Followers

Thursday, January 12, 2012

HAJI HADI TAK SERUPA DENGAN HASSAN ALI...?


KOTA BHARU 11 Jan. - Majlis Syura Pas yang diketuai oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepatutnya memecat presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, Abdul Hadi telah datang ke kediaman rasmi Perdana Menteri untuk membincangkan perkara tersebut dan bersetuju membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu. Beliau yang juga Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan bagaimanapun berkata, rancangan itu tidak menjadi kenyataan kerana ditentang oleh Nik Abdul Aziz dan beberapa pemimpin lain dalam Pas.

"Abdul Hadi bersetuju untuk tubuh kerajaan perpaduan. Saya tahu kerana pada ketika itu saya adalah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, malah saya terlibat secara langsung bertemu dengan beberapa pemimpin Pas untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

"Kalau bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dipecat maka Nik Abdul Aziz sewajarnya memecat Abdul Hadi kerana membelakangi parti. Nik Abdul Aziz adalah Mursyidul Am Pas yang mengetuai Majlis Syura dan kedudukannya lebih tinggi daripada Abdul Hadi.

"Sebab itu saya melihat tindakan Pas pecat Hasan tidak mengikut syariat tetapi mengikut kepentingan parti selepas ditekan oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Baucar Buku 1Malaysia kepada pelajar institusi pengajian tinggi di Politeknik Kota Bharu di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Pas memecat Hasan kerana mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan dasar parti itu.

Kontroversi membabitkan Hasan bermula apabila dia bersetuju dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat pemeriksaan terhadap sebuah gereja di Damansara tahun lalu yang disyaki memurtadkan beberapa orang Islam.

Hasan menjadi tumpuan lagi apabila mempertikaikan perubahan dasar perjuangan Pas daripada negara Islam kepada negara berkebajikan.

Kelantangan Hasan dalam memperjuangkan isu-isu berkaitan agama Islam telah mengundang rasa tidak senang DAP serta beberapa pemimpin tertinggi PKR sehingga ada yang menganggap beliau sebagai 'duri dalam daging' kepada pakatan pembangkang.

Hasan sekali lagi menjadi perhatian apabila tidak menyokong perhimpunan Bebaskan Anwar 901 kelmarin dan menyarankan orang ramai khususnya mahasiswa tidak menyertainya.

Kenyataan tersebut mengundang kemarahan PKR selaku penganjur perhimpunan sehingga Timbalan Presidennya, Azmin Ali menggesa Pas mengambil tindakan terhadap Hasan.

Md. Alwi yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan berkata, Hasan perlu dipertahankan supaya beliau dapat meneruskan agenda menegakkan Islam, Melayu dan mempertahankan institusi kesultanan Melayu.

"Pas pecat Hasan kerana perbuatan mencegah nahi mungkar. Orang macam Hasan patut dipertahankan bukannya terus pecat serta merta, tetapi disebabkan DAP dan PKR, Hasan dipecat.

"Pas adalah parti 'remote control'. Pas tidak perjuangkan Islam, disebabkan itu Nik Abdul Aziz buat keputusan pecat Hasan. Bohong kalau dia letak Islam di depan," katanya.

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..