Followers

Thursday, May 6, 2010

BUDU NIK AZIZ TAK LAKU DI HULU SELANGOR...

BOTOL BUDU NIK AZIZ DIPECAH LAGI...PAS MENGGUNA CARA FITNAH BAGI MENDAPAT UNDI DI KELANTAN!
Penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang bertindak sebagai pembancuh budu Hussam suatu ketika dahulu pada hari ini bukan lagi bertindak sebagai pembancuh budu sebaliknya bertindak sebagai "memecah botol-botol budu" dengan cara pendedahan demi pendedahan terhadap kepincangan pemimpin pas Kelantan. Syed Azidi mendakwa pemimpin Pas sengaja mewujudkan persepsi buruk ketika pentadbiran mantan Perdana Menteri, Tun Pak Lah bagi memastikan Pas terus kekal memerintah di Kelantan.

Kickdefella mengaku dibayar RM4 juta bagi tempoh tiga tahun untuk membiayai pelbagai aktiviti dan menggerakkan operasi gerak saraf. Dari kantung mana wang itu dikeluarkan usah ditanya, sebab pemimpin pas suci dan bebas dari rasuah. Mungkin sumbangan dari tauker2 balak perumpamaan seperti wang penajaan Nik Aziz ke Mekkah katanya wang itu tidak salah...sebab diguna oleh pemimpin pas tetapi kalau pemimpin Umno ia adalah rasuah. Wang sejumlah itu katanya disalurkan melalui syarikat Global Media Channel Sdn.Bhd. (GMC).

Operasi gerak saraf bagi mewujudkan pelbagai persepsi buruk yang boleh melemahkan kepimpinan Pak Lah dan Barisan Nasional (BN) sebelum pilihan raya umum 2008 dahulu boleh dianggap berkesan.Selama ini bukan sahaja penyokong Pas, malah orang awam berpandangan penulis blog yang menyokong parti itu ikhlas berjuang tanpa minta dibayar, tetapi hakikatnya tidak begitu, sebaliknya dibayar begitu tinggi.

Wang sebanyak itu sepatutnya boleh digunakan untuk membela nasib orang miskin di Kelantan tetapi disalurkan untuk membuat fitnah dan memburuk-buruk sesama orang Islam.Jika dana sebesar itu disalurkan kepada rakyat Kelantan, nescaya pelbagai bentuk kemudahan dan faedah dapat dinikmati oleh rakyat negeri itu. Apatah lagi Kelantan bukanlah negeri yang kaya semata-mata untuk mengukuhkan cengkaman politiknya daripada digunakan untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyatnya sendiri. Kerana tamakkan kuasa Pas, sanggup tabur fitnah dan jual agama.Sebagai parti yang berjuang menegakkan Islam, perbuatan memburuk-bukkan imej seseorang patut dijauhi.

Tidak terfikirkah pemimpin dan penyokong Pas yang mereka telah berdosa kepada seorang pemimpin dan kerajaan Islam negara ini? Kini tembelang pendekatan dan kaedah Pas (sebelum ini PKR) yang digunakan untuk memburukkan Perdana Menteri, Kerajaan Pusat dan BN didedahkan satu demi satu oleh penulis blog yang pro-Pas sendiri, Kickdefella.

Jika sebelum ini bekas sahabat dan pemimpin Anwar Ibrahim mendedahkan tembelang dan permainan kotor PKR terhadap pemimpin BN, kini Syed Azidi pula ke hadapan untuk mendedahkan pekung Pas hendak menjatuhkan BN.Apa pun, semua kemelut dan kekalutan dalam pakatan pembangkang sekarang sudah jelas, bukannya berpunca daripada kerja-kerja UMNO tetapi adalah kerana kesedaran mereka yang telah insaf akan mainan politik kepentingan diri beberapa pihak dalam Pas dan PKR.

Sebab itulah kadang-kadang boleh tergelak bila kenang balik sesetengah perangai Pemimpin pas lebih-lebih lagi perangai Mursyidul Am PAS mereka sendiri yang kerap sangat mengukum apa orang lain buat salah tetapi kalau beliau buat semua betul.Nik Aziz juga amat popular dalam usaha membela dirinya, beliau sering kaitkan agama dan sunah Nabi. Pasal doanya minta ‘pecah perut’ pemimpin yang tidak bagi royalti minyak seperti dituntut kerajaan PAS Kelantan. Semua tahu, doa itu ditujukan pada Najib tetapi walaupun bukan ulama macam Nik Aziz, Perdana Menteri tidakpun minta Menteri Besar Kelantan itu minta maaf atau sebut pasal tidak halal di dunia dan di akhirat. Nik Aziz juga kena ingat ramai ahli dan pemimpin UMNO pun barnagkali tidak halalkan dunia dan akhirat apabila beliau tuduh orang UMNO kafir sebab berkawan dengan MCA dan MIC. Begitu juga isu orang Islam UMNO tidak boleh masuk syurga.

Nampak sangat Nik Aziz sudah tertekan isu kritikannya terhadap arahan Sultan Selangor supaya masjid tidak dijadikan medan politik apabila Mursyidul Am PAS itu cuba menyalahkan DS Najib.Katanya "DS Najib sebenarnya telah menceroboh sempadan moral saya dan membelasah imej saya yang dilakukan sehari sebelum berlaku pengundian di Hulu Selangor,” Atas dasar itu, beliau menganggap dirinya seperti difitnahkan Najib dan tidak akan halal di dunia serta di akhirat kecuali Presiden UMNO itu menarik balik secara terbuka memandangkan fitnah itu telah dibuat secara terbuka.

Kalau Nik Aziz sudah lupa, berikut transkrip rakaman audio yang disiarkan oleh Buletin Utama:

‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. ‘‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar,”

Nik Aziz sebenarnya juga sedang mengelak batu yang sedang direjam kepadanya ekoran kekalahan PKR dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor kerana DAP berjaya mengekalkan undi Cina tetapi PAS gagal menarik pengundi Melayu menyokong Zaid Nik Aziz sebenarnya sudah tidak relevan lagi dengan politik negara malah dikalangan pemimpin-pemimpin PAS yang mula dahagakan perpaduan dan kerjasama dengan UMNO dan Melayu yang sehingga kini tetap dihalang oleh beliau.

Melalui cara percakapan, jelas kepada kita bahawa DS Najib walaupun Umno beliau lebih berdisiplin dan lebih kepada tuturkata seorang islam berbanding Nik Aziz katanya seorang ulama, Musyidul Am dan Pemimpin Pas.

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..