Followers

Sunday, December 12, 2010

KELANTAN : PENGUSAHA DODOL MATI JATUH KAWAH

TUMPAT: Hasrat seorang pengusaha dodol memenuhi permintaan pasaran yang tinggi ketika cuti sekolah, bertukar tragedi apabila mati terjerumus ke dalam kawah panas dodol yang dimasaknya itu, petang semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang di Kampung Laut dekat sini, mangsa, Wan Zainab Wan Ali, 62, meninggal dunia ketika dikejarkan untuk rawatan kecemasan di Hospital Tumpat, sejurus dikeluarkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Tumpat.
Mangsa mati dalam keadaan melecur teruk pada kedua-dua kaki dan muka, selain tangan kanannya remuk akibat terperangkap pada putaran mata mesin pengacau dodol berkenaan.Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Tumpat, Yaakub Abdullah berkata, mangsa dipercayai terjerumus dalam kawah selepas tudung dipakainya tersangkut dan terlilit pada batang mesin pengacau dodol terbabit ketika memeriksa masakan berkenaan.Anak saudara mangsa, Nik Roslan Nik Hussein, 41, berkata beliau bergegas ke bangsal tempat ibu saudaranya mengusahakan dodol selepas terdengar jeritannya meminta tolong.“Saya bergegas meninjau keadaan mak cik yang bersendirian di bangsal dan terkejut melihatnya sedang dipusing mesin pengacau dodol sambil meraung kesakitan.
Saya terus mematikan mesin terbabit sebelum mengambil air menjirusnya dan memanggil bantuan penduduk. “Penduduk yang datang hanya menyiram air pada dodol panas kerana sukar mengeluarkan mak cik berikutan keadaannya mengerikan dengan kaki tersekat pada sebelah batang mesin,” katanya.Enam anggota Bomba dan Penyelamat Tumpat yang tiba pada jam 5.30 petang, mengambil masa kira-kira lima minit untuk memotong komponen kawah sebesar satu pemeluk dengan ketinggian kira-kira 1.3 meter itu dan mengeluarkan mangsa yang terus dipeluk anaknya, Zarika, 40, dalam keadaan menyayat hati.

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..