Sunday, May 31, 2009

PENANTI : MEMBUKTIKAN PKR DIAMBANG KEJATUHAN

PRK PENANTI ADAKAH IANYA BERULANG LAGI?

Analisis sebelum pengundian dijalankan oleh PKR, Dr Mansor Othman dijangka akan mendapat kemenangan besar pada pilihan raya kali ini dan dijangka majoritinya melebihi 7,345 undi. Perkiraan ini dibuat berdasarkan sokongan pengundi tegar PKR kepada Muhammad Fairus dalam pilihanraya yang lepas.Muhammad Fairus mendapat majoriti 2,218 undi mengalahkan calon Umno yang hanya mendapat 5,127 undi.

Tetapi apa yang berlaku dalam pilihanraya hari ini calon PKR, Mansor Othman hanya mendapat 6,052 undi sahaja. Dr Mansor memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi majoriti 5,558 undi. Manakala tiga calon bebas - Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56).

Selepas sahaja proses pembuangan undi tamat, maka terciptalah satu sejarah dalam proses pilihan raya kali ini, dimana tercatat dalam rekod peratusan paling rendah keluar mengundi 46.15% sahaja.

Jumlah undi yang diperolehi oleh Ds Mansor sudah tentu tidak menggembirakan hati Anwar. Selain dari peratusan keluar mengundi paling rendah, keputusan pada pilihan raya ini juga menunjukkan PKR di ambang kejatuhan. Sokongan kumpulan tegar PKR telah berkurangan berbanding dengan pilihan raya yang lepas.

DUN Penanti adalah terletak dalam Palimen Permatang Pauh merupakkan kawasan kubu kuat PKR sebelum ini. Bermula dari awal proses pilihanaya, gerakkan ceramah dan seterusnya semasa pembuangan undi berjalan dengan jumlah keluar mengundi yang rendah boleh melambangkan mesej rakyat kepada kerajaan bahawa UMNOBN tetap utuh dan masih lagi releven. Jika peratusan keluar mengundi melebihi 82% dan jika UMNO bertanding dengan meletakkan calon yang sesuai dengan gerakan yang padu, sudah tentu Umno dapat mengalahkan calon PKR di DUN Penanti kali ini. Tetapi di sebalik UmnoBN tidak menyertai pilihanraya ini maka bolehlah Kerajaan membuat analisis atau kajian. Maklumat-maklumat ini akan diguna pakai untuk mengekang tidakan licik Anwar dikemudian hari.



Saturday, May 30, 2009

UMNO KATA HUSAM PENAKUT...PAS KATA UMNO PENAKUT...

KENANGAN TERINDAH BERSAMA ANWAR, HUSAM DAN NIZAR!

Cerita Yang Berlaku di Sebalik Studio TV9
.

Saya telah mendapat maklumat terbaru mengenai apa sebenarnya yang berlaku di studio TV9 di Seri Pentas malam tadi. Sekurang-kurang dua pihak yang berada di studio berkenaan menelefon dan memaklumkan lewat petang ini apa yang sudah terjadi.

Dari cerita itu, kejadian di studio TV9 semalam satu kejadian memalukan dan menjejaskan Pas sebagai parti Islam. Orang yang cuba bermain politik di sebalik kejadian ini nampaknya memerangkap dirinya sendiri dengan kerja bodoh dan tidak beretikanya. Senario itu akan saya kisahkan menjelang tengah malam ini. Insyallah. Harap penjenguk budiman sabar menanti. Salam MSO.

SAMA-SAMALAH KITA BERPEGANG KEPADA ISTILAH BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH.

Penakut kerana bodoh...

Dipetik dari blog MSO.

SEBANGKIT dari tidur sore, saya menerima call dari dua orang yang berada di studio TV9 di Seri Pentas malam tadi yang mengikuti dan terlibat secara langsung dengan rancangan Hujah.

Kedua mereka menelefon saya setelah membaca apa yang saya ulas mengenai hujah yang tidak jadi itu dalam blog saya – perihal Naib Presiden Pas, Husam Musa dan Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid hamidi yang takut untuk berhujah antara satu sama lain.

Kedua pemanggil itu menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya. Mereka mungkin merasakan perlu memberi gambaran keadaan sebenarnya memandangkan apa yang saya tulis dalam blog itu tidak memberi latar yang berlaku di studio malam tadi. Laporan mereka itu melengkapkan insiden 'lawak bodoh' yang berlaku malam semalam.

Menurut pemanggil pertama, Husam bin Musa memang hadir di studio malam tadi. Dia masuk dalam studio dan sempat bersalam dengan Ezam Mohd Noor. Kehadiran Husam itu menggembirakan pihak penerbit kerana mengira dia akan menyertai rancangan itu.

Bagaimana pun apa yang berlaku sebaliknya, dia enggan berhujah dengan Ezam Mohamad Noor yang mengganti tempat Zahid dan mahukan kepada Zahid juga.

"Saya merasa pelik dengan Husam, dia hadir tetapi tidak mahu berhujah, dia tunggu Zahid juga,” kata pemanggil itu hairan dengan sikap Husam. Cara pemanggil ini mengadu seolah dia mahukan penjelasan daripada saya mengenai sikap si baju petak-petak merah ini. Dia merasakan ada kejanilan yang amat sangat dengan telatah Husam.

Kata pemanggil itu Husam enggan berhujah dengan Ezam kerana Ezam tidak setanding dan setaraf dengannya. Apa yang beliau hairan ialah kenapa beliau enggan berhadapan dengan Ezam... tetapi datang ke studio. "Ini yang memelikkan dan membingungkan,” katanya.

"Apakah dia nak tunjuk yang dia berani?" soal pemanggil itu lagi.

Manakala seorang lagi pemanggil yang terlibat dalam mengaturkan rancangan itu turut melahirkan rasa kesal dan dukacita yang amat sangat dengan telatah Husam malam tadi. "Saya tidak pernah berhadapan dengan suasana seperti ini, saya sungguh malu,” kata pemanggil itu.
”Kalau you adalah, you akan cengkik dia....” ujarnya geram dan tidak dapat menyembunyikan perasaan marahnya. Menurutnya juga selama ini dia hormati Husam sebagai seroang pemimpin tetapi dengan perangai yang ditunjuki malam tadi, rasa hormat itu sudah hilang, musnah!
"Dia berdalih, katanya dia tidak tahu menahu mengenai pembatalan Zahid itu. Itu bohong sebab dua hari sebelum itu kita sudah pun memaklumkan kepadanya. Kita pastikan samada dia hendak datang atau tidak, sebab kalau dia tak nak kita nak panggil Mat Sabu...” ceritanya lagi.

Anihnya dia kata dia bersedia untuk berhujah dengan Ezam, sebab itu kita buat persediaan. Dan promo mengenai rancangan ini dibuat sebanyak 10 kali di tv3 di mana panelnya dia dengan Ezam. Jadi kata pemanggil itu tidak timbul kalau hal itu dia tidak tahu. Bohong...

Lagipun menurut pemanggil itu lagi dia (Husam) sendiri sudah hantar surat kepada Zahid agar datang dan memberi tempoh hingga pukul 7:35 malam. Apabila Zahid tidak respon bermakna Zahid tidak mahu hadir, jadi tidak payahlah beliau hadir kalau setakat hendak menunjukkan keberanian tetapi penakut untuk masuk gelanggang.

Menurut pemanggil itu lagi apa yang ganjil dan anihnya Husam datang membawa Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Yunus dan minta agar Nazree berhujah dengan Zahid. Dia buat TV9 macam TvPas sahaja boleh ubah prgoram ikut suka hati. "Apakah dia benar-benar profesional ke?" tanya pemanggil itu.

Katanya dia kesian kepada Nazree datang dengan mengempit diari untuk berhujah tetapi dimainkan Husam. Dia cuba nak dijadikan bidan terjun oleh Husam. Mungkin tujuannya nak malukan Ezam kerana Nazree adalah anak buah Ezam sendiri.

Apabila strateginya itu tidak menjadi dia tinggalkan Nazree begtu saja, tanpa dipedulikan, kata pemanggil itu.

Pemanggil itu menyimpulkan dan simpulan ini tentulah kurang menyenangkan; katanya dengan sikap ditunjukkan Husam itu menyebabkan Pas juga tercemar. Orang akan mula menilai apakah begitu rupanya pemimpin parti Islam.

"Kalau saya menjadi ahli Pas saya tidak akan memberi laluan kepada Husam dia tidak layak untuk jadi pemimpin dan perangainya lebih teruk dari budak-budak," kata pemanggil itu.

Apapun pemanggil itu memberi ucapan tahniah dan syabas kepada Ezam dan Muhammad Agus Yusuf kerana dapat meneruskan juga rancangan hujah malam tadi walaupun ianya seperti mahu disabotajkan oleh Husam. Sedikit sebanyak rancangan Hujah yang berwibawa sebelum ini terjejas imejnya dengan politik murahan orang baju petak-petak merah ini.

Imbas sejenak...

Macam-macam putar belit pembangkang untuk menegakkan benang basahnya dengan mengatakan Perak masih lagi dalam pemerintahan MB Nizar yang sah. Pada awal kejatuhan kerajaan Nizar dapat kita menyaksikan kerja-kerja yang teramat bodoh dilakukkan oleh penyokong fanatik pas. Sehingga tidak terfikir dek akal kerja-kerja yang dilakukkan bagi cuba menghalang laluan masuk ke Istana Kuala Kangsar tempuhari ke majlis mengangkat sumpah Ds Zambry sebagai MB Perak di cemari dengan beberapa kejadiaan "singkatnya akal cara orang melayu bawahan mempertahankan pemimpin-peminpin atasan mereka".

Rakyat bawahan ditipu sewenang-wenangnya itulah yang menyebabkan peristiwa seperti itu boleh berlaku.Kerja-kerja seperti itu bukan kerja pengikut ajaran Islam yang sebenar. Nabi Muhammad SAW mengajar umatnya dengan penuh kesabaran walaupun baginda dihina, dibaling dengan batu diejek dalam menengakkan Islam agama yang suci. Inikan pula cuma kerajaan mahu menegakkan keadilan untuk menentukan siapa pemerintah sebenar, diguna dicanang habis-habisan bagi memburukkan kerjaaan semata-mata memuaskan hati beberapa golongan tertentu yang berkepentingan kepada kuasa. Hakikat sebenar tidak diperjelaskan dengan baik.

Peringkata awal Nizar cuba menggunakan 100% rakyat Perak bagi mempertahankan jawatan MB mereka. Diatas kekeliruan dari kebanyakan rakyat itu diambil kesempatan dengan baik oleh "geng Nizar" seolah-olah di Perak masa itu dipenuhi dengan pengganas-pengganas, melaung-laung sambil berarak situ sini sehingga Sultan Perak sendiri pun "disembah derhaka" oleh Nizar...

Itu adalah langkah pertama Nizar...bila rakyat sudah beransur faham hal yang sebenar, Nizar dan gengnya cuba mengalih perhatian rakyat kearah simpati kepada beliau. Mengatakan kepada kerajaan Umno zalim merampas kuasa Perak dengan rakus. Siapa yang rakus ? siapa sebenarnya 3 ADUN yang menyokong BN Nasional itu? tidakkkah sebelum ini ketiga-tiga ADUN itu sudah memberi amaran kepada Nizar dalam mesyuarat exconya? Corak pentadbiran Nizar lebih memehak kepada tuntutan DAP dalam segala hal, bermula ketidakpuashatian disinilah menyebabkan BN dapat mengusai Perak kembali.

Peringkat awal perancangan Nizar menggunakkan rakyat tidak berjaya maka Nizar mengalih cuba mempergunakan ADUN nya pula. Perancangan yang halus bersama DAP mencetuskan idea mencari ruang sementara di mahkamah,m embuat persidangan DUN bawah pokok dan sebagainya.

Allah SWT maha kaya satu persatu Allah mengaggalkan usaha jahat beliau. Keputusan saman Nizar terhadap MB Zambry sudah diputuskan oleh Mahkamah.DS Zambry adalah MB yang sah di Perak.

Geng Nizar tiada jalan lain lagi kecuali cuba kembali kepada perancangan asalnya. Kini Nizar cuba menggunakan pemimpin-pemimpin tempatan semasa pemerintahannya. Penghulu-penghulu yang dilucutkan jawatan bertindak menyaman MB DS Zambry. Makanya Nizar cuba menggunakan beberapa "talihayatnya" tetapi ternayata tidak berjaya dan sekarang Nizar dan gengnya sudah merasa bahang kepanasan diatas angkara yang mereka lakukkan itu.

Apa yang masih lagi sayup-sayup kedengaran lagi sekarang adalah "Pembubaran DUN". Siapa yang berhak pembubaran DUN? Apabila Nizar memulangkan balik kereta "camrynya" makanya tersedar lah ia dari lamunan indahnya selama ini hanya kosong belaka.

DUN Perak tidak perlu dibubarkan, kita sudah ada MB yang sah.

Berani kerana bijak...

Imbas kembali keputusan PRU12.

DUN Perak

BN 28, Pas 6, DAP18, PKR7, Bebas...0.

Sekarang.

BN 28 + 3 (menyokong BN) = 31
PR 6+17+5 = 28

Pembangkang mahu memperbodohkan BN dengan bertindak mendesak supaya BN membubarkan DUN Perak. Barisan kepimpinan BN yang di ketuai oleh DS Najib Perdana Menteri hanya sekadar menyambong "sistem berpelembagaan dan kerjaan demokrasi di negara ini" Buat apa BN mahu membubarkan DUN? bodoh sangatkah BN? Kalau di kira kerajaan Perak dibawah MB Zambry lagi hebat kalau negeri-negeri lain di negara ini perlatikan MB hanya dilantik oleh Sultan tanpa persetujan mahkamah tetapi di Perak bukan setakat Sultan mengesahkan mahkamah pun turut mengesahkan perlantikan DS Zambry selaku MB.

Tiada istilah "BN takut untuk bubar DUN". Kerajaan UMNOBN dibawah MB Zambry tidak gila lagi buat apa bubar DUN. Kalau kerajaan sendiri tidak mengikut sistem demokrasi, tidak bertindak dengan bijak dan akur dengan kehendak Pembangkang makanya akan memberi mesej yang tidak baik kepada rakyat dan negara ini.


Kenangan manis bersama MU 16 sept...



"Ketika isu lompat parti wakil rakyat BN ke PR dalam projek yang gagal dilaksanakan Anwar 16 Sept lalu, PR mengatakan bahawa yang menentukan hala tuju politik negara ialah 222 ahli Parlimen yang mana lebih tepat lagi 31 wakil rakyat BN yang melompat partilah yang akan menukar tampuk pemerintahan Malaysia disebabkan PR mendapat sokongan majoriti di Parlimen BUKAN RAKYAT".


"Tidak semestinya yang melompat parti itu menyertai PR, cukup hanya mereka memberikan sokongan di dalam Parlimen yang akan membuatkan PR mendapat sokongan majoriti. Maknanya mereka boleh tetap di dalam BN tetapi memberikan sokongan kepada PR. Tidak perlu bubar Parlimen".


"Perlu mengadap DYMM Yang Dipertuan Agong untuk memastikan peralihan kuasa licin dan sempurna".


"Kerajaan dan PM yang bakal mengambilalih kuasa pemerintahan adalah kerajaan dan PM yang sah disisi undang-undang".

PaKMie : Mana bijak Najib dengan Anwar? Apabila Husam takut kepada Ezam...Anwar pula forbia kepada Najib...Nik Aziz dan Nizar entah apa-apa makanya UMNOBN semakin mantap!.


Sd.Malaysia
.







Friday, May 29, 2009

MANIK URAI : PAS SUDAH MASUK PERANGKAP SENDIRI

NIK AZIZ MENGURIS HATI ORANG MELAYU DENGAN MEMBENARKAN CHING PENG PULANG

SPR menetapkan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kelantan pada 6 Julai ini manakala pengundian dijalankan pada 14 Julai sekiranya ada pertandingan.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, proses penamaan calon dan penjumlahan rasmi undi akan diadakan di Dewan Petra, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai. sebanyak sembilan buah sekolah akan dijadikan pusat mengundi yang melibatkan 27 saluran. Pengundian di kawasan DUN itu membabitkan seramai 12,293 pemilih berdaftar iaitu 12,268 pemilih biasa manakala 25 lagi adalah pemilih pos.

''Pilihan raya kecil N41 itu akan mengguna pakai daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 yang telah dikemaskinikan sehingga 22 Mei lalu.

''Majoriti pengundi adalah penduduk tempatan, hanya 10 peratus sahaja yang tinggal di luar daripada kawasan itu.

Fatwa-fatwa Nik Aziz boleh dipilih untuk digunapakai semasa pilihanraya dan inilah menyebabkan Pas bebas bersuara.

Adakah Pas menang di N41 Manik Urai? jika mahu menang, Pas terpaksa memilih Fatwa Nik Aziz yang sesuai sebab peratus mengikut angka Cina hanya 0.4% India 0.2% Melayu 99.3% lain-lain 0.1%.

Mungkian tidak berapa revelen beberapa fatwa Nik Aziz itu diguna pakai di Manik Urai sebab peratusan kaum kapirnya amat kurang dan ini boleh menjeratkan parti itu sendiri apabila berdepan dengan peratusan pengundi melayu yang ramai.

Allah juga turut mencarut dan Tuan Guru membenarkannya. Memaki hamun dan mencarut terutama dalam ceramah agama untuk jihad kita dan menggunakan rumah Allah seperti masjid atau surau adalah diharuskan. Fatwa ini dijangka akan meletup hebat berbanding dengan fatwa-fatwa lain.

Berkawan dengan puak2 UMNO lebih baik kita berkawan dengan orang kafir harbi yang jelas nak menjatuhkan ISLAM dan Syaitan juga boleh menjadi sahabat kita kalau kita terkepik. Berbogel didalam rumah kesorangan tidak menjadi satu kesalahan dan dibolehkan kalau kita tidak malu kepada malaikat. Kalau di Manik Urai ramai orang suka berbogel menepati kehendak kata-kata Nik Aziz itu beruntong lah pemimpin Pas sebab sudah tentu mereka-mereka itu akan menyokong Nik Aziz dan seterusnya mengundi Pas. Adakah ramai pengundi di Manik Urai berperangai seperti Eliza? ini lah yang sangat-sangat membimbangkan Pas.

Penggunaan ayat Allah oleh Kristian dibolehkan tidak menjadi satu kesalahan kepada mereka. Kerana merujuk kepada tuhan mereka. Allah kita adalah untuk kita dan Allah dia untuk dia sahaja. Adalah dibenarkan jika orang KAFIR menggunakan ayat2 AL-QURAN untuk tujuan ceramah mereka dan menguntungkan pihak kita. Fatwa ini sangat memeningkan Pas sebab fatwa ini sesuai diguna di negeri-negeri lain selain Kelantan.. Nik Aziz juga berkata tidak menjadi kesalahan jika menjamu ahli kita untuk mendapatkan tempat dalam politik dan memberikan baju dan sebagainya kerana ia adalah HADIAH dari kita untuk penyokong kita yang kita sayangi. Ini bukan disebut sebagai RASUAH @ POLITIK WANG. Dahulu Nik Aziz berkata "Orang beri kita ambil, tetapi memangkah atau mengundi beliau jangan.. beri gula kacau, beri kain pakai..."

Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Teng Hock Nan yang mengusulkan supaya membawa balik bekas Setiausaha Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng ke negara ini. walaupun Kerajaan belum membuat keputusan lagi. Komen seorang penyokong dan pengundi Pas tentang isu ini memberi tahu Pakmie berbunyi ..." Tuan guru pun semakin terpesong selalu sgt memenang kan mereka ni...jgnla akibat nak berpolitik nasib kami org2 melayu makin tersepit dan di pijak2...ada ker patut nak bawak masuk Chin Peng balik..aduh apa dah jadi ni wahai tok-tok guru ku yang dihormati jgn terlampau membela mereka..."

Saya agak sedih kebelakangan ini melihat tok-tok guru yang terlalu terdesak mahukan sokongan dari cina sampai sanggup buat kenyataan menguris hati ahli melayu pas sendiri...

Kesimpulannya sekarang adakah Pas masih releven lagi pada rakyat Kelantan, khasnya di PRK Manik Urai 14hb Julai nanti? Jika Umno dapat mengatasi Pas dalam pilihanraya ini, bermakna ada tanda-tanda perubahan akan berlaku dalam PRU13. Pas terkena perangkap yang dipasang oleh Nik Aziz, Pas terkena perangkap yang dipasang oleh Husam Musa sendiri dan apabila kedua-duanya terperangkap, makanya selepas itu pula Pas akan terjatuh kedalam telaga yang amat dalam yang digali oleh Anwar sendiri berkaitan dengan kes liwatnya bersama Saiful 1 julai nanti...

Kebanyakan penyokong Pas yang Pakmie temuai di Manik Urai rata-rata mengatakan Pas sekarang tidak seperti Pas dulu-dulu. Tinggal lagi Umno mahu menang atau mahu kalah dalam PRK itu nanti.

Wednesday, May 27, 2009

SAUDARA WONG PENCEN - CUBA FIKIRKAN SESUATU YANG TERSIRAT

Wong Pencen said...

PaKMie

Berpada-pada dalam mengemukakan hujah, jangan sampai mempermainkan perkara yang kita tidak tahu.

Sekadar manakah ilmu PaKMie berhubung dengan sifat syaitan itu yang membolehkan PaKMie menyatakan syaitan semakin gemok.

Mengapa pula sehingga sanggup mengatakan bahawa Nik Aziz cuba menolak dan mempertikaikan keputusan yang sudah ALLAH SWT tetapkan? Bukankah segala yang berlaku, samaada kita tahu atau tidak, hanya berlaku dengan KEHENDAKNYA jua? Perbuatan Nik Aziz mempertikaikan keputusan mahkamah adalah dengan KEHENDAKNYA jua.

Terpaparnya apa yang ada dalam laman blog PaKMie juga hanya dengan IZINNYA jua. Sekadar menyatakan pandangan dan pendapat, cukup untuk dikira sebagai mempertikaikan KETETAPANNYA? Bukankah PaKMie sendiri juga sering mengemukakan hujah dan pandangan bagi menepis hujah dan pandangan orang lain?


May 26, 2009 5:53 PM

Pakmie cuba menjawabnya...( Sebab saudara menuju persoalan itu pada Pakmie)

Terlebih dahulu Pakmie ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas respon dan pandangan dari saudara. Lebih-lebih lagi jika saudara mempunyai niat yang baik, kerana itulah Pakmie cuba menjawab serba sedikit respon dari saudara itu. Terlebih dahulu untuk pengetahuan saudara dan kawan-kawan semua yang mengikuti blog Pakmie, tujuan utama dan secara iklas Pakmie katakan disini terbitnya ini atas hasrat memberi pandangan dan mengulas isu-isu untuk tujuan kebaikan. Demi rasa sayang kepada negara lebih-lebih lagi kerana Agama Islam yang benar, bersih lagi suci semata-mata mahu mencari kebenaran dan penyatuan sesama manusia. Jika terlekat sedikit di fikiran dan menyimpang daripada tomohan saudara dan rakan-rakan sahabat kepada Pakmie yang kononnya mendapat imbuhan dan pendapatan dari hasil penulisan blog ini seharusnya diperbetulkan segera.
Kita masih lagi diberi fikiran yang waras, dan dapat membezakan yang mana buruk dan baiknya. Melalui ucapan dan kata-kata kita juga boleh melambangkan perangai dan isihati kita, saudara dan sahabat-sahabat semua sudah tentunya bersetuju dengan pandangan tersebut.

Jika kita setuju, ayuh silalah meneruskan pembacaan blog Pakmie jika tidak tak usahlah sahabat-sahabat membaca apa yang Pakmie paparkan diruangan ini. Sebab ia tidak memberi kesan yang baik kepada kita semua bahkan merugikan masa kita menatapi isi blog-blog yang tujuan membina dan baik tetapi kita juga tidak dapat menerimanya.Sedangkan kita masih tetap dengan cara kita keegoan kita dengan otak berkarat kita itu. Entry yang bertajuk "GENG NIK AZIZ MENJADI PENING DENGAN KEHENDAK DAN KEPUTUSAN YANG TELAH ALLAH SWT TETAPKAN- KATA-KATA NIK AZIZ MENYEBABKAN SYAITAN SEMAKIN GEMOK". Ini adalah tajuk mengulas atau mengupas isu yang Nik Aziz sudah perkatakan. Kenapa saudara menganggap Pakmie menulis sesuatu perkara yang Pakmie tidak tahu? dan tajuk inilah yang membuka selera saudara sendiri untuk membuat komen dan luahan pandangan saudara. Syabas sekali lagi Pakmie ucapkan dan Pakmie menyambut baik kehendak ilahi yang dibawah ketentuannya.

Cuba fahami betul-betul disebalik yang tersirat daripada penulisan Pakmie tersebut, dan cuba renung dengan fikiran yang tidak bercampur aduk.Sudah tentu saudara dapat membuat kesimpulan dan jawabannya ada pada saudara sendiri. Kalau sebelum Nik Abduh (Anak Nik Aziz) memceritakan kepada umun perkara sebenar yang telah berlaku kepada Nik Aziz, mungkin ramai antara kita masih lagi menganggap di sekelilingi Nik Aziz sendiri dibarisi oleh pemimpin -pemimpin Pas yang ikhlas dan betul. Tetapi daripada apa yang kita tahu anaknda Nik Aziz sendiri berkata sebaliknya.Berketerampilan ulama tetapi bertindak kearah sesat dan menyesatkan semata-mata untuk tujuan tertentu. Nik Abduh menggelar golongan ini dengan istilah "ulama mee celup". Apakah Nik Aziz itu sendiri maksum? dan kalau tidak, kenapa pula kita tidak boleh menegurnya?.

Siapakah Nik Aziz pada kita dan di sisi Allah SWT? Nik Aziz memegang tanggungjawab yang besar berpuloh-puloh ribu sebulan Nik Aziz mendapat upah dari hasil kerja mereka. Kalau dibandingkan sekadar Pakmie menegur ke arah kebaikan sebagai hamba rakyat marhean di negeri sendiri itu merupakan kesalahan melebihi kesalahan yang Nik Aziz perkatakan, Pakmie sedia menerima pembalasan Allah SWT diakhirat nanti.

Nik Aziz sebagai MB yang mengetuai Kerajaan Kelantan sejak lebih 20 tahun tidak pernah memperbetul dan mengakui kesilapan beliau yang lepas-lepas.Apakah Nik Aziz tahu dan sedar apa yang telah beliau perkatakan? apakah Nik Aziz tahu berapa ramai orang tersesat dengan fatwa-fatwa yang telah beliau keluarkan? keluarga Pakmie juga ada termasuk dalam golongan yang Pakmie maksudkan itu. Tidak kurang juga yang sudah meninggal alam ini menemui Allah SWT tanpa bertegur sapa dengan sanak saudara semata-mata menyokong Pas! perbetulkan kesilapan saudara, perkatakan sesuatu yang pahit demi kebenaran, jangan perkatakan sesuatu yang pahit demi menegakan kerakusan dan tamak pada kuasa dunia.

Cuba saudara Wong pencen semak balik setiap kata-kata Nik Aziz yang mengelirukan bermula dari saudara mengenali beliau dan sampailah ke hari ini. Untuk Pakmie paparkan semuanya disini rasanya tidak penting sebab Pakmie juga tidak suka mencari kesalahan orang lain.

Kenapa Nik Aziz masih tidak faham dengan perlatikan Ds Zamry MB Perak, kenapa Nik Aziz mengatakan kepada Ds Zamry MB mahkamah? apakah Ds Zamry yang beriya-iya mahu kepada jawatan MB dan adakah Ds Zamry yang mambawa kes tersebut ke mahkamah wajib juga Nik Aziz berfikir dahulu sebelum ingin mengata sesuatu kepada sesaorang. Nik Aziz juga berkata Umno tidak bertamadun, Umno zalim dan Umno wajib ditentang, bukan sekali dua kata-kata seperti ini kedengaran dari Nik Aziz. Berapa ramai penyokong Pas dari kenalan Pakmie yang tersesat sehingga sanggup meletak jawatan semata-mata tidak mahu berkerja dengan kerajaan UmnoBN. Tetapi kenapa Nik Aziz sampai sekarang masih lagi menerima hasil dari kerajaan pusat? disebabkan kemiskinan tanpa kerja yang tetap, keluarga jadi jatuh miskin dan bercerai berai meninggalkan anak isteri masing-masing ( Kebanyakannya di kalangan mereka itu sekarang sudah sedar dan memberi sokongan padu kepada Umno).

Pakmie tidak mahu bangsa, Agama dan negara ini dikuasai oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Jika dirasakan semua kita buat itu betul sebenarnya pemimpin seperti ini tidak layak diangkat menjadi pemimpin. Pemimpin mesti menerima kritikan, pemimpin mesti bertindak dengan bijak, pemimpin mesti lebih ilmu daripada pengikut, pemimpin mesti bercakap berlandaskan kebenaran, pemimpin juga jangan terlalu emosi dan celupar!

Pemimpin tidak sesekali boleh bercakap sesuka hati. Ramai lagi orang-orang yang lebih layak yang mempunyai sifat-sifat yang baik yang boleh mentadbir sesebuah kerajaan walaupun mereka-mereka itu tidak dari golongan kita. Terimalah takdir qoda dan qadar Allah SWT pastinya kita akan selamat dunia dan akhirat.


Ikhlas dari Pakmie...maaf jika tidak menepati kehendak saudara. Pakmie cuba menulis dengan baik tetapi diatas kesibukan masa setakat itu sahaja yang Pakmie mampu untok kali ini, kita jumpa lain masa. Setiap dari penulisan dalam blog ini Pakmie cuba melihat sesuatu itu dengan mata hati tidak melihat dan menilai sesuatu itu dengan cara fizikal semata-mata.Sebab bagi Pakmie dalam politik kita seharusnnya juga memahami perkara yang tersirat jangan pula kita hanya terus menerima sesuatu perkara yang tersurat semata-mata.Kita jangan terlalu ekstrim, kelak kita akan tertipu dan diri kita sendiri akan menyesal...

PAS : HUSSAM TERLEPAS PELUANG

HUSAM TAKUT ADAKAH KERANA ANWAR? ATAU KERANA EZAM...HUSSAM TIDAK HADIR DI HUJJAH TV 9 MALAM TADI.

Ribuan atau jutaan entah peminat Hujjah TV 9 malam tadi menjadi hambar, calon Timbalan Presiden Pas Hussam Musa tidak hadir kepentas. Dengan kekecewaan itu menampakkan kepada kita telur Hussam telah lama pecah atau kecut kerana takut kepada bayangan. Yang jelas disini cabaran Ezam yang mengatakan "Husam sudah lama kenal dengan jelas siapakah Anwar yang sebenarnya" tetapi demi politik Husam masih lagi sanggup bersekonkong dengan Anwar, ketika Ezam berceramah di PRK KT tempuhari mungkin inilah yang amat menakutkan Husam Musa.

Seperti mana yang kita saksikan semalam yang hadir hanya bekas tokoh Keadilan Rakyat Ezam Mohd Nor yang keseorang dipentas tanpa lawan, Ezam hadir mewakili Zahid Hamidi yang juga tidak hadir diprogram tersebut.

Tajuk semalam mengenai "rasuah dalam politik" dan tajuk ini menarik, jika Husam hadir bolehlah Hussam cuba mempertahankan apa yang berlaku dalam Pas sekarang. Husam boleh menempiskan persepsi kononnya berlaku rasuah dalam Pas. Justeruitu kehadiran Husam sangat diperlukan menyasikan bagaimana cara Hussam menangkis segala tohmahan yang bakal ditimbulkan dalam rancangan itu. Mungkin ini juga yang menakutkan Hussam selain dari forbia kepada Ezam atas cabaran Ezam keatas Husam tempohari.

Husam juga sepatutnya kena hadir kerana dengan penampilannya beliau dapat mempamirkan kewibawaan dan keprofesional beliau. Husam juga akan bertanding Timbalan Presiden di muktamar Pas jun nanti, dan ini sudah tentu memberi sedikit kelebihan kepada beliau berbanding dengan dua lagi calon lain penyandang jawatan Ustaz Nasaruddin dan Mat Sabu yang juga mahu merebut jawatan tersebut.

Terima kaseh kepada saudara Ezam kerana memenuhi program tersebut walaupun sekejap dapat menunjukkan kepada kita bahawa Ezam seorang pemimpin yang berjiwa besar yang patut kita sama-sama ketengahkan sebagai pemimpin hebat dimasa-masa akan datang. Mungkinjuga jika Ezam tidak hadir menggantikan Zahid pada malam tadi, Husam tidak akan menguzurkan diri dan inilah kehebatan Ezam. Semangat Ezam yang kuat dapat mengalahkan semangat seorang pemimpin yang diwar-warkan akan membimbing Pas dimasa akan datang iaitu Husam Musa tidak dengan pukulan TKO tetapi hanya dengan sekadar bayangan Ezam sahaja.





Sunday, May 24, 2009

GENG NIK AZIZ JADI PENING DENGAN KEPUTUSAN YANG ALLAH S.W.T TELAH TETAPKAN

ANTARA KATA-KATA NIK AZIZ YANG MENYEBABKAN SYAITAN SEMAKIN GEMOK

Nik Aziz menyifatkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai 'Menteri Besar mahkamah' dan bukannya mewakili seluruh penduduk Perak. Nik Aziz cuba menolak dan mempertikaikan keputusan yang sudah Allah SWT tetapkan. Dengan kata-kata dan ucapan itu seolah-olah Nik Aziz tidak boleh menerima apa-apa keputusan lagi. Apa gunanya solat hajat, sunat istiqarah yang Nik Aziz buat jika kata-kata seumpama itu keluar dari mulut beliau sendiri.

"Kenapa pakatan pembangkang yang telah dipilih oleh rakyat secara sah melalui undi, tetapi dirampas oleh UMNO dan BN secara melarikan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri untuk menyokong mereka" - Plan 16 Sept, Anwar mensasarkan 31 MP BN supaya melompat ke Pakatan sampai ke Taiwan jadi kecoh. Karpal menyuruh Anwar bertaubat kerana tidak berjaya adakah NIk Aziz sudah lupa?

Nik Abdul Aziz Nik Mat menempelak UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah parti yang tidak bermoral dan bertamadun kerana menguasai Perak melalui cara tidak terhormat.

Lagi banyak Nik Aziz bercakap lagi jelas keegoan Nik Aziz sebenarnya. Kita sebenarnya pantang menegur orang-orang tua sebenarnya. Kita menghormati Nik Aziz sebagai orang tua tetapi Nik Aziz sendiri membuatkan orang tidak menghormati dirinya, apa boleh buat.

Nik Aziz juga berkata beliau sedia memberikan peluang kepada kaum selain Melayu untuk menjadi Menteri Besar di negeri yang dikuasai oleh parti itu dengan syarat mesti beragama Islam, warak, bertakwa, zuhud dan berpendidikan tinggi dalam agama. Baguslah tetapi kenapa sampai sekarang Nik Aziz tidak mahu melepaskan jawatan MB? usahkan mahu memberi peluang kepada kaum selain melayu, tetapi kenapa kepada kaum melayu sendiri pun Nik Aziz tidak mahu lepaskan? adakah di Kelantan Nik Aziz seorang sahaja dari kaum melayu yang layak, berpendidikan tinggi dan bertakwa?...biar pun berterabur pentadbiran Kerajaan Negeri beliau masih lagi mahu mengekal dan mempertahan jawatan, kenapa? walau pun Nik Aziz kata tiada yang layak tetapi sedarlah beliau sendiri pun sudah nyanyok sebenarnya. Dulu kata macam-macam kepada Tun Mahadhir tetapi apa yang sudah berlaku sekarang sudah lama Tun melepaskan jawatan sebagai PM.Mengangkat dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih...

Kata Nik Aziz juga corak kepimpinan yang bagus selama ini di Kelantan dengan mempraktikkan Islam dari segi akidah, ibadat, ekonomi dan perjalanan politik menyebabkan Pas berjaya menarik keyakinan rakyat terhadap parti itu sejak sekian lama di Kelantan. Tetapi Nik Aziz juga kena ingat Pas dapat memerintah Kelantan tahun 2004 hanya kelebihan satu kerusi sahaja itu pun diatas pertolongan ehsan Ibrahim Ali dengan pihak Istana sahaja, tentunya Nik Aziz sudah lupa!

Pakmie cadangkan Nik Aziz memberi peluang sekali lagi kepada Nizar untok bertanding di DUN Manek Urai, jika Nizar menang bolehlah Nik Aziz serahkan jawatan MB itu kepada Nizar dan tidak payah lah Nizar nak susah-susah ajak pengikut-pengikutnya buat mogok lapar lagi. Rakyat Kelantan sudah lama menunggu ketelusan setiap dari kata-kata NIk Aziz di Kelantan. Selain dari itu juga ia boleh menyelamatkan kerakusan gila kuasa Nizar di Perak yang mahu menjadi MB. Kalau dahulu Nik Aziz dapat membentuk kerajaan di Kelantan yang hanya beza satu kerusi sahaja pada tahun 2004, kenapa pula sekarang Dr Zambry tidak layak menjadi MB dengan kelebihan tiga kerusi di Perak? sikap haipokrik pemimpin pas seperti inilah yang menyebabkan terjadinya baring atas jalan, bersidang DUN bawah pokok, dengan sengaja menghuruhara sidang dewan, berebut jawatan MB sehingga sampai ke mahkamah dan lebih dasyat lagi Nizar sanggup membelakangi keputusan Sultan Perak yang semata-mata mahu kepada gila kuasa.

Ulasan...

Blogger Takmalu said...

Kalau ikut setiap percakapan Nik Ajis, beliau seolah-olah telah dihasut oleh Syaitan. Siapa yang pernah kata sanggup untuk bersubahat dengan Syaitan untuk menjatuhkan UMNO? kalau bukan Nik Ajis. Siapa yang berkata Allah mencarut? Bukankah kata-kata seperti itu secara lahirnya keluar dari mulut Syaitan. Doa Nik Ajis untuk bersubahat dengan Syaitan telah dimakbulkan.

May 25, 2009 2:05 PM

Blogger Wong Pencen said...

PaKMie

Berpada-pada dalam mengemukakan hujah, jangan sampai mempermainkan perkara yang kita tidak tahu.

Sekadar manakah ilmu PaKMie berhubung dengan sifat syaitan itu yang membolehkan PaKMie menyatakan syaitan semakin gemok.

Mengapa pula sehingga sanggup mengatakan bahawa Nik Aziz cuba menolak dan mempertikaikan keputusan yang sudah ALLAH SWT tetapkan? Bukankah segala yang berlaku, samaada kita tahu atau tidak, hanya berlaku dengan KEHENDAKNYA jua? Perbuatan Nik Aziz mempertikaikan keputusan mahkamah adalah dengan KEHENDAKNYA jua.

Terpaparnya apa yang ada dalam laman blog PaKMie juga hanya dengan IZINNYA jua. Sekadar menyatakan pandangan dan pendapat, cukup untuk dikira sebagai mempertikaikan KETETAPANNYA? Bukankah PaKMie sendiri juga sering mengemukakan hujah dan pandangan bagi menepis hujah dan pandangan orang lain?


May 26, 2009 5:53 PM

CALON BEBAS LAWAN SEBENAR PKR DI PRK DUN PENANTI

MANEK URAI TIDAK SAMA DENGAN PENANTI

BN akan meletakkan calon di DUN Manek Urai. Di Manek Urai bukanya alasan atau pun permainan politik pembangkang. Kekosongannya DUN Manek Urai akhibat dari kematian penyandangnya Allahyarham Ismail Yaackub pagi jumaat lepas.

Beberapa pemimpin utama Umno telah mula beralih arah kepada DUN Manek Urai dan telah menyatakan mahu meletakkan calon. Pengerusi BN juga PM DS Najib telah menjelaskan bahawa BN akan bertanding dimana-mana DUN atau Parlimen yang dikosongkan mengikut peruntukan dalam perlembagaan. Pembangkang mengambil jalan mudah dengan meletakan jawatan seperti yang berlaku di DUN Penanti semata-mata untok menyelesaikan masalah dalaman parti mereka.

Di Penanti menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon PKR dan tiga calon bebas. Antaranya adalah Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang Dr Mansor Othman bertanding atas tiket PKR, manakala bekas ketua Wanita parti Keadilan Nasional Pulau Pinang Aminah Abdullah, bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang Nai-Khan Ari a/l Nai Keow dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris masing-masing bertanding atas tiket bebas.


Friday, May 22, 2009

TAK PUAS HATI LAGI KE KO NIZAR?

RAKYAT MENDERITA BERCELARU, NEGERI DALAM KEADAAN TAK STABIL, KERAJAAN PUSAT DAN KESULTANAN TURUT DICABAR.

Tiga hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya petang tadi telah sebulat suara memihak kepada rayuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk ketepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei lalu yang sahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.


Dengan keputusan itu, Dr Zambry terus kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah setelah dilantik oleh Sultan Perak ekoran Nizar telah hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Penal tiga hakim yang membuat keputusan itu terdiri dari Datuk Md Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop. Mereka memutuskan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya pada 11 Mei.Menurut mereka Sultan Perak layak melantik Dr Zambry apabila Nizar hilang majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.

Bila tiga ADUN pembangkang iaitu dua daripada PKR dan satu daripada DAP isytihar keluar parti asing-masingdan menyokong BN, jumlah majoriti yang menyokong BN ialah 31 manakala pembangkang tinggal 28.

Sementara itu Ahli Exco Kerajaan Negeri Perak Datuk Hamidah Othman, Datuk Ramly Zahari dan Mohamad Zahid Abdul Khalid yang ditemui di situ menyuarakan rasa lega dan bersyukur dengan keputusan itu. Hamidah berkata keputusan itu jelas memartabatkan kuasa Sultan Perak. Zahir juga menganggap keputusan Mahkamah Rayuan tersebut mendaulatkan institusi Raja kerana secara jelas hak dan kuasa Sultan dalam soal kedudukan Menteri Besar dijamin oleh peruntukan undang-undang. Seperti kebiasaannya bila keputusan mahkamah tidak memihak,kira kira 150 penyokong pembangkang jerit takbir dan reformasi di kawasan Mahkamah Rayuan bila dapat tahu Nizar kalah.

MENGUJI KEUPAYAAN DATO' PA : PRK DUN N41 MANIK URAI

PRK PERTAMA KALI SELEPAS ANWAR MUSA DIGUGURKAN DARI MEMEGANG JAWATAN PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI KELANTAN.

ADUN Manek Urai, Ismail Yaacob meninggal dunia subuh hari ini di hospital Kota Bharu kerana sakit jantung setelah dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan sejak akhir bulan lepas - AL-FATIHAH.

Allahyarham, juga timbalan yang dipertua PAS kawasan Kuala Krai, meninggalkan isteri Siti Zaharah Ibrahim dan 10 orang anak.

bm version kerusi dun manek urai 220509Ismail, 60, dilaporkan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II sejak 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kaki.

Allahyarham antara ADUN yang paling lama berkhidmat di Kelantan sejak memenanginya pada pilihanraya umum 1986.

Kecuali pada 2004, allahyarham sudah lima penggal dipilih mewakili kawasan tersebut - bawah parlimen Kuala Krai yang kini diwakili bendahari PAS Dr Hatta Ramli.

Sewaktu beliau tidak bertanding, calon PAS Mohd Zamzuri Mat Lazim tewas tipis di tangan calon BN Zulkepli Omar dengan 53 undi.

Dalam pilihanraya umum lalu, Ismail menang dengan majoriti 1,352 undi (lihat carta).

Jenazah allahyarham dijangka akan disemadikan selepas solat Jumaat, petang ini.

Mampu kah Romzi Ab.Rahman Ketua UMNO bahagian Kuala Krai menebus kekalahan dalam pilihanraya umum lalu?. Inilah waktu terbaik bagi UMNO Kuala Krai membuktikan kembali kekuatan Umno setelah Dato' Pa menerajui Pengerusi Perhubungan Umno Negeri menggantika Anwar Musa. Juga merupakan hadiah kepada DS Najib yang baru memegang jawatan PM dan menguji keupayaan awal Dato' Pa menerajui Umno Kelantan.

Wednesday, May 20, 2009

BN RELA DIBELASAH SEMATA-MATA UNTUK KEMAJUAN DAN KEAMANAN NEGARA DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT

Kalau nak dikira dalam politik ni tiada jawapan sebenarnya yang kita dapat. dalam mana-mana parti politik sekali pun. Pemimpin parti politik sentiasa mencari jalan supaya parti mereka dapat diterima rakyat walau dengan apa cara sekali pun, lebih-lebih lagi parti-parti yang tiada mempunyai jasa lagi kepada rakyat dan negara. Sudah tentu mereka sentiasa mencari jalan mecipta isu-isu untuk disajikan kepada rakyat supaya parti mereka dapat diterima. Lainlah jika parti itu sudah berjasa kepada rakyat dan negara seperti Umno. Sudah sekian lama Umno bersama BN memerintah negara ini, jasa-jasa kerajaan yang dipimpin oleh keenam-enam Perdana Menteri termasuk DS Najib tiada tandingnya.

Gerak kerja BN untuk mendapat pengaruh rakyat tidak seperti pembangkang lakukan. BN banyak memberi tumpuan kepada penjelasan kepada rakyat tentang hala tuju sebenar negara di samping menangkis tomohan yang sengaja diada-adakan oleh pembangkang dalam usaha mengelirukan rakyat. Sebab itulah di setiap piliharaya kita dapat melihat keterampilan BN bersama masyarakat tidak seperti parti pembangkang yang banyak membangkitkan soal fitnah dan memburuk-burukkan pemimpin dan kerajaan, dan ini adalah kerja utama dan sifat semulajadi pembangkang di negara ini.
Lebih-lebih lagi seperti apa yang berlaku di DUN Penanti sekarang. BN sudah membuat keputusan untuk tidak bertanding atas sebab-sebab yang difikirkan kerajaan BN lebih baik dari bertanding. Pembangkang terus memanipulasikan isu ini. Anwar secara teranga-terangan menuduh BN akan menyertai tetapi mengggunakan calon bebas. Sebab itu dalam politik ini tiada jalan penyelesaian sebenar, cerita boleh direka-reka dan dibuat-buat dan apabila munasabah dan kebetulan ada persamaan dengan ceritanya maka rakyat dapat menerima.nya sebagai benar.. Hasilnya apa yang terjadi di DUN Penanti sekarang wakil rakyat yang baru dipilih oleh rakyat dalam piliharaya ke12 telah meletak jawatan dengan alasan mahu menyambung pelajaran. Masa piliharaya itu rakyat tidak tahu dan nampak perkara yang terjadi pada hari ini disebabkan ucapan-ucapan pembangkang pada masa itu boleh menyakinkan rakyat sebab itulah PKR boleh menang dikawasan tersebut. Apa yang berlaku hari ini DUN Penanti dikosongkan kerusi dan pekara ini bukan perkara kecil bagi pihak kerajaan yang memerintah, rakyat Malaysia khasnya kepada rakyat di DUN tersebut.

Bukan sesekali kerajaan BN tidak berani menghadapi pilihanraya. BN tidak rugi apa-apa jika pun BN kalah dalam piliharaya itu. Soal berani atau tidak itu tidak penting dalam soal pertandingan itu perkara biasa dan BN pun dah tewas dikawasan tersebut.

Kelicikan Anwar dalam berpolitik yang sanggup melakukkan apa saja cara asalkan beliau dapat memerintah negara ini dan sudah tentu perkara ini rakyat tidak dapat memikirkannya. Kerajaan terpaksa mengkaji dalam piliharaya kecil yang lepas dan membuat keputusan yang berani dan tegas jika kesan dari pertandingan itu banyak memberi impak yang negative kepada rakyat dan negara. Ini melambangkan kepada kita bahawa kerajaan BN tidak mementingkan kuasa jika untuk mendapatkan kuasa itu banyak menyusahkan rakyat dan ekonomi negara ini jika dengan sengaja mahu mengadakan piliharaya tersebut.

Tiada piliharaya pun kerajaan BN selalu dibelasah oleh Pembangkang, sebab ini adalah kerja semulajadi mereka. Kerajaan BN telah membuat keputusan tidak akan menyertai dalam piliharaya DUN Penanti 31 mei nanti mempunyai asas-asas yang kukuh. Pada masa ini kita (rakyat) tidak tahu perkara sebenar kenapa kerajaan membuat keputusan sedemikian. Ringkas sahaja jawabannya begitu licik tindakan Anwar... Pembangkang kuat atas kebijaksanaan Anwar mengada-ngadakan isu. Dengan BN tidak bertanding ini amat merisaukan Anwar sebab pembangkang sekarang sudah ketandusan isu-isu oleh itu "talihayat" Anwar kali ini tidak memihak kepada beliau kerana kebjikasanaan kepimpinan DS Najib.

Tuesday, May 19, 2009

DUN PENANTI : KEMPIMPINAN BARISAN DS NAJIB DAPAT MENGESAN TEKTIK KOTOR ANWAR

SATU DARIPADA LANGKAH BIJAK PM DS NAJIB - ANWAR TERPAKSA ALIH STRATEGI LAIN.

BN dibawah kepimpinan Perdana Menteri DS Najib untuk tidak bertanding di Penanti sangat berani, bijak dan tegas sekaligus ianya satu kuputusan yang tepat yang sudah tentu mengejutkan banyak pehak terutama dikalangan pemimpin pembangkang khasnya Anwar Ibrahim. Hala tuju BN kearah satu trend baru yang tidak terfikir oleh Anwar yang mana tektik BN dibawah kepimpinan DS Najib membuat keputusan dalam mesyuarat BN tidak meletakkan calon di Penanti. Bagi BN siapa pun parti yang menang di Penanti tidak akan berupaya menukar Ketua Menteri sedia ada, dan ia lebih kepada tektik kotor Anwar untok mengajak BN bermain dimasa tambahan untok mencari helah bagi mengada-gadakan isu.
Sebenarnya Anwar ada agenda lain disebalik pilihan raya tersebut.

bullet button Pertama, kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

bullet buttonKedua, pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

bullet button Ketiga, BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara.

Pilihanraya Kecil Penanti sebenarnya tidak perlu, kerana bukan ada kematian, bukan ada kes mahkamah bankrapsi dan sebagainya.Mantan YB Penanti sihat walafiat dan masih boleh meneruskan tanggungjawabnya, hanya keputusan yang kurang bijak kepimpinan mereka menyebabkan PRK Penanti terpaksa dibuat.Kerajaan BN ada alasan tersendiri diatas PRK Permatang pauh dan Bkt Selambau tempohari.

BN boleh menumpu usaha dan fikiran untuk memajukan negara , meningkatkan taraf hidup rakyat, mewujudkan pekerjaan, menjana ekonomi supaya sentiasa berputar, memperbaiki sistem penyampaian kerajaan, menaiktaraf pembangunan di kawasan luar bandar, sesuai dengan cogankata rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Bagi PaKMie keputusan yang bijak dan tepat ini datangnya dari pemimpin yang berjiwa besar, bukan dari yang berhati kecil, yang hanya menyusahkan rakyat. Pembangkang sepatutnya juga kena turut menyokong langkah bijak BN dengan tidak bertading tersebut kerana atas usaha-usaha kerajaan untok menggelak dari pembaziran wang rakyat dan untok menumpu masa sepenuhnya keatas kegawatan ekonomi global yang dihadapi oleh negara sekarang. Jika kerajaan BN tidak peka dalam hal-hal seperti ini besar kemungkinan bukan sahaja menyusahkan rakyat semata-mata tetapi juga gaji, elaun-elaun dan kemudahan lain yang pembangkang kecapi dan nikmati sekarang juga akan turut terjejas suatu masa nanti. Anwar sebenarnya cuba mengajak BN bermain politik 24jam supaya BN menjadi leka dengan ulikan jahat beliau melalui proses pilihanraya kecil yang di sengajakan dan atas alasan dan kelemahan kepimpinan mereka sendiri.

Saturday, May 16, 2009

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

HARI GURU - 16 MEI 2009

Guru oh guru........
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun rasanya menjadikan hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah di hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupan mu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "Cik gu" kekal terpahat
menjadi kenangan ke akhir hayat.

SEBARIS AYAT...
"SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA WARGA GURU"

Friday, May 15, 2009

SULTAN ADIL KERAJAAN DEMOKRASI DAN MUFTI MENEGAKKAN HAK YANG BENAR

NIZAR : KEJAM PADA RAKYAT PERAK, MAHU MENGHURU HARA KERAJAAN PUSAT,TIDAK MENGIKUT ISLAM YANG SEBENAR SERTA MEMBELAKANGI SULTAN SEMATA-MATA MENGIKUT KEMAHUAN DAP.

Selepas PRU12 8 Mac 2008. Atas alasan BN memperolehi 28 kerusi berbanding DAP 18, PKR 7 dan PAS 6. Dato Tajol Rosli telah mengadap DYMM Tuanku Sultan Perak memohon BN membentuk kerajaan. Baginda menolaknya, kemudian Dato Tajol memohon pembubaran Dewan atas alasan tiada parti yang mempunyai majoriti tetapiTuanku Sultan Perak tetap juga tidak bersetuju dan menolaknya. Maka kebawah duli Tuanku dengan senang hati melantik Nizar menjadi MB atas semangat yang ditunjukkan oleh gabungan Pembangkang dan BN menerima keputusan dan akur dengan kehendak Tuanku Sultan.

Untok Tuanku Sultan membubarkan Dewan sekarang ini di atas tuntutan DAP, PKR & PAS yang mempunyai hanya 28 kerusi sahaja, sedangkan kita semua tahu BN + Bebas = 31 kerusi(Majoriti mudah) adalah tidak adil untok Tuanku membubarkan Dewan. Maka bermula dari sini lah krisis di Perak tidak henti-henti sampai kehari ini, perkara yang tidak sepatutnya berlaku telah berlaku cuma pertumpahan darah sahaja belum berlaku.

YB Dato Dr Zambry berkata adalah menjadi tanggungjawab BN untuk mempertahankan hak majoriti rakyat melalui persidangan Dewan. Disini tiada alasan untok BN memohon Dewan dibubarkan sedangkan BN mempunyai majoriti mudah di Dewan Undangan Negeri Perak. Menolak sama sekali andaian sesetengah pihak terutama sekali dari pembangkang yang mengatakan BN takut untok menghadapi pilihanraya kecil di Perak sebab itu tidak mahu membubarkan DUN.

Pembazirkan wang rakyat dan menyusahkan kehidupan rakyat lagi pun dalam situasi kemelut ekonomi dan keselamatan negara sekarang amat tidak sesuai sekali jika berlaku sedemikian semata mahu menuntut kehendak pihak pembangkang. Apatah lagi jika pilihan raya tersebut memihak kepada BN, sudah tentu pelbagai isu pula dimainkan oleh pembangkang. Kika boleh guna sifir mudah, kita jangan pakai sifir susah kalau benar-benar kita nak tahu jawaban sebenarnya! sebab apa DAP mahu kepada Nizar menjadi MB dan sebab apa beriya-iya sangat Nizar mahu menjadi MB Perak.

Jika betul mahu hak rakyat dikembalikan, BN kena pertahankan hak majoriti rakyat di Dewan Undangan Negeri Perak! tetapi kenapa pula pihak pembangkang sengaja menghuru hara keadaan semasa persidangan itu berlangsung 7 mei lepas?

Mufti Perak Dato Seri Harussani sendiri mengakui UmnoBN sebenarnya tidak merampas kuasa seperti mana yang dilaung-laungkan oleh pembangkang. UMNO menjelaskan kepada Tuanku Sultan bahawa BN telah mendapat majoriti ahli dewan, 3 Adun dari PKR dan DAP telah keluar parti dan menjadi Adun bebas dan seorang Adun kembali kepada UMNO dan Tuanku menjalankan tugasnya dengan baik tanpa memihak mana-mana parti.

Kenapa PAS dan DAP tidak boleh terima hakikat ini? BN ada 31 ahli dewan dan pembangkang ada 28. Siapa sebenarnya mahu menghuru hara Perak kalau tidak Nizar dan kuncu-kuncu DAP?

Kenapa Nizar terlalu benci Umno dan amat mengasihi orang kafir DAP sedangkan ia terang-terangan telah menolak Islam? tidakkah Islam mengharamkannya?. Islam dibolehkan berbaik dengan orang kafir tetapi kita tidak dibolehkan berkasih sayang dengan orang kafir seperti yang ditunjukan oleh muslimat Pas berpelukkan dan Nik Aziz mempertahankan kes sex dan bogel Eliza tempuhari. Demi politik, pemimpin Pas kian kabur! tidak tahu yang mana jantan dan yang mana betina tidak tahu yang mana Islam dan yang mana kafir.MasyaAllah!

Ulasan...
Blogger Cheguman@Demang Lebar Daun said...

Pakmie,
Dulu, pemimpin PAS berjuang dengan niat jika menang ingin berbakti kerana Allah.

Sekarang pemimpin PAS berjuang bagi mempertahankan takhta agar tidak hilang.

Allah uji mereka dengan kesukaran dalam perjuangan, mereka redha. Sekarang Allah uji pula mereka dengan kemenangan...

May 15, 2009 11:37 PM

Delete
Blogger Refflesia said...

Salam,
Sememangnya perjuangan PAS telah tersasar jauh. Pas hari ini bukan lagi PAS yang benar-benar ikhlas memperjuangkan ISLAM. Mereka semakin lalai dengan dugaan kuasa yang ada pada mereka.....

May 16, 2009 12:19 AM

Delete


KDYMM TUANKU SULTAN KELANTAN KINI STABIL DI HUSM KUBANG KERIAN

Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, yang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini, kini berada dalam keadaan stabil. Baginda dimasukkan ke hospital berkenaan petang semalam.

Kepada kita rakyat terutama rakyat Kelantan berdoa kepada Allah SWT supaya baginda KDYMM Tuanku Al-Sultan Ismail Petra beroleh kesihatan yang baik dan cepat sembuh seperti sediakala. Amein.

Thursday, May 14, 2009

PERJUANGAN UMNO LEBIH ISLAM DARI PAS

BUKAN SETAKAT MENOLAK KERJASAMA UMNO-PAS - NIK AZIZ JUGA MEMBELAKANGKAN KEIKLASAN UMNO DENGAN MENCARI PORPULARITI MENJELANG MUKTAMAR PAS JUN NANTI.

Parti terbesar penyertaan kaum melayu di negara ini adalah Umno, Pas dan PKR. Diantara ketiga-tiga parti tersebut Umno lah sebuah parti terbesar kaum melayu yang jumlah ahlinya kini melebihi 3 juta orang.

Sebagai sebuah parti yang terbesar dan dan paling lama wujud tidak peliklah jika ianya pelbagai masalah dalaman yang timbul dalam parti itu. Tambahan pula Umno juga sebagai sebuah parti tulang belakang kepada Kerajaan dan 14 komponen lain dalam BN.

Pas sebuah parti kaum melayu terbesar kedua selepas Umno. Pas berjaya memerintah Kelantan sudah melebihi 19 tahun. Kelantan juga adalah satu-satunya negeri di negara ini dibawah kerajaan Pas sebelum ia bergabung dengan pakatan pembangkang. Diatas hasil kerjasama dengan DAP dan PKR dalam PRU12 lepas pembangkang berjaya menawan 4 negeri lagi dibawah kerajaan UmnoBN yang jumalah semuanya 5 termasuk Kelantan dan Perak (sekarang 4).


Pembangkang dapat menawan hati rakyat diatas kelicikan pemimpin mereka memeplotasikan isu-isu bagi menghentam dan melemahkan Kerajaan. Pas mempergunakan Islam menyerang Umno yang dianggap sebuah parti tidak Islam yang kononnya lebih kepada sekular dan rasuah. Manakala melayu dalam PKR pula menuduh Umno sebuah parti perkauman dan tidak adil kepada rakyat di negara ini. Pas dan PKR dapat menerima dasar-dasar yang dibuat DAP yang kononnya lebih baik dari Umno.

Cara pendekatan Islam yang diambil oleh Pas meletakkan seolah-olah parti itu lah yang memperjuangkan Islam di negara ini. Dalam Pas tidak ada rasuah, pemilihan pemimpin pas tidak terlibat dengan politik wang dan pas tidak gila kuasa. Segala yang baik-baik ada dalam Pas dan yang tidak baik semua ada dalam Umno.

Apakah pemimpin pas itu mahsum? adakah semua pimpinan dalam Umno itu tidak mengikut Islam? Pas berjaya bermain isu ini sehinggakan rakyat boleh menerima bahawa kerajaan Umno itu zalim. Pas tidak penting dan tidak tamak pada kuasa, Umno rakus dan tamak kepada kuasa. Pembangkang bertidak adil kepada rakyat, Umno zalim dengan rakyat.

Kenapa sampai sekarang Pas masih lagi tiada jalan penyelesaian soal kerjasama Pas dengan Umno? siapa lebih Islam sebenarnya...sudah tentulah Umno. Nik Aziz tak habis-habis memburukkan Umno sekali gus menolak kerjasama itu. Sekarang kempimpinan dalaman Pas berpecah belah gara-gara cadangan kerjasama itu sedangkan kepimpinan Umno diperingkat mencetuskan idea kerjasama itu sahaja dan selepas itu tidak lagi memperbesarkan isu itu. Lain pula dalam Pas masih tiada jalan peyelesaiannya dan Nik Aziz sendiri banyak membuat dosa setiap kali memperkatakan isu kerjasama ini. Tidak habis-habis memperburukkan Umno sedangkan Umno berdiam diri dan lebih kepada menumpu kearah usaha-usaha kerajaan untok kebaikan rakyat dan negara. Apakah Pas itu lebih Islam dari Umno?

Soal rasuah, dalam hal-hal rasuah ni Umnolah heronya. Apakah Pas tidak ada rasuah? apakah pembahagian hasil balak itu adil? apakah projek kambing tidak terbengkalai? dimana projek depu?.Pemilihan perwakilan dipersidangan agong Umno dipenuhi dengan politik wang, apakah menjelang Muktamar Pas jun nanti bebas dari politik wang? Apakah pendedahan oleh Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Muhamad Daud Iraqi itu tidak benar? kenapa tidak dibuat lapuran rasmi? sedangkan Ketua Dewan Ulama Pas itu sendiri yang mengesahkan dan beliau seorang pemimpin dalaman parti itu.

Pemimpin Umno gila kepada kuasa, apakah Nizar tidak gila? gila Umno ia tidak berkaitan dengan Cina tetapi gila Nizar bertunjangkan telunjuk Cina DAP. Kalau setakat memerintah 5 negeri pun jadi haru biru macamana mahu memrintah negara? Kalau nak didedahkan satu persatu kerakusan kuasa dan memperkayakan diri dengan mengabaikan tugas kepada rakyat sudah tentulah Pas bukan Umno. Siapa yang lebih mencakna kepada rakyat? Nizar sanggup memberi beribu-ribu lot tanah kepada kaum cina sedangkan kaum melayu tidak diambil kira di Perak. Apakah ini adil? sedangkan Nizar baru 11 bulan sahaja memengang jawatan MB. Apakata jika Nizar menjadi MB lebih 20tahun seperti Nik Aziz di Kelantan? sudah tentulah Perak tidak seperti Perak di zaman pemerintahan UmnoBN lagi.Perak akan jadi rakan kepada Kelantan negeri termundur selepas Sabah dimasa akan datang.

Umno sebuah parti terbesar kaum melayu, tunjang kekuatan BN dan Kerajaan yang telah lama wujud dan memerintah negara sudah lebih 60tahun. Apakah Pas yang memajukan negara ini? Pas tidak boleh dibandingkan dengan Umno. Umno sebuah parti memperjuangkan Islam sebenar di negara ini. Pas sebuah parti kecil yang kononnya mengambil pendekatan Islam dalam perjuangan. Pas yang sebenar-benarnya bertanggongjawab diatas perpecahan sesama Islam di negara ini. Ciri-ciri dan perwatakan corak kepimpinan Pas membuatkan antara penyebabnya parti itu sukar untok mencari jalan penyelesaian dalam sesuatu perkara.Pemimpin mereka menganggap berjubah dan berserban itu lebih Islam dari berkopiah dan berbaju melayu!...

Ulasan...
Blogger
nalapambu said...


Walau apa pun pencacai UMNO hendak kata kan, BN/UMNO tetap akan terkubur pada PRU13 se lewat2 nya.

Kaum melayu sudah berpecah kepada tiga kumpulan - UMNO, PAS dan PKR.

UMNO sudah keseorangan, kaum india dan cina sudah hampir semua tinggal kan BN, kami sudah bersatu dalam DAP.

DAP pula di bantu kuat kan pula oleh PAS dan PKR - "Pakatan Rakyat"

Kekuatan kami sudah terbukti pada PRU12 yang lalu - BN kalah teruk, cuma 'talian hayat' dari Sabah dan Sarawak yang selamatkan BN/UMNO dari berkubur.

Empat PRK BN/UMNO telah tewas dengan teruk - P Pauh, K Terengganu, B Gantang dan B Selambau. Kini BN/UMNO sedang ketar lutut menghadapi PRK N12 Penanti.

Di Perak - BN/UMNO sedang bermati matian mengelak PRU negeri di adakan. Kalau di adakan juga, BN/UMNO pasti tumbang terkangkang.



May 15, 2009 12:02 AM

Delete








Tuesday, May 12, 2009

MAHKAMAH BUKAN TALIHAYAT TERAKHIR DR ZAMBRY

KEPUTUSAN AWAL MAHKAMAH MEMIHAK KEPADA NAFSU NIZAR

Kalau sebelum krisis berlaku di Perak, Kelantan lah satu-satunya negeri yang unik di Negara ini. Kelantan unik kerana rakyat sanggup memilih pembangkang Pas untok memerintah walaupun hidup dalam kesusahan. Rakyat Kelantan sanggup membuat keputusan membelakangi UmnoBN yang betunjangkan Kerajaan Pusat dengan memilih Pas menerajui Kerajaan negeri Kelantan walaupun sudah lebih 20 tahun. Rakyat Kelantan sanggup mengambil resiko semata-mata mahukan "menang sorak kampong tergadai". Tetapi apa yang berlaku hari ini di Perak lebih unik lagi.
" Kalau Kelantan krisis idealogi rakyat manakala di Perak pula krisis gila wakil rakyat mahu merebut jawatan Menteri Besar " - kerja gila paling-paling gila.

Negeri Perak antara negeri termaju di negara ini. Apakah Perak akan terus maju dengan diterajui oleh seorang MB yang unik dan gila kuasa? krisis kepimpinan merebut Menteri Besar sudah tentu menjadikan negeri itu akan tercatit dalam liputan sejarah yang akan dijadikan bahan pembelajaran sekolah anak-anak dimasa akan datang, sudah tentu memeningkan!

Negeri Perak sekarang mempunyai 14 orang Exco, lapan dari kerajaan Nizar Jamaluddin dan enam dari kerajaan Zambry Abdul Kadir. Maknanya Perak mempunyai dua buah kerajaan. Memerintah bergilir-gilir. Nizar memerintah hampir setahun sebelum diperintah oleh Zambry. Selepas kira-kira lebih tiga bulan Zambry pula memerintah dan ia diperintah pula oleh Nizar sekerat hari. (bermula pagi kelmarin dan berakhir jam 2:30 petang) dan diserah pulak kepada Zambry hari ini. Perak dibawah kekuasaan ala poligami, boleh tukar-tukar dan gilir-gilir.

Apakah erti keputusan ini? Keputusan Mahkamah ini menunjukkan hanya ada tiga cara untuk seseorang Menteri Besar hilang jawatan iaitu sama ada:

a. Beliau meletak jawatan
b. Dewan Undangan Negeri Dibubarkan
c. Undi Tidak percaya dalam Sidang DUN.

Sungguhpun begitu ini bukanlah tafsiran muktamad kerana keputusan ini masih terbuka kepada usul penangguhan dan rayuan. Hakim semalam hanya menolak permohonan penangguhan secara lisan sebaliknya mengarahkan permohonan bertulis untuk penangguhan sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan.

Hakikatnya semangat demokrasi telah musnah sebaik sahaja Nizar yang hilang majoriti sokongan ADUN Perak enggan meletak jawatan. Ini kerana Menteri Besar yang hilang sokongan majoriti ADUN hanya mempunyai dua pilihan iaitu memohon pembubaran Dewan atau meletak jawatan.

Secara semangat demokrasinya dan juga semangat undang-undang tubuh negeri, jika permohonan membubarkan DUN tidak diperkenan oleh Tuanku, maka Menteri Besar dan para EXCOnya sewajarnya melepaskan jawatan mereka. Ini tidak berlaku walaupun Tuanku mempunyai justifikasi yang sangat jelas mengapa baginda enggan membubarkan DUN.

Buat masa ini Pakmie lebih cenderung menyokong diadakan sidang DUN tergempar kerana ia lebih membabitkan pertikaian undang-undang berbanding mengadakan pilihan raya yang mungkin mencetuskan satu krisis keselamatan di Perak.

Pakmie simpati dengan DYMM Tuanku Sultan Perak yang berada dalam keadaan ditelan mangkat bonda, diluah mangkat ayahanda. Baginda hanya cuba menjaga keamanan negerinya. Janganlah ketika Baginda melantik kita maka segalanya baik tetapi bila baginda melantik orang lain maka kita sanggup mencercanya. Baginda hanya menggunakan kuasanya mengikut tafsiran undang-undang sedia ada. Sama ada tepat atau tidak tafsirannya kita mempunyai Mahkamah yang menentukan.

Pakmie yakin MB Zambry akan terus menerajui Kerajaan Perak sehingga PRU13. Nizar and the geng akan terus bertindak ganas manakala Anwar pula mempersiapkan diri menyusun strategi dalam Pakatan Rakyat sebelum mahkamah menjatuh hukum kes liwatnya dengan Saiful. Bagi Pakmie tidak peliklah corak ala "keendorganan" mahu merampas kuasa dalam muktamar Pas jun nanti. Perkara ini sudah diatur dengan licik sekali oleh orang-orang Anwar dalam Pas sebelum ini. Anwar sudah mempersiapkan dirinya awal-awal lagi jika pun beliau didapati bersalah dan dihukum kesinambungan kerja-kerjanya diambil alih oleh endorgan.



P/S - Jika keputusan mahkamah rayuan nanti tidak berpihak kepada Nizar sudah tentu kita dapat melihat sekali lagi kerajaan UmnoBN dibawah pimpinan DS Najib dikecam oleh Pembangkang walaupun makamah memutusnya dengan adil. Kita tunggu dan lihat! sebab ini adalah tugas utama wakil rakyat pembangkang selaku wakil rakyat.





Ulasan...

Blogger


BERITA CAP BUMI said...



Saya rasa penghurain saudara sangat silap mengenai majoriti dun memihak kpd BN...Mulut bukan bukti nyata dlm membuktikan perkara itu....Buktikan yg majoriti memihak kpd BNumno,dengan undi di DUN.Tetapi ini tidak berlaku,tetapi memandai-mandai berhujah yg majoriti dah lebih....Memang diakui sendiri nizar tahu Majoriti di DUN dah menyebelahi BNumno,disebabkan campurtangan mahkamah tentang status TIGA katak besar bertukar tempurung.Campurtangan Mahkamah ke atas dun adalah pencabulan doktrin pengasingan kuasa.Kalau dibw usul undi tidak percaya pun,kuasa Speaker boleh menghalang tiga adun bebas ini mengundi sekali....Oleh sebab itulah Nizar merasakan lebih baik dibubarkan dun,kerana ketidak stabilnya politik Perak.Boleh faham ka...Kalau BNUmno mendakwa yg PR perak tak stabil,dan rakyat tidak suka Pentadbiran PR yg tak stabil ni,pasal apa BNumno tak mau bubar dun?Mungkin majoriti BNumno lebih besar kali nih...tapi penakut pd bayang2 sendiri disulami politik kedengkian yg membuak2,kamu semua memperjudikan kesejahteraan Negeri Perak....Ada akai ka....




May 13, 2009 10:34 PM

Delete





































Sunday, May 10, 2009

PERTENTANGAN HEBAT MENCARI SIAPA PEMIMPIN LEBIH ISLAM DALAM PAS, BERSERBAN ATAU BERKOPIAH?

BERITA PANAS PAS DARI KOTA BHARU

Ketua Dewan Ulama Pas, Mohamed Daud Iraqi tetap bertegas mahukan ulama memegang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu serta salah satu jawatan Naib Presiden.

Anak kepada Mursyidul Am Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz tewas dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman.

Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Muhammad Zaki Ibrahim menempelak sikap sesetengah pemimpin tertinggi parti itu kerana masih mempertikaikan perkara asas dan dasar perjuangan parti yang telah ditubuhkan lebih 50 tahun lalu.

Dewan Pemuda Pas Kelantan mahu golongan ulama profesional meneruskan kepimpinan bagi menjamin kesinambungan masa depan parti itu.

Ulasan...
Blogger Darulehsan said...

tak hebat mana pun. hebat lagi pertentangan ketua pemuda umno ari tu.

May 10, 2009 9:18 PM









SELAMAT HARI IBU 10 MEI

IBU KASIH SEJATI - SALAM UNTOK IBU.

Kasih sayang ibu tiada ganti. Ibulah segala-galanya, kita selalu menyanyangi dan mengingati ibu tidak kira masa dan ketika.10 mei setiap tahun adalah hari ibu. Hari ini 10 mei salam untok para ibu kasih mu adalah kasih sejati untok anak-anak..."SELAMAT HARI IBU".

Tangan yang menghayun buaian boleh mengoncang dunia. Tangan yang mengasuh, melahirkan pemimpin masa depan. Tangan yang mendidik manusia tentang putih dan hitam kehidupan. Air tangan ibu yang membesarkan anaknya dengan penuh kasih sayang. Buat semua ibu, salam hari ibu. Syurga itu di telapak kaki ibu.

Saturday, May 9, 2009

SIDANG DUN PERAK : PENGAJARAN KEPADA KEALPAAN KITA MEMILIH PEMIMPIN



KERANA MAHU KUASA MANUSIA SANGGUP JADI GILA

Bermula dengan keegoan dan dendam para pemimpin maka lahirlah ketaksuban dikalangan pengikut-pengikut. Bagi pemimpin Islam pula yang sanggup mempergunakan ugama dalam urusan berpolitik dengan meletakkan kefahaman yang salah menyebabkan lahirnya pengikut-pengikut yang ekstrim.

Keegoan Nizar tidak mahu menerima kejatuhan kerajaan pimpinannya di Perak, satu-satu peritiwa yang tidak sepatutnya berlaku telah berlaku di negara ini. Dan ini kesilapan yang tidak harus dimaafkan oleh seluruh rakyat. Kesannya berterusan sehinggakan pihak Istana Sultan Perak juga dikaitkan dengan isu-isu politik menyebabkan pihak istana juga turut disaman dan sudah tentu pertelingkahan menengak kebenaran akan berlaku di makamah nanti. Mengaibkan sekali kita kaum melayu kerana raja-raja adalah benting terakhir kekuatan kita. Nizar memberi ruang seluas-luasnya kepada kaum bukan melayu di negara ini.

Siva, Nizar dan pemimpin gabungan Pakatan tidak bersalah dimata para blogger yang pro Pakatan. Memang benar pemimpin Pakatan tidak bersalah yang dugun dan bersalah nya adalah rakyat yang memilih dan memberi sokongan kepadanya yang menyebabkan beliau mendapat kuasa dan jadi gila. Sikap keegoan Nizar hari ini sudah terbukti dan menyakinkan kepada kita apa yang berlaku semasa di Sidang DUN di Perak dua hari lepas. Pembangkang di Perak sudah menunjukkan kepada kita sekali lagi sikap yang sebenar-benar mereka tanpa mengambil kira majoriti rakyat yang menyokongnya dalam pilihan raya lepas.

Semasa Sidang DUN berjalan Sivakumar yang telah dilucutkan jawatan masih lagi menganggap dirinya speaker dengan mengeruhkan suasana yang terpaksa diheret keluar dengan digantikan dengan Speaker baru R Ganesan. Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin terpaksa menunggu berjam-jam untuk merasmikan sidang DUN. Manakala timbalan Speaker Hee Yit Fang dalam sidang itu dihina dan diugut oleh wakil rakyat pembangkang. Dilempar wang kertas kearah Hee bagi mereka timbalan speaker itu dibeli oleh BN. Ada juga ADUN DAP yang sanggup berdiri atas meja bagi menghalang dengan cara membuat kecoh suapaya persidangan DUN tidak dapat berjalan. Dateline 13mei adalah tempuh terakhir jika Sidang DUN tidak dibuat dalam tempuh 6 bulan bermakna DUN Perak outomatik akan dibubarkan.

Tetapi semua perkara ini di persepsi oleh blog Pembangkang. Apa yang telah terjadi disidang DUN Perak itu telah memecah rekod dunia. Ibarat macam dalam sarkas harimau yang sudah dicabut taring masih lagi bersikap kononnya dialah berkuasa. Harimau-harimau yang bertaring senyum dan cool melihat gelagat-gelagat bodoh dan gila itu. Inilah yang menyebabkan binatang ini sanggup mengacau dan memasuki kandang lain. Kita rakyat marhaen sentiasa memerhati tidaktanduk gila dikalangan mereka, ada yang menyokong dan ada yang menyesal sangat-sangat kerana memberi undi dan seterusnya mereka menang dan bila mendapat kuasa mereka pula menjadi gila. Kerana mahu kepada kuasa manusia jenis ini sanggup jadi gila...memalu dan memualkan hamba rakyat!!!




Ulasan...

Blogger Darulehsan said...


Ada beberapa fakta yg tidak betul dan ianya adalah fitnah daripada anda.


1. pihak istana tidak disaman
2. majoriti rakyat menyokong pr. 3 adun itu yg membelakangkan amanah rakyat.
3. mana ada dateline 13mei. sultan mempunyai kuasa mutlak untuk membubarkan dun.
4.tidak ada rekod dunia untuk persidangan dun.
5. kerajaan BN yg giler kuasa. tak mau berkongsi kuasa untuk mentadbir malaysia.




May 10, 2009 9:30 PM

Delete



















Sunday, May 3, 2009

SEJENAK BERSAMA NAJIB DAN ANWAR

1. DALAM situasi ekonomi dalam negara sekarang tiada sesiapa yang yakin.Kerajaan dibawah kempimpinan PM DS Najib sedang bertungkus lumus mencari jalan memperbaiki keadaan ekonomi negara. Manakala di pihak Anwar pula sibuk mencari jalan untuk menjatuhkan kerajaan walaupun pilihan raya baru selesai setahun yang lalu.

2. Kerajaan Persekutuan sibuk merangka kerja mencari jalan menarik pelaburan, meningkatkan perbelanjaan dalam negeri, dan mengurangkan kadar pengangguran bagi merangsang ekonomi.

3. Di beberapa negeri yang dibawah pimpinan kerajaan campuran Anwar, mereka sibuk mencari salah kerajaan lalu, mengubah-ubah polisi negeri tanpa tujuan dan penuh cerita telanjang, rasuah, salah guna kuasa, lembu korban haram, rumah urut haram, lombong pasir haram, kedai VCD haram dan terbaru khabarnya kisah hubungan haram exco dengan seorang pembantu ahli Parlimen parti yang sama.

Ulasan...
Blogger The Hobbit Frodo said...

huhuhuhu ~~ tul tul bro Pakmie! xder mende lain nak pikir agaknya ~

May 4, 2009 5:07 PM

Delete
Blogger rahman,ahchong,muniandy said...

Apa sudah jadi dengan Puak Laknattullah ini? Sesat dan jahilnya mereka.

Apabila selesai jenazah dimandikan maka ketika hampir siap untuk dikafankan jenazah ini, bangunlah seorang muslimah PAS pergi ke arah mayat dan memasukkan sesuatu berbentuk syiling 50 sen dan berlogo PAS ke dalam mulut mayat dan diletakkan dibawah lidah.

Selepas memasukkan benda itu, dia terus berucap dihadapan seluruh muslimin dan muslimat di depannya sambil memberitahu bahawa mayat ini tidak akan disoal oleh mungkar-nangkir tetapi akan terus dibawa Allah ke syurgaNya kerana mayat itu semasa hidupnya mengundi PAS dan logo di dalam mulut mayat tadi sebagai bukti dan penjaminnya.

Mengucap panjang Pak R dan sedih dia melihat orang PAS sudah sesat seteruk itu.

Dia mengakui bahawa Nik Azizlah bapa segala kesesatan ini.

May 4, 2009 7:08 PM

Delete
Blogger Safiya said...

SEBAIKNYA KITAA NI SESAMA ISLAM TOKSAH MENGATA SESAMA SEISLAM KITAA LEBIH-LEBIH LAGI YANG SEBANGSA.

KALAU X SUKA KITAA PUN TIADA HAK UNTUK FITNAH MEREKAA. SEPATUTNYA KITA PERLU MUHASABAH DIRI DAN BERBAIK SANGKA... DOA PALING PENTING UNTUK KESEJAHTERAAN BANGSA DAN NEGARA KITAA

SETIAP KESILAPAN SESAMA INSAN TEGUR LAH DENGAN CARA YANG BERSESUAIAN ... FIKIR FIKIRKAN.

May 5, 2009 1:02 AM

Delete
Blogger IRDINA said...

Salam pada pakmie,

Apa yg harus kita fikirkan sekarang..bukan najib bukan anwar. Yg patut difikirkan bagaimana kita nk kembalikan KUASA org Melayu Islam dinegara kita yg tercinta ini.

Seperkara yg perlu kita ingat..jgnlah kita mengutuk org lain wp mereka buat kesalahan. Sebaiknya kita berdoa agar Allah berikan kita kekuatan untuk meneruskan agenda kita dalam melaksanakna pentadbiran yg baik.
Seandainya kita juga asik mengutuk mereka itu bermakna kita juga sama seperti mereka.... Sesungguhnya nabi kita MUhamamad saw tidak pernah mengutuk musuhnya sendiri..

wp dia dicaci dan di lemparkan dgn batu dan tahi sekali pun...
Sama2lah kita berdoa untuk kesejahteraan Malaysia yg kita cintai, dan kita pertahankan agama Islam dibumi Malaysia ini.

May 8, 2009 3:48 PM

Delete