Followers

Monday, September 10, 2012

USTAZ NASHA TIDAK DISINGKIR-MODAL CERAMAH PAS?...

Kalau dahulu sebelum bersama DAP dan PKR jarang sekali masalah dalaman pas boleh terlodeh keluar walaupun ianya benar2 terjadi. Kalau pun pas ada masalah tidaklah sekerap mana kita ketahui dan jarang2 berlaku. Semenjak pas bersama DAP dan PKR dalam PR, Pas sudah berubah corak. Pas sudah menjadi sebuah parti yang paling bermasalah di negara ini samada masalah dalamannya sendiri atau dengan parti dalam pakatan mereka.

Sehinggakan kata2 presiden pas  tidak sebebas sebagai berjawatan presiden orang lain yang manopolinya. Jawatan2 penting dalam Pas sudah ditukar kepada orang2 baru dan landasan perjuangannya juga diubah, dimana indentiti pas yang sebenar kita sendiri pun tidak pasti sekarang. Pejuang2 pas yang terdahulu sehingga sanggup terkorban kerana semata2 mahu mempertahankan indentiti pas menubuh negara islam akhirnya disia2kan oleh pemimpin pas pada hari ini. 

Teresa Kok, Ronnie Liu seakin berani  dengan angkuh membuat keputusan yang dengan terang-terang menentang Perkara 3 Perlembagaan Malaysia yang mengatakan bahawa Islam merupakan agama Persekutuan Malaysia. Sekiranya Teresa Kok hanya berani mempertikaikan agama Islam di penempatan yang majoritinya bukan Muslim, Ronnie Liu lagi hebat kerana berjaya memperlekehkan umat Islam di kawasan majoriti Muslim. Shah Alam contohnya yang menempatkan Masjid Negeri Selangor dan juga 70% penduduknya Islam pun dikacau bilaukan oleh Ronnie Liu. Hasil tangan Ronnie Liu dapat dilihat disetiap barisan lot rumah kedai di seluruh Shah Alam. Boleh dikatakan sekurang-kurangnya terdapat satu tempat penjualan arak dan satu pusat refleksologi di setiap lot bangunan rumah kedai di seluruh bandar Shah Alam. Jika tidak percaya datang lah sendiri  ke Shah Alam dan melihat dengat mata kepala sendiri situasi yang berlaku skrg. 

Jika disemak didalam daftar perniagaan MBSA, kesemua premis penjualan arak dan rumah urut ini diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan hanya selepas Ronnie Liu menjadi exco kerajaan tempatan. Ternyata terdapat banyak usaha untuk menjadikan negeri Selangor sebagai negeri sekular dan bukan negeri berkebajikan sepertimana yang dilaungkan oleh pas..

Penyebaran dakyah Kristianisasi dikalangan umat Islam pula tidak terkawal. Pada bulan Ramadhan yang lepas sebuah gereja di Damansara telah mengadakan operasi memurtadkan Muslimin. Sungguhpun ia telah dapat dihalang oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), namun pelbagai isu timbul dan JAIS pula dipersalahkan dalam hal melindungi akidah umat Islam di negeri Selangor. Sehingga ia menyebabkan pemecatan Dato Hassan Ali dari pas dan juga sebagai Exco Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Selangor. Hasilnya, gereja dan pusat-pusat pendakwahan agama yang lain selain Islam tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Banyak lagi kejadian yang melibatkan campurtangan DAP dalam hal-hal adat Melayu dan agama Islam. Perkara ini bukan hanya terjadi di Selangor, tetapi juga terjadi di negeri Pulau Pinang yang dikuasai oleh DAP. Penindasan terhadap umat Islam turut dirasai oleh oleh warga Muslimin Pulau Pinang. Baru-baru ini, dengan kurang ajar, Menteri Besar Pulau Pinang, Lim Guan Eng Laknatullah telah menaikkan replika botol arak di negeri yang digelar sebagai pulau mutiara itu. Tindakan ini menaikkan kemarahan Muslimin di negeri Pulau Pinang, namun begitu, kerana telah kehilangan kuasa, mereka tidak mampu untuk membuat apa-apa tentang penghinaan tersebut.

Sedarlah wahai umat Islam, pas sudah tidak releven lagi kepada umat islam sekarang. Cara pas mengundang kita orang islam  memungkinkan kita  perlu meminta kebenaran daripada orang kafir untuk beribadat dan menjalankan kehidupan sebagai seorang Muslimin di negara ini. Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang, kita akan memerlukan permit untuk bersolat jemaah memandangkan sekarang ini mereka sudah berani untuk mempertikaikan amal dan ibadat kita, memperkenalkan maksiat kepada masyarakat kita dan menghina adat dan budaya kita, apa akan jadi sekiranya mereka memegang tampuk pemerintahan di Putrajaya nanti?

Sudah tentu difikiran ustaz Nasha sekarang semakin hebat bagi memikirkan bagaimana untok menyelamatkan pas dari keganasan DAP dari dalam. Dalam fikiran Ustaz Nasha juga seperti Hassan Ali pasrah dengan apa2 hukuman yang mereka terima demi kebenaran dalam islam, yang ternyata setakat hari ini Ustaz Nasha dibebaskan sebaliknya kesalahan Hassan Ali sebelum ini dibuang ahli pas tanpa pembelaan. Cara keputusan dibuat dengan membebaskan Ustaz Nasha ramai pemimpim dalam PR menjadi sekak perut secara tiba2 terutama penasihat pakatan pembangkang Anwar dan pemimpim kesayangan Nik Aziz, Karpal Singh dgn memungkirkan alasan tidak memecat Ustaz Nasha kerana Pas tidak tunduk kepada DAP dan Anwar sdgkan dunia sudah tahu segala2nya pas skrg adalah boneka DAP dan PKR untok menjatuhkan Umno.

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..