Followers

Friday, November 20, 2009

BENARKAH UMNO ITU JAHAT DAN PAS ITU BAIK?

NILAI-NILAI MURNI DALAM UMNO DIBURUKKAN OLEH PAS
Sudah sekian lama Pas memburukkan Umno. Melalui propaganda yang buruk yang sengaja dicipta untok menjatuh dan merendah kreadibiliti pemimpin, supaya rakyat merasa jijik mendekati Umno. Sebaliknya Pas pula terlalu bijak menutup kelemahan sendiri dengan melontarkan keburukan kepada orang lain. Sikap mempamerkan keterampilan diri "berkopiah dan berjubah 24jam" yang kononya bercirikan orang baik2 dan beriman. Apa yang tidak baik disisi islam semuanya dimajukan kepada Umno. Nilai2 yang baik dan murni dalam islam semuanya milik Pas. Seolah2 Pas itu tidak ada salah, yang diturunkan dari langit suci dan bersih "Islam itu pas dan pas itu Islam". Walhal dikalangan pemimpin mereka juga bergelombang dengan dosa2.

Berapa dosa jangan ditanya, parti ultra kaitsu semestinya menghalalkan cara, yang buruk dibaikkan dan yang salah itu orang lain. Kalau tidak ada silap itu bukan manusia namanya. Bagi pas amalan puak2 mereka semuanya betul. Asalkan ianya dikeluarkan oleh mulut pemimpin mereka semuanya betul, tidak boleh ditegur kalau ditegur dikatakan pula menghina islam dan kapir.

Semuanya ada dalam sejarah dan sejarah tidak boleh ditipu. Kalau dahulu Umno itu kapir kerana kaum bukan islam dalam BN. Kini apa berlaku kepada Pas bersama Pakatan? bersama DAP yang sudah terang tidak mahu kepada islam. Ayat2 seperti ini tidak terdengar lagi sekarang. Umno dikatakan juga tidak mengikut ajaran islam sebenar gara2 membenarkan wanita menjadi wakil rakyat dan membenarkan menyertai musabaqah al-quraan. Sekarang dalam pas sendiri berapa ramai diwakili oleh wakil rakyat wanita. Kalau disenaraikan satu persatu kemungkaran pas sejak dari dahulu hinggalah sekarang tidak terlarat kita. Suatu masa dahulu di Kelantan wanita tidak dibenarkan berkerja tambah2 lagi waktu malam. Kesannya kilang yang sudah ada pun "gulong tikai" kerana kekurangan perkerja apatah lagi untok menarik pelabur baru. Bus-bus di Kelantan tidak dibenarkan beroperasi jika tidak mengasingkan golongan lelaki dan wanita. Di Mekkah ketika umat islam menunaikan fardhu haji, Kerajaan Arab Saudi pun tidak dapat mengasingkan kedua2 golongan ini ketika menaiki kenderaan apatah lagi hanya di Serambi sahaja.Semuanya adalah retorik dan gimik politik pas semata2 untok mengabur mata rakyat kononnya parti pas itu parti islam.

Dahulu kata kepada Umno parti kronisme, selalu memfitnah Tun Mahadhir dimuka hadapan akhbar harakah, muktakhir ini pula Nik Aziz mendakwa amalan kronisme dibenarkan dalam Islam selagi pihak yang terbabit mempunyai kelayakan bagi menjawat jawatan penting dan tinggi dalam sesebuah organisasi atau syarikat . Nik Aziz mendakwa amalan berkenaan tidak salah kerana pelantikan Khulafa' Rashidin iaitu khalifah empat selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W secara dasarnya adalah amalan kronisme. Sebab apa Nik Aziz "U-turn"? tidak lain dan tidak bukan kerana mahu menghalalkan perlantikan menantunya diPMBK. Nik Aziz Menteri Besar dan menantu pula sebagai CEO di Perbadanan itu.

Sejahat2 Umno pun tidak seteruk pas. Umno tidak sesekali membenarkan agama lain mempersendakan islam. Pada 27 Mac 2008, Khalid Samad (Ahli Parlimen PAS Shah Alam) ketika berucap di Gereja Divine Mercy, Roman Katolik menyatakan bahawa masyarakat Kristian tidak perlu takut dan gentar untuk menggunakan terjemahan 'Allah' untuk merujuk kepada perkataan 'God' dalam Kristian dan ajarannya. Khalid juga berpendapat bahawa kalimah 'Allah' hanyalah terjemahan kepada perkataan 'God'. Pada 27 Disember 2007, dalam satu majlis sambutan hari Krismas di Klang, Irene Fernandez (Bekas Timbalan Ketua Wanita PKR) mempersoalkan kenapa 'Allah' tidak boleh digunakan dalam akhbar Herald Tribune edisi Bahasa Inggeris. Khalid bersetuju dengan gesaan Irene. Tuntutan ke-9 Interfaith Commission berbunyi "Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya". Khalid mempercepatkan misi IFC di Selangor.

Selepas 19 hari menang sebagai Ahli Parlimen, Khalid Samad sudah masuk ke gereja untuk beri ceramah. Apakah Khalid sudah lama diberikan tauliah untuk berceramah di gereja? Pada 18 Oktober 2009, kononnya seramai 650 orang ahli kariah masjid di Shah Alam membantah tindakan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) tidak memberi tauliah kepada Khalid Samad untuk mengajar di masjid. Apakah Xavier Jayakumar ada tauliah untuk berceramah di masjid? Xavier dan Teresa Kok sudah masuk masjid. Lepas ini apakah giliran itu pergi pada Ronnie Liu dan Elizabeth Wong pula? Sudah jelas kepada kita perjuangan pas sudah tersasar jauh dari landasan islam yang sebenar.

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..