Followers

Wednesday, December 29, 2010

ALLAH DAH MAAFKAN...MENJELANG PRU KE 13?

KENAPA BLOGGER PRO-KERAJAAN PULA YANG DIKATAKAN JAHAT?

Umno Kelantan terlalu slow sehinggakan isu Ustaz Saipul yang hangat diperkatakan dan didedahkan oleh puak2 pas Pasir Putih ketika menjelang pilihanraya 2004 dahulu baru kini menjadi hangat dan baru menjadi sebutan orang2 Umno seolah2 ianya baru terjadi. Pada tahun 1999 Ustaz Saipul menang pilihan raya DUN Selinsing, pada tahun 2000 beliau dituduh skandal dengan isteri orang, pada tahun 2004 beliau dicalonkan walaupun dibantah dengan keras oleh segolongan penyokongnya sendiri khasnya pas jajahan Pasir Putih yang akhirnya beliau tewas. Pada tahun berikutnya 2008 beliau menang kembali dengan majoriti 783 undi, itulah lebihnya pas berbanding dengan Umno.

Jarang sekali kalau kita mahu mendengar keburukkan orang2 pas dimulut orang pas sendiri kenapa? tetapi dalam kes Ustaz Saipul ini berbeza sekali sehinggakan ada Vedio tempatan yang merakamkan penjelasan oleh bekas anggota pasukan keselamatan MB Kelantan sendiri iaitu Ustaz Saidi. Perkara ini juga yang menjadi kecaman oleh pembangkang kepada blogger yang pro Kerajaan kononnya memuatkan vedio itu dalam blog mereka kerana memfitnah.

Pas ternyata juara dalam hal-hal memburuk dan mencari keburukkan orang. Nik Aziz sendiri memberi lampu hijau bahkan beliau sendiri sanggup mengajak rakyat supaya mengaminkan doanya supaya pemimpin Kerajaan yang diketuai oleh DS Najib pecah perut kalau tidak meluluskan duit royalti minyak kepada Kelantan.

Dimana-mana kesilapan tetap ada jika penyokong pas libatkan Nik Aziz dalam membuatkan kenyataan sesuatu untok penjelasan. Kalau bersabit dengan Umno walaupun menunjangi BN yang sudah lebih 60 tahun mentadbir Kerajaan seolah-olah tiada satu pun yang baik bagi Nik Aziz. Kerajaan Kelantan yang sudah lebih 20tahun di tadbir oleh pas yang bermenteri Besar oleh Nik Aziz seolah-olah lebih berjaya berbanding dengan Kerajaan BN yang memerintah negara. Inilah hebatnya orang-orang pas dan disinilah lemahnya orang-orang Umno Kelantan. Orang pas juga yang mendedahkan keburukkan pemimpin Pas kalau tidak orang Umno tidak akan tahu secara jelas sebaliknya apabila Umno bercakap tentang perkara tersebut orang Umno pula yang dituduh fitnah, jahat dan sebagainya mujarab sunggoh fatwa Nik Aziz. Kalau orang itu yang membaling batu sebaliknya orang lain pula yang dihukum tidakkah hebat? tengok dalam soal perpaduan melayu yang dibangkit oleh Haji Hadi tidakkah Nik Aziz menuduh itu sendiwara Umno?

Manakala jika sesuatu dengan jelas menampakkan kelemahan atau kejahatan, Nik Aziz pula akan mengatakan itu kesilapan teknikal dan dalam kes Dato Zaid yang dibangkitkan ketika pilihan raya Hulu Selangor dalam soal arak cepat2 Nik Aziz kata Dato Zaid Ibrahim sudah bertaubat. Begitu juga dalam kes skandal Ustaz Saipul dalam koch keretapi dengan isteri orang Nik Aziz kata Allah Ta'alla dah maafkan...inilah cara politik Nik Aziz sehingga boleh memerintah Kelantan sehingga kini. Kesihatan nya uzur dia kata otaknya masih baik...jika orang kata seperti beliau kata kepada Tun Mahadhir suatu ketika dahulu sila letak jawatan sebab dah tua, apa pula agaknya Nik Aziz akan jawab...adakah beliau akan kata Allah ta'alla suruh dia pegang jawatan lagi?


1 comment:

Bahasa Makngah said...

Sebenarnya, org yg berterusan berbuat jahat itu sebenarnya manusia yg TIDAK DISAYANGI ALLAH krn ORG YG DISAYANGI ALLAH tidak akan lama berbuat kejahatan, ALLAH AKAN TERUS MEMBERINYA PERINGATAN. Dah 20 tahun nik ajis sesat.......lama tu.............

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..