Followers

Wednesday, November 11, 2009

TINDAKKAN KHALID SAMAD MENYERLAH LAGI KEMUNGKARAN PAS

PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT "BERPERANG SAMA SENDIRI" TENTANG ISU BAI'AH

Silap-silap kalau hilang sabar - isu Baiah yakni jatuh talak tiga keatas isteri jika wakil rakyat dan pemimpin PAS keluar parti - boleh menyebabkan ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad ‘perang besar’ dengan ahli parlimen PKR Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin. Ini tidak mustahil jika melihat dan mendengar kedua-dua mereka saling berkeras mengecam satu sama lain dalam sidang media berasingan di lobi Parlimen, petang Selasa.

Khalid yang lebih awal mengadakan sidang media mengakui beliau tersilap menulis isu Baiah di blognya sehingga mencetuskan kontroversi di kalangan pemimpin PAS dan mendapat macam-macam reaksi termasuk di pihak sekutu dalam pakatan pembangkang - PKR. Beliau mempertahankan isu itu sebagai soal peribadi antaranya dengan Tuhan. “Tidak wajar saya cakap lagi. Bukan saya besarkan (Bai’ah jatuh talak tiga). Saya dimaklumkan orang lain. Silap saya ceritakan benda ini pada orang lain,” kata Khalid mahu menutup isu yang dibangkitkan minggu lalu.

Beliau tiba-tiba tarik brek dengan kenyataan itu setelah pimpinan tertinggi PAS Pusat termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursydul Am Datuk Nik Abdul Aziz menafikan PAS ada mengamalkan Bai’ah sehingga jatuh talak tiga jika wakil rakyat parti itu lompat atau keluar parti. Pada awal pagi Selasa ketika ditemui wartawan di lobi Parlimen, Hadi mengelak menjawab itu tersebut. “Cukup-cukup...saya sudah jawab sebelum ini..tak ada,” katanya sambil menunjukkan isyarat tangan. Khalid barangkali sudah tertekan dengan kenyataan yang mula ‘makan diri’ akhirnya turut angkat ‘bendera putih’ mengakui beliau silap dengan pendedahan isu Bai’ah. Namun dalam sidang media sama, Khalid tiba-tiba menghalakan serangan kepada Zulkifli yang menulis di blognya mendakwa ada isteri wakil rakyat mengigil dan menangis mendengar perkahwinan mereka diperjudikan menerusi Bai’ah. Khalid mempersoal kenyataan Zulkifli yang katanya beliau bukan orang PAS.

Beliau menegaskan sebagai ahli parlimen, Zulkifli tidak sepatutnya membuat kenyataan tanpa usul periksa itu. Beliau meminta ahli parlimen PKR itu bertanggungjawab dengan kenyataan itu dan mencabar Zulkilifi mengemukakan bukti atau tarik balik kenyataan bahawa ada isteri wakil rakyat mengigil mendengar suami mereka berbai’ah dengan jatuh talak tiga. “Saya tak tahu sumber mana dia (Zulkifli) cakap..dia tiada di sana (majlis Bai’ah wakil rakyat PAS),” tegas Khalid. Lebih pedih lagi, beliau berkata, sebab itulah Zulkifli tidak dipilih sebagai calon oleh PAS. Beliau merujuk bahawa Zulkifli sebelum pilihan raya umum 2009 adalah seorang pemimpin PAS tetapi bertanding tiket PKR pada pilihan raya umum Mac tahun lalu.

[Photo] Kenyataan beliau mengundang kemarahan Zulkifli yang mengadakan sidang media sebalik selesai sidang media Khalid. Malah ketika Khalid beredar dan berselisih dengan Zulkifli, kedua-dua mereka saling tidak menoleh atau bertegur sapa. Sidang media Zulkifli asalnya bertujuan untuk member penjelasan mengenai kenyataan Naib Presiden PKR R.Sivarasa yang mendakwa teguran Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan konvensyen PKR di Pulau Pinang Ahad lalu mengenai pemimpin PKR yang tidak ikut polisi parti ditujukan pada Zulkifli.

Bagaimanapun, selepas ditanya pendapatnya mengenai isu Bai’ah dan kenyataan Khalid yang memperlekeh beliau, giliran Zulkifli pula ‘ angin satu badan’. Jawab Zulkifli, Khalidlah yang tidak diterima oleh PAS sebab itu beliau kalah dalam pertandingan sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat PAS dalam pemilihan parti itu yang lalu. Katanya, pada pilihan raya 1999, Datuk Fadzil Noor mencadangkan beliau jadi calon PAS bertanding di kerusi parlimen Baling tetapi beliau memberi laluan kepada Datuk Taib Azamuddin. “Pada pilihan raya 2004, saya dicalonkan di Tanjung Karang. Pada mulanya saya terima tetapi bila dapat tahu akan lawan (Datuk Seri) Noh Omar saya tolak sebab beliau kawan saya,” ujarnya. Menyentuh isu Bai’ah, Zulkifli menganggap Khalid sudah tersepit dan mahu menyalahkan orang lain. “Saya pada mulanya tidak percaya (Bai’ah talak tiga), Saya meminta sahabat-sahabat wakil rakyat PAS mengesahkannya.

Saya sangat terkejut apabila sahabat-sahabat wakil rakyat dan kepimpinan parti tersebut mengesahkan bahawa mereka sendiri telah pun mengangkat Baiah tersebut," ujarnya. Malah kata Zulkifli, ada di antara mereka menceritakan bagaimana mereka sendiri menggigil semasa mengangkat Baiah tersebut. "Yang paling sedih, ada di antara isteri yang dikehendaki hadir dalam majlis Baiah ini menangis dan menggeletar mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi untuk kepentingan politik kepartian yang terlalu sempit dan jumud. "Inilah apa yang saya labelkan sebagai mempertuhankan politik, mempertuhankan demokrasi.

Apakah kita terlalu taksub dengan politik sehingga sanggup menggadai kesucian dan kemuliaan dan kemurnian perkahwinan sebagai bahan gadaian politik." soal beliau. Katanya, PAS tidak boleh ‘sumbat’ isu itu bawah karpet manakala Khalid jika mahu lepas tesepit jangan pula tunding jari pada orang lain. Menurut Zulkifli, beliau bukan tidak setuju dengan Bai’ah tetapi tidak setuju ia dikaitkan dengan perceraian. “Mana boleh kita mangsakan pihak ke tiga dalam hubungan kita dengan orang lain..mana boleh,” tegasnya. Katanya, dalam undang-undang Inggeris, pihak berkontrak tidak boleh berkontrak memangsakan pihak ke tiga apatah lagi dalam Islam yang amat membencikan perceraian.

Beliau mahu PAS mengakui kesilapan ini dan perbetulkan perkara ini bukannya sumbat bawah karpet. “Benda ini terang-terang salah, kita menganiaya wanita...isteri jadi mangsa.You khianat kat parti yang jadi mangsa isteri, apa punya orang ni...yang jadi mangsa anak-anak dan isteri. You boleh kahwin lain la..ahli parlimen macam Khalid barangkali seronoklah... boleh kahwin lain agaknya,” tegasnya. Zulkifli sekali lagi menegaskan pendedahan isu Bai’ah dibuat Khalid sendiri dan cuba menyalahkan orang lain adalah perbuatan tidak bermoral dan tidak mencerminkan seorang pejuang Islam.


1 comment:

Admin CCZ said...

A'kum pakmie..kasihankan orang perempuan ni..lagi kasihan kalau dapat suami bodoh macam yang dok pi angkat sumpah..sampai tak reti nak beza antara keluarga dengan politik.

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..