Kalau sebelum krisis berlaku di Perak, Kelantan lah satu-satunya negeri yang unik di Negara ini. Kelantan unik kerana rakyat sanggup memilih pembangkang Pas untok memerintah walaupun hidup dalam kesusahan. Rakyat Kelantan sanggup membuat keputusan membelakangi UmnoBN yang betunjangkan Kerajaan Pusat dengan memilih Pas menerajui Kerajaan negeri Kelantan walaupun sudah lebih 20 tahun. Rakyat Kelantan sanggup mengambil resiko semata-mata mahukan "menang sorak kampong tergadai". Tetapi apa yang berlaku hari ini di Perak lebih unik lagi. " Kalau Kelantan krisis idealogi rakyat manakala di Perak pula krisis gila wakil rakyat mahu merebut jawatan Menteri Besar " - kerja gila paling-paling gila.
Negeri Perak antara negeri termaju di negara ini. Apakah Perak akan terus maju dengan diterajui oleh seorang MB yang unik dan gila kuasa? krisis kepimpinan merebut Menteri Besar sudah tentu menjadikan negeri itu akan tercatit dalam liputan sejarah yang akan dijadikan bahan pembelajaran sekolah anak-anak dimasa akan datang, sudah tentu memeningkan!
Negeri Perak sekarang mempunyai 14 orang Exco, lapan dari kerajaan Nizar Jamaluddin dan enam dari kerajaan Zambry Abdul Kadir. Maknanya Perak mempunyai dua buah kerajaan. Memerintah bergilir-gilir. Nizar memerintah hampir setahun sebelum diperintah oleh Zambry. Selepas kira-kira lebih tiga bulan Zambry pula memerintah dan ia diperintah pula oleh Nizar sekerat hari. (bermula pagi kelmarin dan berakhir jam 2:30 petang) dan diserah pulak kepada Zambry hari ini. Perak dibawah kekuasaan ala poligami, boleh tukar-tukar dan gilir-gilir.
Apakah erti keputusan ini? Keputusan Mahkamah ini menunjukkan hanya ada tiga cara untuk seseorang Menteri Besar hilang jawatan iaitu sama ada:
a. Beliau meletak jawatan
b. Dewan Undangan Negeri Dibubarkan
c. Undi Tidak percaya dalam Sidang DUN.
Sungguhpun begitu ini bukanlah tafsiran muktamad kerana keputusan ini masih terbuka kepada usul penangguhan dan rayuan. Hakim semalam hanya menolak permohonan penangguhan secara lisan sebaliknya mengarahkan permohonan bertulis untuk penangguhan sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan.
Hakikatnya semangat demokrasi telah musnah sebaik sahaja Nizar yang hilang majoriti sokongan ADUN Perak enggan meletak jawatan. Ini kerana Menteri Besar yang hilang sokongan majoriti ADUN hanya mempunyai dua pilihan iaitu memohon pembubaran Dewan atau meletak jawatan.
Secara semangat demokrasinya dan juga semangat undang-undang tubuh negeri, jika permohonan membubarkan DUN tidak diperkenan oleh Tuanku, maka Menteri Besar dan para EXCOnya sewajarnya melepaskan jawatan mereka. Ini tidak berlaku walaupun Tuanku mempunyai justifikasi yang sangat jelas mengapa baginda enggan membubarkan DUN.
Buat masa ini Pakmie lebih cenderung menyokong diadakan sidang DUN tergempar kerana ia lebih membabitkan pertikaian undang-undang berbanding mengadakan pilihan raya yang mungkin mencetuskan satu krisis keselamatan di Perak.
Pakmie simpati dengan DYMM Tuanku Sultan Perak yang berada dalam keadaan ditelan mangkat bonda, diluah mangkat ayahanda. Baginda hanya cuba menjaga keamanan negerinya. Janganlah ketika Baginda melantik kita maka segalanya baik tetapi bila baginda melantik orang lain maka kita sanggup mencercanya. Baginda hanya menggunakan kuasanya mengikut tafsiran undang-undang sedia ada. Sama ada tepat atau tidak tafsirannya kita mempunyai Mahkamah yang menentukan.
Pakmie yakin MB Zambry akan terus menerajui Kerajaan Perak sehingga PRU13. Nizar and the geng akan terus bertindak ganas manakala Anwar pula mempersiapkan diri menyusun strategi dalam Pakatan Rakyat sebelum mahkamah menjatuh hukum kes liwatnya dengan Saiful. Bagi Pakmie tidak peliklah corak ala "keendorganan" mahu merampas kuasa dalam muktamar Pas jun nanti. Perkara ini sudah diatur dengan licik sekali oleh orang-orang Anwar dalam Pas sebelum ini. Anwar sudah mempersiapkan dirinya awal-awal lagi jika pun beliau didapati bersalah dan dihukum kesinambungan kerja-kerjanya diambil alih oleh endorgan.
P/S - Jika keputusan mahkamah rayuan nanti tidak berpihak kepada Nizar sudah tentu kita dapat melihat sekali lagi kerajaan UmnoBN dibawah pimpinan DS Najib dikecam oleh Pembangkang walaupun makamah memutusnya dengan adil. Kita tunggu dan lihat! sebab ini adalah tugas utama wakil rakyat pembangkang selaku wakil rakyat.
Ulasan...
- BERITA CAP BUMI said...
Saya rasa penghurain saudara sangat silap mengenai majoriti dun memihak kpd BN...Mulut bukan bukti nyata dlm membuktikan perkara itu....Buktikan yg majoriti memihak kpd BNumno,dengan undi di DUN.Tetapi ini tidak berlaku,tetapi memandai-mandai berhujah yg majoriti dah lebih....Memang diakui sendiri nizar tahu Majoriti di DUN dah menyebelahi BNumno,disebabkan campurtangan mahkamah tentang status TIGA katak besar bertukar tempurung.Campurtangan Mahkamah ke atas dun adalah pencabulan doktrin pengasingan kuasa.Kalau dibw usul undi tidak percaya pun,kuasa Speaker boleh menghalang tiga adun bebas ini mengundi sekali....Oleh sebab itulah Nizar merasakan lebih baik dibubarkan dun,kerana ketidak stabilnya politik Perak.Boleh faham ka...Kalau BNUmno mendakwa yg PR perak tak stabil,dan rakyat tidak suka Pentadbiran PR yg tak stabil ni,pasal apa BNumno tak mau bubar dun?Mungkin majoriti BNumno lebih besar kali nih...tapi penakut pd bayang2 sendiri disulami politik kedengkian yg membuak2,kamu semua memperjudikan kesejahteraan Negeri Perak....Ada akai ka....
1 comment:

Post a Comment