Followers

Sunday, June 27, 2010

40 ULAMA MENYERTAI UMNO DAN TOK SAMI MENYERTAI PAS...

KENAPA KITA MASIH LEMAH BERPOLITIK?

Aura pas tercalar disebabkan keegoan pemimpin mereka sendiri. Kepudaran seri wajah pas kian ketara selepas parti itu menolak secara terbuka perpaduan sesama islam di negara ini. Bagi umat islam yang mahu melihat kebangkitan islam itu melihat sebarang perbuatan atau tindakan bagi menghalang usaha yang boleh merusakkan nilai2 ini menganggapnya merusakkan agama.

Istilah ukhuwah imaniyah yang dalam al-quraan itu sendiri memandangkan persaudaraan itu dikaitkan secara langsung dengan keimanan sesaorang.

Allah telah berfirman bermaksud Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu; dan bertawakallah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (Surah al-Hujuraat: 10)

Tidak lama selepas penolakkan itu, Allah menunjukkan kepada kita satu persatu kemungkaran
pas.Siapa yang membenarkan MP DAP Taiping menggunakan ayat suci al-quraan dalam ceramah politik ketika menghadapi PRK Bkt Gantang kalau tidak pas? Nga Kor Ming dengan begitu hebat sekali mengutuk orang islam Umno dengan mentafsiran ayat suci tersebut mengikut acuan politiknya. Ini bukan pertama kali berlaku, kalau dahulu ketika mengulas budget DUN Wong Kor Wa (ADUN Canning) telah bertindak perkara yang sama. Kalau kita lihat sejarah bila masa DAP menyertujui perlaksanaan islam di negara ini, bahkan Karpal sendiri dengan jelas DAP rela tidak bersama Pakatan jika pas mahu menegakkan islam dan langkah mayatnya terlebih dahulu. Paslah yang mengajar DAP semakin kurang ajar.

Golongan bukan islam semakin berani apabila mendesak kerajaan sekali lagi membenarkan penggunaan keatas Kallimah Allah. Pas sekali lagi menguris hati umat islam dengan menyokong usaha2 golongan bukan islam tersebut sekaligus membelakangi kenyataan dari Dato' Dr Haron Din Timbalan Musyidul Am Pas sendiri.

"Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.

Menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik. Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka. Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama.

Saya kesal terhadap beberapa penulis blog termasuk di kalangan beberapa pemimpin parti-parti politik tertentu yang menyatakan sokongan mereka kepada keputusan berkenaan.
Saya harapkan orang-orang ini boleh bersatu pandangan, memanglah setiap orang itu ada kebebasan bersuara.

Kalau hal politik memanglah ada banyak pandangan, tapi kalau hal agama, kita perlu balik kepada kaedah agama.
Kalau kita berpuas hati dengan perkara yang syirik ia akan membawa kepada kekufuran".

Golongan2 ini sudah lupa pesanan Rasullullah SAW bahawa, "akan datang suatu dizaman dimana kamu akan menjual agama kamu dengan nilai dunia yang terlalu sedikit". Namun malang terdapat segelintir dikalangan kita yang begitu gigih berjuang untuk mendapatkan "ayat-ayat kerusi", sehingga mereka terlupa dengan peringatan ALLAH didalam "Aayatul Kursi"

Allah tetap membuka aib sesaorang itu walaupun sejauhmana bijaknya manusia, ini janji Allah. Kenapa 4o orang ulama muda menyertai Umno, kenapa mereka2 itu tidak sahaja menyertai pas sedangkan pas sudah mengkafirkan Umno? Diatas adalah pandangan dan pendapat dari penulis sendiri untok menjawab soalan itu, mungkin kepada penyokong pas yang taksud mempunyai pandangan lain...

Berbalik kepada bagaimana pula penganut Budha,Hindu,Kristian,Silk,Bahai memilih pula menyokong dan menyertai Pas? Bila kita melihat kepada situasi apa yang pas lakukan kepada islam di negara ini tidak menghairankan kepada kita kenapa golongan tersebut bertindak sedemikian. Tepuk dada tanyalah selera kita sendiri, semua jawaban ada pada kita asalkan kita menggunakan akal yang ada sebaik mungkin. Jawaban dan pandangan dari penulis hanya ringkas sahaja, kaum bukan islam tidak akan kuat selagi islam itu sendiri tidak berpecah!!!


3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Kami di Unit Media Permatang Pauh selama ini hanya berpeluang membaca dan juga memberi komen ke blog Tuan. Blog Tuan telah banyak memberi info dan juga penerangan berguna buat kami terutamanya tentang putarbelit pembangkang.

Hari ini, Unit Media Permatang Pauh telah menyahut seruan DS Najib untuk memperkuatkan lagi serangan terhadap pembangkang didalam ruang maya. Dan kami dengan rendah dirinya mohon ingin bersama Tuan serta para bloggers pro kerajaan lainnya berrganding bahu didalam usaha ini.

Kami telah linkkan blog Tuan ke list kami dan kami harap Tuan sudi linkkan blog picisan kami ini ke list tuan juga. Diharap, kami yang masih baru ini akan mendapat tunjuk ajar dari pihak Tuan. Semoga perjuangan kita diberkati.

Jutaan terima kasih dari Unit Media Permatang Pauh.

PaKMie said...

Waalaikummussalam dan salam 1 Malaysia juga...

TQ kerana sudi bersama Pakmie, rakan2 Pakmie.blogspot.com dari Kota Bharu mengucap slmt dtg kepada UMPP

Salam perjuangan dari Pakmie dan rakan2...

Unknown said...

Penyertaan 40 ustaz2 muda kedalam umno akan memeriahkan lagi politik
umno dalaman dengan kepelbagian aliran fikiran yg wujud. ianya akan mempengaruhi agenda politik umno masa depan, apalagi umno selama ini kemandolan agamawan yg berani
berperanan sebagai filter kpd tindak tandok pimpinan sekular yg berpegang kpd materialistik sebagai asas kpd perjuangan umno
yg hanya ajaran dan perundangan
agama sebagai ritorik sahaja sedangkan isi dan falsafah islam di abaikan.oleh itu angka seratus ulamak yg diwarwarkan akan terlaksana malah saya berharap sangat akan sampai 10000 ulamak sepaya mereka dapat mengimbangi kekuatan golongan sekular dlm umno.
Mengenai kemasukan sami2 dlm pas ada juga kebaikan nya kerana ini menandakan pas telah di terima oleh gulongan non muslim yg berarti propaganda barat anti islam
tidak termakan oleh pendudok malaysia yg berbilang kaum. nah,se
mua nya petanda baik dalam kita berpolitik. cuma yg tidak baik adal
ah bologer2 politik yg bersikap fa
natik dgn mencaci musoh2 politik
seolah mereka saja yg betul dan separuh lagi rakyat malaysia budoh semua, semuaga allah memberi hidayah kpd semua.

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..