Followers

Friday, November 12, 2010

ZAID DESAK ANWAR...ANWAR DESAK NIK AZIZ?



MENYOKONG PAKATAN- MELEMAHKAN KUASA MELAYU DAN ISLAM BAGAIMANA PULA DENGAN PARTI KEADILAN BARU ZAID?
Didalam pakatan pembangkang ada sebuah parti yang secara terangan tidak mahu kepada islam lebih-lebih lagi kepada pentadbiran islam di negara ini. Diawal penubuhan DAP lagi ia consisten tidak mahu kepada islam. Mereka bukan setakat tidak mahu kepada islam DAP juga sentiasa mencari jalan supaya islam terhapus, sasaran utama mereka adalah mahu melenyapkan Umno sekaligus meranapkan kuasa melayu dan islam di negara ini . DAP sudah menyedari hakikatnya melayu tidak akan lemah dan terhapus jika ia tidak menggunakan melayu itu sendiri bersama mereka. DAP merealisasikan dan telah terbukti dalam pilihan raya PRU12 yang lalu DAP menang begitu banyak kerusi berbeza dengan sebelumnya kerusi yang tidak pernah mereka menangi lebih-lebih lagi kawasan majoriti melayu. Sebelum ini DAP hanya sebuah parti pelengkap kepada kaum cina. Wawasan dan perjuangan sebenar kaum tersebut diserahkan kepada MCA dan gerakan dalam komponen BN.

Siapa yang mengangkat dan memberi kuasa kepada DAP sebegitu rupa? sudah tentulah orang-orang melayu yang memberi undi. DAP sekarang tidak DAP seperti sebelum PRU12. Sekarang mereka sudah menjadi kuat sekaligus penentu dasar dalam pakatan mereka PKR dan Pas. Kalau dalam BN tunjang kekuatan adalah Umno manakala dalam pakatan tunjang kekuatan adalah DAP. Penambahan kerusi DAP yang tidak pernah berlaku dalam sejarah politik negara dari dahulu hinggalah sekarang. DAP, Pas dan PKR dalam pakatan mereka DAP mengatasi majoriti Anwar sebagai ketua pembangkang itu adalah merupakan strategi DAP bagi mengkaburkan orang melayu dalam PKR dan Pas. Kalau dahulu pas merupakan parti dominan orang melayu bertindak sebagai pembangkang tetapi kini pas merupakan sebuah parti yang telah dicabul kehormatannya. Sudah serah segalanya perjuangan islam entah ke demi sayangnya kepada DAP semata-mata dendam, rakus pada kuasa dan cita-cita kepertingan pribadi.

SEJARAH RINGKAS DAN CITA-CITA DAP YANG MEMBUATKAN PAS DAN PKR TERNODA...

1. Deklarasi Setapak pada 29 Julai 1967 di Majlis Jamuan Makan Malam Tahunan Pertama DAP, telah menggariskan beberapa perkara yang antaranya; bermatlamat mengembangkan ideologi negara yang bebas, berkehendakkan demokrasi berfahaman sosialis berdasarkan prinsip sama rata antara kaum, menuntut kesaksamaan sosial ekonomi antara kaum, serta mendesak Universiti Merdeka diiktiraf sebagai universiti kaum Cina.

2. Oktober 1967, DAP menjadi satu-satunya parti dari Malaysia yang menganggotai Socialist International (SI) yakni sebuah pertubuhan yang memperjuangkan sosialisme/komunisme/liberalisme/zionisme/sekularisme etc. dan salah seorang yang pernah menjadi naib presiden SI ialah Ehud Baraq, mantan PM Israel. Antara associated organisations yang terlibat secara langsung dengan SI ialah World Labour Zionist Movement (WLZM). Beberapa agenda sulit SI yang dikenalpasti antaranya adalah untuk mengembangkan Christianity ke serata dunia, yang sangat bertepatan dengan ideologi DAP kerana anggota DAP sendiri terdiri daripada ramai penganut Kristian. Seandainya dikaji dengan lebih mendalam sejarah penyertaan DAP dalam Socialist International, pasti anda akan memahami 'rahsia' kejayaan DAP memenangi banyak kerusi Parlimen di PRU-4, sehingga tercetusnya tragedi 13 Mei 1969.

3. 18 Oktober 1990, Karpal Singh mengatakan dengan lantang, "Jika mahu wujudkan negara Islam...langkah mayat saya dulu!"

4. 5 Mei 2008, Karpal Singh mempertikaikan kuasa Sultan Azlan Shah selaku Ketua Agama Islam Negeri yang memindahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak.


5. Pada tahun 2008 juga, Teresa Kok meraikan kemenangan DAP dalam PRU-12 dengan memanggang 5 ekor babi sebagai simbolik orang Cina dalam Pakatan Pembangkang berjaya menguasai 5 negeri dengan PAS & PKR sentiasa berada di bawah telunjuk mereka. Sebab itulah agaknya ada ahli parlimen PAS yang menyokong pelajar membawa bekal babi ke sekolah.

6. Teresa Kok turut menuntut papan tanda jalan yang bertulisan Jawi di sekitar Kuala Lumpur & Selangor ditukarkan ke bahasa Mandarin; selain menuntut agar azan di setiap surau dan masjid dalam negeri Selangor diperlahankan.

7. Ronnie Liu mengarahkan semua arak yang dirampas atas 'usaha' Hassan Ali dalam kawasan majoriti penduduk Islam di Selangor, supaya dikembalikan semula kepada penjual/peruncit.

8. Tanah wakaf orang Islam seluas 4 ekar di Kampung Kebun Bunga, Selangor telah didirikan Dewan Perhimpunan Orang Ramai, Persatuan Perkuburan Cina. Sebelum itu, BN yang mentadbir Selangor telah berusaha untuk memindahkan dewan tersebut ke kawasan lain. Tetapi apabila Pakatan Pembangkang mengambil alih pemerintahan Selangor pada 2008, usul pemindahan dewan oleh BN sebelumnya telah ditolak DAP dengan sokongan Khalid selaku Menteri Besar Selangor.

9. 16 Mei 2008, Exco Kerajaan Negeri dari DAP telah mengarahkan 130 unit lot perumahan bumiputera di Perak agar dijual ke pasaran terbuka dengan nilai hartanah bumiputra itu hampir RM5 juta.

10. Semasa Pakatan memerintah Perak, borang permohonan tanah di Pejabat Tanah di arah cetak dalam bahasa mandarin dan tamil, kononnya untuk memudahkan kefahaman kepada kaum bukan Melayu. Hakikatnya, mereka berhasrat untuk mengambil tanah milik Melayu secara senyap tanpa disedari orang Melayu yang pasti tidak faham akan kandungan borang yang dicetak menggunakan kedua bahasa tersebut.

11. Lim Guan Eng pernah menyarankan agar jawatan Tuan Yang Terutama (TYT) serta Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang digantikan dengan kaum Cina.

12. Lim Guan Eng adalah seorang penakut dan cepat menggelabah apabila ditekan atau disergah. Itulah ciri seorang 'khalifah' yang sangat diagongkan para juak PAS.

13. DAP menaruh harapan untuk menguasai negara ini di PRU-13. DAP sanggup melakukan apa saja demi merealisasikan impian kerana beranggapan sekiranya mereka gagal dalam misi menguasai Malaysia di PRU-13, maka cita-cita mereka mungkin akan terkubur selamanya.

14. DAP hari ini memiliki 29 Kerusi Parlimen di Dewan Rakyat yang menjadikannya parti dominan dalam Pakatan Pembangkang berbanding PKR (26) dan PAS (23). Strategi DAP di PRU-13 adalah meletakkan calon Melayu bagi mewakili parti mereka, maka tidak mustahil DAP akan terus kekal menjadi PARTI DOMINAN PAKATAN selepas PRU-13 kelak.

15. Menyokong Nik Aziz, Bro Anwar Bin Ibrahim, Husam Musa, Azmin Ali dan PKR, BERERTI anda rela diperalatkan demi memenuhi impian DAP menguasai Persekutuan Malaysia.

16. Apakah pilihan anda menjelang PRU13? adakah anda setuju dengan jurunikah Anwar bersaksikan Nik Aziz Pas bersama DAP?

Paneh Miang

1 comment:

YANG GAMBI said...

Masyarakat yang jumud sahaja akan bersama-sama dengan PAS-PKR dan yang paling bodoh sahaja yakin dan percaya dengan janji-janji DAP komunis....

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..