Followers

Friday, July 9, 2010

PEMIMPIN PAS MEMPOLITIKKAN DOA

PAS SELESAI MASALAH RAKYAT DENGAN MEMFITNAH DAN DOA KEMUNGKARAN TERHADAP MENTERI KERAJAAN

Kenyataan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menyebut bahawa PAS sebagai ajaran sesat ketika berucap di perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kulaijaya, nyata telah membuatkan seluruh ahli PAS terutama pemimpin-pemimpin mereka meroyan ibarat laki yang ditinggalkan bini.

Yang paling jelas ketara begitu terasa pedas dengan kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini ialah Ketua Penerangan PAS pusat iaitu Idris Ahmad. Idris serta merta memberikan amaran keras dan mendesak supaya kenyataan itu ditarik balik ataupun seluruh ahli PAS akan berdoa mohon bala dari Allah ke atas DS Shafie.


Nampaknya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan berhadapan dengan doa pecah perut dan doa mohon turun bala yang bakal dianjurkan oleh Idris Ahmad. Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga berhadapan dengan ancaman yang sama oleh PAS didalam isu wang ehsan di Kelantan.

Inilah mentaliti kurang cerdik pemimpin-pemimpin PAS yang begitu gemar memanipulasi agama tanpa langsung mahu mengikut lunas-lunas Islam sebenar. Jika pemimpinnya pun sudah kurang cerdik, apatah lagi para pengikutnya.

Tak salah jika dikatakan bahawa PAS itu parti sesat kerana ia memang ternyata benar sama sekali. Lihat saja bagaimana PAS memutarbelitkan agama dan menipu umat Islam dengan bertopengkan ulamak.

Lihat juga bagaimana Nik Aziz mengeluarkan kenyataan yang dianggap fatwa oleh seluruh ahli PAS. Nik Aziz serta pemimpin PAS juga amat gemar menyalah tafsirkan ayat quran serta hadis demi menghalalkan perlakuan buruk mereka.

Bukankah ini semua adalah ciri-ciri yang ada pada kumpulan ajaran sesat? Jika ajaran sesat mewajibkan pengikutnya wala' kepada ketua kumpulan ajaran tersebut, begitu juga dengan PAS yang terlampau taksub kepada Nik Aziz hinggakan ada ahlinya yang mengeluarkan kenyataan bahawa akan beroleh pahala dengan hanya memandang gambar Nik Aziz. Kalau bukan sesat, nak dinamakan apa lagi semua tingkah laku songsang parti PAS ini?

Apabila Datuk Seri Mohd Shafie menceritakan perkara yang benar mengenai PAS, mulalah mereka tak senang duduk dan mengancam untuk melakukan solat hajat serta bacaan Yassin bagi memohon bala Allah turun kepada Menteri tersebut.

Kalau benarlah PAS itu berada di pihak yang benar dan juga ikhlas berjuang kerana Islam dan Allah swt, tentu sudah ramai yang ditimpa bala dan juga pecah perut akibat dari solat hajat dan doa bala pemimpin serta ahli-ahli PAS.

Yang peliknya, Tun Mahathir yang setiap hari dimaki hamun dan dipohon supaya Tuhan turunkan bala terhadapnya, masih sihat walafiat hingga ke hari ini dan masih mampu berbakti kepada rakyat negara dan juga luar negara sehingga ke Palestin.

Sebaliknya, pemimpin-pemimpin PAS yang semakin hari seumpama orang hilang akal akibat dari terlampau banyak menyimpan hasad dengki serta dendam terhadap saudara seislam di dalam negara.

Ini mungkin menunjukkan bahawa Allah sebenarnya tidak pernah redha kepada PAS (Wallahualam). Tetapi seluruh ahli PAS tak pernah insaf dengan segala kifarah yang ditimpakan ke atas mereka. Malah, mereka semakin hari semakin sombong dan bongkak akibat tamakkan kuasa pemerintahan.

Alangkah baiknya jika Idris Ahmad dan juga seluruh ahli PAS mengadakan solat hajat dan juga bacaan Yassin bagi memohon hidayah terhadap diri mereka sendiri yang semakin menjauh dari ajaran Islam sebenar. Apa perlunya asyik nak mohon bala terhadap orang lain?

Baginda Rasulullah sendiri pun tidak pernah memohon bala turun ke atas umatnya. Apakah pemimpin serta ahli PAS mahu melebihi daripada apa yang Baginda Rasulullah ajarkan kepada umatnya?


Mykmu

6 comments:

Toksedang said...

TERUKNYA FEEL NIK AZIZ

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau akan menanam sikap kebencian terhadap menteri kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam siri ceramah dan lawatan ke semua tempat di negeri ini.

Tindakan itu sebagai reaksi balas keputusan Kerajaan Pusat yang enggan memberikan hak royalti petroleum kepada Kerajaan Negeri Kelantan,

“Di dunia saya kempen habis-habisan memburuk-burukkan menteri yang khianat kepada rakyat Kelantan yang tidak beri royalti petroleum, ini kerja fasiq dan maksiat merampas harta orang lain,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pertubuhan Armalah Darul Naim Kelantan, di sini semalam.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri memutuskan untuk membawa kes itu ke mahkamah kerana keengganan Kerajaan Pusat memberi hak kepada Kelantan sebagaimana yang dituntut.

Berikutan itu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bersedia untuk menjadi saksi kepada kes berkenaan memandangkan beliau orang yang bertanggungjawab kepada isu itu ketika menjadi Pengerusi Petronas.

Terdahulu dalam ucapannya, Nik Abdul Aziz menyeru kepada golongan ibu tunggal mendoakan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Mustapa Mohamed dan timbalannya, Datuk Dr Awang Adek Hussein membuka pintu hati mereka supaya hak rakyat Kelantan itu dikembalikan.

Dalam perkembangan lain, Nik Abdul Aziz kesal dengan sikap Pengerusi DAP, Karpal Singh yang berterusan enggan menerima konsep Islam walaupun ia sudah dibicangkan semasa penubuhan gabungan pembangkang dalam Pakatan Rakyat.

“Sebelum masuk Pakatan Rakyat (PR) kami sudah bincang, dasar kami Islam, oleh yang demikian kami hormat DAP dan dia kena hormat Pas pada mula-mula nak buat Pakatan Rakyat dulu, kenapa timbul balik perkara ini,” katanya.

Dalam perkemba- ngan lain, Nik Abdul Aziz mendakwa pertubuhan Al-Arqam dan UMNO sama-sama sesat dalam membawa fahaman Islam di negara ini.

“Al-Arqam dan UMNO serupa je sama sesat. Dia (UMNO) lawan Pas dalam pilihan raya. Puak-puak (mereka ini) ni mengarut,” katanya mengulas tindakan Pas Johor membuat laporan polis pada 5 Julai lalu terhadap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung ucapannya yang didakwa menuduh parti Islam itu sebagai parti ajaran sesat.

Sinar Harian 9 July 2010

Anonymous said...

SLM PAK MIE..KENYANYUKAN WALLY SLIPOR MAKIN MENJADI2 SEJAK PERANGAI BURUK DIA JADI PERBUALAN MASYARAKAT. TU YG DIA TAK TAHAN DAN GERAM SAMPAI TERLEPAS CKP!

Scud said...

apabila kepentingan dunia mengatasi kepentingan akhirat, ulamapun jual serban.

inilah sikap segelintir ulama akhir zaman. bagi mereka, matlamat menghalalkan cara. tak kisahlah dengan menjual ayat quran, atau mendoakan keburukkan untuk orang lain.

yang penting niat tercapai.

Muhammad said...

adual Pengajian Ba’Alawi 22hb Julai-8hb Ogos 2010 : http://pondokhabib.wordpress.com/2010/07/22/jadual-pengajian-baalawi-22hb-julai-8hb-ogos-2010/

MAJLIS PERDANA : CERAMAH ISRA’ MI’RAJ : http://pondokhabib.wordpress.com/2010/07/21/majlis-perdana-ceramah-isra-miraj/

Majlis Haul Sayidatina Khadijah Al-Kubro : http://pondokhabib.wordpress.com/2010/07/20/majlis-haul-sayidatina-khadijah-al-kubro/

arab said...

Sebenarnya semua syarat tak menjadi masaalah. Batu penghalang adalah TG Nik Aziz. Selagi beliau di tampuk kuasa selagi tulah lupakan kerjasama PAS-UMNO. Ada ketikanya saya mempersoalkan kejujuran Nik Aziz. Perjuangan Nik Aziz kononnya berlandaskan Islam tetapi terang terangan membelakangkan Melayu yang berpaksikan Islam di dalam UMNO. Nik Aziz lebih rela bersekongkol dengan DAP yang rata ratanya Cina tanpa mengira pendirian mereka walaupun menentang Islam secara berterangan , mereka di perceived sebagai lebih baik dari Melayu Islam di dalam UMNO. Apakah Nik Aziz ini masih menebal darah keturunan Cinanya atau Nik Aziz mempunyai satu agenda yang tersembunyi demi untuk memperkasakan Cina? Mungkin kita kurang mengetahui tentang gelaran "NIK". Sejarahnya ia di beri kepada orang orang Cina yang menetap di Kelantan satu ketika dahulu olih Duli Yang Maha Mulia Sultan kepada semua Cina yang ingin memeluk Islam . Berbeza dari sekarang bila mana bukan Islam yang kononnya menerima hidayah dari Allah menggunakan nama Islam sebelum nama asal mereka contohnya Ridhuan Tee. Ridhuan itu Islam , Tee itu melambangkan bangsa Cinanya. Perhatikanlah wajah Nik Abduh, anak kesayangan TG Nik Aziz , apakah mukanya itu melambangkan seorang Melayu yang berwajah sawo matang atau seorang Cina muaalaf . Kesimpulannya apakah Nik Aziz ini begitu menebal perasaan Cinanya yang di sembunyi ketahap maksima demi kepentingan politiknya. Samalah kita menganalisakan persepsi saya ini.

Satu Melayu said...

http://sa-melayu.blogspot.com/

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..