Followers

Wednesday, May 20, 2009

BN RELA DIBELASAH SEMATA-MATA UNTUK KEMAJUAN DAN KEAMANAN NEGARA DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT

Kalau nak dikira dalam politik ni tiada jawapan sebenarnya yang kita dapat. dalam mana-mana parti politik sekali pun. Pemimpin parti politik sentiasa mencari jalan supaya parti mereka dapat diterima rakyat walau dengan apa cara sekali pun, lebih-lebih lagi parti-parti yang tiada mempunyai jasa lagi kepada rakyat dan negara. Sudah tentu mereka sentiasa mencari jalan mecipta isu-isu untuk disajikan kepada rakyat supaya parti mereka dapat diterima. Lainlah jika parti itu sudah berjasa kepada rakyat dan negara seperti Umno. Sudah sekian lama Umno bersama BN memerintah negara ini, jasa-jasa kerajaan yang dipimpin oleh keenam-enam Perdana Menteri termasuk DS Najib tiada tandingnya.

Gerak kerja BN untuk mendapat pengaruh rakyat tidak seperti pembangkang lakukan. BN banyak memberi tumpuan kepada penjelasan kepada rakyat tentang hala tuju sebenar negara di samping menangkis tomohan yang sengaja diada-adakan oleh pembangkang dalam usaha mengelirukan rakyat. Sebab itulah di setiap piliharaya kita dapat melihat keterampilan BN bersama masyarakat tidak seperti parti pembangkang yang banyak membangkitkan soal fitnah dan memburuk-burukkan pemimpin dan kerajaan, dan ini adalah kerja utama dan sifat semulajadi pembangkang di negara ini.
Lebih-lebih lagi seperti apa yang berlaku di DUN Penanti sekarang. BN sudah membuat keputusan untuk tidak bertanding atas sebab-sebab yang difikirkan kerajaan BN lebih baik dari bertanding. Pembangkang terus memanipulasikan isu ini. Anwar secara teranga-terangan menuduh BN akan menyertai tetapi mengggunakan calon bebas. Sebab itu dalam politik ini tiada jalan penyelesaian sebenar, cerita boleh direka-reka dan dibuat-buat dan apabila munasabah dan kebetulan ada persamaan dengan ceritanya maka rakyat dapat menerima.nya sebagai benar.. Hasilnya apa yang terjadi di DUN Penanti sekarang wakil rakyat yang baru dipilih oleh rakyat dalam piliharaya ke12 telah meletak jawatan dengan alasan mahu menyambung pelajaran. Masa piliharaya itu rakyat tidak tahu dan nampak perkara yang terjadi pada hari ini disebabkan ucapan-ucapan pembangkang pada masa itu boleh menyakinkan rakyat sebab itulah PKR boleh menang dikawasan tersebut. Apa yang berlaku hari ini DUN Penanti dikosongkan kerusi dan pekara ini bukan perkara kecil bagi pihak kerajaan yang memerintah, rakyat Malaysia khasnya kepada rakyat di DUN tersebut.

Bukan sesekali kerajaan BN tidak berani menghadapi pilihanraya. BN tidak rugi apa-apa jika pun BN kalah dalam piliharaya itu. Soal berani atau tidak itu tidak penting dalam soal pertandingan itu perkara biasa dan BN pun dah tewas dikawasan tersebut.

Kelicikan Anwar dalam berpolitik yang sanggup melakukkan apa saja cara asalkan beliau dapat memerintah negara ini dan sudah tentu perkara ini rakyat tidak dapat memikirkannya. Kerajaan terpaksa mengkaji dalam piliharaya kecil yang lepas dan membuat keputusan yang berani dan tegas jika kesan dari pertandingan itu banyak memberi impak yang negative kepada rakyat dan negara. Ini melambangkan kepada kita bahawa kerajaan BN tidak mementingkan kuasa jika untuk mendapatkan kuasa itu banyak menyusahkan rakyat dan ekonomi negara ini jika dengan sengaja mahu mengadakan piliharaya tersebut.

Tiada piliharaya pun kerajaan BN selalu dibelasah oleh Pembangkang, sebab ini adalah kerja semulajadi mereka. Kerajaan BN telah membuat keputusan tidak akan menyertai dalam piliharaya DUN Penanti 31 mei nanti mempunyai asas-asas yang kukuh. Pada masa ini kita (rakyat) tidak tahu perkara sebenar kenapa kerajaan membuat keputusan sedemikian. Ringkas sahaja jawabannya begitu licik tindakan Anwar... Pembangkang kuat atas kebijaksanaan Anwar mengada-ngadakan isu. Dengan BN tidak bertanding ini amat merisaukan Anwar sebab pembangkang sekarang sudah ketandusan isu-isu oleh itu "talihayat" Anwar kali ini tidak memihak kepada beliau kerana kebjikasanaan kepimpinan DS Najib.

1 comment:

Darulehsan said...

saudara, adakah anda menafikan jasa-jasa pas kepada rakyat kelantan. adakah anda mengatakan tiada satu pun jasa yg di buat untuk rakyat kelantan.

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..