Nik Aziz malu kerana tidak dapat melepaskan perserta perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi di Kota Bharu, dua hari lepas . Wakil2 rakyat pas minta DS Najib PM campor tangan sebab apa terjadi sedemikian. Besar rupanya masalah malu Nik Aziz sehingga terbawa perbincangan kes tersebut dalam majlis persidangan DUN Kelantan. Sikap suka mengkritik, kalau suruh buat banyak bercakap... jadi tidak hairanlah sebab apa Datok Awang adek menggantikan tempat Nik Aziz. Kalau ada silap maka kesalahan itu pula dilontarkan kepada pihak lain. Beginilah cara pemimpin pas bila berkaitan dengan progrem-progrem bersabit dengan kerajaan pusat.
Kerajaan negeri Kelantan begitu sibuk sana sini semata2 mempertahankan wang royalti minyak dan tidak mahu duit wang ehsan. Rakyat Kelantan rata2 sudah faham, cuma pemimpin pas sahaja buat2 tidak faham. Pada persidangan DUN kali ini wakil2 rakyat termasok pas dan BN telah meluluskan usul tergempar membawa kes wang royalti tersebut ke mahkamah. Tetapi disebabkan satu injuksi akan dikenakan juga ke atas Petronas agar membayar royalti kepada Kelantan, maka ke enam ADUN Umno terpaksa menarik balik sokongan kerana tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Banyak masa dihabiskan begitu sahaja, ceramah2 diatur bersabit dengan royalti supaya rakyat menyebelahi mereka. Kerja2 yang sepatutnya dilakukan keatas rakyat dibiarkan begitu sahaja, sebaliknya mereka sanggup menghabiskan masa dan wang ringgit berceramah sana sini mempertahankan royalti tidak mahu terima wang ihsan demi kepertingan mereka sendiri bukannya rakyat.
Perpaduan islam semakin tergugat dengan kenyatan Nik Aziz bahawa Kerajaan Negeri Kelantan sudah 20tahun tidak mengadakan sebarang sambutan bagi menyambut Maulidur Rasul memandangkan bulan Maulud tidak mempunyai sebarang fadilat dan kelebihan berbanding bulan Ramadan.Tetapi Nik Aziz boleh pula menghimpun orang sembahyang hajat untuk memohon pertolongan Allah melepaskan seorang manusia daripada tuduhan liwat yang sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah. Isu maulud timbul kerana menyokong percubaan Lim Guan Eng untuk membatalkan perarakan maulidur Rasul di Pulau Pinang baru-baru ini. Sudah jelas jelas ialah Nik Aziz menyokong percubaan LGE itu yang bersifat politik kerana sudah ada 'perjanjian syaitan' dalam pakatan pembangkang bahawa perlu saling sokong menyokong walaupun ianya melibatkan soal agama islam.
Tidak menjadi kesalahan kepada Nik Aziz untuk meminta orang mengaminkan doanya supaya pemimpin Islam yang menjadi musuhnya pecah perut. Semua ini boleh dan tidak berdosa bagi Nik Aziz. Perkara-perkara ini mungkin lebih baik dan lebih penting daripada sambutan mengingati kelahiran nabi Muhamad s.a.w. Suasana Islam yang bagaimana mahu diwujudkan oleh Nik Aziz jikalau sambutan maulud nabi pun dianggap tidak baik. Soalan begini patut diajukan sebelum mempercayai kata2 beliau.
Kepimpinan Nik Aziz bersama pakatan terlalu menjaga hati DAP. Kalau permasalahan yang dibangkitkan oleh DAP bersabit dengan bangsa dan agama cepat2 Nik Aziz membuat kenyataan yang bukan2. Pemimpin pakatan pembangkang menganggap sampah kepada wakil rakyat PKR yang keluar parti itu, sedangkan mereka keluar parti semata mahu memertabatkan bangsa, agama dan negaranya sendiri yang sudah hilang kepercayaan kepada Anwar Ibrahim. Sepatutnya pas perlu keluar dari pakatan pembangkang bersama PKR dan DAP kerana laungan perjuangan islamnya lebih lantang dari wakil2 rakyat PKR tersebut sebaliknya Nik Aziz pula mengatakan mereka itu golongan penjahat. Bertapa taksudnya Nik Aziz kepada Anwar, kalau boleh beliau mahu menyuruh rakyat jilat ludah sendiri dengan memberi sokongan kepada Anwar dalam tuduhan liwatnya kali ini. Kalau dahulu Pas bersama DAP dengan lantang mendesak Tun Mahadhir melepaskan jawatan TPM yang dipegang oleh Anwar kerana Anwar seorang peliwat.
Kata-kata "banjingan dan balaci" oleh rakannya sendiri kepada pemimpin Islam yang bersetuju dengan cubaan pihak tertentu membatalkan sambutan Maulidur Rasul dsn rela dicucuk hidung seperti lembu tidak dijawab oleh Nik Aziz. Permasalahan yang timbul bersabit dengan cadangan pembatan perarakan maulud di Pulau Pinang tiada kena mengena dengan Umno. Pemimpin Umno termasuk mantan PM Tun Abdullah mempertahankan semata2 tidak mahu LGE mempermainkan agama islam yang suci itu. Pemimpin Umno sudah dapat menghidunya cubaan membatal perarakan itu, jika tidak ada bantahan, langkah LGE seterusnya ialah memastikan supaya azan di Pulau Pinang tidak perlu menggunakan pembesar suara dengan alasan menganggu suasana kedamaian penduduk-penduduk sekitarnya. LGE mahu menjadikan Pulau Pinang seperti Singapura dengan tidak membenarkan azan menggunakan pembesar suara.
Bagi Mahfuz pula berarak maulud tak salah tak berarak tidak lah berdosa. Untuk apa kalau berarak membawa pada dosa. Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi kemudian tolak apa yang Nabi suruh. Apa guna kita berarak dan berselawat tapi tak hayati sunnah Nabi. Beliau tujukan kepada pemimpin kerana mempertahankan perarakan itu. Umno berarak berselawat kemudian rasuah. selawat lagi sapu duit rakyat.berarak berselawat kemudian salah guna kuasa pula. Beliau cover line Nik Aziz tetapi tidak pasal2 Umno pula yang kena dan dikatakan perasuah dan macam2. Beginikah cara pemimpin islam? Mahfuz kena ingat janggut, serban dan kopiah tidak boleh menjamin lagi sesaorang itu masuk syurga! tidak ada perogolkah dikalangan penyokong pas, tidak ada perasuahkah dikalangan pemimpin pas dan tidak adakah salah guna kuasakah di negeri dibawah kerajaan pembangkang? Belanja beli Kek pun sudah bernilai beribu2. Mahfuz kena ingat ketua pembangkang Anwar Ibrahim belum lagi selesai proses pembicaraan liwatnya. Kerajaan bertindak adil dan telus tidak kira siapa yang berhadapan dengan tuduhan melalui proses pembicaraan mahkamah, tetapi dalam kes tuduhan liwat Anwar pemimpin yang lantang dan menyokong Anwar adalah dikalangan pemimpin pas sendiri belum diputuskan oleh mahkamah sudah mengatakan Anwar tidak bersalah. Kerana apa? sebabnya kerana Anwar bersama mereka dalam pakatan pembangkang. Apakata jika Anwar ibarat sampah2 seperti tanggapan Lim Kit Siang kepada mereka yang bertindak keluar meninggalkan PKR tersebut? Sudah tentu akan berkumandang sekali lagi seluruh pelusuk tanah air suara2 lunak merdu irama hudud dendangan Mat Sabu pemimpin kesayangan Nik Aziz, mengingat kita kembali kesah2 dari mana datangnya al-juburi...
No comments:
Post a Comment