Demonstrasi halal untuk guling kerajaan
 NIK Abdul Aziz Nik Mat menyampaikan 
anugerah kepada salah seorang pelajar kepada majlis penyampaian Anugerah
 Kecemerlangan Peperiksaan 2011 di PUTIK, Pengkalan Chepa Kota Bharu, 
semalam. 
KOTA BHARU 1 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik 
Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan demonstrasi merupakan cara moden yang 
halal dilakukan, selain pilihan raya untuk menggulingkan sesebuah 
kerajaan yang mungkar.
Justeru, beliau menegaskan demonstrasi Bersih 3.0 adalah wajib dan 
akan menyokong penuh jika ia diadakan lagi pada masa akan datang serta 
sanggup menyediakan sumber kewangan kepada sesiapa sahaja yang ingin 
menyertainya.
Beliau turut mendakwa tidak sedikit pun rasa bersalah ketika 
memberikan wang kepada peserta Bersih 3.0 meskipun demonstrasi itu yang 
diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini yang kononnya aman akhirnya 
bertukar menjadi rusuhan ganas.
Utusan Online 
...


No comments:
Post a Comment