Followers

Monday, November 15, 2010

ZAID KELUAR PKR...

TINDAKAN ZAID JAWABAN KEPADA KEMUNGKARAN ANWAR DAN NIK AZIZ

Nasib baik PKR tiada sumpah bai'ah seperti Pas kalau tidak parah Zaid dibuli oleh Nik Aziz dan gengnya. Namun Zaid sekarang bukan sahaja dikecam oleh geng Anwar dalam PKR Zaid juga tidak akan lepas dari kecaman geng Nik Aziz dalam Pas dan geng Karpal dalam DAP.Amat malang lagi jika Nik Aziz memberi ulasan terhadap tindakan Zaid keluar dari PKR tersebut. Seperti kita tahu apa Nik Aziz akan kata jika tidak menyokong pakatan mereka. Nik Aziz menuduh ahli Umno sebagai kafir apa pula Nik Aziz akan kata terhadap Zaid dengan tindakan tersebut? Kita juga tahu ketika PRK Hulu Selangor lepas Nik Aziz memberi sokongan kepada Zaid habis-habisan bila blogger pro kerajaan membuka pekong Zaid. Nik Aziz juga tidak mengindahkan larangan Sultan Selangor dalam penggunaan masjid dengan tujuan politik di Selangor. Anwar dan Azmin kata Zaid pengkianat kita dengar pula apa kata Nurul, Kak Wan, Karpal dan lebih-lebih lagi Nik Aziz diatas tindakan Zaid keluar dari PKR tersebut. Pakmie malas nak ulas panjang-panjang, kalau bersama Umno Nik Aziz kata tidak mengikut islam sebenar, Zaid keluar Umno masuk PKR lalu disanjung tinggi oleh Nik Aziz sebab bersama menentang Umno menjaminkan masuk syurga kata Nik Aziz namun sekarang Zaid keluar pula PKR... kalau Zaid masuk DAP tidak apa islam Zaid selamat lagi. Kalau Zaid masuk Umno semula atau tubuh parti baru tidak bersama Pakatan bagaimana pula dengan islam Zaid pada tanggapan Nik Aziz?...Semua ini ada hikmahnya Allah tunjukkan kepada kita bahawa kejahatan terhadap seorang islam mengkafirkan islam yang lain semata-mata mahu kepada pengaruh dan kuasa.

KUALA LUMPUR 15 Nov. Datuk Zaid Ibrahim akhirnya keluar Parti Keadilan Rakyat, PKR sebagaimana telah dijangkakan ramai sebelum ini seminggu selepas mengumumkan beliau menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden Isnin lalu beliau mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden atas alasan diselubungi kepincangan dan kecacatan Malah ketika itu beliau juga mengumumkan akan melepaskan kesemua jawatan dalam parti dan hari ini memutuskan untuk meninggalkan PKR.

Saya tahu hari saya dalam parti PKR sudah dihitung kerana pemimpin-pemimpinnya secara terus-menerus menyerang saya, kata Zaid yang menyertai PKR 18 bulan yang lalu Kata Zaid beliau mengambil keputusan keluar PKR kerana mahu memutuskan hubungan dengan pembohong dan penipu. Minggu lalu Zaid turut meminta Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pesaing jawatan timbalan presiden Azmin Ali agar meninggalkan PKR atas alasan mereka punca kepada segala masalah dalam parti komponen Pakatan Rakyat itu Zaid penyelaras Pakatan Rakyat menyertai PKR pertengahan Jun 2009 selepas dipecat oleh Umno beberapa bulan sebelum itu di mana beliau juga kritikal dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak Kelmarin Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Umno tidak akan menerima beliau kembali Dalam temu bual dengan The Star edisi hari ini Zaid berkata, saya tidak jelek dengan parti tetapi jelek dengan pemimpin-pemimpin yang sakit dalam parti.

Zaid mengambil keputusan ini ketika tinggal sebulan lagi Pakatan Rakyat dijadual mengadakan konvensyen kedua mereka di Pulau Pinang Malah kata Zaid beliau diserang bertubi-tubi hanya kerana meminta agar diadakan pemilihan yang bersih dan adil Zaid yang berada dalam Umno selama 23 tahun sebelum ini merupakan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan dan anggota Biro Politiknya Pada April lalu beliau bertanding di pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

4 comments:

Bingai @ Bangang said...

Kalau Zaid masuk PAS nanti Nicky kata Zaid dah TOBAT NASUTION!

Aku Yang Bingai
Tendang Terajang: Zaid Kene Kencing Tikus?

PaKMie said...

Salam...

Hehe nakal jugak ko ni apa pun slmt berjuang...

PaKMie said...

Salam...

Hehe nakal jugak ko ni apa pun slmt berjuang...

PaKMie said...

Salam...

Hehe nakal jugak ko ni apa pun slmt berjuang...

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..