Apabila pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah diketepikan maka huru hara pemikiran umat Islam, lebih dahsyat lagi kemunculan Ulama-ulama Poilitik yang mengambil kesempatan menghalalkan cara berpolitik menyebarkan dakyah-dakyah sesat mereka di negara ini. Alhamdulillah pihak Jabatan agama Islam ada mengambil tindakan ke atas mereka, seperti yang dilakukan oleh pihak JAIS dan juga yang pernah dilakukan oleh Jabatan Agama Islam negeri Sembilan di Kuala Pilah. Syabas pada pihak-pihak agama.
Lebih dasyat lagi menggunakan tempat beribadat seperti masjid-masjid atau surau-surau untuk dijadikan kandang politik mereka. Ingatlah bahawa masjid-masjid dan surau-surau adalah tempat orang Islam beribadah, bukan tempat untuk dijadikan maki hamun dan cele mencela. Puak-puak sesat Wahabi dan Hizbu Tahrir sentiasa menghidu dan mengambil kesempatan di rumah ibadat yang suci orang Islam sebagai pusat dakwah songsang mereka.
Nik Aziz: DAP tetap boleh guna kalimah Allah
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tetap berpegang kepada kenyataannya bahawa pemimpin parti politik bukan Islam, termasuk DAP boleh menggunakan kalimah Allah demi kepentingan politik mereka.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, walaupun kenyataannya itu bercanggah dengan kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din, yang tidak mahu DAP menggunakan kalimah Allah dalam kempen parti politiknya, namun beliau tetap berpendirian ia dibolehkan dalam Islam.
"Itu kata (jawapan) dia (Datuk Haron)...tapi saya kata boleh. Biarlah dia (Datuk Haron) bersedia menerima jawapan balas. Itu jawapan dia, jawapan saya kata boleh," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai kenyataan Haron supaya DAP menarik balik penggunaan kalimah Allah dalam kempen politiknya.
Nik Aziz: DAP tetap boleh guna kalimah Allah
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tetap berpegang kepada kenyataannya bahawa pemimpin parti politik bukan Islam, termasuk DAP boleh menggunakan kalimah Allah demi kepentingan politik mereka.
"Itu kata (jawapan) dia (Datuk Haron)...tapi saya kata boleh. Biarlah dia (Datuk Haron) bersedia menerima jawapan balas. Itu jawapan dia, jawapan saya kata boleh," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai kenyataan Haron supaya DAP menarik balik penggunaan kalimah Allah dalam kempen politiknya.
3 comments:
Wahabi memang memporak-perandakan kesatuan Islam di Malaysia ni.
Human rights does not exists for the Palestinian?.
boleh terangkan lebih lanjut tentang hizbut tahrir..hizbut tahrir ini sudah ada di malaysia..malah pernah keluar didalam mastika..harap dapat didedahkan siapa dalangnya dan bagaimana cara sebenar mereka nak tubuhkan daulah khalifah.
Salam semua...
YB Raz...akan Pakmie cuba paparkan di blog ini dalam entry yg akan datang. Sila tunggu, insyaAllah kita akan buka kemungkaran ajaran sesat Hizbut Tahrir dan bagaimana ia bertapak dan markasnya di negara kita.
Asalamualaikum salam sejahtera dan slmt berjuang utk menegak kebenaran..
Post a Comment