Followers

Friday, July 20, 2012

HIJAU BERUBAH WARNA DI PULAU MELAKA

SAHUT SERUAN NIK AZIZ TIDAK PERLU POSTER UNTUK KAMPEN PILIHANRAYA

PR pembangkang selalu mengitai dan mencari ruang bagi mengentam Umno. Banyak juga perkara yang tidak berlaku, Umno juga dipersalahkan. Tidak kurang juga perkara yang diada2kan semata2 untok melontar kesalahan itu kepada Umno. Seolah2 negara ini diperintah oleh PR bukannya Umno.

Ruang untok penyokong pas kearah ketaksuban kepada parti tersebut dibuka seluas2 oleh pemimpin pas bukti jelas seperti apa yang  berlaku hancurnya rumah tangga warga mas kerana perbezaan fahaman politik. Kenyataan seorang artis masuk pas kerana ingin bertaubat dan ingin kemabli kepada islam yang sebenar. 

Dalam pada itu juga pas bertubi2 dirundung masalah tambahan menjelang PRU yang anehnya bukan masalah itu ciptaan musuh politk tetapi dari kumpulan mereka sendiri dengan kata lain orang dalamnya sendiri. Bermula dari Kickdefella, Hassan Ali dan tidak kurang juga dari kalangan pemimpim mereka yang lain tapi masih berada didalam parti tersebut. Kenapa tamparan berupa cabaran begitu hebat di uji oleh Allah kepada Pas jika ia benar2 mengikut islam disaat umat islam di negara ini perlu kepada penyatuan?...

Corak dan tindak tanduk pas dari dulu lagi bukan untuk penyatuan Ummah banyak kesilapan yang pas seret islam untuk perkuatkan parti nya. Kesan dari kesilapan demi kesilapan menjadikan pas sebuah parti lara dan kita tidak boleh mengharap apa2 lagi dari pas sekaligus kita perlu mempastikan pemimpin tidak perlu lagi kita angkat memberi sokongan dalam pilihan raya akan datang. Jika kita menyokong pas bermakna kita memberi kuasa dan ruang kepada rakan sekutu kuat mereka DAP yang sudah jelas mendominasi PR yang bertanding 89 kerusi.

Rakyat sudah mulai sedar,dengan kebijaksanan kerajaan pada hari ini yang diketuai oleh DS Najib sebagai PM jelas  menambahkan lagi kesedaran pada rakyat. Fatwa2 yang pernah pas keluarkan sebelum ini pas sendiri sudah tidak terima pakai lagi. Umno tidak kafir lagi sekarang sebab pas juga bersama kafir bahkan lebih teruk lagi pas sanggup bersama kafir yang terangan2 tdiak mahu kepada islam.

ADDAKAH INI JUGA SALAH UMNO....?

Sila baca sini...

 KOTA BHARU, 19 Julai - Pulau Melaka kawasan kediaman Menteri Besaer Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mata dikejutkan setelah 160 orang penduduk menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Dato Seri Jamil Khir Bin Baharom sambil disaksikan oleh Ketua Bahagian UMNO Pangkalan Chepa, Datuk Dali Bin Husin ketika majlis perasmian Gelanggang Silat 1Malaysia yang diadakan pada 18 Julai 2012, jam 3.30 petang di Kampung Babong, Pulau Melaka. 
Majlis berkenaan dihadiri oleh 1,000 orang penduduk dan Jamil Khir turut memberi bantuan sebanyak RM 5,000 untuk pembangunan silat di Kampung Pulau Melaka serta empat buah khemah untuk penduduk. Rata-rata yang hadir dalam majlis ini terdiri daripada pengikut PAS. Majlis yang dianjurkan sendiri oleh penduduk Kampung Babong.
Pulau Melaka yang diketuai oleh Haji Muhammad Din bergotong-royong sesama mereka untuk memanggil Menteri bagi mendengar rintihan rakyat memandangkan wakil rakyat mereka gagal melaksanakan tugas dengan baik walaupun tinggal berdekatan dengan rumah kediaman Menteri Besar Kelantan.
Borang keahlian UMNO diserahkan oleh empat wakil yang mewakili kampung masing-masing antaranya wakil Kampung Pulau Melaka yang di wakili oleh Azlan Che Pa, Kampung Babong oleh Mohd Fadhil, Kampung Ujong Tanjung oleh Raja Ali dan Kampung Tok Ku oleh Azwa. Mereka ini dahulunya adalah pengikut kuat PAS sebelum ini.
Antara punca mereka memasuki UMNO adalah disebabkan oleh tindakan PAS Pangkalan Chepa yang diketuai oleh MB Nik Aziz dan Nik Amar telah mengabaikan kebajikan penduduk di kawasan kampung Pulau Melaka itu sendiri yang menjadi tempat kediaman MB Kelantan. Malah menurut mereka kepimpinan Nik Aziz tidak mengendahkan kebajikan rakyat dan terus membiarkan rakyat hidup dalam kemiskinan walaupun tinggal hanya beberapa meter dari rumah Nik Aziz.
Nik Aziz juga dikatakan lebih mengutamakan rakyat dari luar kawasan termasuk dari negeri lain untuk berjumpa dan mendengar masalah berbanding dari rakyat di kawasan sendiri. Malah Nik Aziz juga sanggup memberi bantuan kewangan kepada peserta BERSIH 3.0 daripada bantuan kepada rakyat miskin di kawasan berkenaan. Ini menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat dan menyebabkan penduduk bertindak memasuki UMNO sebagai manifestasi ketidakpuasan hati rakyat.
Sebaliknya penduduk lebih yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri yang dilihat ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam membantu rakyat tanpa mengira latar belakang kaum mahupun politik. Kesungguhan PM dalam membantu rakyat telah memikat hati mereka untuk memasuki UMNO dan bersama-sama ingin membantu menjayakan transformasi PM dalam memperkasakan agama, bangsa dan negara.
Salah seorang daripada wakil dari Kampung Pulau Melaka, Azlan Che Pa menyatakan mereka mahu melihat kemajuan dan perubahan di kampung mereka disamping ingin melihat kehidupan rakyat berubah setanding dengan rakyat di negeri lain.
Beliau juga mengharapkan rakyat di seluruh Kelantan bersama-sama berubah untuk kemajuan diri kerana selama 22 tahun PAS memerintah Kelantan mereka masih gagal memajukan rakyat. Tempoh masa yang terlalu lama telah diberikan kepada PAS dan kini sudah tiba masanya untuk rakyat Kelantan membuat perubahan.

Menurut beliau lagi kalau penduduk di Kampung Pulau Melaka sendiri sudah tidak mempercayai kepimpinan PAS apatah lagi penduduk di kawasan lain turut diminta menolak PAS. Beliau yang ditemui tidak mahu berceritakan tentang keburukan Nik Aziz kerana tidak mahu mengaibkan Nik Aziz namun hakikat sebenar yang rakyat perlu ketahui adalah Nik Aziz dan Nik Amar gagal menjalankan tugas dengan baik dan kesannya telah dirasai oleh penduduk Kampung Pulau Melaka sendiri.

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..