Followers

Wednesday, January 30, 2013

PAKATAN ANWAR BUKANNYA PAKATAN RAKYAT

 NIK AZIZ - MAD SABU PUNYAI KEPETAHAN LUARBIASA

Setiap kali menjelang pilihan raya macam2 perkara dapat kita dengar dari parti yang bakal bertanding. Perkara2 tersebut samada benar atau tidak sengaja atau tidak itu tidak penting  untok kita perkatakan. yang penting bagi mereka adalah untok menambah undi dan memenangi pilihan raya tersebut.

Adakala dengan kita lakukan kejahatan atau dengan cara sengaja mencetus provokasi kita boleh jadi popular. Boleh jadi calon, boleh menangi pilihan raya...senang kan?. Adakala kita buat kebaikan  disalah ertikan oleh masyarakat.Sebab itulah kalau kita tengok sesetengah wakil rakyat yang ada tdk  laksana tugas dgn baik pun boleh menang setiap kali pilihan raya hanya bermodalkan air liur, peteh ketika berceramah dan tdk kira dosa atau pahla belakang depan sama saja.


Kalau kita tengok isu Amanat Hadi bukan selesai pun,katanya mahu buat penjelasan dalam tv3. Apa kejadahnya buatlah kenyataan tak sampai 3 minit pun, kerenah menjadi2. Sedangkan isu ini amat besar, perpecahan umat islam juga terjadinya pristiwa memali 14 terbunuh. Hadi belum buat kenyataanya timbul pula kebenaran Hadi keats bukan islam menggunakan kalimah Allah. Dua isu ini menyebabkan Hadi cukup popular dimata bukan islam makanya disitulah Hadi akan mendapat penambahan undi dari orang bukan islam. Hebat bukan...?

Presiden Pas itu mungkin boleh rasa selesa sekarang kerana isu babitkan bekas Timbalan Presiden Pas tersebut dapat alih isu amanat dan kalimah Allah yang belum selesai. Selepas ini Nasharudin kemungkinan disingkir dari PAS pula...inilah kerja2 bapak2 parasit dalam pas untok persiapan menjelang pilihan raya bukannya untok menolong rakyat miskin sebaliknya terima gaji dan elaun berpuloh ribu sebulan memesong fikiran dan akidah rakyat.

Isu Dewan Ulama pas pun hangat juga. Datuk Harun Taib menunjukkan ‘jalan keluar’ kepada sekutu parti itu dengan pendirian menyerahkan kepada kerajaan pusat jika mahu mengambil tindakan terhadap pakatan rakyat khususnya PKR dan DAP jika masih mahu membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah secara bebas.

Sempat lagi Nik Aziz  menyambut harijadinya yang ke83tahun di kediaman Karpal, isu kalimah Allah tergantung2 tiada penyelesaian walaupun ketua penerangan pas  menganggapnya sudah selesai. Pas menuduh
Umno kafir dulu2 kerana Umno mengamalkan politik suku agama suku, skrg  Harun berkata Pas tidak akan berkompromi dalam soal agama manakala kerjasama parti itu dengan DAP dan PKR hanya dalam bidang politik. “Majlis Syura Ulama Pas tidak akan menarik balik atau berbincang apa-apa lagi mengenai isu ini. Ia melibatkan akidah, bukan sesuatu yang boleh mendapat kelonggaran" katanya. 

Beginilah jadinya kalau kita mempergunakan agama untok mendapatkan pengaruh politik. Islam bukan untok pas semata, islam diturunkan oleh Allah SWT untok seluruh umat manusia. Kita membenci pas bukan kerana ia sebuah parti politik kita membenci pas kerana ia mempersendakan agama islam.







Friday, January 25, 2013

ADAKAH PAS MAHU JADIKAN NEGARA INI SPT PALESTIN?...

KITA BERSYUKUR ALLAH MEMBUKA KEDUA-DUA HATI PEMIMPIN INI...

Politik dlm  negara pada hari ini seolah tiada jalan keluar lagi.  Ramai juga dikalangan manusia di negara ini sanggup lakukan apa saja waima rosak akhidah sekali pun bagi org islam semata2 tetap memberi  sokongan kepada ketua atau pemimpin politik mereka demi mempertahankan parti masing2.Dalam masa yang sama sesuatu perbuatan yang baik dicemuh dan dihina dan sesuatu yang buruk pula disanjung sebegitu rupa. Islam adalah agama suci yang diturunkan oleh Allah kepada umat manusia juga  dipersendakan orang org islam yang taksud dgn politik yang kononnya parti mereka saja yang benar2 islam.

Sejak akhir2 ini mcm2 Allah telah zahirkan kpd kita apa yg berlaku keats pas. Kita hanya perlu mengambil pengajaran dari apa yang berlaku. Step by step kepincangan pas dri dulu hinggalah skrg  mempergunakan islam utk mendapat sokongan politik yang akhirnya kalimah Allah juga  turut tergadai kpd bkn islam di negara ini. Semuanya angkara mainan politik kotor pas.

Rata2 berjuta rakyat Malaysia bangga dengan insiatif Perdana Menteri Najib Razak di Gaza dan ianya sudah pasti menambah baikkan lagi imej negara Malaysia yang sebelum ini telah diiktiraf oleh ketajaan Palestin.
Tetapi Usaha Najib Razak yg jelas sebegitu murni ada juga  dikalangan kepimpinan pakatan pembangkang yang memcemuh dan  memburuk-burukkannya tdk kurang juga menghina usaha PM DS Najib tersebut.

Antara yang paling lantang setakat hari ini memburukkan usaha tersebut ialah Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan yang tidak sepatutnya memperlekeh lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza untok  memberi sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin bagi membebaskan negara mereka daripada Israel.




 
Sepatutnya kita semua bersyukur Allah telah menyatukan hati pemimpin islam disaat bagsa Palestin dinafikan hak mereka juga ditindas di segenap penjuru. Dengan izin Allah terbukanya hati PM DS Najib untok menghulur salam persaudaraan sesama islam sebaliknya dihina dan dicemuh oleh Ketua Pemuda Pas tersebut.


Menurut Perdana Menteri Palestin, PM DS Najib juga merupakan pemimpin utama pertama daripada luar Timur Tengah yang melawat negara itu.

Thursday, January 17, 2013

APABILA HJ HADI TIDAK MEMPERCAYAI VIDEO...

HJ HADI OH HJ HADI...NIK AZIZ OH NIK AZIZ...APA YANG BERMAIN DIFIKIRAN KAMU?...


Apabila fikiran kita sudah merasai kita saja yang hebat dan cerdik maka bersaranglah segala macam sifat syaitan dihati kita. Sehinggakan Kalimah Allah yang begitu exclusif untok umat islam pun begitu mudah geng Hadi presiden pas membenarkan orang bukan islam menggunakannya. Seolah islam itu sendiri hak milik mereka berdua dicanang begitu rakus mengikut kepertingan, citarasa dan keinginan. Mereka terlalu taksud kepada kepertingan diri sehinggakan mereka lupa ini bukan soal siasah, ini soal aqidah...Ini bukan soal politik, ini soal iman, Ini bukan soal menang undi, ini soal tauhid, Ini bukan soal menang pilihanraya, ini soal syurga-neraka!!!

 Ada juga sesetengah pemimpin dalam pas merasa begitu kecewa dari apa yang berlaku. Harapan kita umat islam di negara ini sila perbetulkan dari apa yang tidak betul walaupun pahit untuk ditelan tapi diredai Allah s.w.t. Bertindaklah dari bawah pengikut akar umbi sila singkirkan Nik Aziz dan Hadi Awang serta mana-mana pemimpin PAS yang melacurkan kesucian Islam.Ikut perjuangan sebenar islam yang suci..dan betulkan segala kemungkaran dalam pimpinan PAS. Sesungguhnya pas itu seperti juga Umno bukan islam dan islam itu bukan pas dan juga Umno.Yang jelas dari apa ketelanjuran yang berlaku itu kehendak  Allah S.W.T yang memungkinkan doa jahat  Nik Aziz  terhadap Umno,  tapi sebaliknya bukan pembalasan kepada Umno tetapi kepada Pas sendiri...pas yang semakin K.O...Jika dibiarkan perkara seperti ini berterusan berlaku (pergunakan islam untuk dapat pengaruh) maka bermakna islam di negara ini senang diperkotakkatikkan oleh bukan islam.

Allah swt itu Maha Adil, satu persatu laknat ditimpakan ke atas mereka tanpa mereka sedari dan insaf.   Kita juga turut kesal dengan pemecatan Datuk Dr. Hasan Ali yang mempertahankan aqidah umat Islam oleh PAS hasil desakan PKR. Hadi dan Nik Aziz tunduk kepada kemahuan Setiausaha DAP, “Khalifah” Lim Guan Eng yang mahu melihat perpecahan umat islam di negara ini .Begitulah PAS pada hari ini, semakin hari, semakin ramai ulamanya yang terpinggir yang kecewa, marah, merajuk dan lari meninggalkan parti itu.

Kenyataan Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei yang masih berpegang kepada Pakatan Rakyat pada 2010 berkaitan tentang kalimah Allah membayangkan keputusan Keputusan Majlis Syura PAS pada 13 Januari 2013 tidak mampu mengubah apa-apa keputusan yang disepakati bersama sebelum ini.

Ini kerana Keputusan Majlis Syura PAS pada 13 Januari 2013 hanya melibatkan pendirian di kalangan PAS sahaja sedangkan keputusan pada 2010 melibatkan konsesus bersama di antara Pas, Dap dan Pkr.

Tambahan pula, 5 hari sebelum Majlis Syura PAS membuat keputusan rasmi pendirian partinya, pada 8 Januari 2013, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah membacakan kenyataan bersama yang disepakati Dap dan Pkr untuk berpegang teguh kepada konsesus 2010.

Setelah disesak atas bawah oleh Majlis Syura Pas akhirnya kedua mereka ini (Hadi/Nik Aziz)  U-turn...disebalik kenyataan tarik balik Nik Aziz  sempat lagi sindiran sini kepada Umno. Sudah2lah, Nik Aziz, kamu tu  sudah nyanyuk.Minggu lepas cakap lain, minggu ini cakap lain, last2 bisu terus...inilah cara politik kedua pemimpin ini.Pemimpin semacam inikah untok kita  serahkan tampuk pemerintahan negara?  Jaga beberapa negeri pun dah berterabur jadi haru biru...

 Ramai juga dari kenalan yang menyokong pas sebelum ini tetapi bila timbul isu geng Hadi membenarkan Kalimah Allah digunapakai oleh bukan islam  mereka malu nak mengaku penyokong PAS lagi. Mereka terlalu sedih dan mereka tidak dapat memaafkan pemimpin tersebut  walaupun mereka sudah buat u-turn...
 
  

Friday, January 11, 2013

KALIMAH ALLAH:ADAKAH CERITA YG SAMA, PAS YANG IZIN...UMNO YANG SALAH?




AMANAT BELUM DIJAWAB SEPENUHNYA.. KINI HADI MENGIZINKAN PULA KALIMAH ALLAH KPD BUKAN ISLAM...

Orang bukan islam di negara ini(Kristian) boleh menarik nafas lega dimana perjuangannya selama ini keatas penggunaan kalimah Allah yang ditentang keras oleh Umno pada hari ini telah dibenarkan oleh pas yang merupakan rakan sekutunya dalam PR.  Memang layak Guan Eng tersenyum bangga, Anuar Ibrahim tersenyum melebar dan juga Hadi turut tumpang tersenyum sama.

Guan Eng tanpa berselindung mengulangi tuntutan supaya kalimah Allah s.w.t dibenarkan untuk kegunaan Bible versi Bahasa Melayu bagi menggantikan perkataan God yang selama ini sering diguna pakai dalam Bible Bahasa Inggeris pada perutusan hari Krismas lepas.

 isu kalimah Allah s.w.t itulah juga menyebabkan kepimpinan PAS terpaksa bertelagah sesama sendiri. Anwar  tersenyum kerana kedua2 kehendaknya dipenuhi oleh Hadi. Pertamanya Anwar berjaya memecahbelahkan pemimpin yang tidak menyokongnya dalam pas dan yang kedua dengan kebenaran tersebut juga boleh menarik undi kaum bukan islam di negara ini bagi memenangi p/raya akan datang untok membolehkannya menjadi PM.

Bukan setakat itu sahaja, sudah tentu paderi pun ikut serta tersenyum kerana dengan kebenaran tersebut memberi laluah mudah untok beliau 'membantu' anak-anak orang Islam yang bapa mereka mati shahid atau ditinggal ibubapa.

Generasi bapa2 dan ibu2  islam yang penyokong PKR dan Pas ditempatkan dalam syurga, yang di kelilingi oleh bidadari manakala nasib anak-anak selepas generasi ini pandai-pandailah bawa diri.

http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130110/po_01/Kalimah-Allah-eksklusif-umat-Islam                      

Mahu menolong rakyat... sampai sanggup menghuru harakan negara ya ke?..esok satu lagi himpunan akan diadakan.  Strategi yang sama juga dapat dilihat dalam Himpunan Shamsidar ini iaitu bergabung dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat agar kedua-dua himpunan dilihat mempunyai jumlah penyertaan yang cukup ramai. Kenapakah begitu takut Anwar jika Shamsidar menjadi saksi?itu soalan lebih penting dari menyertai himpunan tersebut.


P/s:  Semakin jelas... jalan ke syurga pilihan islam Pas semakin berliku samada mengikut Dewan Ulama atau Geng Hadi...Allah maha berkuasa atas segalanya yang dia kehendaki...kita umat islam ambillah pedoman dan pengajaran dari apa yang berlaku....





MENOLONG RAKYAT? SAMPAI SANGGUP MENGAJAK RAKYAT MENGHURU HARAKAN NEGARA...

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..