Followers

Thursday, January 13, 2011

DARI BLOG SAHABAT : BLOGGER 'AKU YANG GAMBI KEMBALI KE RAHMATULLAH'

AL-FATIHAH Blogger aktif, mesra cyber dan bersemangat waja , AKU YANG GAMBI telah maninggal dunia malam tadi kira-kira jam 11.10 minit malam.

Menerusi penulisan dan pendekatan yang sederhana, melambangkan beliau seorang yang terlalu berhati-hati biasanya setelah mempunyai bukti yang jelas baru beliau mengengahkan kupasan sesuatu isu juga beliau selalu memberi komen-komen yang membina menerusi blog-blog sahabat menyebabkan Allahyarham mudah dikenali dan disenangi rakan-rakan.

Kami dari warga Pakmie.blogspot.com mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham dan semuga Allah memberi kerahmatan kepada roh beliau, amin.

Allahyarham dikaitkan dengan jangkitan kuman di paru-paru, Allahyarham yang nama sebenarnya Abdul Aziz Baharom umur 56 tahun telah menghembuskan nafas terakhir beliau di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.


Semasa hayatnya, Allahyarham konsisten mempertahankan perjuangannya yang berasaskan kepada Agama, Bangsa dan Negara. Allahyarham kuat mempertahankan FELDA dan bersedia mematahkan apa juga hujah pembangkang yang uba menjelekkan FELDA.

Allahyarham juga aktif di laman sosial facebook dan amat mudah mesra walaupun hanya dikenali melalui alam 'cyber' ini sahaja.

Adalah dimaklumkan bahawa Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kampung beliau di Felda Keratong 2, Pahang.

Dilihat dari blognya, Allahyarham kali terakhir menulis adalah pada Ahad 9 Januari yang lalu melalui artikelnya yang berjudul 'Karpal Singh peguam dan juga saksi Anwar meliwat?'

Bagi kami warga Bloggers merasakan satu kehilangan kepada dunia cyber 'blogging' kerana Allahyarham seorang yang sering mengunjungi Blog para sahabat dan pastinya selepas ini tiada lagi kunjungan ini.

Kami berdoa semoga Allah mencucuri RahmatNya kepada Allahyarham dan menempatkan beliau bersama-sama para solihin...AMIN

3 comments:

PaKMie said...

PENULISAN SEORANG PEJUANG AKU YANG GAMBI YANG TERAKHIR SEBELUM KEMBALINYA KE REAHMAHTULLAH DALAM KENANGAN...

Sunday, January 9, 2011

Karpal Singh peguam dan juga saksi Anwar meliwat ?
Penasihat PKR, si Anwar mungkin bakal mencatat sejarah tersendiri sekiranya Karpal Singh disapina sebagai saksi Pendakwaraya dalam kes liwatnya dengan Saiful Bukhari.

Zulkifli Noordin berkata, sapina itu boleh berlaku sekiranya pihak pendakwa raya memohonnya kepada mahkamah kerana Karpal pernah mendakwa beliau mempunyai bukti kukuh mengenai keterlibatan Anwar dalam kes liwat pertamanya pada 1997.

Karpal juga boleh diambil tindakan menghina Parlimen atau sumpah bohong (perjury) sekiranya dalam keterangannya sebagai saksi nanti, beliau menafikan mempunyai bukti aktiviti liwat Anwar seperti yang didakwanya dalam sidang Dewan Rakyat pada 1997. (rujuk di sini)

[Benarlah kata YB Zulkifli Noordin, agak pelik juga, manusia macam Karpal yang pernah menyatakan dia mempunyai bukti bahawa memang Anwar ada terlibat dengan kegiatan homoseks dan liwat seperti yang didakwanya di dalam Parlimen dan kini si Karpal Singh juga menjadi peguam bela kepada Anwar.

Tidak salah kalau diandaikan bahwa si Karpal Singh selaku Pengerusi DAP ini bukan semata-mata untuk hendak membela Anwar, tetapi dalam masa yang sama juga untuk jadikan Anwar sebagai anjing suruhan atau boneka untuk memecahkan kekuatan Melayu sebagaimana yang diidam-idamkan puak-puak DAP selama ini.

Kalau tidak, masakan si Karpal ini bersunguh-sunguh menawarkan diri menjadi peguam membela kepada si Anwar dalam kes liwat terhadap terhadap Saiful Bukhari Azlan…..

Macam kata YB Zulkifli juga, yang paling pelik atau menghairankan tok guru, para ulama, ilmuwan, yang mendokong kepimpinan PAS seolah-olah membutakan mata, memekakkan teliga, membisu di atas segala kemungkaran Anwar sebagai raja liwat nombor satu dalam Negara.

Bukan itu sahaja, puak-puak PAS yang kononnya berjuang berlandaskan Islam ini sedia menjadikan si peliwat ini Perdana Menteri jika dapat berkuasa dan sedia pula meletakkan kepimpinan DAP yang jelas dan terang telah menentang perlaksanaan sebuah Negara Islam sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Seperti kata YB Zulkifli juga, dengan maklumat serta pertunjuk yang begitu jelas, tidakkah mereka puak-puak PAS sedar telah wujud satu ‘pakatan syaitan’ yang bakal menjahanamkan Islam, rakyat, negara sekiranya DAP berjaya menghapuskan kuasa-kuasa, hak-hak Melayu-Bumiputera serta Raja-Raja Melayu……

Amat malang orang Melayu juga umat Islam dalam Negara jika ada lebih ramai kepimpinan PAS yang secara terbuka menyatakan sanggup mati untuk mempetahankan akan Karpal Singh yang secara terbuka menyatakan, “langkah mayat dia dulu, kalau ada umat Islam di Malaysia mahukan jadikan Negara ini sebuah Negara Islam”.

Amat malang lagi, kalau ada penyokong Melayu PAS-PKR masih tidak sedar dan terus bersekongkol dengan perjuangan PAS yang terang-terang telah meninggalkan perjuangan Islam demi kuasa dan jawatan……]

Panglima Perang Cyber said...

Al Fatihah...

Belasungkawa utk arwah di blog Panglima dengan dimuatkan komen tuan puan para bloggers sekelian.

terasa sangat sedih walau kita tidak pernah bersua di alam nyata.

moga Allah mengampunkan dosa beliau atas jasanya mempertahankan Alif Ba Ta.

Kuda Perang said...

Innalillahi wa inna ilaihhi rajioun...

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..