Followers

Tuesday, November 10, 2009

SIAPA YANG LEBIH PLASTIK, PAS ATAU UMNO?

PAS TERUS BERTELAGAH SESAMA SENDIRI - UMNO MAHU KEPADA PEYATUAN UMAT ISLAM
Dalam islam dilarang sama sekali kita memusuhi antara satu sama lain. Sikap suka memfitnah, dengki dan bermuka2 termasok dalam sifat2 keji disisi islam. Sifat2 keji ini menjadi senjata utama kepada pengkianat kepada umat islam. Di negara kita pada hari ini sifat2 buruk itu digunakan pakai oleh parti pas ketika berhadapan dengan Umno untok mendapat sokongan dari rakyat negara ini. Tetapi amalan tidak sihat ini sudah memakan diri mereka sendiri sekarang. Pentengkaran sesama pemimpin saling tuduh menuduh diantara pimpinan kanan mereka menyebabkan parti itu kian parah dan ini diakui sendiri oleh pemimpin tertinggi parti itu.

Kesan daripada tindakan yang boleh menimbulkan fitnah dan persepsi sehingga dianggap realiti oleh para pengundi sehingga memberi kesan perpecahan kepada sesama umat islam sendiri. Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata matlamat tidak boleh sesekali menghalalkan cara, pemimpin pas perlu mengelakkan tindakan yang boleh menimbulkan fitnah dan perpepsi tersebut

Perkara ini disahkan dalam seminar memperkasakan Pas beberapa hari lalu. Pendedahan bahawa imej parti itu kini semakin negatif dengan banyak pihak tidak menyokong kepimpinan sedia ada dalam pas sekarang. Lebih mengejutkan para peserta seminar secara terangan memaklumkan bahawa rakyat sudah hilang kepercayaan kepada Presiden Pas, iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Imej yang negatif dan hilang sokongan tersebut berpunca daripada banyak sebab. Antaranya percanggahan dalam pakatan pembangkang di mana Pas yang sepatutnya lebih dominan banyak mengalah dan seolah-olah menjadi kuda tunggangan. persefahaman yang rapuh antara Abdul Hadi dan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hanya seketika sahaja, bukunya akan dibuka balik apabila tiba masanya, hasil daripada seminar itu tidak mencapai hasrat Nik Aziz sebenar keatas pemimpin dua tiga kerat yang dimaksudkan itu.

Seminar pada kulit sahaja, sebelah dalamnya tidak diusik. Pas sekarang sudah berpecah tiga kumpulan, kumpulan yang menyokong pas bersama pakatan, kumpulan menyokong tetapi tidak sanggup melihat idelogi pas tergadai dan kumpulan yang tidak menyokong langsung. Isu kerjasama Umno-Pas juga menambahkan perpecahan parti itu. Sepatutnya pas juga menyentuh dalam seminar itu bagi mendesak pakatan rakyat supaya menerima dasar2 perjuangan islam pas supaya diterima pakai dan menjadi teras antara gabungan mereka seperti yang Umno perjuangkan, meletakkan islam itu ditempat yang tertinggi supaya tidak mudah diperkotak katibkan oleh agama lain.

Isu bai'ah juga turut dibangkit dalam seminar tersebut tetapi Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan Bai’ah dalam PAS sehingga isteri tertalak tiga.Kerana kecelaruan disebabkan ada kata PAS amalkan Bai’ah dan ada pula menafikannya, beberapa wakil rakyat parti itu menjadi buruan media untok mengesahkan.Selepas beberapa orang ditanya soalah tentang kebenaran amalan itu, jawapannya masih pusing-pusing kerana ada yang kata ya dan ada pula kata tidak.Bekas Naib Presiden dan kini angggota Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa ketika menjawab isu itu membayangkan amalan Bai’ah memang ada malah beliau mempertahankan Bai'ah yang wujud dalam parti itu.Cuma Exco Kerajaan Kelantan itu memberi alasan, Bai’ah bertujuan mengelak wakil rakyat mereka dibeli oleh UMNO.Beliau menyorot kembali kononnya ketika PAS mentadbir Kelantan dengan perbezaan satu kerusi, wakil rakyat parti itu dikatakan ditawar wang ringgit untuk ‘lompat’ serta Barisan Nasional tetapi dengan Bai’ah ini, perkara itu tidak berlaku.

Bai'ah tidak dibenarkan dalam syarak

KUALA LUMPUR 9 Nov. - Bai'ah yang mentaklikkan isteri dengan talak tiga atas sebab politik seperti yang dilakukan oleh Pas tidak dibenarkan dalam syarak.

Bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr. Ismail Ibrahim berkata, bai'ah seumpama itu amat tidak munasabah selain melanggar etika dan moral kehidupan seorang Islam.

Ujarnya, setiap perkara berkaitan taklik atau talak sepatutnya hanya menyentuh soal kekeluargaan dan ia tidak seharusnya dikaitkan dengan perkara lain termasuk politik.

''Syarak tidak membenarkan kita berbai'ah dengan cara begini kerana perbuatan ini amat bertentangan dengan moral dan etika,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Khamis lalu, Ahli Parlimen Pas Shah Alam, Khalid Samad telah mengesahkan wujudnya amalan bai'ah di kalangan calon wakil rakyat Pas bahawa akan jatuh talak tiga kepada isteri masing-masing jika mereka keluar parti.

Pendedahan itu mendapat tentangan ilmuwan Islam antaranya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menyatakan bahawa amalan bai'ah untuk kepentingan politik seperti dilaksanakan oleh pemimpin Pas adalah perbuatan yang menganiaya isteri sendiri.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut pula menyifatkan bai'ah seperti itu sebagai tidak bertamadun dan boleh menjatuhkan imej Islam.

Mengulas isu sama Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin meminta Majlis Fatwa Kebangsaan segera bermuzakarah dan membincangkan isu bai'ah talak tiga Pas.

Dalam pada itu, Ismail yang juga penyandang Kursi Sheikh Abdullah Fahim sekali lagi menegaskan adalah tidak adil taklik dijadikan alat untuk berpolitik.

''Kebenaran untuk bertaklik hanya berkisar tentang hidup berkeluarga dan bukannya ada sebab lain,'' katanya lagi.


No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..