* Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri dan menuturkan kata-kata lemah lembut.
* Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang menimbulkan prasangka maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya.
* Tidak ada ertinya Islam tanpa jemaah dan tidak ada ertinya jemaah tanpa pemimpin dan tidak ada ertinya pemimpin tanpa ketaatan.
* Aku tidak pedulikan keadaan susah atau senangku kerana aku tidak tahu manakah di antara keduanya yang lebih baik dariku.
* Apabila kita bermewah-mewah di dunia akan kurang ganjarannya di akhirat.
* Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya...
No comments:
Post a Comment