Followers

Monday, February 14, 2011

VALENTINE DAY - ANWAR MASIH JAUH LAGI " TERSELAMAT "


ANWAR TERLALU BIJAK MENCIPTA KEKECOHAN...

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman menegaskan, beliau mempunyai bukti kukuh berhubung dakwaan terhadap hubungan bekas majikannya itu dengan Amerika Syarikat (AS) khususnya pertubuhan-pertubuhan Yahudi.
Beliau berkata, antaranya ialah operasi sebuah firma didaftarkan dengan nama Anwar Ibrahim Consulting Associate berpangkalan di Washington DC, AS yang berperanan merancang segala kegiatan dan aktiviti Anwar di luar negara.Ujar beliau, itu hanya satu pendedahan sahaja dan banyak lagi rahsia Anwar yang diketahuinya dalam konteks hubungan PenasihatParti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut dengan pertubuhan-pertubuhan Yahudi.
"Saya tidak gentar berhadapan dengan Anwar apabila saya mengambil keputusan mendedahkan satu persatu rahsia Anwar.''Ini baru sedikit dan apabila sampai masanya nanti saya akan membongkarkan semua rahsia tersebut.
"Semua pendedahan yang buat ini adalah berdasarkan fakta dan bukti jelas. Ini bukan rekaan. Kesemuanya ini tercatat di dalam rekod yang berbentuk dokumen,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Muhamad Rahimi dalam ceramahnya di Kampung Jalan Kebun, Shah Alam sebelum ini mencabar Anwar mendedahkan sumber kewangan yang diperolehinya untuk mengendalikan sebuah pejabat di Washington DC yang didakwa menelan kos operasi kira-kira RM6 juta (AS$2 juta) setahun.
Muhamad Rahimi mendakwa, jumlah kos operasi pejabat itu yang didaftarkan dengan nama Anwar Ibrahim Consulting Associate adalah besar dan tidak mungkin mampu dibiaya oleh Anwar yang hanya berjawatan ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat.
Malah, Muhamad Rahimi berkata, pejabat tersebut turut mengambil lima orang pekerja yang terdiri daripada golongan muda dan ada di antaranya warga Pakistan dan Turki yang menetap di AS dengan gaji mencecah lima angka sebulan dalam mata wang AS.
Muhamad Rahimi berkata, dokumen-dokumen itu menunjukkan bagaimana perjalanan operasi firma milik Anwar di Washington dengan pembiayaan begitu tinggi selain kewujudan hubungan secara langsung Ketua Pembangkang itu dengan pertubuhan Yahudi di luar negara.
"Pertubuhan-pertubuhan Yahudi ini amat rapat dengan Anwar. Walaupun pertubuhan-pertubuhan ini bergerak atas nama tertentu tetapi kita tahu mereka adalah pertubuhan Yahudi.
"Malah saya ada maklumat bagaimana perbelanjaan latihan serta kempen PKR turut ditanggung oleh pertubuhan-pertubuhan berkenaan,'' katanya lagi.
Sehubungan itu, beliau menyelar tindak-tanduk Anwar yang sewenang-wenangnya menuduh kerajaan mempunyai hubungan dengan Yahudi apabila melantik Apco Worldwide sebagai firma perunding.
"Anwar sepatutnya cermin dirinya sendiri sebelum cuba menuduh kerajaan dengan pelbagai tuduhan. Saya pernah bekerja dengan Anwar dan saya tahu pergerakannya,'' katanya lagi.Dalam pada itu Muhamad Rahimi berkata, beliau mengambil keputusan bangkit menentang Anwar selepas didapati tindakan Ketua Pembangkang itu semakin melampau terutama melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan.
"Itu belum dikira sokongan padu yang diterima oleh Anwar daripada juak-juaknya. Mereka begitu bersungguh-sungguh mempertahankan Anwar. Bagi mereka Anwar pemimpin hebat sedangkan ia adalah sebaliknya."Bagi saya Anwar adalah perosak negara. Saya akan menentangnya walau apa pun berlaku. Lawan tetap lawan. Itulah juga kata-kata yang sering digunakan oleh Anwar untuk menaikkan semangat para penyokongnya,'' tegas beliau lagi.
Sumber:
Salinan daripada AIDC

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..