Followers

Sunday, March 14, 2010

ZAHRAIN KESAL DAN MOHON MAAF KEPADA ORANG MELAYU

PEMIMPIN PAS MASIH BERSERONOK DENGAN DAP...

PULAU PINANG 13 Mac - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim secara terbuka memohon maaf kepada para pengundi khususnya orang Melayu kerana bersekongkol dengan DAP sehingga Lim Guan Eng dilantik sebagai Ketua Menteri.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri turut melahirkan rasa kesal kerana terlibat membantu pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum di negeri ini.

Zahrain menjelaskan, ketika itu, beliau masih belum mengenali sikap sebenar Guan Eng yang merupakan Setiausaha Agung DAP.

"Masa itu, saya tidak tahu apa tindak-tanduk Guan Eng pada masa akan datang.

"Sekarang setelah dua tahun pakatan pembangkang memerintah, barulah saya sedar.

"Saya sebagai pemimpin PKR ketika itu dan pemimpin Melayu dianggap bersekongkol dengan dia (Guan Eng) menindas bangsa sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program dialog terbuka anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di sini hari ini.

Turut hadir Presiden GPMS, Jais Abd. Karim.

Dialog tersebut bertujuan memberi penjelasan berhubung isu-isu semasa orang Melayu di Pulau Pinang.

Pada 12 Februari lalu, Zahrain mengumumkan keluar PKR dan meletakkan semua jawatannya dalam parti itu.

Beliau sebelum ini mengkritik kepimpinan Guan Eng yang dilabel sebagai diktator, cauvinis dan berfikiran bahaya.

Pada perkembangan lain, Zahrain memberitahu, dalam pentadbiran kerajaan negeri, Guan Eng sering melihat pegawai-pegawai Melayu sebagai penjawat awam yang bodoh dan korup.

"Dia tidak percaya kepada pegawai-pegawai Melayu ini, sebab itulah dia duduk dalam lembaga tender kerajaan negeri.

"Dia mahu tentukan pemberian tender mengikut kepuasan hati perut dia saja," ujarnya.

Sehinggakan tambah beliau, orang luar dilantik untuk memegang beberapa jawatan penting dalam agensi-agensi di bawah negeri itu.

Utusan On-line

4 comments:

Jeffry said...

Nampak sangat Zaharin ni jenis orang bodoh. Dulu selama 50 tahun BN memerintah adakah pernah melayu UMNO yang jadi ketua menteri P.Pinang. Baru sekarang dia sedar rupanya cina DAP yang perintah P.Pinang hingga sekarang? Ni...lah jenis melayu bengap spesis UMNO

hilbert said...

Salam Pak Mie,

syukurlah, belum terlambat sebenarnya untuk mereka meminta maaf sebenarnya..

masa masih panjang lagi..

terima kasih kepada semua YB-YB yang telah sedar dari kesilapan menyertai Pakatan Haram Pembangkang itu :-)

PaKMie said...

Salam sahabat...

Perjuangan tiada titik nokhtahnya. Kita tiada jalan keluar sebenarnya, cuma apa yang kita mampu halakan perjuangan kita mengikut landasan yang betul.

Pakmie kagum perjuangan kawan2 semua, terutama jeffry...

Asalamualaikum dan salam sejahtera

rahimi said...

UMNO tak bengap tapi orang buta hati dan tak pandai berterimakasih mcm puak jeffry sahaja yg berfikiran begitu.
Kalau rasa Malaysia tak bagus dipersilakan berhijrah kat mana2 negara yg penduduknya tak bengap.

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..