Followers

Friday, November 13, 2009

PAS KELANTAN : RIBUT DIPENGHUJUNG SENJA NIK AZIZ


Isu ba'iah telah menonggeng dan membogelkan parti pas. Asalnya dicipta untok menggelak dari wakil rakyat mereka lompat parti tetapi kini memakan diri sendiri. Kepercayaan rakyat terhadap parti itu kini semakin terhakis. Imej parti itu tercemar gara-gara pemimpin suka main tarik tali untok mempastikan kebenarannya. Namun orang ramai sudah ada bukti yang kukuh dan jelas dari vedio2 dan pengakuan2 mereka yang turut terlibat membuatkan pemimpin tertinggi parti itu masing2 berdiam diri seketika untok mencari fomula melontarkan kepada pihak lain supaya pas kelihatan bersih dan tidak tercemar.

Dalam kehangatan isu tersebut, kini pas kelantan pula dilanda isu panas.Isu rasuah yang berlaku di Pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan isu tajaan untuk mengerjakan ibadah haji Nik Aziz merungcingkan lagi permasalahan dalam parti itu dengan pendedahan demi pendedahan yang timbul. Mungkin juga ini petanda pembalasan dari Allah SWT sebab suatu masa dahulu Nik Aziz sendiri telah pun berdoa supaya bala diturunkan gara2 keenganan kerajaan pusat gagal memberi wang royalti minyak kepada Kelantan, hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahui.

Kekecohan PMBK bermula apabila Nik Aziz yang juga merupakan pengerusi telah melantik menantunya sendiri, Ir Abdul Ariffahmi Abd Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO) di perbadanan tersebut. Semasa Tun Mahadhir menjadi PM tidak kurang juga hebatnya kata2 Nik Aziz kepada mantan PM tersebut kroni itu dan kroni ini, tetapi sekarang apa yang berlaku kepada Nik Aziz lebih teruk lagi kerana melibatkan anak menantu.

Rasa tidak puas hati didalam Perbadanan tersebut telah menjadi buah mulut ramai. Nik Aziz tetap mempertahankan perlantikan menantunya dengan alasan bahawa menantunya itu merupakan seorang yang beliau yakini dan percayai. Nik Aziz juga menegaskan bahawa tidak ada apa yang salah dengan melantik menantu memegang jawatan tertentu sama seperti Nabi Muhammad dahulu pernah melantik menantunya memegang beberapa jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan Islam di Madinah. Tindakan dan penjelasan dari Nik Aziz ini bagaimanapun tidak dapat diterima oleh segelintir para pegawainya yang menyifatkan menantu Nik Aziz ini sebagai seorang yang sombong, angkuh dan sering "menjual" nama Nik Aziz didalam setiap keputusan yang dibuat semasa mesyuarat PMBK.

Pada awal November lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat Ariffahmi kerana disyaki terlibat didalam rasuah dan salah guna kuasa. Para pegawai SPRM juga telah merampas beberapa dokumen kewangan PMBK termasuk menyoalsiasat pengurus kewangan serta beberapa eksekutif di perbadanan itu.

Ibarat "cacing kepanasan" ekoran penyiasatan SPRM itu, bermulalah episod tuduh menuduh serta wujud dua kumpulan di dalam PMBK. Satu yang menyokong kepimpinan baru menantu Nik Aziz dan juga satu lagi yang menentangnya. Akhirnya, Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella yang juga merupakan orang kuat kepada Husam Musa telah dipecat dari Perbadanan tersebut.

Kickdefella yang merupakan Pegawai Perhubungan Korporat PMBK telah dituduh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salah laku pengurusan di PMBK dan juga didakwa telah berkonspirasi dengan Barisan Nasional (BN) dan menggunakan blognya untuk menimbulkan kekecohan didalam PMBK.

Tindakan memecat Kickdefella adalah satu tindakan yang dilihat dibuat untuk menyingkirkan pengaruh individu-individu politik tertentu didalam pentadbiran Nik Aziz. Syed Azidi atau Kickdefella ini adalah merupakan kenalan rapat Husam Musa dan banyak artikel yang dihasilkan di blognya bertujuan mempertahankan Husam didalam setiap isu dan blognya juga seringkali dilihat menghentam "musuh" Husam.

Kickdefella juga pernah disaman 10 juta oleh Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa, ekoran dari artikel didalam blognya yang mengatakan Nasharudin telah melobi projek perumahan dan juga pembalakan di Kelantan. Ramai yang mengetahui bahawa Nasharudin telah "berseteru" dengan Husam berikutan perebutan jawatan Timbalan Presiden Pas. Usaha pembersihan pengaruh individu politik tertentu didalam kerajaan negeri Kelantan terutamanya yang banyak mempengaruhi Nik Aziz khususnya telah lama berjalan. Anak Nik Aziz sendiri, Nik Abduh juga pernah menyatakan kerisauan dengan pengaruh "pembantu-pembantu bodoh" di samping Nik Aziz didalam artikelnya yang bertajuk "Kerja-kerja bodoh didalam Pas" di blognya pada April lalu.

Justeru itu, apakah tindakan menyingkirkan Syed Azidi ataupun Kickdefella ini dari PMBK adalah merupakan kesinambungan usaha melenyapkan pengaruh individu tertentu dari Nik Aziz? Dan pada ketika ini orang yang paling rapat sekali dengan Nik Aziz adalah Husam Musa yang juga dilihat banyak mempengaruhi setiap keputusan MB Kelantan itu. Dan kebetulan pula Kickdefella adalah "orang suruhan" Husam. Mungkin pembersihan pengaruh "pembantu bodoh" dikeliling ayahndanya yang pernah ditegaskan oleh Nik Abduh dahulu telahpun bermula sekarang.

Apakah ini juga bermakna kem ulamak didalam Pas yang pro Hadi telah melancarkan "serangan balas" terhadap kelompok ERDOGAN yang diterajui oleh Husam? Andaikata ini merupakan "tumbukan sulung" dari kem ulamak pro Hadi terhadap team erdogan, ia nyata sudah cukup untuk membuatkan Husam dan tok gurunya Anwar tersembam menyembah bumi.

Dan dengan ugutan untuk mendedahkan segala salah laku didalam PMBK oleh Kickdefella, banjir yang semakin reda di negeri Kelantan bakal pula disusuli ribut politik yang bakal melanda. Keributan yang selama ini diwar-warkan sebagai hanya didalam cawan telah bertukar menjadi tsunami politik yang dilihat dapat menenggelamkan politik Pas di negeri Kelantan.

Ketua Pembangkang DUN Kelantan Datuk Alwi Che Mat ketika mengulas isu Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ditaja untuk mengerjakan ibadah haji. Namun isu berkenaan yang dikritik hebat oleh banyak pihak kerana menyifatkan pembiayaan tersebut kemungkinan mempunyai unsur rasuah dikatakan ia hanya sumbangan oleh Nik Aziz sendiri. Alwi mempersoalkan kenyataan Nik Aziz yang menyifatkan pembiayaan itu adalah sumbangan dan bukannya satu bentuk rasuah kerana pihak yang membiayai jelas mempunyai kepentingan dengan projek kerajaan negeri Kelantan. Menyokong dakwaannya itu, Alwi mendakwa, pembiayaan untuk Nik Aziz mengerjakan haji itu dibuat oleh seorang ahli perniagaan yang bernama Nordin Awang yang merupakan pemilik syarikat Abroad Technologies Sdn Bhd. “Syarikat itu diberikan hak eksklusif untuk memasang papan iklan di seluruh negeri Kelantan.

Antara iklan itu ialah iklan Membina Generasi Al Quran yang memaparkan gambar Nik Aziz dan cucunya, anak kepada Arif Fahmi (menantu Nik Aziz),” katanya. Sehubungan itu beliau mempersoalkan, tidakkah pihak yang membiayai perbelanjaan haji tersebut mempunyai kepentingan terhadap projek yang dikendalikan oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui oleh menantu Nik Aziz sendiri .Tidakkah ini ada unsur-unsur yang boleh dipersoalkan,” tambahnya. Jelasnya, berdasarkan maklumat yang diperolehi, pembiayaan haji yang melebih RM400,000 tersebut yang dibuat melalui TH Travel melibatkan Nik Aziz dan isteri, Arif Fahmi dan isteri, Setiausaha Sulit Nik Aziz dan Nordin serta isterinya. Berdasarkan maklumat yang diperolehi pembiayaan haji Nik Aziz dan keluarganya itu bagi setiap orang ialah sebanyak RM65,000. “Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah pun pergi haji tahun ini tapi pekej beliau hanya RM23,000 sahaja berbanding mereka RM65,000,” tambahnya.

Alwi juga hairan kenapa setelah isu tersebut ‘meletup’ kenapa kini ada usaha untuk mengalihkan perhatian dengan cuba mengaitkan UMNO dan Barisan Nasional (BN). “Kini mereka cuba mengalihkan perhatian apabila mula menyebarkan cerita kononnya isu pembiayaan haji ini didalangi oleh UMNO dan BN. Apakah mereka ingin mengatakan bahawa menantu Nik Aziz adalah dalang UMNO dan BN,” soalnya. Alwi juga mendakwa, syarikat Abroad Technologies Sdn Bhd milik Nordin kini telah dijual kepada seorang tauke Cina.

Selain itu, Alwi turut mendedahkan pembinaan sebuah sekolah agama dibiayai oleh sebuah syarikat yang telah mendapat kontrak daripada kerajaan negeri. “Sebuah syarikat bernama Sensa Timur telah diberi kontrak membina bazar Tok Guru di Kota Bharu. Syarikat ini juga telah menderma untuk membina sebuah sekolah agama berhampiran rumah Nik Aziz yang diberi nama Darul Anwar,” ujar beliau. Berdasarkan pendedahan ini, ada yang menyatakan mungkin ada kebenaran apa yang didedahkan oleh kickdefella dalam blognya http://kickdefella.wordpress.com

Ulasan...

Blogger Anak Lenggong said...

BERITA TERKINI PAGI TADI DIDALAM KULIAH JUMAAT NIK AJIS TELAH MEMBATALKAN PEMERGIANNYA KE TANAH SUCI TAPI....PERSAOLANNYA ADALAH..BILA PAS BUAT DIHALALKAN TETAPI BILA ORANG LAIN MELAKUKAN PERKARA YANG SAMA AKAN DIKUTUK SEHINGGA SANGGUP MENDEDAHKAN KEBURUKAN ORANG TU SAMPAI KELUAR NEGARA......SEKIRANYA DAH TAU PEMIMPIN BUAT PERKARA SEBEGITU..KENAPA DIIKUT JUGA......SO TAKDE BEZANYA DIANTARA PEMIMPIN BN ATAUPUN PAS....PI..MAI..PI..MAI CAMTU JUGAK RUPANYA..PANTANG DIOFFER PELAHAP JUGAK...INGATKAN SUCI SANGAT...TU LAA ORANG KATA KALAU NAK MENGUTUK ORANG LAIN TU KENA PERHATIKAN KEPADA DIRI SENDIRI SAMA JANGAN SAMPAI LUDAH TU JATUH KEMUKA SENDIRI....JANGAN MARAH A'AA NANTI JATUH TALAK 3 PULAK..KAH KAH KAH...

November 13, 2009 4:37 PM

Delete
Blogger Panglima Perang Cyber said...

memang karier Nik Aziz aka Pas sudah di ambang senja sekarang.

kesudahannya Anwar berjaya menjahanamkan PAS dan menjadikan PKR semakin kuat.

Tidak mustahil juga ramai orang melayu akan menolak mengundi pru 13nanti jika senario ini berterusan.

ia amat bahaya...

November 13, 2009 8:53 PM

Delete
Blogger PaKMie said...

Salam kwn2...

Pentadbiran Nik Aziz selaku MB 19th berjaya ats dua perkara dan akan di kenang oleh generasi akan dtg pertama memundurkan Kelantan sekaligus melahirkan idealogi2 yg rusak dan fanatik dikalangan islam dan melayu dan kedua memberi ruang kpd Kapir harbi DAP menganggu gugat kehormonian islam dgn menuduh islam cara Umno tdk betul islam cara Nik Aziz sahaja yg betul... Melayu yg fanatik dan cetek ilmu tanpa usulperiksa terima pendapat DAP ini. Tdkkah masalah dlm islam DAP yg membuat keputusan? Inilah cara Nik Aziz semata2 mendpt pengaruh politik


Hari ini Allah menerima permohonan bala nya kpd sesiapa yg menentang islam(Umno) kerana keengganan Kerajaan pusat memberi wang royalti kpd Kelantan. Tetapi syg sekali bala itu terkena diatas kepala beliau sdri, sampai membatalkan hasratnya menunai fadhu haji ke MEkkah...memalukan sekali! seorg Ulama membatalkan hasratnya. Kalau kita benar buat apa takut? Tetapi pencacai2 dan penyokong fanatik Nik Aziz siap mengatakan kerja2 ini adalah perangkap utk menjatuhkan NIk Aziz dlm politik sekaligus jawatan MB dpt dikuasai oleh org lain, siapa org itu? tkkan org Umno pula hehe....Parti Pembangkang buatlah salah sebyk mana dan sejelasmana pun tetap mereka tdk bersalah. Bkn setakat tdk bersalah, lagi hebat nya kesalahannya itu dilontar pula kpd org lain yg tdk tahu menahu inilah kelebihan puak2 jahat pas ini.


Jika Anwar bersalah diputuskan oleh Mahkamah liwat dgn Saiful sekalipun keputusan itu hanya diterimapakai oleh Manusia yg open maided sahaja yg fanatik dan jahat tetap menyebelahi Anwar dan mengatakan Anwar yg betul dan keputusan itu kopirasi Kerajaan yg takut kpd Anwar sahaja....Dlm semua kes setakat hari ini mcm itulah, sumpah baiah sdh terang2 dgn bukti video dan youtube boleh lagi Mustapa Ali koner baring kononya Khalid Samad sahaja yg salah membuat kenyataan, Ayo yoo....Pas bermain politik 24jam sampai hasrat nak pi mekkah pun batal ...

Tq juga kpd Pg5 dan anak Lenggong...salam perjuangan utk semua!

November 14, 2009 8:18 AM

Delete

3 comments:

Anak Lenggong said...

BERITA TERKINI PAGI TADI DIDALAM KULIAH JUMAAT NIK AJIS TELAH MEMBATALKAN PEMERGIANNYA KE TANAH SUCI TAPI....PERSAOLANNYA ADALAH..BILA PAS BUAT DIHALALKAN TETAPI BILA ORANG LAIN MELAKUKAN PERKARA YANG SAMA AKAN DIKUTUK SEHINGGA SANGGUP MENDEDAHKAN KEBURUKAN ORANG TU SAMPAI KELUAR NEGARA......SEKIRANYA DAH TAU PEMIMPIN BUAT PERKARA SEBEGITU..KENAPA DIIKUT JUGA......SO TAKDE BEZANYA DIANTARA PEMIMPIN BN ATAUPUN PAS....PI..MAI..PI..MAI CAMTU JUGAK RUPANYA..PANTANG DIOFFER PELAHAP JUGAK...INGATKAN SUCI SANGAT...TU LAA ORANG KATA KALAU NAK MENGUTUK ORANG LAIN TU KENA PERHATIKAN KEPADA DIRI SENDIRI SAMA JANGAN SAMPAI LUDAH TU JATUH KEMUKA SENDIRI....JANGAN MARAH A'AA NANTI JATUH TALAK 3 PULAK..KAH KAH KAH...

Panglima Perang Cyber said...

memang karier Nik Aziz aka Pas sudah di ambang senja sekarang.

kesudahannya Anwar berjaya menjahanamkan PAS dan menjadikan PKR semakin kuat.

Tidak mustahil juga ramai orang melayu akan menolak mengundi pru 13nanti jika senario ini berterusan.

ia amat bahaya...

PaKMie said...
This comment has been removed by the author.

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..