Followers

Thursday, May 27, 2010

SAMY, NIK AZIZ DAN TUN MAHADHIR...

ADAMU MENYUSAHKAN RAKYAT DAN NEGARA ...PERGI TUN MAHADHIR SUKAR DIGANTI...
Tindakan Samy mempertahankan jawatannya dalam MIC lebih kepada sekadar mahu mencipta rekod baru sebagai ahli politik paling lama memegang tampuk kepimpinan sebuah parti politik dan bukan lagi bertujuan untok memperjuangkan kaumnya sendiri di negara ini.Kemelut jawatan Presiden MIC yang tidak berubah sejak 1979 sehingga mendorong pembentukan gerakan menentang kepimpinan Samy Vellu oleh sebahagian anggota MIC dan masyarakat India.

Tidak cukup lagi sudah lebih 30 tahun jadi presiden MIC dan sudah melebihi jangkamasa Tun Dr. Mahadhir sendiri memimpin UMNO. Umno sebagai tunggak kekuatan BN begitu bersusah payah bagi menentukan kekuatan dan kepercayaan rakyat kepada BN sehinggakan pemimpin sebijak Tun Mahadhir menerajui negara sebagai PM pun sanggup melepaskan jawatan demi menjaga kesepaduan rakyat dan BN.

Tiada siapa lagi yang dapat memecah rekod Samy kecuali Nik Aziz. Kalau Samy dengan cara beliau mempertahankan jawatan manakala Nik Aziz pula dengan cara kekebalan Ulama politik yang beliau miliki. Dizaman Tun Mahadhir masih menjadi PM orang yang paling lantang mendesak Tun Mahadhir meletak jawatan kerana faktur usia adalah Nik Aziz. Tetapi sekarang sudah 7 tahun Tun Mahadhir melepaskan jawatan, Nik Aziz masih lagi terkial-kial memikirkan fatwa-fatwa supaya membolehkan beliau memegang jawatan sampai ke mati.

Kerjasama Pas dalam Pakatan bersama DAP memberi nafas baru kepada Nik Aziz setelah kepercayaan rakyat Kelantan kepada Pas merosot yang hanya kelebihan dua kerusi sahaja membentuk kerajaan selepas PRU ke 11. Nik Aziz bukan setakat berkerjasama dengan DAP bahkan beliau berbangga kerana mempuyai rakan baru bersama-sama meranapkan kerajaan BN yang ditunjangni oleh Umno rakan sesama islam.

Kalau Samy tidak mahu melepas jawatan kerana masih mahu memperjuangkan kaum India, tetapi sebaliknya pula Nik Aziz tidak mahu melepaskan jawatan kerana mahu menjatuhkan Umno. Segala fatwa yang dikeluarkan oleh Nik Aziz mengkafirkan Umno sebelum ini ditelan sendiri oleh Nik Aziz setelah bersama DAP. Dasar-dasar islam di negara ini di cemari oleh fatwa-fatwa politik Nik Aziz, imej islam juga tercemar dimata orang bukan islam, ulamak dan mufti dipertikaikan kalau ianya tidak sehaluan. Tidak cukup lagi dengan menyokong penggunaan Kalimah Allah diguna oleh agama lain hari ini pula Nik Aziz membuat kenyataan memberi perumpamaan kumunis kepada Umno. Nik Aziz menghemtam Umno yang terdiri dari melayu dan juga islam ibarat menambah sahamnya kepada DAP yang terangan tidak suka kepada melayu dan islam di negara ini.

Ternyata sifat Tun Mahadhir tidak ada pada Samy Vellu dan juga Nik Aziz. Tun Mahadhir sudah lama meletak jawatan tertinggi sebagai presiden Umno dan juga sebagai PM dalam situasi Umno masih memerlukannya tetapi demi perpaduan rakyat dan negara yang terdiri dari 127 etnik di negara ini Tun melepas jawatan dengan rela hati. Kalau Samy Vellu gagal memperjuangkan kaum bangsanya, Nik Aziz juga gagal membawa islam dan melayu bersatu tetapi kita tetap tidak lupa dengan kehebatan dan jasa Tun sampai bila-bila. Pergimu sukar diganti...

3 comments:

Wake UP! said...

MIC sudah tidak menjalankan tugas sebagai parti komponen BN. MIC bukan parti anak-beranak seperti DAP. Berubahlah. Jangan cantas peluang generasi muda di dalam MIC.

Jesus Christ is not the same as Allah.

House PK said...

Saya setuju dengan Pak Mie 1000%

Apa nak jadi dengan si Samy dan Nicky ajis ni gamaknya?

Very good article bro

kedal said...

Samy vellu adalah gigi rosak dlm mic khususnya BN, Nik Aziz adalah ulat tahi umat Melayu Islam Malaysia. Anwar Ibrahim adalah perosak bangsa & pak kaduk Malaysia. Lim kit siang adalah apek komunis Malaysia. Lim guan eng adalah hantu raya Pulau Pinang. Apa sumbangan mereka pada Malaysia?

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..