Followers

Monday, July 16, 2012

USTAZ NASHA MENTERI TUGAS-TUGAS KHAS?

  • Tidak berapa lama lagi, jika kata-kata TPM boleh dijadikan kayu pengukur, maka rakyat Malaysia akan memilih kerajaan baru dalam PRU13 nanti. Isunya bila? Dalam hal ini, adalah menjadi hak pregroratif Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen seterusnya membolehkan PRU13 dijalankan di negara kita. Kuasa kembali kepada rakyat.



  • Tun Dr. Mahathir mula menceburkan diri secara aktif dalam politik ketika berumur 39 tahun, pada tahun 1969. Hari ini (16 Julai 2012) adalah hari di mana beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-4.



  1. Sejarah membuktikan, UMNO dan PAS tidak akan menang semua kerusi yang ditandinginya. Begitu juga DAP, MCA dan Gerakan. Tetapi PBS mungkin boleh menang semua kerusi yang ditandinginya di kawasan Parlimen, bukan di kawasan negeri.



  1. Jika begitu, apakah jalan penyelesaiannya. Seorang AJK UMNO bertanya kepada saya, jika dia tidak dicalonkan, bolehkah dia menjadi Calon Bebas? Persoalan ini mesti dikaitkan juga dengan, kehadiran Thamrin Tun Ghafar Baba kononnya mewakili UMNO di Himpunan Oren pada Sabtu lalu, juga tarik tali DSP Lajim di Beoufort.



  • Dahulu, YB Datuk Shahrir Samad menang dengan bergaya di Johor Bahru walaupun beliau calon Bebas. Begitu juga Datuk John Ghani menang di Sabah walaupun menggunakan lambang Bebas. Mereka semua ini berjiwa UMNO, tetapi menggunakan prinsip mereka untuk berdepan UMNO. Begitulah juga Tun Dr. Mahathir pada tahun 2009 dahulu, keluar dari UMNO kerana Tun Dr Mahathir berkata tidak sanggup lagi melihat kerosakan yang berlaku kepada negara. Saya percaya, walaupun berada di luar UMNO, jiwa Tun masih bersama UMNO. 



  • Bukan UMNO sahaja, malahan parti PAS tidak sanggup lagi untuk memecat YB Datuk Nasharudin Mat Isa, mantan Timbalan Presiden PAS yang semakin UMNO dari UMNO, sekarang ini. Jika orang kampung yang tidak pernah bertemu YB Datuk Nasharudin Mat Isa di Parlimen, nescaya mereka akan melihat YB Nasha sebagai YB UMNO. Dalam kes YB Nasha bolehkah anda katakan dia mempunyai dua jiwa, satu jiwa DS Najib dan satu lagi jiwa DS Hadi Awang.



  1. Maka itu, menghukum Dato' Dr Hassan Ali, Ustaz Hassan Basri dan lain-lain yang simpati dengan mereka merupakan satu kesilapan besar PAS yang sudah menjadi sejarah. Sebab itulah YB Nasha mereka tidak mampu dan tidak sanggup untuk singkirkan. 


Di dalam kerajaan DS Najib, kedudukan YB Nasha sudah selamat dan boleh hidup jika dalam PRU13 dia tak dicalonkan.



  • Dengan kedudukan sekarang, jika anda berkesempatan berbisik dengan DS Najib, mampukah anda memberi keyakinan kepada DS Najib untuk melantik YB Nasha sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas. Jika hari ini, YB Nasha diberi tanggungjawab yang lebih besar itu, saya berani katakan 70% pengundi atas pagar yang pro-Islamik akan mengundi BN. Dan 50% penyokong PAS akan beralih arah, bukan ahli PAS - saya kata pengundi PAS dalam PRU13. 



  • Inilah touch point yang tidak disampaikan kepada PM. Saya berkali-kali telah menyatakan bahawa DS Najib hendak menjadi Perdana Menteri yang terbaik kepada rakyat Malaysia pada zamannya. PM pasti memikirkannya.



  • Inilah juga Transformasi Politik yang terlalu besar. Saya diberitahu oleh seseorang, katanya, DS Najib berkata idea saya terlalu tinggi. Jika berjumpa DS Najib saya akan minta pengesahan. Dua hari lepas, semasa isteri saya membaca buku terbaru saya di sebelah, katanya idea saya terlalu tinggi. Saya tidak tahu apakah pula komen Tun Dr. Mahathir sekarang ini. Barangkali beliau sedang membaca dummy buku terbaru saya itu. 
Saya, hanya berserah kepada Allah SWT. 

jentayuabaka





No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..