Followers

Wednesday, September 22, 2010

ANTARA KEMAJUAN KELANTAN SEBELUM MENDAPAT SUMBANGAN RM4 BILLION

Katanya, I'DA World akan menderma RM 4Billioan kepada Pas Kelantan. Nik Aziz MB sudah tentu 'gembira ' bila mendengar akan dapat duit sebanyak tersebut. Apa tidaknya ianya jauh melebihi dari tuntutan royalti minyak dan saluran dermanya pula terus kepada Kerajaan negeri. Kerajaan Pusat menggatikan dengan 20juta wang Ehsan tidak bererti apa2 selain dari jumlahnya sedikit ianya juga tidak dapat memperkayakan pemimpin pas kerana ia tidak disalur melalui kerajaan negeri. Kemajuan islam di negeri Kelantan khasnya akan dapat dibangun dengan pesat sedikit masa lagi bila mendapat sumbangan tersebut. Kalau sebelum ini wakil-wakil rakyat sahaja menjadi kaya raya dengan mendapat sumbangan tersebut pemimpin2 akar umbi pas juga berpeluang menjadi jutawan. Kalau sebelum ini kebanyakan masjid yang dibina oleh Kerajaan Pusat di Kelantan ditukar cat dengan warna hijau(Pas), warna hijau tersebut wajar ditukar kepada warna asalnya bagi memperbetulkan kekeliruan yang timbul setelah kerajaan negeri sudah ada duit dan kaya raya hasil dari sumbangan tersebut. Pas akan dapat menjalankan segala aktiviti dengan tidak payah lagi mengaku atau memyembunyikan fakta sebenar apa kemajuan yang sebenarnya mereka lakukan di Kelantan. Kalau sebelum ini pas hanya menumpang pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat keatas negeri tersebut dengan cara menyelewengkan fikiran rakyat bagi menambat hati rakyat cara islam pas setiap kali pilihan raya. Setelah mendapat sumbangan RM4Billion tersebut pentabiran kerajaan negeri dan wakil2 rakyat pas tidak perlu bersusah payah membuat fitnah sana sini diceruk rantau negeri bagi memburukkan Kerajaan Pusat untok mendapat pengaruh rakyat jelata. Nik Aziz tidak payah lagi menggeluarkan kenyataan dan fatwa2 yang menyeleweng dari dasar dan hukum islam sebenar tidak seperti apa yang beliau lakukan sebelum ini. Adakah dengan angin sumbangan RM4 Billion Kelantan akan berubah wajah kepada BN dalam PRU13? rakyat Kelantan semakin jelas, Kerajaan pas yang ada sekarang lebih sibuk mencari pengaruh untok memperkayakan diri tidak seperti yang diwar2kan katanya mahu menolong rakyat dan memperkuatkan islam tidak kira samada sumbangan itu benar atau tidak.








Pas perlu jelaskan kepada rakyat

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Pihak berkuasa digesa menyiasat dengan segera 'sumbangan' RM4 bilion oleh syarikat I'DA World Group Sdn. Bhd. (I'DA World) kepada Pas Kelantan.

Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Mohd. Zahid Md. Arip berkata, adalah sesuatu yang mengejut dan meragukan apabila sebuah syarikat sanggup 'mendermakan' sebegitu besar wang tunai.

Sambil menyifatkan 'kemurahan hati' syarikat tersebut sebagai pertama kali dalam sejarah Malaysia, beliau turut mempersoalkan adakah sumbangan berkenaan sebagai satu rasuah yang diamalkan oleh Pas.

"Pihak berkuasa seperti polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat syarikat ini dan kerajaan Pas Kelantan kerana jumlah sumbangan itu menimbulkan pelbagai persoalan.

"Pas Kelantan perlu menjelaskan kepada rakyat kenapa sebuah syarikat begitu bermurah hati mahu mendermakan RM4 bilion kepada mereka," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini yang memetik I'da World sebagai berkata, sumbangan RM4 bilion itu bertujuan membangun dan menambah baik infrastruktur di sempadan Rantau Panjang, Kelantan.

Bagaimanapun, Pengerusi Eksekutif I'DA World, Abdul Rahim Abdul Wahab menafikan sumbangan itu mempunyai kaitan dengan projek mega Seri Tujuh di Tumpat, Kelantan yang bernilai RM313.71 bilion yang dimenangi oleh syarikat tersebut.

Menurut Mohd. Zahid, SPRM perlu menyiasat sama ada wujud unsur rasuah atau tidak dalam pemberian 'sumbangan' berkenaan kerana sumbangan dibuat atas nama Pas Kelantan dan bukannya kerajaan negeri.

Tambahnya, jika benar 'sumbangan' itu bertujuan membangunkan kawasan persempadanan Rantau Panjang dan tiada kaitan dengan penganugerahan projek Seri Tujuh, derma itu sepatutnya dibuat atas nama kerajaan negeri.

Pada masa yang sama, beliau mahu LHDN menyiasat sama ada syarikat terbabit menjelaskan cukai pendapatan seperti sepatutnya memandangkan, I'DA World berkemampuan untuk menderma sebanyak RM4 bilion.

"Jika I'DA World mampu menderma sehingga RM4 bilion, sudah pasti cukai pendapatan yang sepatutnya dijelaskan juga tinggi, tetapi persoalannya adakah syarikat ini melaksanakan tanggungjawab berkenaan," soalnya.

Mengenai penafian Exco kerajaan negeri, Datuk Nik Amar Abdullah yang mendakwa kononnya projek Seri Tujuh tidak pernah dibincangkan secara rasmi oleh kerajaan Pas Kelantan, Mohd. Zahid berkata, Exco tersebut cuba memperbodohkan rakyat Kelantan.

Jelasnya, adalah mustahil Nik Amar selaku Exco kerajaan negeri tidak mengetahui tentang penganugerahan projek berkenaan kerana ia membabitkan kos RM313.71 bilion.

Utusan Malaysia.

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..