Followers

Tuesday, June 21, 2011

RAKYAT KELANTAN MENUNTUT KERAJAAN SERAMBI MEKKAH ..

NIK AZIZ PERLU JAWAB TIGA PERKARA BESAR

Dalam sibuk2 mengadakan himpunan haram BERSIH, kita juga telah dikejutkan dengan demontrasi secara senyap2 pada 16 mei lalu dengan penglibatan beberapa NGO yang diketui oleh OMBAK yang dilakukan secara aman dihadapan pusat pentadbiran pas di Kota Darulnain. Ternyata kini Kerajaan negeri Kelantan tidak mampu lagi menutup kepincangannya yang sudah didedah satu persatu yang dilindug selama ini disebalik negara islam atau negara berkebajikan yang diciptakan oleh mereka sendiri.

Baca sini...

KOTA BHARU 20 Jun - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini, Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) memberi amaran terakhir kepada Kerajaan Pas Kelantan supaya mengeluarkan kertas putih berhubung program Ladang Rakyat atau berhadapan dengan kemarahan rakyat.

Timbalan Presidennya, Wan Khairul Ikhsan Wan Muhammad berkata, pihaknya akan menganjurkan perhimpunan rakyat yang lebih besar di hadapan bangunan pentadbiran Kerajaan Pas Kelantan sekiranya desakan tersebut tidak dipenuhi dalam tempoh terdekat ini.

Beliau berkata, kertas putih itu amat penting bagi menjawab segala persoalan yang timbul dan membersihkan nama baik kerajaan negeri daripada persepsi negatif yang dilemparkan oleh rakyat sebelum ini.

"Perkara ini sudah menjadi perbualan rakyat. Semua bercakap mengenainya kerana mereka mendakwa program tersebut telah merampas tanah yang diusahakan rakyat sejak berpuluh tahun lalu selain sistem pemilihan peserta yang diragui, malah kita juga memiliki nama peserta program ini yang dinyah senaraikan dipercayai atas faktor politik.

"Tempoh sebulan yang kita beri sebelum ini tidak diendahkan oleh kerajaan negeri, jadi kita tidak menolak kemungkinan mengadakan perhimpunan yang lebih besar selepas ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pada 16 Mei lalu, beberapa NGO yang diketuai OMBAK mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan pusat pentadbiran Kerajaan Pas Kelantan di Kota Darulnaim di sini bagi menyerah memorandum dan membantah pelaksanaan program Ladang Rakyat yang didakwa telah diselewengkan.

Memorandum tersebut menuntut kerajaan yang diketuai oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat penjelasan terhadap lima perkara utama seperti senarai serta status syarikat yang menjalankan projek Ladang Rakyat dan sejauh mana penglibatan bumiputera Kelantan dalam syarikat-syarikat terbabit.

Wan Khairul Ikhsan yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan turut meminta Kerajaan Pas Kelantan menjelaskan beberapa perkara mengenai projek yang dilaksanakan oleh sebuah syarikat pemaju, SensaTimur Sdn. Bhd. (SensaTimur).

"Kami meminta SensaTimur atau Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan menjelaskan benar atau tidak dakwaan bahawa pampasan kira-kira RM18 juta dibayar oleh Kerajaan Pas Kelantan melalui Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam kepada SensaTimur untuk Bazar Tengku Anis.

"Kedua apakah benar satu kawasan yang menempatkan Pasar Lama MPKB telah diberikan atas dasar pampasan kepada SensaTimur dengan nilai yang sangat rendah iaitu RM3.9 juta sedangkan ia terletak di tengah-tengah bandar ini," katanya.

Menurutnya, soalan ketiga yang perlu dijawab apakah benar kesemua projek yang diterima SensaTimur dibuat secara runding terus dan bukannya tender terbuka.

Tambahnya, sebagai rakyat Kelantan, beliau bersama ahli-ahli OMBAK berhak mendapat penjelasan kerana ia melibatkan wang rakyat.

1 comment:

Wake UP! said...

Salam. Rakyat Kelantan yang gedebe tak puas hati, buatlah rusuhan macam rakyat di Libya buat tu.

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..