Followers

Saturday, November 21, 2009

KETAKSUBAN DALAM POLITIK PAS

MELEMAHKAN ISLAM DAN MELAYU

TIDAKKAH melayu itu kebanyakannya penganut islam di negara ini? Pemimpin melayu dikalangan parti pas ada yang mempertikaikan kesungguhan Umno dalam menaikan mertabat kaum melayu di negara ini. Mereka2 dari golongan ini lah yang sering mempertikaikan dasar Umno tidak mengikut islam yang sebenar. Golongan ini jugalah yang suka menggeluarkan kenyataan untok menggelirukan orang ramai. Besar sangatkah dosa bila menyebut melayu dan tidak menyebut islam? Tidakah melayu di negara ini boleh dikatakan semuanya islam? Islam buka pada bibir sahaja dan bukankah islam itu untok dilaksanakan dan bukan untok diperbahaskan? dosa dengan niat menggelirukan orang ramai itu rasanya lebih besar dari dosa memperkasakan melayu. Kita bercakap dalam kontak negara ini, bukannya negara2 lain. Bukan kita bercakap melayu di benua Europah dan Amerika Latin!. Bukankah keseluruhan orang melayu di negara ini pada dasarnya beragama islam? Kitakan semua tahu islam itu tidak terhadkan kepada sesuatu bangsa, islam itu untok semua manusia. Ini pun dikelirukan juga!

Kita diberikan oleh Allah SWT sedikit kelebihan berilmu berbanding dengan orang lain dan kita menggunakan ilmu itu untok kepertingan diri atau kumpulan kita dengan cara menggelirukan, tidakkah kita didahulukan oleh Allah SWT akan dihumban ke api neraka?. Di negara kita juga terdedah kepada ketaksuban, apa2 sahaja diterima bulat2 sedangkan dalam islam itu sendiri sudah jelas kita dituntut mengikut al-quraan dan hadis sebagai panduan.

Bila sahaja kita berdepan dengan kehendak dan keinginan kita menjadi lupa. Apabila ada orang cuba memperbetul dengan tujuan baik mahu memperjelaskan sesuatu yang benar kita tidak boleh menerima, sebaliknya kita pula menghukum orang itu dengan macam2 hukuman dan kata2. Kalau fikiran kita masih berfungsi dengan baik dan tidak gila sepatutnya kita jangan mudah terpengaruh sehingga ketahap ketaksuban, sepatutnya kita kembalikan kepada fikiran kita yang normal fikir baik dengan fikiran terbuka. Sikap kesederhanaan dalam setiap hal adalah dituntut dalam islam.

Bagi orang yang berkepentingan ia memang suka jika ada orang taksub kepadanya. Dapat menjaga kepentingan mereka, seperti apa yang berlaku dalam politik pas hari ini. Pas berjaya melahirkan ramai golongan seperti ini, sehinggakan apa yang dikatakan oleh pemimpin mereka semuanya betul. Ketaksuban kepada Nik Aziz sehingga melihat gambar dan tidur bersama gambar beliau sudah mendapat ganjaran besar dari Allah SWT. Mereka sudah lupa Nik Aziz adalah ahli politik. Dalam politik penuh dengan tipu muslihat, kalau tiada tipu menipu itu bukan politik namanya. Jangan samakan dengan mana2 parti politik itu dengan islam.

Islam berada ditempat tertinggi sekali. Umno sekian lama memperjuangkan untok kekuatan islam, sebaliknya pas menggunakan islam untok mencapai kehendak mereka. Kesanya apabila pemimpin pas melakukan kesilapan ia tidak boleh ditegur lagi sebab mengikut penyokong fanatik mereka tindakan itu adalah betul dan mengikut islam yang sebenar. Inilah kebenaran dan sudah pun berlaku dalam pas sekian lama. Pemimpin2 parti itu sentiasa mencipta menggunakan agama bagi menggelirukan orang ramai bagi mendapat pengaruh. Ketika menjelang pilihan raya suatu ketika dahulu di Kelantan kenapa pas membawa isu mengkapirkan Umno semata2 bergabung dengan MCA dan MIC dalam BN? kenapa dalam PRU12 pas tidak membawa isu yang sama? sebabnya pas ketika itu sudah bersama DAP. Islamkah cara pas itu? begitu juga sunyinya dendangan irama hukum hudud. Pas berpura-puraan, pas tidak iklas buktinya mengguna pakai hukum agama mengikut kesesuaian masa dan untok mencapai keberuntongan kepada politik mereka sahaja.


Kelebihan pas mencipta perpepsi, provokasi dan manipulasi sesuatu isu menyebabkan kesanya sedikit sebanyak terhakisnya sokongan rakyat kepada Umno. Masalah2 dalaman parti pas tidak kurang juga hebatnya, tetapi sukar didengari diluaran parti itu kalau tidak masakan wujud beberapa kumpulan. Kumpulan erdogan sedang megatur tapak untok mengusai pas yang berterajukan Anwar Ibrahim. Kalau benar apa pemimpin pas buat semuanya betul kenapa ada perebutan kuasa dalam parti itu? kenapa kalau Umno tegur dianggap salah dan mengkianati ulama sedangkan sesama pemimpin mereka bertengkar saling tuduh menuduh macam2 tidak pula mengkianati Ulama atau Tok Guru? apa Nik Aziz kata kepada kumpulan Haji Hadi...Nik Abduh pun pernah mengatakan ramai dikalangan pemimpin pas "Ulama mee celup" berpura2 tunjuk alim tetapi hati busuk.

Pas dalam pakatan tidak sama dengan Umno dalam BN. Pas sanggup mempertahankan DAP walaupun DAP menghina islam. Pas semata2 mahukan pengaruh DAP sanggup gadaikan prinsip
yang diperjuangkannya selama ini. Nizar mantan MB Perak bersama DAP sanggup bersidang dibawah pokok, tidakkah itu gila kepada kuasa?

Dalam islam itu sendiri pentingkan kepada kebahagiaan rumah tangga, kejiranan dan kesepaduan masyarakat. Pas menolak awal2 lagi kesepakatan kaum melayu dan islam di negara ini. Pas lebih rela melihat melayu dan islam terus berpecah demi mengejar cita2 gila kepada kuasa mereka, sejahat2 pemimpin pas adalah yang menentang kerjasama itu dan sebaik2 pemimpin Umno adalah yang bersetuju tentang kerjasama itu.

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..