Followers

Thursday, January 17, 2013

APABILA HJ HADI TIDAK MEMPERCAYAI VIDEO...

HJ HADI OH HJ HADI...NIK AZIZ OH NIK AZIZ...APA YANG BERMAIN DIFIKIRAN KAMU?...


Apabila fikiran kita sudah merasai kita saja yang hebat dan cerdik maka bersaranglah segala macam sifat syaitan dihati kita. Sehinggakan Kalimah Allah yang begitu exclusif untok umat islam pun begitu mudah geng Hadi presiden pas membenarkan orang bukan islam menggunakannya. Seolah islam itu sendiri hak milik mereka berdua dicanang begitu rakus mengikut kepertingan, citarasa dan keinginan. Mereka terlalu taksud kepada kepertingan diri sehinggakan mereka lupa ini bukan soal siasah, ini soal aqidah...Ini bukan soal politik, ini soal iman, Ini bukan soal menang undi, ini soal tauhid, Ini bukan soal menang pilihanraya, ini soal syurga-neraka!!!

 Ada juga sesetengah pemimpin dalam pas merasa begitu kecewa dari apa yang berlaku. Harapan kita umat islam di negara ini sila perbetulkan dari apa yang tidak betul walaupun pahit untuk ditelan tapi diredai Allah s.w.t. Bertindaklah dari bawah pengikut akar umbi sila singkirkan Nik Aziz dan Hadi Awang serta mana-mana pemimpin PAS yang melacurkan kesucian Islam.Ikut perjuangan sebenar islam yang suci..dan betulkan segala kemungkaran dalam pimpinan PAS. Sesungguhnya pas itu seperti juga Umno bukan islam dan islam itu bukan pas dan juga Umno.Yang jelas dari apa ketelanjuran yang berlaku itu kehendak  Allah S.W.T yang memungkinkan doa jahat  Nik Aziz  terhadap Umno,  tapi sebaliknya bukan pembalasan kepada Umno tetapi kepada Pas sendiri...pas yang semakin K.O...Jika dibiarkan perkara seperti ini berterusan berlaku (pergunakan islam untuk dapat pengaruh) maka bermakna islam di negara ini senang diperkotakkatikkan oleh bukan islam.

Allah swt itu Maha Adil, satu persatu laknat ditimpakan ke atas mereka tanpa mereka sedari dan insaf.   Kita juga turut kesal dengan pemecatan Datuk Dr. Hasan Ali yang mempertahankan aqidah umat Islam oleh PAS hasil desakan PKR. Hadi dan Nik Aziz tunduk kepada kemahuan Setiausaha DAP, “Khalifah” Lim Guan Eng yang mahu melihat perpecahan umat islam di negara ini .Begitulah PAS pada hari ini, semakin hari, semakin ramai ulamanya yang terpinggir yang kecewa, marah, merajuk dan lari meninggalkan parti itu.

Kenyataan Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei yang masih berpegang kepada Pakatan Rakyat pada 2010 berkaitan tentang kalimah Allah membayangkan keputusan Keputusan Majlis Syura PAS pada 13 Januari 2013 tidak mampu mengubah apa-apa keputusan yang disepakati bersama sebelum ini.

Ini kerana Keputusan Majlis Syura PAS pada 13 Januari 2013 hanya melibatkan pendirian di kalangan PAS sahaja sedangkan keputusan pada 2010 melibatkan konsesus bersama di antara Pas, Dap dan Pkr.

Tambahan pula, 5 hari sebelum Majlis Syura PAS membuat keputusan rasmi pendirian partinya, pada 8 Januari 2013, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah membacakan kenyataan bersama yang disepakati Dap dan Pkr untuk berpegang teguh kepada konsesus 2010.

Setelah disesak atas bawah oleh Majlis Syura Pas akhirnya kedua mereka ini (Hadi/Nik Aziz)  U-turn...disebalik kenyataan tarik balik Nik Aziz  sempat lagi sindiran sini kepada Umno. Sudah2lah, Nik Aziz, kamu tu  sudah nyanyuk.Minggu lepas cakap lain, minggu ini cakap lain, last2 bisu terus...inilah cara politik kedua pemimpin ini.Pemimpin semacam inikah untok kita  serahkan tampuk pemerintahan negara?  Jaga beberapa negeri pun dah berterabur jadi haru biru...

 Ramai juga dari kenalan yang menyokong pas sebelum ini tetapi bila timbul isu geng Hadi membenarkan Kalimah Allah digunapakai oleh bukan islam  mereka malu nak mengaku penyokong PAS lagi. Mereka terlalu sedih dan mereka tidak dapat memaafkan pemimpin tersebut  walaupun mereka sudah buat u-turn...
 
  

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..