Followers

Thursday, February 3, 2011

Kefahaman Politik & Islam Nik Aziz vs Dr Asri



Nik Aziz tidak hirau ajaran setiap orang Islam bersaudara - Dr M

Jika diteliti tindak tanduk Musyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta macam-macam fatwa yang dianggap songsang keluar dari mulutnnya demi perjuangan PAS, pendapat Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai Menteri Besar Kelantan itu ada benarnya.

Menurut mantan Perdana Menteri itu, Nik Aziz tidak menghiraukan bahawa satu daripada ajaran Islam yang penting ialah setiap orang Islam itu bersaudara.

Dr Mahathir melihat hasil terbesar perjuangan Nik Aziz dan PAS memecahbelahkan orang Melayu di Malaysia.

“Penubuhan PAS itu sendiri berjaya memecahbelahkan orang Melayu Islam setelah mereka bersatu dalam Umno untuk memperjuangkan nasib bangsa yang beragama Islam,” katanya lagi.

Dr Mahathir juga berkata, PAS turut memecahbelahkan orang Melayu Islam di Malaysia sekali lagi apabila PAS mengadakan sembahyang Jumaat dua imam, larangan terhadap perkahwinan orang PAS dengan UMNO, larangan ahli PAS menghadiri kenduri orang UMNO.

Malah PAS juga menerima pengasingan kubur orang PAS dari orang UMNO dan seolah-olah di akhirat juga PAS ingin pecah belah orang Melayu Islam terus berlaku.

“Apabila PAS bertanding dalam pilihan raya 1955 dan seterusnya hingga 1986 ia mendakwa bahawa UMNO yang bekerjasama dengan orang bukan Islam, mereka menjadi kafir.

Menurut Dr Mahathir, kemudian PAS bergabung tenaga dengan Semangat 46 dan DAP dalam pilihan raya 1990 dan 1995.

“Dengan ini Semangat 46, serpihan dari UMNO mendapat nafas dan orang Melayu Islam terbahagi kepada tiga kumpulan,” katanya dalam tulisan terbaru blog beliau..

Beliau menambah apabila timbalan presiden UMNO dikeluarkan dari parti, Nik Aziz dengan cepat memberi sokongan kuat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya parti serpihan yang ditubuh boleh menarik keluar sebahagian daripada ahli UMNO dan penyokongnya supaya parti orang Melayu Islam yang terbesar ini menjadi lemah.

“Hasil daripada sokongan Nik Aziz orang Melayu sekali lagi berpecah tiga. Tidak cukup dengan ini Nik Aziz sanggup bekerja keras dengan DAP untuk menubuh Pakatan.

“Bahawa dahulu PAS mendakwa kerjasama oleh UMNO dengan bukan Islam menjadikan mereka kafir dilupakan sahaja kerana ingin menjadi Pakatan musuh UMNO yang kuat,” katanya.

Tambahnya, dengan cara ini Nik Aziz menentukan kali ini perpecahan orang Melayu Islam kepada tiga pasukan yang lemah menjadi kekal.

Kesimpulannya, Dr Mahathir mendakwa Islam dibawa Nik Aziz “lebih teruk dari Islam nasionalis” dan menjadi penyumbang kepada perpecahan orang Melayu Islam negara ini.

Justeru itu, kata bekas Presiden UMNO itu Nik Aziz rela mempertahankan Lee Kuan Yew dengan menganggap cadangan bekas perdana menteri Singapura itu supaya orang Islam Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam adalah tidak seburuk dari Islam nasionalis Melayu.

“Cadangan Lee Kuan Yew ini dianggap oleh Nik Aziz sebagai lebih baik dari segala-gala yang dilakukan oleh nasionalis Melayu di Malaysia.

“Bayangkan sahaja Islam di bawah pemerintahan Nik Aziz dengan Karpal, Kit Siang, Guan Eng,” katanya..

Khamis lalu, Nik Aziz dilapor menyifatkan orang Melayu di Malaysia yang menolak Islam dan mengambil pendekatan nasionalisme lebih teruk dari Lee.

Kata Nik Aziz, Lee hanya meminta umat Islam di republik itu tidak terlalu berpegang kuat kepada ajaran Islam berbanding segelintir orang Melayu di negara ini yang membuang sama sekali Islam dan mengambil pendekatan nasionalisme.

“Orang Melayu sini pun tolak Islam, tolak Islam ambil kebangsaan lebih teruk daripada Lee Kuan Yew.

“Beliau cakap jangan pegang (Islam) kuat sangat, orang ini kata buang semua ambil kebangsaan, lebih teruk daripada Lee Kuan Yew,” katanya mengulas pandangan Lee dalam buku terbaru tulisannya “Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going”.

“Ternampak Nik Aziz lebih utamakan peluang untuk memburuk musuh politiknya di Malaysia daripada mempertahankan serangan terhadap Islam dan penganutnya oleh Lee,kata Dr Mahathir.- Agendadaily 1/2/2011.

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..