Followers

Saturday, June 27, 2009

APAKATA MUSTAPA MUHAMMAD TERHADAP SIKAP NIK AZIZ


Nik Aziz makin keterlaluan


KUALA KRAI – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semakin keterlaluan dalam berpolitik mungkin kerana terlalu lama memimpin negeri ini sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan yang mengguris perasaan umat Islam. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed berkata, kenyataan yang menyamakan UMNO dengan komunis dan ajaran sesat ‘Ayah Pin’ adalah fitnah yang amat jelas. Katanya, kenyataan tersebut amat bertentangan dengan dasar perjuangan parti itu yang dikatakan bergerak atas landasan Islam.

Tegasnya, Nik Abdul Aziz perlu ingat bahawa kerajaan yang dipimpin oleh UMNO telah berjuang berhabis-habisan menghapuskan ancaman komunis di negara ini dan memerangi unsur-unsur yang boleh menjejaskan pegangan umat Islam. “UMNO yang berjuang untuk menghapuskan komunis di negara ini, UMNO juga yang bermati-matian mempertahankan tanah air ini, kalau tidak kerana UMNO yang mengharamkan komunis Nik Abdul Aziz pun belum tentu lagi hidup di Malaysia. “Kita sama sekali tidak menyokong perjuangan komunis atau Chin Peng, yang menyokong Chin Peng adalah rakan sekutunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan bekas pemimpin parti itu dibawa masuk ke negara ini,’’ katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan jentera Pemuda BN di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru di sini hari ini. Turut hadir, Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.

Program itu dihadiri kira-kira 2,000 jentera Pemuda BN dari seluruh negeri ini termasuk exco Pemuda UMNO. Isnin lalu, ketika berceramah di Padang Awam Laloh, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyamakan UMNO dengan ajaran sesat Ayah Pin dan pengganas komunis kerana menolak Islam. Pada sidang akhbar, Mustapa yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil Manek Urai berkata, beliau tidak terkejut dengan kenyataan Nik Abdul Aziz itu kerana pemimpin-pemimpin Pas sentiasa marahkan UMNO walaupun tidak mempunyai sebab yang kukuh. “Nik Abdul Aziz selalu marah-marah bukan perkara baru, dia marah sejak beberapa tahun lalu dan meluahkan pelbagai kata-kata serta mengeluarkan dakwaan yang tidak berasas. ‘‘Kita rasa ini satu reaksi seorang pemimpin yang lama sangat memimpin di Kelantan dan mungkin beliau sudah terlalu lama dan letih,” katanya.

Menurutnya, telah tiba masanya untuk BN bekerja keras menghapuskan keangkuhan pemimpin pembangkang yang semakin menjadi-jadi selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu. “Kita mahu menang di Manek Urai, kita akan mulakan kerja di sini untuk Pilihan Raya Umum Ke-13, kemenangan ini bukan saja untuk Manek Urai tetapi untuk pilihan raya umum akan datang,’’ katanya. Oleh itu, tegasnya, Pilihan Raya Kecil Manek Urai akan menjadi penanda aras untuk BN pada pilihan raya umum akan datang. ‘‘Manek Urai akan menjadi titik perubahan kepada Kuala Krai, Kelantan dan negara,” katanya.

Tambahan

Calon Pas Manik Urai

Haji Mohd. Fauzi Abdullah telah dipilih sebagai calon PAS di Dun N41 Manik Urai, Kelantan. Beliau adalah seorang peniaga ikan yang juga AJK PAS Kawasan Kuala Krai. Pengumuman ini telah dibuat oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu ceramah di Markas UPU Manek Urai Lama.

Pemilihan Mohd. Fauzi yang juga merupakan Bendahari Pas kawasan dibuat berdasarkan komitmennya terhadap parti itu selain beliau amat mesra serta dikenali oleh kebanyakan penduduk terutamanya di Manek Urai.

Beliau adalah bekas penyelia Dewan Undangan Negeri (DUN) Guchil untuk parti tersebut ketika kerusi itu dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) pada 2004 tetapi kerusi itu diberikan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum lepas.

Penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai itu akan diadakan pada 6 Julai dan jika ada pertandingan hari pengundian pada 14 Julai.


No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..