Followers

Thursday, August 18, 2011

PEMIMPIN KALUT DAN BOHONG


RAMADHAN MENGHURAI KEPADA KITA SEGALA2NYA...
Apakah menjaga parti dan kuasa politik itu lebih besar dari menjaga agama? Bulan ramdhan sudah pun berlalu19hari, terasa begitu cepat sekali ianya berlalu pergi namun bagi pemimpin2 politik yang tamak kuasa sudah tentu ramadhan kali ini tercatit dalam sejarah jiwa resah dan hati gelisah. Apa tidaknya, mereka terpaksa dan sentiasa mencari jalan bagi menutup kebenaran dengan pelbagai putar belit serta manipulasi ayat serta hadis semata-mata untuk menjaga kepentingan rakan2 sekutu mereka. Dari apa yang berlaku keatas pemimpin pakatan rakyat atau pembangkang menjelangnya ibadat puasa sehinggalah pada hari ini pelbagai perkara kemungkaran yang telah dilakukan oleh pembangkang dapat kita saksikan yang ditunjukan oleh Allah SWT.

Allah swt telah membayar tunai pembohongan Pakatan Rakyat mengenai Mismah yang kononnya asal pendatang haram yang mendapat kerakyatan dalam masa 4 jam. Sedikit pun tiada rasa keinsafan ramadhan sanggup membohongi tanpa ada sedikit takut pun dengan azab yang dijanjikan Allah swt.

Kerana taksuban dengan Anwar Ibrahim dan takut dengan DAP, kecelaruan pemimpin pas semakin terserlah. Bermula dengan gugur islam diganti dengan kebajikan. Kalau 50tahun dahulu boleh juga dilihat pada pakaian, seolahnya masih memperjuangkan Islam tapi sekarang tidak lagi. Berserban berjubah tetapi untok membuat pendirian dalam isu pemurtadan orang melayu oleh gereja DUMC di Selangor memperlihatkan kepada kita bahawa pas meletakkan islam itu dibelakang politik seolah2 benteng DAP lebih kuat dari kuasa Allah SWT. Ada seorang tokoh pas Hassan Ali yang menyokong usaha JAIS pakat2 pulau pula Hassan Ali. Tetapi kalau bersabit dengan kacau Umno pemimpin pas biasanya tidak akan menunggu sampai sesaat menyerang Umno bahkan yang tiada kena mengena dengan Umno pun mereka akan cuba kaitkan juga dengan Umno. Dalam isu JAIS vs Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) kita juga awal2 sudah dapat mengagak apa kesannya keatas Umno. Jadi tidak peliklah jika Setiausaha Agung parti PAS sendiri Datuk Mustapha Ali mendakwa kononnya UMNO yang menjadi dalang di belakangnya.

Di bulan ramadhan kali ini juga menyaksikan kepada kita Mufti Pulau Pinang melarang bacaan Al-Quran melalui pembesar suara di masjid-masjid negeri itu. Mengapakah baru sekarang baru dikeluarkan fatwa ini? dan kenapa pula setelah pas bersama DAP baru kedengaran fatwa tersebut? dan kenapa pula isu ini timbul ketika umat islam menjalani ibadat puasa ramadhan tidakkah ini penghinaan kafir kepada islam?. Ramadhan adalah juga bulan pembersihan, dari apa yang berlaku seakan Allah sudah bagi pertunjuk kepada kita pemimpin mana yang sebenarnya yang merusakkan islam.

Apa pun bagi Pakmie jika sikap pemimpin Islam yang ada pada hari ini itu sendiri yang bermasalah, mereka tetap tidak akan pertahankan Islam sebagai agenda utama mereka... sebaliknya apa yang mereka utama dan perjuangkan adalah undi dan kuasa semata2-Wallahu'allam.


No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..