karpal dan lebih-lebih lagi Nik Aziz diatas tindakan Zaid keluar dari PKR tersebut. Pakmie malas nak ulas panjang-panjang, kalau bersama Umno Nik Aziz kata tidak mengikut islam sebenar, Zaid keluar Umno masuk PKR lalu disanjung tinggi oleh Nik Aziz sebab bersama menentang Umno menjaminkan masuk syurga kata Nik Aziz namun sekarang Zaid keluar pula PKR... kalau Zaid masuk DAP tidak apa islam Zaid selamat lagi. Kalau Zaid masuk Umno semula atau tubuh parti baru tidak bersama Pakatan bagaimana pula dengan islam Zaid pada tanggapan Nik Aziz?...Semua ini ada hikmahnya Allah tunjukkan kepada kita bahawa kejahatan terhadap seorang islam mengkafirkan islam yang lain semata-mata mahu kepada pengaruh dan kuasa.

KUALA LUMPUR 15 Nov. Datuk Zaid Ibrahim akhirnya keluar Parti Keadilan Rakyat, PKR sebagaimana telah dijangkakan ramai sebelum ini seminggu selepas mengumumkan beliau menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden Isnin lalu beliau mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden atas alasan diselubungi kepincangan dan kecacatan Malah ketika itu beliau juga mengumumkan akan melepaskan kesemua jawatan dalam parti dan hari ini memutuskan untuk meninggalkan PKR.

Saya tahu hari saya dalam parti PKR sudah dihitung kerana pemimpin-pemimpinnya secara terus-menerus menyerang saya, kata Zaid yang menyertai PKR 18 bulan yang lalu Kata Zaid beliau mengambil keputusan keluar PKR kerana mahu memutuskan hubungan dengan pembohong dan penipu. Minggu lalu Zaid turut meminta Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pesaing jawatan timbalan presiden Azmin Ali agar meninggalkan PKR atas alasan mereka punca kepada segala masalah dalam parti komponen Pakatan Rakyat itu Zaid penyelaras Pakatan Rakyat menyertai PKR pertengahan Jun 2009 selepas dipecat oleh Umno beberapa bulan sebelum itu di mana beliau juga kritikal dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak Kelmarin Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Umno tidak akan menerima beliau kembali Dalam temu bual dengan The Star edisi hari ini Zaid berkata, saya tidak jelek dengan parti tetapi jelek dengan pemimpin-pemimpin yang sakit dalam parti.

Zaid mengambil keputusan ini ketika tinggal sebulan lagi Pakatan Rakyat dijadual mengadakan konvensyen kedua mereka di Pulau Pinang Malah kata Zaid beliau diserang bertubi-tubi hanya kerana meminta agar diadakan pemilihan yang bersih dan adil Zaid yang berada dalam Umno selama 23 tahun sebelum ini merupakan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan dan anggota Biro Politiknya Pada April lalu beliau bertanding di pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Friday, November 12, 2010

ZAID DESAK ANWAR...ANWAR DESAK NIK AZIZ?



MENYOKONG PAKATAN- MELEMAHKAN KUASA MELAYU DAN ISLAM BAGAIMANA PULA DENGAN PARTI KEADILAN BARU ZAID?
Didalam pakatan pembangkang ada sebuah parti yang secara terangan tidak mahu kepada islam lebih-lebih lagi kepada pentadbiran islam di negara ini. Diawal penubuhan DAP lagi ia consisten tidak mahu kepada islam. Mereka bukan setakat tidak mahu kepada islam DAP juga sentiasa mencari jalan supaya islam terhapus, sasaran utama mereka adalah mahu melenyapkan Umno sekaligus meranapkan kuasa melayu dan islam di negara ini . DAP sudah menyedari hakikatnya melayu tidak akan lemah dan terhapus jika ia tidak menggunakan melayu itu sendiri bersama mereka. DAP merealisasikan dan telah terbukti dalam pilihan raya PRU12 yang lalu DAP menang begitu banyak kerusi berbeza dengan sebelumnya kerusi yang tidak pernah mereka menangi lebih-lebih lagi kawasan majoriti melayu. Sebelum ini DAP hanya sebuah parti pelengkap kepada kaum cina. Wawasan dan perjuangan sebenar kaum tersebut diserahkan kepada MCA dan gerakan dalam komponen BN.

Siapa yang mengangkat dan memberi kuasa kepada DAP sebegitu rupa? sudah tentulah orang-orang melayu yang memberi undi. DAP sekarang tidak DAP seperti sebelum PRU12. Sekarang mereka sudah menjadi kuat sekaligus penentu dasar dalam pakatan mereka PKR dan Pas. Kalau dalam BN tunjang kekuatan adalah Umno manakala dalam pakatan tunjang kekuatan adalah DAP. Penambahan kerusi DAP yang tidak pernah berlaku dalam sejarah politik negara dari dahulu hinggalah sekarang. DAP, Pas dan PKR dalam pakatan mereka DAP mengatasi majoriti Anwar sebagai ketua pembangkang itu adalah merupakan strategi DAP bagi mengkaburkan orang melayu dalam PKR dan Pas. Kalau dahulu pas merupakan parti dominan orang melayu bertindak sebagai pembangkang tetapi kini pas merupakan sebuah parti yang telah dicabul kehormatannya. Sudah serah segalanya perjuangan islam entah ke demi sayangnya kepada DAP semata-mata dendam, rakus pada kuasa dan cita-cita kepertingan pribadi.

SEJARAH RINGKAS DAN CITA-CITA DAP YANG MEMBUATKAN PAS DAN PKR TERNODA...

1. Deklarasi Setapak pada 29 Julai 1967 di Majlis Jamuan Makan Malam Tahunan Pertama DAP, telah menggariskan beberapa perkara yang antaranya; bermatlamat mengembangkan ideologi negara yang bebas, berkehendakkan demokrasi berfahaman sosialis berdasarkan prinsip sama rata antara kaum, menuntut kesaksamaan sosial ekonomi antara kaum, serta mendesak Universiti Merdeka diiktiraf sebagai universiti kaum Cina.

2. Oktober 1967, DAP menjadi satu-satunya parti dari Malaysia yang menganggotai Socialist International (SI) yakni sebuah pertubuhan yang memperjuangkan sosialisme/komunisme/liberalisme/zionisme/sekularisme etc. dan salah seorang yang pernah menjadi naib presiden SI ialah Ehud Baraq, mantan PM Israel. Antara associated organisations yang terlibat secara langsung dengan SI ialah World Labour Zionist Movement (WLZM). Beberapa agenda sulit SI yang dikenalpasti antaranya adalah untuk mengembangkan Christianity ke serata dunia, yang sangat bertepatan dengan ideologi DAP kerana anggota DAP sendiri terdiri daripada ramai penganut Kristian. Seandainya dikaji dengan lebih mendalam sejarah penyertaan DAP dalam Socialist International, pasti anda akan memahami 'rahsia' kejayaan DAP memenangi banyak kerusi Parlimen di PRU-4, sehingga tercetusnya tragedi 13 Mei 1969.

3. 18 Oktober 1990, Karpal Singh mengatakan dengan lantang, "Jika mahu wujudkan negara Islam...langkah mayat saya dulu!"

4. 5 Mei 2008, Karpal Singh mempertikaikan kuasa Sultan Azlan Shah selaku Ketua Agama Islam Negeri yang memindahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak.


5. Pada tahun 2008 juga, Teresa Kok meraikan kemenangan DAP dalam PRU-12 dengan memanggang 5 ekor babi sebagai simbolik orang Cina dalam Pakatan Pembangkang berjaya menguasai 5 negeri dengan PAS & PKR sentiasa berada di bawah telunjuk mereka. Sebab itulah agaknya ada ahli parlimen PAS yang menyokong pelajar membawa bekal babi ke sekolah.

6. Teresa Kok turut menuntut papan tanda jalan yang bertulisan Jawi di sekitar Kuala Lumpur & Selangor ditukarkan ke bahasa Mandarin; selain menuntut agar azan di setiap surau dan masjid dalam negeri Selangor diperlahankan.

7. Ronnie Liu mengarahkan semua arak yang dirampas atas 'usaha' Hassan Ali dalam kawasan majoriti penduduk Islam di Selangor, supaya dikembalikan semula kepada penjual/peruncit.

8. Tanah wakaf orang Islam seluas 4 ekar di Kampung Kebun Bunga, Selangor telah didirikan Dewan Perhimpunan Orang Ramai, Persatuan Perkuburan Cina. Sebelum itu, BN yang mentadbir Selangor telah berusaha untuk memindahkan dewan tersebut ke kawasan lain. Tetapi apabila Pakatan Pembangkang mengambil alih pemerintahan Selangor pada 2008, usul pemindahan dewan oleh BN sebelumnya telah ditolak DAP dengan sokongan Khalid selaku Menteri Besar Selangor.

9. 16 Mei 2008, Exco Kerajaan Negeri dari DAP telah mengarahkan 130 unit lot perumahan bumiputera di Perak agar dijual ke pasaran terbuka dengan nilai hartanah bumiputra itu hampir RM5 juta.

10. Semasa Pakatan memerintah Perak, borang permohonan tanah di Pejabat Tanah di arah cetak dalam bahasa mandarin dan tamil, kononnya untuk memudahkan kefahaman kepada kaum bukan Melayu. Hakikatnya, mereka berhasrat untuk mengambil tanah milik Melayu secara senyap tanpa disedari orang Melayu yang pasti tidak faham akan kandungan borang yang dicetak menggunakan kedua bahasa tersebut.

11. Lim Guan Eng pernah menyarankan agar jawatan Tuan Yang Terutama (TYT) serta Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang digantikan dengan kaum Cina.

12. Lim Guan Eng adalah seorang penakut dan cepat menggelabah apabila ditekan atau disergah. Itulah ciri seorang 'khalifah' yang sangat diagongkan para juak PAS.

13. DAP menaruh harapan untuk menguasai negara ini di PRU-13. DAP sanggup melakukan apa saja demi merealisasikan impian kerana beranggapan sekiranya mereka gagal dalam misi menguasai Malaysia di PRU-13, maka cita-cita mereka mungkin akan terkubur selamanya.

14. DAP hari ini memiliki 29 Kerusi Parlimen di Dewan Rakyat yang menjadikannya parti dominan dalam Pakatan Pembangkang berbanding PKR (26) dan PAS (23). Strategi DAP di PRU-13 adalah meletakkan calon Melayu bagi mewakili parti mereka, maka tidak mustahil DAP akan terus kekal menjadi PARTI DOMINAN PAKATAN selepas PRU-13 kelak.

15. Menyokong Nik Aziz, Bro Anwar Bin Ibrahim, Husam Musa, Azmin Ali dan PKR, BERERTI anda rela diperalatkan demi memenuhi impian DAP menguasai Persekutuan Malaysia.

16. Apakah pilihan anda menjelang PRU13? adakah anda setuju dengan jurunikah Anwar bersaksikan Nik Aziz Pas bersama DAP?

Paneh Miang

KERANA POLITIK NIK AZIZ SANGGUP PERMAINKAN ISLAM

HINA NABI?

Wednesday, November 10, 2010

KEMPEN SELAMATKAN AIDC-BLOG

I LOVE AIDC-MISI PERJUANGAN TEPAT BERMAKLUMAT TERKINI DALAM DAN LUAR NEGARA

Tuesday, November 9, 2010

ZAID IBRAHIM DAN MOHD NOR DERIS APA PERBEZAANNYA?




KALAU ZAID UNTOK RAKYAT MOHD NOR DERIS PULA UNTOK BANGSA DAN JUGA ISLAM...

Kedua-duanya adalah pemimpin politik dinegara ini. Zaid sekian lama bersama Umno dan pernah bersama kabinet Tun Abdullah PM suatu ketika dahulu bertindak agresif keluar dari Umno kerana tertarik dengan PKR yang pengasasnya Anwar. Kerana budi beliau Zaid di calonkan bertanding di PRK Hulu Selangor yang tewas kepada BN dan juga diberi jawatan pengerusi PKR wilayah Pesekutuan. berbeza dengan Mohd Nor Deris yang sekian lama bersama pas yang juga merupakan rakan akrab Nik Aziz suatu ketika dahulu dan keluar dari parti itu menyertai Umno setelah sedar perjuangan Umno adalah sebenar -benar perjuangan untok bangsa melayu dan juga islam.

Zaid berminat dengan PKR kerana asas perjuangan PKR yang kononnya lebih baik dari sebuah parti yang sudah pun lebih 6o tahun mentadbir negara ini, PKR hanya sebuah parti yang baru ditubuhkan 2tahun yang tidak pernah teruji. PKR bersama pas dan DAP membentuk pakatan pembangkang yang bercita-cita mahu merampas kerajaan dari BN. Zaid merupakan musuh ketat Pas di Kelantan semasa dalam Umno, beliau juga yang membawa hukum hudud ciptaan pas Kelantan ke mahkamah.

Ketika bertanding menentang BN di Hulu Selangor suatu ketika dahulu Zaid dijunjung dan ditantang sebegitu sekali oleh PKR dan Pas. Masa itu seolah-olah Umno(BN) berdepan dengan pas bukan dengan Zaid dalam isu-isu yang dibangkitkan. Nik Aziz sanggup membelakangi Sultan Selangor dalam soal penggunaan masjid yang bertujuan untok ceramah dan majlis-majlis politik.

Zaid menganggap PKR macam Umno boleh dikeritik dan ditegur. Anuar dan Azmin tidak mahu kepada pemimpin bersikap sedemikian, Zaid lupa PKR merupakan sebuah parti kekeluargaan . Zaid kian tersisih dalam PKR setelah mencadangkan ketua umum parti itu, Anwar Ibrahim dan naib presidennya, Azmin Ali supaya berundur kerana mereka berdua punca segala masalah dalam PKR. Tindakan Zaid melepaskan semua jawatan dalam PKR lebih menyukai Anuar dan Azmin Ali. Zaid tiada pilihan menyertai mana-mana parti lagi selepas ini kecuali menyertai DAP atau menubuh parti baru.

Mohd Nor Deris juga dikecam sebaliknya bukan Umno tetapi oleh penyokong fanatik Nik Aziz kerana menggesa Nik Aziz(Pas) keluar dari pakatan bersama DAP. Sehingga hari ini Nik Aziz terus terdiam dan tidak mampu menjawab pertanyaan tersebut. Pas berjuang untok islam bila masa pula DAP mahukan kepada negara islam, dimana islamnya perjuangan pas? Ternyata Nik Aziz gagal untuk menafikan bahawa pakatan PAS dengan DAP membawa kepada perpecahan Islam. Sesama Islam dikafirkan, Karpal Singh, Kit Siang dan Guan Eng, PAS senang berkawan kalau dengan DS Najib dan pemimpin Umno lain sampai boleh doa supaya pecah perut. Nik Aziz mahu penyatuan dalam pakatan sahaja sesama islam dalam Umno Nik Aziz tidak mahu sebaliknya menghukum orang yang tidak bersama mereka tidak islam.

Orang Umno tidak mengecam Zaid sebegitu rupa tidak seperti orang pas mengecam Mohd Nor Deris. Pakatan Zaid bersama PKR dan pembangkang lain boleh melemahkan bangsa melayu dan juga islam. Jika pembangkang dapat mentadbir negara ini bukannya orang melayu yang berkuasa sebaliknya orang melayu akan menjadi anjing-anjing kepada DAP. Pertanyaan Mohd Nor Deris kepada Nik Aziz itu tepat sekali tidak timbul soal kurang ajar sebab "mencarut dan samseng" adalah juga ajaran Nik Aziz.

Pertelingkahan Zaid dalam PKR tidak memberi kesan apa-apa sekadar membuka pekong pribadi Anwar sahaja tidak merugikan islam dan juga bangsa melayu tetapi kecaman Nik Aziz dan penyokongnya terhadap Mohd Nor Deris belainan dari kecaman Anwar dan Azmin Ali terhadap Zaid Ibrahim.

Monday, November 8, 2010

PEMBANGKANG : ERA MELAYU PERBODOHKAN MELAYU KEARAH PRU 13...

ZAID IBRAHIM CERDIK ATAU... ?

Bertapa bodohnya melayu yang tiada kepertingan tetapi tetap memilih menyokong usaha pembangkang menjatuhkan kerajaan UmnoBN di negara ini. Pemimpin melayu pembangkang di negara ini telah bersepakat dengan memilih jalan penting pada diri sendiri biarpun bangsa dan agamanya tergadai selagi memberi untong kepada mereka jika tidak mereka juga sanggup keluar dari pembangkang tengok sekarang apa sudah jadi kepada Zaid Ibrahim sanggup tiba2 keluar dari PKR yang beliau sanjung dan melepas semua jawatan.Mereka ini tidak bodoh, kita rakyat biasa yang "bodoh dan bangai"menyokong membabi buta usaha mereka yang entah kemana. Jika berlaku apa-apa kemusnahan keatas bangsa dan agama dimasa hadapan bagi mereka tidaklah ada kesan sangat mereka juga tetap hidup dalam kemewahan sebab mereka sudah terdiri daripada golongan orang kaya raya. Bertapa bodohnya melayu yang tidak berkepentingan menyokong usaha pemimpin melayu pembangkang yang tamak kuasa ini.

JIka pembangkang dapat berkuasa di negara ini melayu akan hilang kuasa. Ada dikalangan pemimpin melayu dalam PKR dan pas akan diberi kuasa tetapi yang berkuasa sepenuhnya adalah DAP. Isyarat sudah ada di negeri-negeri dibawah pembangkang sekarang seperti Perak, Selangor dan Pulau Pinang jika ada pemimpin melayu pun sebagai boneka semata-mata.

Perdana Menteri kerajaan puast dikalangan PKR atau Pas, timbalannya sudah tentu DAP. Perpaduan melayu kini sukar dicapai sebab dikalangan pemimpin melayu sendiri ada yang tidak suka kepada melayu. Nik Aziz tidak berbangga kepada bangsanya sendiri, beliau memandang remeh sebab itu bangsa lain hilang rasa hormat kepada bangsa melayu dan juga islam. Kearah penyatuan melayu dan islam tetap pudar selagi sikap pemimpin melayu dalam pembangkang lebih mementingkan kepertingan diri daripada agama dan bangsanya sendiri bahkan Nik Aziz tidak berbangga pun menjadi melayu.

Pas sekarang sudah jauh tersimpang daripada perjuangan asal mereka. Pemimpin pas tidak pandang lagi kepada bangsa dan islam mereka lebih kepada mahu membela bangsa lain sebab itu mereka lebih memilih bersama DAP walaupun DAP terangan tidak suka kepada melayu dan negara islam.

Lebih dari itu Nik Aziz sanggup mengkafirkan sesama islam lain, mencarut juga menghalalkan wanita tidak islam masuk perkarangan masjid dan madrasah sedangkan wanita islam sendiri diharamkan masuk masjid dan madrasah jika berhadas besar. Ada juga usaha-usaha dari kerajaan atau ulama yang tidak berparti memperbetulkan keadaan ini tetapi gagal sebaliknya dilabel dengan tuduhan macam-macam.

Apa yang kita harapkan sama-samalah kita berdoa supaya pemimpin sedemikian kembali sedar diatas ketelanjurannya demi penyatuan umat melayu dan islam di negara ini. PRU 13 semakin hampir, ianya begitu penting kerana penentuan masa depan nasib melayu dan juga islam. Anak-anak bangsa yang tidak memihak mana-mana parti dan tidak mengundi jangan kita korbankan masa depan mereka. Dalam keadaan melayu terumbang ambing sebaliknya bangsa bukan melayu semakin mantap penyatuan mereka demi survival bangsa mereka tetapi tidak pada orang melayu.

Sunday, November 7, 2010

'BEKAS RAKAN SATU PARTI' DI ANCAM...


BERSABIT DENGAN MAHU PENJELASAN PAS BERSAMA DAP DAN MENGKAFIRKAN UMNO

KOTA BHARU 6 Nov. - Bekas Pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya, Mohd. Nor Deris hari ini membuat laporan polis selepas menerima ugutan dalam laman sosial Facebook dan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) ekoran tersiarnya rakaman video pertengkaran beliau dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Internet baru-baru ini.

Mohd. Nor membuat laporan itu di Balai Polis Nilam Puri kira-kira pukul 3.30 petang kerana bimbang dengan keselamatan diri dan keluarganya serta berharap pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas mereka yang membuat ugutan tersebut.

Beliau berkata, ancaman itu jelas menunjukkan Pas mengamalkan budaya samseng sedangkan ia amat bertentangan dengan ajaran Islam.

"Ini (ugutan) menunjukkan budaya Pas ala samseng, Islam di mana? Perangai samseng, Nik Aziz sendiri pun pernah terjemah Allah pun samseng, ini contoh yang diberikan oleh pemimpin Pas kepada ahli-ahlinya.

"Saya tidak buat apa-apa pun pada Nik Aziz, saya cuma mahu dia jelaskan kenapa bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), jadi kenapa ancam keselamatan saya," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan pertemuan secara kebetulan bekas 'rakan satu parti' itu meledakkan segala kemarahan yang sekian lama terpendam.

Ia bermula apabila kedua-dua ulama itu bertembung semasa menziarahi rumah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Omar Mohamad ketika kempen pilihan raya kecil DUN itu beberapa hari lalu.

Rakaman video pertikaman lidah hampir empat minit di rumah Omar itu berkisar mengenai rasa tidak puas hati Mohd. Nor terhadap tindakan Pas bekerjasama dengan DAP dan mengkafirkan UMNO, telah tersebar luas melalui laman sosial Facebook dan Youtube.

Sementara itu, Mohd. Nor yang juga bekas Ahli Dewan Ulama Pas berkata, perjuangan Pas telah berubah berbanding asas penubuhannya yang mencari keredaan Allah kepada perjuangan untuk kemenangan pada pilihan raya.

Perjuangan Pas sekarang hanya mengejar pangkat dan harta, bertopengkan Islam, berkubukan demokrasi supaya mencapai hasrat nafsunya dan sanggup melakukan apa sahaja walaupun bercanggah dengan ajaran Islam," katanya.

Disebabkan itu, jelasnya, pakatan Pas dengan mana-mana parti tidak kekal lama kerana ia hanya mahu mencapai kemenangan dalam pilihan raya dan bukannya menegakkan Islam berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang UMNO menjadi tunjang dan wujud perjanjian seperti Piagam Madinah.

"MCA dan MIC sudah buat perjanjian dengan UMNO iaitu menerusi kontrak sosial, malah UMNO menjadi pemimpin dalam pakatan itu dari dulu sehingga sekarang. Tidak seperti pakatan pembangkang yang tidak tahu siapa ketuanya tetapi Pas lebih banyak ikut cakap DAP," katanya.

Utusan on-line

Thursday, November 4, 2010

KEKALAHAN GALAS TAMPARAN HEBAT BUAT NIK AZIZ



KALAH GALAS... PEMIMPIN PAS KELANTAN PATUT DESAK NIK AZIZ LETAK JAWATAN!

Walaupun PAS kalah diGalas ianya tidak boleh merubah pentadbiran kerajaan Kelantan yang buat masa ini didominasi oleh PAS, tetapi ia menjadi tamparan hebat buat Nik Aziz sendiri selaku MB yang sudah menjangkau lebih 20 tahun. Sebab itulah Nik Aziz berusaha memastikan kemenangan, yang menjadikan Pilihanraya kecil di Galas kali ini berbeza dan menarik, tidak pernah sebelumnya berlaku peristiwa menabur wang ringgit secara terbuka oleh pihak PAS dalam usaha memastikan kemenangan yang amat berbeza dari sebelumnya.

Dikalangan PAS sendiri yang melihat kejatuhan PAS di Galas ini menggambarkan kelemahan ketara pimpinan Nik Aziz. Nik Aziz sendiri sepatutnya bertanggongjawab dengan kekalahan ini sekaligus meletak jawatan MB. Perjuangan sebenar pas sudah tersasar jauh golongan melayu semakin merosot golongan kaum Cina pula sudah cuba menjauhi PKR yang diterajui oleh Anwar Ibrahim. Dari keputusan kedua2 PRK Bt Sapi yang majoritinya Cina dan di Galas yang majoritinya melayu mengesahkan perkara ini. Logiknya, jika di negeri yang diperintah selama 20 tahun dan DUN yang sudah dimenangi oleh pas sokongan pun sudah jauh merosot, apa lagi yang di luar Kelantan? Inilah yang pemimpin pas patut nasihat kepada Nik Aziz supaya letak segala jawatan secara terhormat dalam parti dan MB tidak payahlah berdolak dalih lagi menyalahi orang lain dengan kekalahan tersebut. Nik Aziz akan tetap menyalahi orang lain jika kalah, anda tidak percaya? sama-samalah kita saksikan nanti....


BATU SAPI BN MENANG GALAS TIDAK RASMI BN MENANG

RASMI BATU SAPI JAM 8.00 MALAM DAN GALAS JAM 9.00 MALAM INI

PRK GALAS

7.09pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 3,258 undi manakala PAS memperolehi 2,348 undi. Majoriti 910 undi.

PRK BATU SAPI

Linda Tsen (BN-PBS) -5,051
Yong Teck Lee (SAPP) - 1,018
Ansari Abdullah (PKR) - 1,709
Undi rosak votes - 420
Majoriti -3,342

(Jumlah keluar mengundi:15,774)

PRK GALAS : DI HARI PENGUNDIAN


GUA MUSANG, 4 Nov – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan kesal dengan provokasi melampau jentera dan penyokong Pas hingga menimbulkan kekecohan di pusat pembuangan undi pada hari pengundian pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di sini, pagi tadi.

Malah kata beliau tindakan agresif penyokong terbabit juga telah membuatkan ramai pengundi khuatir dan takut untuk keluar mengundi.

“Ini taktik kotor yang biasa mereka buat di mana-mana pilihanraya kecil”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Justeru beliau meminta agar petugas Barisan Nasional (BN) tidak menghiraukan provokasi pihak lawan sebaliknya terus mengenalpasti pengundi yang belum keluar mengundi dan membawa ke pusat pembuangan undi.

Jelasnya peratusan keluar mengundi yang tinggi akan mencerahkan lagi peluang BN untuk merampas semula DUN Galas. -MediaUMNO

Wednesday, November 3, 2010

PRK GALAS : SEBELUM MEMBUANG UNDI ESOK DENGAR DULU VIDEO INI...

Siapa Nik ajis sebenarnya 2

Siapa Nik ajis sebenarnya 3

PRK GALAS : KAFIR HARBI MENUDUH AHLI UMNO KAFIR

SEMUANYA KERANA MAHU MENANG PILIHAN RAYA...

Kerana politik sampai amalan baik yang dikerjakan pun tidak diterima oleh Allah SWT.Bahkan dalam erti kata lain kerana politik sampai sanggup masuk neraka. Ada sesetengah masyarakat islam yang cetek agama asalkan politik mereka berpehak dan menyokong pas sudah membolehkan mereka masuk syurga tanpa mengerjakan ibadat lain. Itulah antara penyebabnya dalam mencari pengaruh politik, kita menggunakan sewenang2nya agama untok kepertingan tertentu bagi mendapatkan pengaroh undi.Fatwa-fatwa dan hukum islam dikeluarkan mengikut masa dan selera tersendiri.Nik Aziz menuduh Umno tidak islam sebenar, plastik dan macam2 perumpamaan diberi. Kini kerja kafir mengkafir terhadap Umno bukan lagi dikalangan pas sahaja bahkan golongan kafir harbi (DAP) dalam pakatan mereka pun sudah turut mengkafirkan ahli-ahli Umno.

Pemuda UMNO Putrajaya hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menuduh ahli UMNO kafir ketika berceramah pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian ini, Mohd. Hisamudin Yahaya berkata, laporan tersebut dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat Kit Siang mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 di bawah Seksyen 4A(1) iaitu mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan.

Menurutnya, perbuatan Kit Siang itu jelas menunjukkan sikapnya yang tidak menghormati perasaan orang Melayu beragama Islam yang merupakan ahli-ahli UMNO.

“Sebagai seorang pemimpin politik berpengalaman dan sering membangkitkan soal keharmonian, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kata-kata seperti itu sehingga mencetuskan rasa tidak senang di kalangan ahli UMNO,” katanya .

Hisamudin menambah, kenyataan Kit Siang dilihat begitu melampau dan seolah-olah mendapat restu daripada pihak lain di dalam pakatan pembangkang.

“Tindakan itu sangat tidak bertanggungjawab kerana sengaja menimbulkan provokasi dan membelakangkan Perlembagaan yang termaktub bahawa bangsa lain tidak boleh mencampuri urusan pegangan agama bangsa lain,” katanya.

Pendedahan mengenai perkara itu dibuat Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang mendakwa perbuatan Kit Siang itu berlaku di hadapan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berceramah di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah, Gua Musang.

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..