Followers

Tuesday, December 2, 2008

BANGSA & AGAMAKU DIPERKOTAK- KATITKAN


Prinsip Rukun Negara kian dipermainkan

Secara jelas, Prinsip Lima Rukun Negara yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia mesti diperakui dan diamalkan oleh seluruh rakyat Malaysia tak kira dari mana-mana golongan, pertubuhan atau parti politik. Agama Islam adalah agama rasmi, kesetiaan kepada Raja-raja Berperlembagaan, patuh kepada undang-undang yang ada dan seluruh rakyat hendaklah bersatu padu dan saling menghormati antara satu sama lain dengan kesopanan dan kesusilaan tanpa mengira kaum dan agama untuk menjamin kesejahteraan dan kehormonian negara.

Sejak akhir-akhir ini prinsip Rukun Negara kian dipersendakan oleh golongan tertentu. Agama suci kita, Islam yang dianuti oleh hampir keseluruhan bangsa Melayu hari ini sudah di cemari dengan sikap biadap sesetengah pemimpin parti politik, khususnya di kalangan kaum Cina dan India di negara ini. Mencabar kesucian agama Islam dengan menghina peraturan-peraturan yang tersedia ada. Ketuanan Bangsa Melayu yang sudah jelas diterima dari dahulu lagi, tetapi dihari ini cuba dipertikaikan satu persatu oleh kaum bukan melayu diMalaysia ini.

Bangsa Melayu sudah dianggap lemah, kerana berlaku perpecahan dalam politik bangsa itu sendiri. Bangsa-bangsa selain daripada melayu sudah mulai berani dan dengan lantang menyuarakan secara terbuka mempertikaikan ketuanan Melayu sejak akhir-akhir ini. Datuk Dr Chua Soi Lek selaku timbalan presiden MCA dengan jelas tidak menerima ketuanan Melayu, sebaliknya ia menerima kepimpinan Melayu itu sendiri. Parti MCA yang mojoriti diwakili oleh kaum Cina bersama-sama dengan parti komponen lain dalam Barisan Nasional menerajui Kerajaan pada hari ini. Kenapa begitu sekali Datuk Dr Chua So Lek tidak memahami sensitiviti orang-orang Melayu sedangkan beliau sudah lama dalam barisan kabinet Kerajaan dan telah pun bergelar Menteri suatu ketika dahulu. Kerajaan memberi kepercayaan penuh kepada MCA sebagai mewakili kaum cina di Negara ini. Seperti yang kita tahu Barisan Nasiaonal diwakili oleh 14 parti komponen lain yang tunggak utamanya adalah orang-orang melayu atau Umno.

Kaum lain mengambil kesempatan diatas perpecahan orang-orang melayu ketika ini. Perkara ini akan berterusan selagi orang-orang melayu tidak bersatu. Orang Cina dan India sudah berani bertindak mencabar, kerana 0rang-orang melayu sudah lemah pada pandangan mereka. Pemimpin-pemimpin Umno dipandang hina, kata-kata pemimpin Umno tidak dihiraukan lagi. Ada juga sesetengah daripada pemimpin Umno masih dalam alunan mimpi. Rakyat diulik dengan perjuangan, yang kononnya untuk menegakkan Bangsa melayu dan agama Islam ditanah air sendiri. Sebaliknya seperti yang kita tahu Umno semakin lemah dan bangsa melayu tersisih. Dalam erti kata sebenar dikalangan pemimpin bangsa lain sudah lama bersatu, tetapi pemimpin melayu masih tidak berubah asyik dengan angan-angan yang diciptanya sendiri. Akhirnya perpecahan yang ketara dapat kita dalam PRU12 baru-baru ini, sedangkan bangsa lain tetap bersatu tak kira dari mana-mana parti politik yang mereka wakili.

Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) yang juga komponen Barisan Nasional Datuk M Kayweas telah berani mengugut Kerajaan meminda akta keselamatan Dalam Negeri (ISA), jika Kerajaan tidak berbuat demikian PPP sanggup keluar dari komponen Barisan Nasional. Kenyataan beliau disokong oleh anggota jawatan kuasa pusat MCA Wong Nai Chee. Barisan Nasional yang ditujangi Umno akhir-akhir ini semakin diasak bertubi-tubi oleh pemimpin parti komponen itu sendiri dan disokong oleh parti-parti pembangkang lain. Apa akan terjadi kepada Bangsa Melayu jika perkara ini dibiarkan oleh pemimpin-pemimpin Umno hari ini. Kerajaan hendaklah mengambil tindakkan yang tegas, sebelum ianya menjadi lebih parah.

Kita seharusnya menyedari hakikat sebenar apa yang sudah berlaku pada Bangsa Melayu hari ini. Perkara ini tidak menjadi tanggungjawab kepada pemimpin-pemimpin yang ada pada hari ini saja. Hamba rakyat marhaenjuga mesti duduk semeja mencari kata sepakat kearah penyatuan, tidak kira dari mana-mana fahaman politik. Orang-orang Melayu jika bersatu sudah tentu kita akan menjadi kuat dan tidak boleh dipermainkan lagi oleh bangsa lain. Orang-orang Melayu sudah berpecah tiga kumpulan besar Umno, Pas dan PKR. Gabungan ketiga parti itu membentuk satu parti saja untuk bangsa melayu. Ibarat satu bumbong, satu bangsa dan satu agama sudah tentu bangsa lain tidak boleh permainkan kita lagi. Perkara ini tidak mudah dilakukkan, tetapi jika benar-benar ada keikhlasan dengan pertolongan Allah Subhanahuwata'ala hasrat ini akan tercapai jua.


Walau pun dikatakan Jalan Buntu di hadapan, masih ada harapan lagi di selekoh. Itulah harapan akhir dari penulis kepada pembaca blog sekalian. Sedarkah kawan-kawanku kita juga memiliki kekuatan untuk mengatasi segala permasalahan, walaupun berat dan rumit. Jika masalah dibiarkan melebihi kekuatan kita, percayalah kehancuran dan kemusnahan akan sama-sama menjadi milik kita nanti. Bertindaklah sementara kita ada kuasa.

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..