Followers

Tuesday, December 14, 2010

SAIFUL SEMAKIN TENANG MANAKALA ANWAR SEMAKIN GELISAH

WikiLeaks : Dr M Yakin Lee Kuan Yew Tahu Aktiviti Anwar


Bekas Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew turut tahu tentang kegiatan sisi gelap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau diminta mengulas laporan akhbar Australia bahawa Lee Kuan Yew sendiri pernah memberitahu agensi Risikan Kebangsaan Australia (ONA) bahawa beliau sendiri mempercayai Anwar sememangnya melakukan aktiviti liwat itu bersama seorang pembantu lelakinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.Klik sini dan di sini
“Ya memang… saya pun fikir dia (Lee) tahu tapi parti politik saja buat tidak tahu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk “Globalizing Malaysians in 2020” di Universiti Tenaga Nasional di Putrajaya hari ini.
Pendedahan akhbar Australia itu bersumberkan pendedahan sebuah laman web antarabangsa, WikiLeaks, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008, iaitu kira-kira lima bulan selepas dakwaan Anwar meliwat bekas pembantu peribadinya itu terbongkar.
Agensi perisikan Singapura mempercayai Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual berasaskan bukti risikan teknikal, yang dilakukan agensi itu, dipercayai melalui kaedah memintas talian komunikasi negara.
Pada 22 September 1998, Dr. Mahathir telah dimaklumkan mengenai perlakuan sumbang di luar tabii Anwar Ibrahim semasa Tun Hanif Omar menjadi Ketua Polis Negara lagi, pada tahun 1993, tetapi beliau tidak mempercayainya.
‘Dan tahun lalu (1997) saya mendengarnya semula… pada mulanya saya mengesyaki mungkin tuduhan itu dibuat atas perasaan cemburu (oleh musuh politik Anwar)”, kata Dr Mahathir.
Menurut bekas Perdana Menteri itu, untuk mempercayai tuduhan-tuduhan terhadap Anwar, beliau telah menemu ramah sendiri mangsa-mangsa yang dikatakan terbabit dengan aktiviti luar tabii Anwar itu, iaitu Sukma Darmawan Sasmitaat Madja dan pemandunya (Azizan Abu Bakar) tanpa kehadiran pihak-pihak lain (termasuk polis). Klik di sini

Tun Haniff Omar memberi keterangan di Mahkamah Tinggi sebagai saksi pihak pendakwa kes liwat I pada tahun 1999.Tun Haniff Omar turut mengesahkan beliau pernah memberitahu Dr Mahathir mengenai kegiatan Anwar itu pada 9 Oktober 1993, yang memaklumkan bahawa Anwar mempunyai hubungan homoseksual dengan dua lelaki yang salah seorang daripadanya adalah warganegara asing.
Menurut bekas Ketua Polis Negara itu, Dr Mahathir ketika itu mendiamkan diri yang menunjukkan reaksi tidak mempercayai laporan tersebut. Katanya, dua tiga hari selepas pertemuan dengan Dr. Mahathir pada Oktober 1993, beliau didatangi oleh orang perantaraan Anwar yang menyatakan keinginan Anwar untuk berbincang dengannya.
”Saya tanya kepada orang perantaraan itu, sebab apa Anwar hendak jumpa? Mereka berkata, ‘sebab benda sensitif yang Tan Sri telah taklimatkan kepada PM’.
”Pada jangkaan saya Anwar telah dimaklumkan oleh Dr. Mahathir (berhubung perlakuan seks luar tabii),” katanya.
Berikutan itu, satu pertemuan telah diatur di antara Haniff dengan Anwar di kediaman Anwar selepas sembahyang Subuh.
Katanya, jelas pada pertemuan itu Anwar mengetahui apa yang beliau (Haniff) tahu dan Anwar tidak bertanya bagaimana beliau mendapat tahu dan mengapa ia dilaporkan kepada Perdana Menteri.
Ketika ditanya adakah Anwar menafikan maklumat tersebut, Haniff menjawab, Anwar tidak menafikan dan tidak bertanya lebih lanjut.
Dalam pertemuan dengan Anwar itu, Haniff pernah menasihatkan Anwar supaya menghentikan perbuatan homoseksualnya selepas polis menemui bukti-buktinya berkenaan hubungan seks luar tabii itu.Klik di sini
AIDCNews

1 comment:

dzimba said...

Salam tuan rumah.. satu blog yang menarik dan Dzimba mohon pautan http://pantausblog.blogspot.com

saya akan pautkan blog tuan dgn pantau

sekian terima kasih

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..