Followers

Friday, January 11, 2013

KALIMAH ALLAH:ADAKAH CERITA YG SAMA, PAS YANG IZIN...UMNO YANG SALAH?




AMANAT BELUM DIJAWAB SEPENUHNYA.. KINI HADI MENGIZINKAN PULA KALIMAH ALLAH KPD BUKAN ISLAM...

Orang bukan islam di negara ini(Kristian) boleh menarik nafas lega dimana perjuangannya selama ini keatas penggunaan kalimah Allah yang ditentang keras oleh Umno pada hari ini telah dibenarkan oleh pas yang merupakan rakan sekutunya dalam PR.  Memang layak Guan Eng tersenyum bangga, Anuar Ibrahim tersenyum melebar dan juga Hadi turut tumpang tersenyum sama.

Guan Eng tanpa berselindung mengulangi tuntutan supaya kalimah Allah s.w.t dibenarkan untuk kegunaan Bible versi Bahasa Melayu bagi menggantikan perkataan God yang selama ini sering diguna pakai dalam Bible Bahasa Inggeris pada perutusan hari Krismas lepas.

 isu kalimah Allah s.w.t itulah juga menyebabkan kepimpinan PAS terpaksa bertelagah sesama sendiri. Anwar  tersenyum kerana kedua2 kehendaknya dipenuhi oleh Hadi. Pertamanya Anwar berjaya memecahbelahkan pemimpin yang tidak menyokongnya dalam pas dan yang kedua dengan kebenaran tersebut juga boleh menarik undi kaum bukan islam di negara ini bagi memenangi p/raya akan datang untok membolehkannya menjadi PM.

Bukan setakat itu sahaja, sudah tentu paderi pun ikut serta tersenyum kerana dengan kebenaran tersebut memberi laluah mudah untok beliau 'membantu' anak-anak orang Islam yang bapa mereka mati shahid atau ditinggal ibubapa.

Generasi bapa2 dan ibu2  islam yang penyokong PKR dan Pas ditempatkan dalam syurga, yang di kelilingi oleh bidadari manakala nasib anak-anak selepas generasi ini pandai-pandailah bawa diri.

http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130110/po_01/Kalimah-Allah-eksklusif-umat-Islam                      

Mahu menolong rakyat... sampai sanggup menghuru harakan negara ya ke?..esok satu lagi himpunan akan diadakan.  Strategi yang sama juga dapat dilihat dalam Himpunan Shamsidar ini iaitu bergabung dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat agar kedua-dua himpunan dilihat mempunyai jumlah penyertaan yang cukup ramai. Kenapakah begitu takut Anwar jika Shamsidar menjadi saksi?itu soalan lebih penting dari menyertai himpunan tersebut.


P/s:  Semakin jelas... jalan ke syurga pilihan islam Pas semakin berliku samada mengikut Dewan Ulama atau Geng Hadi...Allah maha berkuasa atas segalanya yang dia kehendaki...kita umat islam ambillah pedoman dan pengajaran dari apa yang berlaku....





1 comment:

Rahimi said...

Sebuah gereja di Petaling jaya telah menaikkan kalimah Allah didinding gereja selepas Hj Hadi membenarkan penggunaan kalimah Allah. dan beratus ribu bible Melayu sedia Utk cetakan.

(Sebarkan Utk renungan umat Islam)

sumber dari blog pembangkang sendiri : suarapakatanrakyat.com/2013/01/kalimah-allah-keputusan-majlis-syura-pas-bercanggah-pakatan-rakyat/


Kalimah Allah: Keputusan Majlis Syura PAS Bercanggah Pakatan Rakyat


BERTAMBAH keliru!! Itulah reaksi pertama penulis sebaik dimaklumkan bahawa Majlis Syura Ulama PAS sebentar tadi memutuskan untuk melarang penganut agama Kristian menggunakan perkataan Allah secara bertulis.

Anehnya, semua ini berlaku setelah Pakatan Rakyat membenarkan kalimah Allah digunakan oleh pihak gereja, tanpa sesekali menyentuh bentuk penggunaannya sama ada secara bertulis atau secara oral.

Bagaimanapun kalau pertikaian penggunaan nama Allah dalam kitab Bible berbahasa Melayu dan majalah mingguan gereja, The Herald dijadikan panduan, maka jelas yang dituntut adalah penggunaan kalimah tersebut secara bertulis!!



Dengan keputusan itu, pemahaman semua orang ialah kalimah Allah boleh digunakan oleh pihak Gereja dalam apa bentuk pun yang dimahukan mereka. Tidak timbul persoalan bertulis atau tidak.

Penggunaan kalimah tersebut secara oral juga memang tidak pernah menjadi topik pertikaian oleh mana-mana pihak sebelum ini. Kalau penulis tersilap, sila maklumkan dimana.

Maka itu tidak salah kalau penulis melihat keputusan ini akan mencetus satu masalah yang besar kepada Pakatan Rakyat selepas ini.

Suka nak dimaklumkan disini bahawa beratus ribu Kitab Bible yang menyebut di dalamnya perkataan Allah telah sedia dicetak untuk diedarkan di kalangan orang Melayu/Islam dalam membantu menambah pemahaman mereka mengenai agama Kristian, sebaik Pakatan Rakyat memutuskan untuk membenarkan penggunaannya oleh masyarakat Kristian.

Sebuah gereja di Petaling Jaya juga dilaporkan telah menaikkan papan tanda dengan perkataan Allah di dinding bangunan gereja tersebut minggu sudah, sebaik Majlis Presiden Pakatan Rakyat selesai bersidang dan memutuskan perkara tersebut.



Justeru, penulis dengan ini meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang tampil menjelaskan perkara ini kepada rakyat. Apa yang sebenarnya berlaku dan apa yang cuba diselindungkan?

Penulis juga difahamkan, Hadi tidak berbincang terlebih dahulu dengan Majlis Syura Ulama sebelum menghadiri mesyuarat pada 8 Januari lepas. Kebetulan, bantahan dari anggota Majlis Syura berhubung perkara ini seperti Timbalan Mursyidul Am, Ketua Dewan Ulama dan Nasharudin Mat Isa, bukan satu rahsia lagi.

Ribut, ribut.

Artikel Berkaitan:

Suku Juta Sokong Penggunaan Kalimah Allah Oleh Pihak Gereja
Kalimah Allah: Jadikan HKR Bukti Perpaduan & Persetujuan

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..